Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM PENDIDIKAN ISLAM 2022

ANJURAN BERSAMA

Panitia Pendidikan Islam


DAN
Jawatankuasa Pengurusan Surau Ar-Rayyan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU


JALAN DIPLOMATIK, OFF JALAN BAKO
93050 KUCHING

                                           
TARIKH

7 OKTOBER 2022

HARI

JUMAAT

MASA

7.10 - 10.10 PAGI

TEMPAT

LOBI
SMK DEMAK BARU

1
KERTAS KERJA
PROGRAM KECEMERLANGAN SPM PENDIDIKAN ISLAM

ANJURAN BERSAMA

Panitia Pendidikan Islam


Dan
Jawatan Kuasa Pengurusan Surau Ar-Rayyan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU


JALAN DIPLOMATIK, OFF JALAN BAKO
93050 KUCHING

1.0       PENDAHULUAN
Program ini adalah merupakan aktiviti yang di anjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam . Program ini
melibatkan semua murid Islam tingkatan  5 yang akan menduduki Ujian Tilawah Al-Quran, Hafazan
Dan Bacaan Hadis pada 12-14 Oktober 2022 nanti. Program ini terbahagi kepada 2 slot .
Slot pertama adalah Solat Hajat dan slot yang ke dua ialah Taklimat UTQH yang akan diberi oleh
Ustazah Nor Rasidah Binti Muhammad Arif , yang merupakan Jurulatih Utama UTQH Daerah Kuching.
Inisiatif yang diambil oleh Panitia Pendidikan Islam ini adalah sebagai satu usaha untuk
memotivasikan pelajar agar berusaha lebih gigih untuk berjaya dalam peperiksaan di samping
menyiapkan pelajar agar lebih bersedia untuk menduduki ujian tersebut.

2.0       RASIONAL
Rasional program ini adalah untuk  memberi kesedaran kepada pelajar terhadap pentingnya hubungan
manusia dengan Allah. Disamping itu, memastikan mereka mempunyai ilmu dan semangat juang serta
daya usaha yang tinggi untuk berjaya dengan cemerlang. Pada masa yang sama, mereka memupuk
sikap bertawakal kepada Allah setelah mencurahkan segala usaha mereka untuk menghadapi
peperiksaan SPM nanti, in sya Allah.

3.0       MATLAMAT
Matlamat utama program ini adalah bagi menggalakkan pelajar terus bermunajat ke hadrat   Ilahi  dan
memupuk semangat ukhuwah Islamiah di kalangan pelajar , guru dan semua warga kerja SMK Demak
Baru. Ini menunjukkan hubungan dengan Allah s.w.t perlu dijaga sebaiknya dengan melaksanakan
amalan fardhu dan sunat.

4.0       OBJEKTIF
4.1           Menyediakan pelajar agar lebih bersedia dengan ilmu untuk menduduki ujian
UTQH .
4.2 Memberi motivasi dan kesedaran terhadap kepentingan bermunajat kepada Allah.
4.3          Menggalakkan pelajar melaksanakan amalan-amalan ibadat sunat dalam kehidupan
seharian dan memiliki sahsiah yang tinggi.
4.4           Menanamkan sikap bertawakkal dan menghormati guru.

5.0       TEMA
           “ Usaha, doa , tawakkal

2
6.0       SASARAN
Pelajar-pelajar Islam tingkatan 5  sahaja (anggaran seramai 142 orang).

7.0       TARIKH
7 Oktober 2022 (Jumaat)

8.0       TEMPAT      
Lobi,SMK DEMAK BARU

9.0    PERASMI
Pengetua SMK Demak Baru

10.0    KEWANGAN
Rujuk Lampiran A

11.0       JAWATANKUASA KERJA
Rujuk Lampiran B

12.0     TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran C

13.0     PENUTUP
Program Kecemerlangan Pendidikan Islam SMKDB ini dianjurkan sebagai satu langkah untuk
memberi kesedaran dalaman terhadap para pelajar yang bakal menduduki UTQH pada 12-14
Oktober nanti. Melalui program ini, adalah diharapkan pelajar dapat mengubah sikap dan
perilaku serta lebih mempunyai keyakinan untuk berjaya dalam peperiksaan. Semoga,
program yang dirancang ini mendapat keberkatan Allah s.w.t dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh,                                                                        Disemak oleh,

_______________________ ______________________
(KATIJAH BINTI TEMEREN)                                                  (MARIANA BINTI KEDERI)
Setiausaha Program Kecemerlangan Ketua Bidang Kemanusiaan
Pendidikan Islam  2022            SMK Demak Baru                    
SMK Demak Baru

