Anda di halaman 1dari 1

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj.Kami
Tarikh

: PPD. 700-7/1 JLD.3 (


: 6 OGOS 2014
10 SYAWAL 1435

Pengetua
Sekolah Menengah
Tuan,

KEMPEN JOM BAWA BEKAL KE SEKOLAH


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia
telah pun melancarkan Kempen Jom Bawa Bekal ke Sekolah pada 24 April 2014
yang lalu.
3.
Antara tujuan pelaksanaan kempen ini adalah untuk mempromosikan
amalan membawa bekal makanan yang dimasak di rumah sebagai langkah
menjimat wang saku harian murid dan menggalakkan murid mengamalkan
pengambilan makanan sihat.
4.
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan
brochure/pamphlet dan streamer kempen tersebut.
5.
Memandangkan bahan yang disediakan ini adalah terhad dan tidak
mencukupi untuk diedarkan kepada semua pelajar, maka pihak sekolah boleh
mengambil inisiatif dengan melekatkan bahan kempen ini disemua sudut-sudut
Pengajaran Pembelajaran yang ada dalam kelas dan papan kenyataan yang ada
di kawasan sekolah.
6.
Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
( ______________________________)
Pegawai Pendidikan Daerah,

Anda mungkin juga menyukai