Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN GURU BESAR

PN MASLIA BINTI MOHD YASIN

PROGRAM AMALAN ADAB ABC

AMALAN ADAB ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK

SESI 2023/2024
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani..

Yang dihormati,
Cikgu Faridah binti Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
Cikgu Omar bin Alivi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
Ustazah Nora binti Idris, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum
Seterusnya, semua guru-guru yang dedikasi dan murid-
murid dikasihi sekalian

 Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ALLAH


S.W.T.kerana dengan limpah dan izinNYA, kita
diberi kesempatan untuk berkumpul pada pagi yang
berbahagia ini bagi menjayakan majlis pelancaran
Program Amalan Adab ABC, iaitu Amalan Adab
Anak Yang Baik Lagi Cerdik bagi Peringkat Sekolah
Kebangsaan Tmn Johor Jaya 3 sesi 2023/2024.
 Untuk pengetahuan murid-murid sekalian, Adab ABC
telah dirancang dan dilaksanakan pada bulan
Disember 2022.
 Program ABC dilaksanakan untuk seluruh sekolah di
negeri Johor bagi menyokong pendidikan holistik
JPNJ agar dapat menyediakan murid-murid dengan
nilai-nilai sahsiah terpuji pada masa akan datang.
 Tujuan perlaksanaan Adab ABC ini adalah untuk
memastikan agar setiap murid memiliki sifat baik,
akhlak dan sahsiah terpuji melalui amalan nilai murni
yang dipupuk dan menjadi budaya sekolah.
 Bukan itu sahaja, murid boleh menjadi contoh serta
boleh membimbing rakan-rakan yang lain.
 Perlaksanaan Adab ABC ini juga, diharap dapat
memupuk budaya saling hormat-menghormati antara
satu sama lain bagi menjamin keharmonian SK Tmn
Johor Jaya 3.

Murid-murid yang dikasihi,

 Terdapat 10 amalan Adab ABC yang akan


diterapkan oleh semua murid di sekolah.
Antaranya amalan tersebut adalah :
o mengucapkan salam,
o sapaan,
o menyusun kasut,
o berbahasa,
o beratur,
o membantu,
o berterima kasih,
o hormat-menghormati,
o menjaga kebersihan
o menggunakan alatan dan kemudahan di
sekolah.
 Setiap murid akan dibimbing oleh guru-guru
untuk memahami dan melaksanakan semua
amalan Adab ABC tersebut.
 Untuk pengetahuan semua, terdapat empat
tahap skor bagi setiap amalan Adab ABC iaitu
skor 0 (tahap lemah), skor 1 (tahap baik), skor
2 (tahap cemerlang) dan skor 3 (tahap terpuji).
 Pertandingan Amalan Semudah ABC bagi
memilih murid yang mencapai Skor tertinggi
akan dimulakan mulai hari ini sehingga 14
Ogos 2023, iaitu selama lebih kurang sebulan.
 Semua guru mata pelajaran akan dibekalkan
dengan pelekat emoji. Murid yang telah
menunjukkan amalan ABC dengan skor terpuji,
akan dipilih. Guru akan melekat emoji pada
senarai nama murid di papan kenyataan di
dalam kelas masing-masing.
 Pemenang Anugerah Amalan Semudah ABC,
akan dipilih daripada penerima emoji paling
banyak.
 Bonda percaya bahawa semua murid SKTJJ3
mampu menerapkan amalan ini dengan sebaik
mungkin serta mencapai skor pada tahap
tertinggi iaitu terpuji.
 Bonda juga yakin dengan penerapan amalan
ini, murid-murid dapat mencorak tingkah laku
yang murni dalam kehidupan seharian.
 Di kesempatan ini, bonda ingin mengucapkan
jutaan penghargaan kepada semua guru-guru
yang terlibat terutamanya kepada Unit HEM
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana
berjaya melaksanakan Program ABC ini.
 Harapan bonda terhadap perlaksanaan amalan
ini adalah semoga setiap murid dapat menjadi
sebaik-baik manusia juga menjadi manusia
yang berguna kepada masyarakat dan negara.
 Dengan lafaz bismillah… bonda merasmikan
pelancaran Program Amalan Adab Anak Baik
lagi Cerdik.
 Bonda akhiri ucapan bonda dengan serangkap
pantun.

Pergi Mendaki Gunung Daik,


Hendak Menjerat Kancil Dan Rusa,
Adab ABC Amalan Yang Baik,
Elok Diamalkan Sepanjang Masa.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatu.

Anda mungkin juga menyukai