Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR DAN IBU BAPA / PENJAGA

TAHUN 6, 2016

HARI : JUMAAT

TARIKH : 22 JULAI 2016

MASA : 8.00 – 10.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN AL-FARABI SK. (F) SELENDANG 1

KEHADIRAN : SEMUA MURID TAHUN 6

AKTIVITI RPOGRAM

1. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh guru penyelaras dan mencatat kehadiran.
2. Murid-murid dan ibu bapa diminta berkumpul di dalam dewan mengikut susunan yang telah
ditetapkan.
3. Program motivasi dimulakan oleh penceramah jemputan.
4. Di akhir program murid-murid bersalam-salaman dengan ibu bapa dan guru.

ULASAN

Program motivasi ini dijalankan bertujuan bagi memberi kesedaran dan menaikkan semangat
murid untuk belajar bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun
2016. Di dalam program ini, murid diberi kesedaran tentang kepentingan belajar dan kepentingan
menghargai jasa guru dan ibu bapa/penjaga. Murid juga diminta membalas jasa ibu bapa/penjaga yang
telah banyak berkorban dan bersusah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di akhir program
ini diharapkan ianya memperi impak yang besar kepada diri murid untuk belajar bersungguh-sungguh
dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

KEKUATAN

1. Penceramah merupakan seorang guru lama yang sangat berpengalaman dalam


memotivasikan murid dan ibu bapa/penjaga.
2. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
3. Guru-guru memberikan kerjasama dalam menjayakan program motivasi ini.
KELEMAHAN

1. Motivasi murid berada pada tahap yang rendah.


2. Masa yang terhad untuk melakukan aktiviti bersama murid.

CARA MENGATASI / PENAMBAHBAIKAN

1. Mengadakan program bermalam supaya dapat melakukan aktiviti yang banyak bersama
murid.
2. Murid perlu sentiasa diberi kesedaran tentang kepentingan belajar.

Disediakan oleh

___________________

Noor Elizawati Binti Ismail

Penyelaras

Unit Bimbingan dan Kaunseling

SK. (F) Selendang 1


SESI MOTIVASI BERSAMA MURID DAN IBU BAPA
IMPAK DI AKHIR PROGRAM MOTIVASI

Anda mungkin juga menyukai