Anda di halaman 1dari 2

30 Disember 2019

BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
P.O.Box 10922
50929 Kuala Lumpur

Salam Sejahtera,

ADUAN BERKENAAN AKTIVITI KORPERASI GURU-GURU MALAYSIA BERHAD (KGMB) DAN


SYARIKAT MCIS INSURANCE DI SEKOLAH-SEKOLAH

Nama saya ialah Najiha binti Mohd Saimi. Saya adalah guru di Kolej Vokasional ERT Setapak
di Setapak, Kuala Lumpur.

Tujuan utama menulis aduan ini adalah untuk melaporkan aktiviti KGMB dan MCIS di
sekolah saya.

1. KGMB telah melantik agen-agen MCIS untuk memasuki sekolah dengan tujuan untuk
merekrut ahli-ahli baru mereka. Agen-agen ini memakai baju yang mempunyai logo
KGMB dan tiada langsung logo MCIS.

2. Agen-agen MCIS memberikan penerangan mengenai keahlian KGMB dan juga skim
simpananyang mereka dakwa dari KGMB. Mereka juga mendakwa adalah wajib
untuk melanggan skim simpanan untuk layak menjadi ahli KGMB. Mereka juga
mendakwa duit ini akan dapat dikeluarkan oleh guru setelah lapan tahun
menyimpan.

3. Agen-agen MCIS tidak langsung menyatakan bahawa skim simpanan itu adalah
produk MCIS.

4. Apabila ditanya samada skim persaraan patuh syariah, mereka mengesahkan skim
persaraan itu patuh syariah. Mereka memberikan satu keratan majalah/buletin yang
mendakwa Bekas Mufti Trengganu telahpun mengesahkan produk MCIS Insurans itu
patuh syariah.

5. Setelah kami mengisi borang keahlian KGMB, dalam tahun berikutnya kami
mendapat pengesahan bahawa skim simpanan itu sebenarnya langganan produk
MCIS Insurans yang jelas tidak patuh syariah. Dan potongan gaji melalui Angkasa
sudah dibuat secara automatik.

6. Saya dan rakan saya juga dapati ajen tersebut memalsukan maklumat dan
tandangan dalam polisi insurans tersebut tanpa pegetahuan dan persetujuan kami.
7. Ada di kalangan guru-guru yang diugut samada oleh agen-agen MCIS atau
pengurusan KGMMB apabila membuat aduan dan/atau apabila ingin membatalkan
penyertaan dalam skim simpanan.

Kebanyakan guru-guru merasa tertipu dengan kaedah yang digunakan oleh KGMMB dan
MCIS untuk menjadi ahli KGMB serta helah yang digunakan untuk menyertai skim simpanan.

Saya merayu kepada pihak Bank Negara supaya mengambil tindakan segera supaya perkara
malang ini dapat dicegah secepat mungkin sebelum menjadi lebih parah.

Di atas bantuan yang pihak tuan akan berikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Wassalam.

Yang benar,

Nama
Nama sekolah, Tempat
Nombor Talipon

Anda mungkin juga menyukai