Disahkan oleh:

________________
(KAMEL BIN HJ ACHONG)
Pengetua
SMK Demak Baru
                                                                         

3
LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN  PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM

1.Sumber Pendapatan

1.1 Pengurusan Pembangunan Pendidikan Islam - RM300.00


1.2 Sumbangan Guru Pendidikan Islam -RM120.00
1.3 Sumbangan Tabung Jumaat Panitia PAI -RM100.00
                                                                                                 
2. Anggaran Perbelanjaan

BIL Perkara Harga seunit Anggaran Harga Jumlah


1 Makanan pelajar RM3.00 RM3.00 X 142 pelajar RM 426.00
2 Air mineral RM12.00 RM12.00 X 8 unit RM 96.00
JUMLAH RM 522.00
                                                                                          

4
LAMPIRAN B

AJK PROGRAM KECEMERLANGAN SPM PENDIDIKAN ISLAM

Jawatankuasa Induk           

JAWATANKUASA INDUK NAMA JAWATAN


Penasihat Cikgu Kamel Bin Haji Achong Pengetua
Pengerusi Cikgu Fathiah Binti Saini PK Pentadbiran
Naib Pengerusi Cikgu Selamat Bin Masuni PK HEM
Penyelaras Cikgu Mariana Binti Kederi KB Kemanusiaan
Setiausaha Ustazah Katijah Binti Temeren KP Panitia PAI
Pen. S/U Ustazah Aminah Binti HUssain KP Panitia Islam (Men Atas)
Bendahari Ustazah Nor Rasidah Binti GPI
Muhammad Arif

                    
JAWATANKUASA KERJA

AJK / BIDANG TUGAS NAMA GURU


1) AJK Pendaftaran Ustazah Aminah Binti Ahmad
-Mengambil Kehadiran pelajar Cikgu Nur Azrin Binti Ismail
4 orang pengawas

2) AJK PA Sistem Cikgu Barnabas Bidin Ak George Michael


-Memastikan peralatan PA sistem berfungsi Cikgu Harithzuan Bin Md Nazri
dengan baik

3) AJK Persediaan Tempat Ustaz Ibrahim Bin Haling


-Hampar dan mengemas semula sejadah Pelajar Tingkatan 5
-Menyediakan kerusi guru untuk taklimat UTQH

4) Pengacara Majlis Ustazah Aminah Binti Hussain


-Mengacara majlis sepanjang program
berlangsung

5) AJK Sambutan & Protokol Cikgu Mariana Binti Kederi


-Menyambut tetamu / guru-guru Cikgu Sanisah Binti Hasan

6) AJK Dokumentasi Ustazah Yulyati Binti Ali


-Mengambil gambar dan membuat dokumentasi Cikgu Zamahari Bin Ali
selepas tamat program

7) AJK Kebersihan Cikgu Maisarah Binti Mat Shariff


-Memastikan tempat program dalam keadaan 4 orang Pengawas
bersih dan kemas 2 orang pekerja Syarikat Pembersihan

5
8) AJK Jamuan Pelajar Ustazah Ajuwairiah Binti Jumat
-Mengagih makanan dan minuman kepada 4 orang Pengawas
pelajar pada pukul 10.00 pagi

9) AJK Kawalan Disiplin Cikgu Azman Bin Salleh


-Membantu kawalan disiplin pelajar sepanjang Guru Mata pelajaran
program berlangsung 5S, 5A,5B,5C,5D

10) Imam Solat Hajat Ustaz Ibrahim Bin Haling


-Memimpin solat hajat .

11) Pembaca Doa Wakil Pelajar


-Membaca doa pembukaan majlis

12) Taklimat UTQH Ustazah Nor Rasidah Binti Muhammad Arif


-Memberi taklimat berkaitan dengan UTQH

6
LAMPIRAN C

TENTATIF PROGRAM

Atur Cara Program

7.00 - 7.20 pagi Persediaan tempat

7.20 - 7.40 pagi Pendaftaran Pelajar

Kehadiran guru -guru

7.40 - 8.00 pagi Kata aluan oleh Pengerusi Majlis


Bacaan Doa

8.00 - 8.10 pagi Ucapan Pengetua / Wakil Pengetua

8.10 - 8.40 pagi Solat Hajat

8.40 -10.00 pagi Taklimat UTQH

10.00-10.10 pagi Jamuan ringan ( pelajar sahaja )

Bersurai

‘USAHA, DOA ,TAWAKKAL”

Anda mungkin juga menyukai