Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM MARI MEMBACA

1. TAJUK
Program Mari Membaca

2. PENDAHULUAN
Aktiviti Mari Membaca adalah salah satu program yang telah diadakan oleh panitia Bahasa
Melayu bersama Pusat Sumber Sekolah di bawah Program Galakan Tabiat Membaca di
bawah seliaan Unit Kurikulum. Program ini merupakan aktiviti mingguan yang diadakan
setiap pagi hari Rabu antara jam 6.40 hingga 7.00 pagi.

Murid yang hadir akan berada di Dewan Ani dengan membawa bahan bacaan sendiri
atau disediakan oleh guru untuk dibaca dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Selain
membaca secara mentalis, beberapa orang murid juga akan dipilih secara rawak untuk
membacakan teks seperti pantun, sajak dan sebagainya. Ini bertujuan untuk mendedahkan
kepada murid tentang intonasi bacaan yang betul disamping mengenalpasti potensi murid
yang berbakat.

Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama daripada semua guru, murid dan
ibubapa amnya agar dapat menghantar anak-anak mereka lebih awal ke sekolah sebelum
sesi program dijalankan.

3. RASIONAL

Program ini merupakan salahsatu program daripada gabungan unit panitia Bahasa Melayu
bersama Unit Pusat Sumber Sekolah dengan tujuan:

1. Mengalakkan murid mengisi masa dengan membaca sebelum masuk ke kelas tepat
jam 7.00 pagi.

2. Mendisiplinkan murid agar tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah pada waktu
pagi.

1
3. Mengenalpasti kesihatan dan sahsiah berpakaian murid sebelum memulakan
pembelajaran.

4. MATLAMAT
Program Mari Membaca ini diadakan dengan tujuan menambahkan pemahaman murid
dalam meningkatkan kemahiran khususnya dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Melalui
program ini, pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi dapat diaplikasikan
semasa menjawab soalan peperiksaan.

5. OBJEKTIF
Perangkaan kertas kerja ini meletakkan beberapa objektif untuk dicapai antaranya:

5.1 Memupuk semangat minat membaca dalam kalangan murid-murid

5.2 Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya pemikiran serta
kefahaman murid-murid terhadap bahan bacaan yang dibaca dengan tujuan
kecemerlangan dalam pelajaran.

5.3 Menambah maklumat dan pengetahuan, perbendaharaan kata, kosa kata serta
penggunaan ayat dengan betul.

5.4 Memberi pendedahan kepada murid jenis-jenis teks yang dibaca serta membaca
dengan intonasi yang betul.

5.5 Mewujudkan interaksi dan kerjasama positif antara murid, guru dan pihak yang
terlibat.

6. PELAKSANAAN PROGRAM
i. SASARAN
-Murid-murid tahap 1 sahaja

2
ii. TARIKH DAN MASA
a. Setiap minggu hari Rabu
b. Masa : Sesi Pagi (6.40 – 7.00 pagi)

7. PENUTUP

Diharapkan pihak sekolah serta guru-guru yang terlibat dapat memberi kerjasama yang
baik dalam melaksanakan program ini agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar serta objektif yang disasarkan dapat dicapai dengan baik.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

____________________ _______________
(GURU NILAM SJKTMM) (GURU BESAR SJKTMM)

3
TAJUK AKTIVITI PROGRAM MARI MEMBACA

ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER

TARIKH SETIAP HARI RABU

TEMPAT PUSAT SUMBER

OBJEKTIF MEMUPUK SEMANGAT MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MURID-MURID

KOLABORATIF DENGAN -
PUSAT SUMBER

SASARAN PESERTA SEMUA MURID TAHAP 1

MAKLUMAT AKTIVITI MENAMBAHKAN PEMAHAMAN MURID DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN


KHUSUSNYA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

KEKUATAN 1.MENAMBAH MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN, PERBENDAHARAAN KATA,


KOSA KATA SERTA PENGGUNAAN AYAT DENGAN BETUL.

2.MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MURID JENIS-JENIS TEKS YANG DIBACA


SERTA MEMBACA DENGAN INTONASI YANG BETUL.

KEKANGAN RAMAI MURID TIDAK HADIR PADA MASA YANG DITETAPKAN

PENILAIAN PROGRAM BERJALAN DENGAN LANCAR

IMPAK 1.MURID MENGENALI BANYAK KOSA KATA SERTA PENGGUNAAN.

2.MEWUJUDKAN INTERAKSI DAN KERJASAMA POSITIF ANTARA MURID,


GURU DAN PIHAK YANG TERLIBAT.

CADANGAN 1.MEWUJUDKAN TEMPAT YANG SELESA SUPAYA DAPAT MENARIK


PENAMBAHBAIKAN PERHATIAN MURID UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH.

GAMBAR PELAKSANAAN
PROGRAM (4 KEPING)

4
5

Anda mungkin juga menyukai