Anda di halaman 1dari 4

MENGATASI MASALAH DISIPLIN MURID KETIKA MAKAN DI KALANGAN TAHUN 4

SEK. KEB. BUKIT NAGA MELALUI KAEDAH KEMPEN DAN KAWALAN

Pengenalan
Program intervensi ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan disiplin murid
ketika makan di kalangan murid Tahun 4 di Sek. Keb. Bukit Naga.
Berdisiplin ketika makan amat penting kerana ia boleh meningkatkan kebersihan
murid. Mementingkan kebersihan ketika makan merupakan salah satu nilai murni yang
perlu dipupuk semasa di peringkat sekolah rendah. Amalan- amalan kebersihan ketika
makan ini dapat diterapkan di dalam jiwa murid melalui rutin harian di sekolah. Justeru
itu, murid-murid telah diajar cara-cara untuk menjaga kebersihan ketika makan seperti
mencuci tangan dengan betul, memastikan peralatan untuk makan bersih dan
mengemas tempat makan. Walaubagaimanapun, ada segelintir murid yang tidak
berdisiplin telah mengabaikan amalan-amalan kebersihan ini.
Latar Belakang
Melalui pemerhatian, ahli-ahli kelab doktor muda mendapati sesetengah murid
Tahun 4 tidak mementingkan kebersihan ketika makan. Selain itu, ahli-ahli Kelab Doktor
Muda mendapati keadaan kantin agak kotor selepas waktu rehat Tahun 4 berakhir.
Keadaan ini terjadi kerana murid-murid makan bersepah dan tidak mengutip sisa-sisa
makanan mereka selepas makan. Terdapat juga murid-murid yang tidak meletak
pinggan dan cawan mereka ke tempat yang telah disediakan selepas mkan dan tidak
membuang smapah dengan betul.
Oleh itu, ahli-ahli kelab berpendapat sikap murid-murid Tahun 4 yang kurang
bertangungjawab tehadap kebersihan ketika makan perlu diubah dengan segera
supaya nilai-nilai murni yang positif dapat diterapkan di kalangan mereka.
Melaui permasalahan yang dilihat, ahli-ahli Kelab Doktor Muda terdorong untuk
mencari kaedah atau teknik bagi mengatasi masalah tersebut. Ahli-ahli berpendapat
bahawa murid-murid Tahun 4 sebenarnya mendapat kurang pendedahan tentang adab-

adab semasa makan. Penting bagi mereka untuk mengetahui adab-adab semasa
makan kerana ini boleh membantu mereka lebih berdisiplin dan mementingkan
kebersihan ketika makan. Oleh itu, ahli-ahli Kelab Doktor Muda telah mencuba kaedah
kempen dan kawalan bagi mengatasi masalah ini.
Matlamat
1. Meningkatkan disiplin murid ketika makan di kantin
2. Meningkatkan amalan kebersihan ketika makan di kalangan murid.
Objektif
1. Mengurangkan murid-murid makan bersepah.
2. Memastikan murid-murid membuang sampah dengan betul
3. Meningkatkan kebersihan kantin.
Isu dan Permasalahan- Sebelum Intervensi
Sebelum kempen ini dijalankan, ahli-ahli Kelab Doktor Muda mendapati kantin
sekolah pada waktu rehat Tahun 4 agak kotor. Melalui pemerhatian yang telah
dilakukan, kebanyakan murid Tahun 4 kurang berdisiplin ketika makan.
Kebanyakan mereka makan dengan agak bersepah kerana mereka gemar
berborak ketika makan dan ketika mulut mereka masih penuh dengan makanan. Ada
juga segelintir daripada mereka tidak tahu cara menggunakan sudu dan garfu dengan
betul. Apabila mereka telah makan bersepah, mereka hanya membiarkan sisa-sisa
makanan mereka dan tidak mengutipnya.
Selain itu, mereka juga selalu berebut dan tergesa-gesa ketika di kantin
terutamanya ketika beratur membeli makanan. Sikap mereka ini mengakibatkan
makanan dan minuman mereka tertumpah dan memungkinkan murid-murid sendiri
terjatuh yang boleh mengakibatkan kecederaan.
Kemudian, murid-murid tidak membuang sampah dengan betul dan tidak
meletakkan pinggan yang telah digunakan ke tempat yang sepatutnya. . Peralatan
makan yang telah digunakan perlu diletakkan di dalam besen yang telah disediakan
untuk memudahkan pekerja mengendalikan pembersihan pinggan mangkuk tersebut.

Jika murid hanya membiarkan pinggan mangkuk di atas meja, pelbagai serangga
seperti semut dan lalat akan hinggap di situ.
Oleh kerana murid-murid Tahun 4 kurang berdisiplin ketika makan, keadaan
kantin menjadi agak kotor dan pekerja kantin terpaksa membersihkan kantin secepat
yang mungkin sebelum murid-murid Tahun 5 dan 6 berehat. Para guru dan murid juga
berasa tidak selesa berada di kantin jika ia terlalu kotor dan bersepah. Kantin
sepatutnya berada dalam keadaan yang bersih kerana ia merupakan tempat yang
paling penting di kawasan sekolah. Jika ada pelawat datang dan melihat kawasan
kantin kotor, pihak sekolah akan berasa malu.
Proses Pelaksanaan Inovasi Semasa Intervensi
Oleh itu, ahli-ahli Kelab Doktor Muda telah melaksanakan beberapa aktiviti untuk
mengatasi masalah disiplin murid ketika makan di kalangan murid Tahun 4 Sek. Keb.
Bukit Naga.
Antaranya aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kelab Doktor Muda ialah
melancarkan Kempen Kantin Bersih, Murid Sihat pada 19hb Januari 2015. Kempen ini
telah dilancarkan oleh Guru Besar Sek. Keb. Bukit Naga, Pn. Hjh Sulha bt Che Hitam.
Tujuan kempen ini dijalankan ialah untuk menyedarkan murid agar menjaga kebersihan
kantin semasa mereka berada di sana.
Kemudian, ada di antara ahli-ahli Kelab Doktor Muda telah menyampaikan
sepatah dua kata mengenai beberapa tatacara di kantin dan etika makan. Aktiviti ini
dilakukan pada waktu perhimpunan pagi dan ia telah dilakukan selama 4 minggu.
Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mengingati murid-murid agar sentiasa
menjaga kebersihan kantin dan berdisiplin ketika makan.
Seterusnya, beberapa ahli Kelab Doktor Muda telah mengedarkan tisu makanan
kepada murid-murid Tahun 4 semasa waktu rehat. Murid-murid akan menggunakan tisu
makanan ini sebagai alas pinggan mereka agar makanan mereka tidak bersepah di
atas meja atau lantai. Selepas makan, mereka akan mengelap meja dengan
menggunakan tisu tersebut.

Selain itu, Kelab Doktor Muda juga mengadakan jualan lencana bersempena
dengan kempen Kantin Bersih, Murid SIhat. Lencana ini dijual kepada semua murid
dengan harga RM1.20 sahaja. Murid-murid boleh memakai lencana ini di baju, tudung
atau beg mereka. Secara tidak langsung, pemakaian lencana ini menyedarkan muridmurid agar menjaga kebersihan kantin mereka.

Anda mungkin juga menyukai