Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih saudari pengacara majlis

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Yang berusaha Puan Wan Norlida Wan Ismail, penolong kanan


pentadbiran

Yang berusaha Encik Shaarani Ibrahim, penolong kanan hem

Yang berusaha Puan Anisah Ibrahim, penolong kanan


kokurikulum

Barisan guru-guru dan staf SKAM yang saya sayangi sekelian.

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dapat kita berjumpa pada


petang ini walaupun sekadar dalam google meet sahaja.
Sekurang2nya terubat juga rindu di hati pada cikgu2 dan staf
saya semua.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil sedikit


masa semua untuk ber google meet bagi merasmikan program
SUMUR di peringkat Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu.
Untuk makluman semua, program SUMUR ini telah ditekankan
pelaksanaannya oleh Tuan PPD kita iaitu Ustaz Ishak. Program
ini kalau kita selidiki sejarahnya, ianya adalah idea dan hasrat
YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri
Pelajaran Malaysia pada tahun 2007 dan disambut oleh
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan mencetuskan Modul 5 C iaitu
Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan
Murid Ceria.

2.     Matlamat modul ini adalah untuk; melahirkan murid yang


memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid
lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan
akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang
cemerlang dalam kehidupan seharian, mempunyai ketahanan
diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha
meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma.

MATLAMAT PROGRAM SUMUR

1.    Melahirkan pelajar yang memiliki personaliti terpuji dan boleh


dicontohi
2.    Melahirkan pelajar yang sentiasa memburu ilmu untuk
kebahagiaan di dunia dan akhirat
3.    Melahirkan pelajar yang mempraktikkan amalan penjagaan
kesihatan yang cemerlang
4.    Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dan
berusaha meningkatkan daya kepimpinan
5.    Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat patriotisme
yang tinggi

OBJEKTIF PROGRAM SUMUR

1.    Pelajar dapat menunaikan solat yang berkualiti serta


menghafaz ayat lazim dan mengamalkan zikir dan doa.
2.    Pelajar mengamalkan cara berpakaian yang sesuai menurut
syarak.
3.    Pelajar Pelajar mempunyai adab dan bersikap positif dan
proaktif
4.    Pelajar mempunyai keyakinan diri, semangat juang dan tetap
pendirian
5.    Pelajar mengamalkan amalan berbudi bahasa

PANDUAN PELAKSANAAN MODUL SUMUR

Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini telah dimurnikan


semula menjadi empat program utama iaitu program berbudi
bahasa, program mutadayyin, program penampilan diri dan
program jatidiri. Ia bertujuan untuk memudahkan para guru
untuk melaksanakan modul ini.

Semua murid hendaklah diberitahu dan diperjelaskan secara


terperinci pelaksanaan setiap program supaya setiap pelajar
faham dan menyedari bahawa sesuatu program tersebut
sedang berlangsung dan mereka sedar bahawa mereka
terlibat. Adalah lebih baik jika terdapat pernyataan-pernyataan
yang berkaitan dipamer bagi setiap program.

Akhir kata, saya berharap agar program ini dapat


melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan budi pekerti
yang tinggi serta mempunyai jati diri yang mantap sebagai
persediaan untuk menghadapi dunia luar yang mencabar serta
mempunyai pegangan agama yang kuat sebagai pedoman
hidup.

Saya dengan lafaz Bismillahirohmanirohim merasmikan


Program SUMUR peringkat Sekolah Kebangsaan Alor
Mengkudu.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai