Anda di halaman 1dari 9

Kehadiran Bertugas:

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981
menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para
pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah
bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00
pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu
sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika
memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik
darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran
dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

Kepatuhan Tugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja
tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tanda tangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak
mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi
sebab musabab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit
dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki
mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan
mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti
Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru
untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertang-gungjawabkan di
samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara
tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru
pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

Tugas Akademik Guru:


1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang
diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah
diperiksa dengan teliti.
3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan
menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan
penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu
mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran
yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti
diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam
jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah dikira
masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk
menggantikan guru yang tidak hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis
buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku
latihan pelajar.
8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah.
Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang
difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Ringkasan Mengajar:


1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod
Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian
termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan
keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk
minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar adalah
menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar,
bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia
berbuat demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:


1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka
manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah
diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes
pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin.
Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat
keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.
4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan
haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam
keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis
kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta sendiri, guru, pelajar,
dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan mengambil dadah, berjudi, meminum
minuman keras dalam kawasan sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan
menghina guru atau Guru Besar.
5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.
6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk
dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah
melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.

Pakaian:
1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertugas
di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang
semasa berada di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.
Potongan Rambut:
1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus
dan kelihatan kemas.

Pelawat:
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik
darjah atau makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat
kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.
3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh dibuat di
dalam bilik guru sahaja.

Kenyataan Akhbar:
1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas
nama Guru Besar atau pihak sekolah.

Surat Rasmi:
1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau
dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.

Lawatan:
1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.
2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan
Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima
minggu sebelum lawatan dilakukan.

Kutipan Wang:
1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu
mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh
persatuan dan kelab.
Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar
jumlahnya.
BIDANG HAL EHWAL MURID

JAWATANKUASA DISIPLIN DAN


PENGAWAS SEKOLAH
Penasihat :        Tuan Guru Besar.
Pengerusi :        Guru Penolong Kanan II (HEM).
Guru Kanan :        En. Ahmad  bin Ghazali
Setiausaha :        Puan Zaharah bt. Abd. Rahim.
AJK :        En. Mohd. Sanusi bin Mohd.
Shata   
  :        En. Jisyam bin Kassim
  :        Pn. Maznah bt. Mohd. Zain           

Panduan Pengurusan Sepanjang Tahun:

1.       Perjumpaan Jawatankuasa Badan Disiplin Dan Pengawas.

2.       Merancang tugas dan kegiatan pengawas sepanjang tahun.

3.       Berusaha menyebarkan undang-undang dan peraturan sekolah.

4.       Tindakan susulan tugas jawatankuasa dan jadual pengawas.

5.       Rekod murid bermasalah dan hantar ke unit kaunseling.

6.       Perjumpaan bulanan.

7.       Kegiatan kebajikan.

8.       Ceramah dan bimbingan.           

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Penasihat :           Tuan Guru Besar.
Pengerusi :           Guru Penolong Kanan II (HEM).
Guru Kanan Kaunseling :           En. Mohd Sanusi bin Mohd.
Shata.
Setiausaha :           Puan Zaharah bt. Abdul Rahman
AJ K :           Puan Hajjah Kamariah bt. Omar.
  :           En. Ahmad bin Ghazali
  :           En. Zairon bin Zainol

Garis Panduan Tugas :


1.       Menasihati / membimbing murid yang bermasalah.

2.       Merekod bermasalah.

3.       Mempamerkan carta unit bimbingan dan kaunseling

4.       Membuat laporan murid bermasalah untuk tindakan susulan.

5.       Mengadakan ceramah khas dari luar.

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )

Penasihat :           Guru Penolong Kanan II ( HEM ).


Penyelaras BOSS :           Puan Che Hasifah bt. Che Mat
Setiausaha :           En. Zairon bin Zainol
AJK :           Semua guru kelas / tahun.

Garis panduan tugas :             

1.       Menentukan murid yang layak mendapatkan buku teks.

2.       Mengawal selia buku stok.

3.       Memfailkan borang SPBT dengan baik.

4.       Mendedahkan peraturan kepada murid mengenai penggunaan buku teks.

5.       Membaiki buku rosak dan menjalankan hapus kira bila cukup tempohnya.

6.       Mengadakan pemeriksaan tentang penggunaan buku teks.

 JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KESELAMATAN  MURID ( RAWATAN )

Penasihat :           Tuan Guru Besar.


Penyelaras :           Guru Penolong Kanan II ( HEM )
Guru Kanan :           Puan Norhayati bt. Muhammad
Setiausaha :           En. Zairon bin  Zainol
AJK :           Semua guru kelas.

Tugas yang perlu diselesaikan:

1.       Memastikan murid tahun satu mempunyai rekod kesihatan.

2.       Penjagaan peti ubat sekolah.

3.       Membantu unit perubatan dan rawatan yang datang membuat rawatan.

4.       Membantu pihak sekolah menghantar murid sakit ke hospital, klinik dan rumah.

5.       Menentukan semua murid selamat semasa berada di sekolah.                      


 RMT DAN PSS (RAN. MAKANAN TAMBAHAN & PROJEK SUSU SEKOLAH )

Penasihat :           Tuan Guru Besar.


