Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM MEMBACA TM POINT

1. TAJUK
Program Membaca TM Point

2. PENDAHULUAN
Aktiviti Mari Membaca adalah salah satu program yang telah diadakan oleh panitia Bahasa
Melayu bersama Pusat Sumber Sekolah di bawah Program Galakan Tabiat Membaca di
bawah seliaan Unit Kurikulum. Program ini merupakan aktiviti mingguan yang diadakan
setiap pagi hari Isnin hingga Jumaat antara jam 7.15 hingga 7.35 pagi, hari isnin dan
jumaat 8.10 – 8.40 pagi

Murid sesi pagi yang hadir akan berada di Dataran Jelajah Ilmu dengan membawa
bahan bacaan yang disediakan oleh guru untuk dibaca dalam jangkamasa yang telah
ditetapkan. Selain membaca secara mentalis, beberapa orang murid juga akan dipilih
secara rawak untuk membacakan teks seperti pantun, sajak, ucapan, syarahan, berita,
perbahasa dan sebagainya. Ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid tentang
intonasi bacaan yang betul disamping mengenalpasti potensi murid yang berbakat.

Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama daripada semua guru, murid dan
ibubapa amnya agar dapat menghantar anak-anak mereka lebih awal ke sekolah sebelum
sesi program dijalankan.

3. RASIONAL

Program ini merupakan salah satu program daripada gabungan unit panitia Bahasa Melayu
bersama Unit Pusat Sumber Sekolah dengan tujuan:

1. Mengalakkan murid mengisi masa dengan membaca sebelum masuk ke kelas tepat
jam 7.40 pagi.

2. Mendisiplinkan murid agar tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah pada waktu
pagi.

1
3. Mengenalpasti kesihatan dan sahsiah berpakaian murid sebelum memulakan
pembelajaran.

4. MATLAMAT
Program Mari Membaca TM Point ini diadakan dengan tujuan menambahkan pemahaman
murid dalam meningkatkan kemahiran khususnya dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
Melalui program ini, pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi dapat diaplikasikan
semasa menjawab soalan peperiksaan.

5. OBJEKTIF
Perangkaan kertas kerja ini meletakkan beberapa objektif untuk dicapai antaranya:

5.1 Memupuk semangat minat membaca dalam kalangan murid-murid

5.2 Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya pemikiran serta
kefahaman murid-murid terhadap bahan bacaan yang dibaca dengan tujuan
kecemerlangan dalam pelajaran.

5.3 Menambah maklumat dan pengetahuan, perbendaharaan kata, kosa kata serta
penggunaan ayat dengan betul.

5.4 Memberi pendedahan kepada murid jenis-jenis teks yang dibaca serta membaca
dengan intonasi yang betul.

5.5 Mewujudkan interaksi dan kerjasama positif antara murid, guru dan pihak yang
terlibat.

6. PELAKSANAAN PROGRAM
i. SASARAN
-Murid Sesi – Pra Sekolah hingga Tahun 6

2
ii. TARIKH DAN MASA
a. Setiap hari – Isnin hingga Jumaat
Masa : Sesi
Pagi (7.15– 7.35 pagi)
b. Hari Isnin : 8.10 – 8.40 pagi
c. Hari Jumaat : 8.10 – 8.40 pagi

7. PENUTUP

Diharapkan pihak sekolah serta guru-guru yang terlibat dapat memberi kerjasama yang
baik dalam melaksanakan program ini agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar serta objektif yang disasarkan dapat dicapai dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai