Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH


SEK. KEB. KOLAM, BACHOK
1. Pendahuluan
Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para pemimpin sekolah berkaitan
tentang ilmu kepimpinan di dalam organisasi Badan Pengawas disamping ilmu-ilmu yang berkait
rapat dengan kepimpinan pelajar diperingkat sekolah serta ilmu survival sebagai seorang
pemimpin.

Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh pihak
sekolah untuk membantu dalam pengurusan disiplin pelajar. Jawatankuasa Badan
Pengawas Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling bercadang
mengadakan satu kursus kepimpinan terhadap semua pemimpin sekolah yang dilantik
ini. Kursus ini perlu diadakan untuk memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman
di samping mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka dalam
menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah dengan berkesan dan bertanggungjawab.

2. Rasional
Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pemimpin sekolah perlu diberi latihan kepimpinan
supaya mereka:
2.1. mahir menguruskan masa dengan berkesan;
2.2. mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua/penolong kelas;
2.3. mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat
menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah.
3. Matlamat
Selepas kursus nanti, pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan dapat
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seterusnya dapat membantu pihak
sekolah dalam pengawasan disiplin atau tingkah laku murid.
4. Objektif
4.1. Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif;
4.2. meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi secara berkesan dalam

mengendalikan kes-kes disiplin;


4.3. pengukuhan nilai nilai kerohanian dan penerapan sikap positif
4.4. mengeratkan perpaduan, pemupukan semangat patriotisme dan nasionalisme.

4.5. Menanam sifat-sifat kepimpinan, displin, keprihatinan dan kesukarelaan di dalam diri
para peserta semasa menjalankan sebarang tugas yang diamanahkan.

5. Kumpulan Sasaran
( rujuk lampiran )
5.1.
5.2.
5.3.
5.4.
5.5.

Pengawas sekolah
Pengawas pusat sumber
Pengawas SPBT
Ketua Kelas
Penolong Ketua kelas

43 orang
25 orang
4 orang
10
10

6. Pelaksanaan Program
6.1. Tarikh : 4 dan 5 Februari 2015
6.2. Hari :
Rabu dan Khamis
6.3. Tempat : Sek. Keb. Kolam
7. Kaedah Pelaksanaan
7.1. Ceramah
7.2. Bengkel

8. Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat

: Pn.Hjh. Fatiza Bt. Shafei


(Guru Besar Sek. Keb. Kolam)

Pengerusi

: En. Hasbullah B. Deraman


(Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1

: En. Rusli B. Mohammed


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2

: En. Mohd Rizalman B. Mohd Razi


(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras Program : En Mohd Rakhi Bin Mohamed


(Penyelaras Badan Pengawas & Disiplin)
Setiausaha

: Pn. Masarrah Bt. Abdul Hadi


(Setiausaha Badan Pengawas & Disiplin)

AJK Kerohanian

: Pn. Zaleha Bt. Hassan

AJK Disiplin

: En. Zulkifly B. Ismail

: En. Mohd Sahrudin B. Mamat


AJK Persegaran

: Pn. Fadzilah Bt. Mustapha


: Pn. Maizul Ainun Bt. Ismail

AJK Peralatan/Siaraya: En.Abdullah B. Mohammad


AJK Fotografi

: En. Rahimi B. Abd. Rahman

9. Perbelanjaan/Kewangan
Persegaran Peserta
Peralatan kursus (fail, alat tulis ,dll)
Cenderahati penceramah

RM 2 x 106 murid 2 hari


RM 1 x 106 murid
RM 30 x 2 hari
JUMLAH

RM 424
RM 106
RM 60
--------------RM 590
---------------

10. Jadual /Tentatif Program


(TENTATIF PROGRAM/JADUAL PROGRAM)
MASA
RABU (04/02/2015)
/HARI
1.15
- Pendaftaran / Berkumpul
tghari
- Solat Zohor

KHAMIS (05/02/2015)

TINDAKAN

- Pendaftaran / Berkumpul
- Solat Zohor

Pn. Masarrah
En. Abdullah
En. Rahimi
Pn. Fadzillah
Pn. Maizul
En. Hasbullah
Guru Kaunseling
Penceramah Jemputan

1.40
Tghari
2.00
petang

- Makan Tengahari

- Makan Tengahari

Ceramah/Bengkel 1:
Tajuk : Kepimpinan dan
Pengurusan Diri

Ceramah/Bengkel 2:
Tajuk : Teknik Belajar
Berkesan

4.45
petang
5.00
petang

- Solat Asar

- Solat Asar

Bersurai

Bersurai

En. Mohd Rakhi


Pn. Zaleha Bt. Hassan

11.

Penutup
Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan
perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan.
Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah
sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan
kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pengawas untuk
membantu meningkatkan lagi keberkesanan mutu disiplin sekolah sehingga dapat
melahirkan insan yang Berilmu, Berakhlak dan Berwawasan.
Adalah diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang sedia dirangka
dengan semangat kerjasama yang jitu dan erat. Komitmen yang tidak berbelah bagi
dari semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya adalah teras ke arah
pencapaian kejayaan yang gilang-gemilang. Pada masa yang sama adalah diharapkan
program ini boleh ditabalkan sebagai program tahunan dalam takwim sekolah amnya
dan takwim HEM khususnya pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.

Disediakan oleh:

(PN. MASARRAH BT. ABDUL HADI)


Setiausaha Badan Pengawas & Disiplin
SK Kolam

Disahkan Oleh:
..
(PN.HJH.FATIZABT. SHAFEI)
Guru Besar
SK Kolam

Anda mungkin juga menyukai