Pengerusi :           Guru Penolong Kanan II (HEM).
Setiausaha :           Puan Hajjah Kamariah bt Omar.
AJK :           En. Mohd. Zani bin  Ahmad.
  :           Puan Zaharah bt. Abd. Rahim.
  :           Puan Rosni bt. Kassim.
  :           En. Ahmad bin  Ghazali.
  :           Puan Che Hasifah bt. Che Mat
  :           Puan Norizam bt. Mahmood.
  :         Puan Paezah bt.  Mohamad

Tugas dan pengurusan RMT dan PSS :

1.       Pemilihan murid yang layak menerima RMT.

2.       Pemilihan pembekal makanan.

3.       Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT.

4.       Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.

5.       Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.

6.       Membanci murid yang patut menerima susu percuma.

JAWATANKUASA REKOD DAN MAKLUMAT MURID

Penasihat :           Tuan Guru Besar.


Penyelaras :           Guru Penolong Kanan II (HEM).
Guru Kanan :           Puan Paezah bt. Mohamad.
Setiausaha :           Puan Rosni bt. Kassim.
AJK :           Puan Che Zainon bt. Mat Ail.
  :           Semua guru kelas.

Panduan tugas:

1.       Mendaftar semua murid yang baru masuk ke tahun satu.

2.       Pastikan dapat rekod yang terkini daripada murid.

3.       Mengenal pasti murid yang miskin dan memerlukan bantuan.

JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

Penasihat :           Tuan Guru Besar.


Pengerusi :           Guru Penolong Kanan II (HEM).
Guru Kanan :           En. Mohd. Zani bin Ahmad.
Setiausaha :           Puan Rosni bt. Kassim
AJK :           Puan Nora bt. Idris
  :           Puan Che Hasifah bt. Che Mat
  :           En. Zairon bin Zainal

Garis Panduan tindakan Jawatankuasa kantin sekolah :

1.       Menentukan peraturan kantin – rujuk buku panduan kantin.

2.       Menguatkuasakan peraturan kantin dengan bantuan pengawas sekolah.

3.       Menentukan jenis makanan / minuman yang dilarang serta mutu makanan yang dijual.

4.       Mengawal harga makanan dan minuman yang dijual.

5.       Memastikan kebersihan di dalam dan di luar kantin.

6.       Mengadakan carta organisasi penyelarasan kantin.

JAWATANKUASA BILIK GURU

Penasihat :           Tuan Guru Besar.


Pengerusi :           Guru Penolong Kanan II (HEM).
Guru Kanan :           En. Rosmi bin Mamat
Setiausaha :           Puan  Maznah bt. Mohd. Zain
AJK :           Puan Che Hasifah bt. Che Mat

Panduan Tugas :

1.       Memastikan bilik guru sentiasa kemas, bersih dan selesa sepanjang masa.

2.       Mengadakan carta-carta dan maklumat terkini.

 JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID

  Penasihat :           Tuan Guru Besar.


  Pengerusi :           Guru Penolong Kanan II (HEM).
  Guru Kanan :           Puan Hajjah Kamariah bt Omar.
  AJK :           Puan Karimah binti Ghazali.
    :           Puan Zaharah bt. Abdul Rahim.
    :           Guru Penolong Kanan KoKu.
  :           En. Mohd. Sanusi bin Mohd.
 
Shata.
  :           En. Mohd. Zani bin Ahmad.

Tugas yang dipertanggungjawabkan:

1.       Mendaftar semua murid yatim di semua kelas.

2.       Mendaftar murid miskin dan menentukan tahap kemiskinan keluarga.


3.       Mengenal pasti murid bermasalah dan punca masalah.

4.       Berikhtiar untuk mendapat bantuan segera dengan percuma.

5.       Memungut derma bila diarahkan.

6.       Menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat bila perlu.

7.       Melaporkan kepada penyelaras perkara yang berlaku semasa.

JAWATAN KUASA BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Pengerusi                                  : Tuan Guru Besar

Naib pengerusi                           : Guru Penolong Kanan 11 (HEM)

Setiauasaha                              : Puan Norhayati bt. Muhammad

AJK                                          : En. Zairon bin Zainol

                                               : En. Kamarulzaman bin Khalid

Wakil PIBG                                 : Tuan Haji Daud bin Abu Bakar

Wakil JKKK                                   : En. Seman bin Said

Wakil Pejabat Kesihatan Daerah    : Mohd. Azman bin Ramli

Tugasan  PBSS:

1. .Menetapkan polisi kesihatan sekolah.

2.  Memelihara dan peningkatan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.

3.       Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat.

4.       Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.

JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Pengerusi                                 : Tuan Guru Besar

Naib Pengerusi                          : Guru Penolong Kanan 11 (HEM)

Setiausaha                               : En. Mohd. Sanusi bin Mohd. Shata.

AJK                                         : En. Zairon bin Zainol

                                             : Puan  Norhayati bt. Muhammad


Garis Panduan Tugas:

1.  Pengurusan dan Pentadbiran Perancangan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.

2.  Ceramah dan Bimbingan.

   pnmfam/2001

Anda mungkin juga menyukai