Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam


Malaysia Madani

Yang dihormati,

Seterusnya semua guru-guru yang dedikasi dan murid-murid dikasihi sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
izin-Nya kita diberi kesempatan untuk berkumpul pada pagi yang berbahagia ini
bagi menjayakan majlis perasmian Program Amalan Adab ABC, Amalan Adab Anak
Yang Baik Lagi Cerdik Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Cendana. Selawat dan
salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. penghulu segala
Rasul, pembawa rahmat

sekalian alam.

Untuk pengetahuan murid-murid sekalian, Adab ABC telah dirancang dan

dilaksanakan pada bulan Disember 2022 untuk seluruh sekolah di negeri Johor
bagi menyokong pendidikan holistik JPNJ agar dapat menyediakan murid-murid
dengan nilai-nilai sahsiah terpuji pada masa akan datang. Tujuan perlaksanaan
Adab ABC ini adalah untuk memastikan setiap murid memiliki sifat baik, akhlak
dan sahsiah terpuji melalui amalan nilai murni yang dipupuk dan menjadi budaya
sekolah. Bukan itu sahaja, murid boleh menjadi contoh serta membimbing rakan-
rakan yang lain. Perlaksanaan Adab ABC ini juga diharap dapat memupuk budaya
saling menghormati antara satu sama lain bagi menjamin keharmonian SK Taman
Cendana.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Terdapat 10 amalan Adab ABC yang akan diterapkan oleh semua murid di
sekolah. Antaranya amalan tersebut adalah mengucapkan salam, sapaan,
menyusun kasut, berbahasa, beratur, membantu, berterima kasih, hormat-
menghormati, menjaga kebersihan, dan menggunakan alatan dan kemudahan di
sekolah. Setiap murid akan dibimbing untuk memahami dan melaksanakan semua
amalan Adab ABC tersebut. Hal ini demikian kerana amalan Adab ABC ini adalah
teras kepada murid-murid untuk membentuk akhlak dan sahsiah yang terpuji.
Untuk pengetahuan semua, terdapat empat tahap skor bagi setiap amalan Adab
ABC iaitu skor 0 (tahap lemah), skor 1 (tahap baik), skor 2 (tahap cemerlang)

dan skor 3 (tahap terpuji).

Di peringkat SK Taman Cendana, amalan Adab ABC telah dilaksanakan pada


minggu pertama persekolahan. Guru-guru telah menerapkan semua amalan Adab
ABC kepada

murid-murid terutamanya berkaitan dengan pemahaman Adab ABC dan


perlaksanaannya.

Murid-murid juga telah didedahkan dengan terperinci bagi setiap amalan Adab
ABC. Saya

percaya bahawa semua murid SK Taman Cendana mampu menerapkan amalan ini
dengan

sebaik mungkin serta mencapai skor pada tahap tertinggi iaitu terpuji. Saya juga
yakin

dengan penerapan amalan ini, murid-murid dapat mencorak tingkah laku yang
murni dalam

kehidupan seharian.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua


guru-

guru yang terlibat terutamanya kepada minggu pertama kerana telah menjayakan
penerapan
amalan Adab ABC dalam kalangan murid. Terima kasih juga diucapkan kepada
barisan

pentadbir dan guru-guru yang berpengalaman kerana telah menjadi nadi untuk
penerapan amalan Adab ABC bermula pada minggu pertama sehingga ke akhir
sesi persekolahan. Juga tidak dilupakan kepada semua murid kerana telah
berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan amalan Adab ABC. Harapan
saya terhadap perlaksanaan amalan ini adalah semoga setiap murid dapat
menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Saya akhiri ucapan
saya dengan serangkap pantun.

Pergi Mendaki Gunung Daik,

Hendak Menjerat Kancil Dan Rusa,

Adab ABC Amalan Yang Baik,

Elok Diamalkan Setiap Masa.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatu.

Anda mungkin juga menyukai