Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM SEMTI

SEMAIAN TAMAN ILMU (SEMTI)

BERSAMA MEMARTABATKAN ILMU SEBAGAI AMANAH

USAHA SAMA :

SEKOLAH MENENGAH ISLAM PUCHONG, SMIP IHSAN JAYA EDUCATION CENTRE BANGI PERDANA

PEMBUKA BICARA
ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAH, Alhamdulillah, segala puji bagi Zat yang selayaknya dipuja-puji, dengan izinNya hatihati kerdil dalam lapangan ilmu brcantum dan bercinta bagi mendidik anak bangsa dan agama menjadi insan yang soleh dan musleh. Kami bagi pihak Ihsan Jaya Education Centre (IJEC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah (SMIP) kerana membuka ruang dan peluang bagi kami menzahirkan sedikit kemahiran yang ada untuk membantu anak-anak dan para pelajar kita khususnya dalam bidang pendidikan ini. Melihat kepada situasi yang telah digambarkan oleh pihak sekolah berkenaan minat dan keterbukaan para pelajar dalam mempelajari ilmu akademik di sekolah kian luntur mengimbau kami di zaman bangku sekolah dahulu yang juga mungkin menunjukkan tanda-tanda berlakunya perkara yang sama pada hari ini. Para pelajar sering kabur akan matlamat pembelajaran dan pendidikan di sekolah khususnya apabila mempelajari sesuatu yang kurang popular dalam kalangan masyarakat. Ianya menjadi semakin sinonim dengan kadar peredaran zaman bahawa apa yang semakin perlu akan menjadi semakin berkurangan berbanding apa yang tidak perlu itu pula menjadi semakin meningkat. Jika disebut Gangnam, Popstar, Bintang Kecil dan Selebriti maka itu lebih menjadi perbualan seharian dan menarik minat untuk sekadar tahu dan akhirnya mencuba. Ianya berbeza dengan ilmu di sekolah yang tidak banyak memberi kepuasan bagi jiwa muda remaja menelusuri zaman mereka dan semestinya perkara ini dilihat dalam respon mereka terhadap pembelajaran di sekolah. Kendatipun, masih ada usaha dari pihak sekolah memikirkan keperluan bagi membimbing para pelajar ini menggenggam semula bara api ilmu biar hangus menjadi arang. Doa kami agar usaha sekerdil ini menjadi pemberat timbangan Mizan yang diterima Allah. Harapan kami agar pihak sekolah akan berterusan menjemput kami sebagai moderator luar yang ingin menyelit dan menumpang semangat pendidik membentuk anak bangsa bersama-sama. Diharapakan juga agar Program SEMTI ini menjadi penanda aras yang baik bagi kelangsungan program-program yang akan datang.

Sekian Terima kasih.


Muhammad Hibatullah Bin Abibullah Meja Pengurus Ihsan Jaya Education Centre (IJEC) Bandar Baru Bangi

TAWARAN INTENSIF .

KERJASAMA

UNTUK

MENJAYAKAN

PROGRAM

TUISYEN

Pihak Ihsan Jaya Education Centre, ingin menawarkan kerjasama dengan pihak Sekolah Menengah Islam Puchong, SMIP bagi menjayakan Program SEMTI (Semaian Taman Ilmu) bersama-sama para pelajar menengah rendah dan atas.

1.0 Misi dan Visi Program SEMTI


Misi Program SEMTI adalah untuk memangkin, membangunkan dan memudahcara bagi pihak ibubapa, guru dan diri pelajar sendiri untuk memahami secara aras baik sunjek-subjek akademik dalam suasana yang menarik, mudah difahami serta tidak membosankan. Program hasil sentuhan tutor-tutor yang mempunyai kepakaran kefasilitatoran dan akademik ini bakal melahirkan pelajar-pelajar cemerlang akhlak dan seterusnya cemerlang belajar secara berperingkat- peringkat. Visi Program SEMTI adalah untuk menjadi program pemantapan akademik pelajar sekolah yang paling menarik, seterusnya menjadikan pembelajaran bukan sahaja mudah tetapi juga menyeronokkan. Seterusnya ,program ini bertujuan untuk membantu para pelajar dalam komunikasi bahasa(BM/BI/BA) agar lebih tersusun dan lancar.

2.0 SASARAN PROGRAM


Pelajar-pelajar Tingkatan 1,2,3,4 &5 Anggaran jumlah : 150 orang pelajar

3.0 Pelan Program SEMTI


Pembahagian Kelas Subjek Jenis Kelas Pelajar Putera Tingkatan 1 Pelajar Puteri Tingkatan 1 Pelajar Putera Tingkatan 2 Pelajar Puteri Tingkatan 2 Pelajar Putera Tingkatan 3 Pelajar Puteri Tingkatan 3 Catatan

MATEMATIK SAINS ENGLISH BAHASA MELAYU BAHASA ARAB GEOGRAFI

Bilangan Pelajar Untuk 1 Kelas / kelompok Adalah dalam Lingkungan 20- 30 Lebih Pelajar secara amnya

Subjek

Jenis Kelas Pelajar Putera Tingkatan 4 Pelajar Puteri Tingkatan 4 Pelajar Putera Tingkatan 5 Pelajar Puteri Tingkatan 5

Catatan

MATEMATIK MODEN MATEMATIK TAMBAHAN SAINS ENGLISH BAHASA MELAYU BAHASA ARAB KIMIA FIZIK

Bilangan Pelajar Untuk 1 Kelas / kelompok Adalah dalam Lingkungan 20- 30 Lebih Pelajar secara amnya *PECAHAN KELAS MENGIKUT ALIRAN KECUALI
SUBJEK BAHASA DAN MATEMATIK MODEN

Pembelajaran Pemilihan Pembelajaran Rasmi Adalah Sama ada 4 Jam Untuk 2 Minggu Atau 2 Jam X 2 Hari Seminggu(berselang)

Pembelajaran Pada Minggu 1 & 3 4 Jam Untuk seminggu atau Minggu 2 & 4 *JADUAL BERUBAH MENGIKUT PERBINCANGAN

4.0 Jadual Mingguan Program SEMTI

HARI

MASA

AKTIVITI / TEMPAT MOTIVASI SEMTI(PEMBUKAAN) *SURAU REHAT / KENDIRI *KANTIN/SURAU SUBJEK (PILIHAN) *KELAS SUBJEK (PILIHAN) *KELAS SUBJEK (PERTUKARAN) *KELAS MINUM MALAM *KANTIN

SABTU MINGGU PERTAMA & 8.30 PAGI 10.30 PAGI KETIGA ATAU 10.30 PAGI 11.00 PAGI SABTU MINGGU KEDUA & KEEMPAT 11.00 PAGI 1.00 TGH HARI SELASA/RABU /KHAMIS MALAM BAGI KELAS PREP 8.00 MLM 9.00 MLM 9.00 MLM 10.00 MLM 10.00 MLM 11.00 MLM

5.0 Yuran Pembelajaran


Bilangan Pelajar Keseluruhan < 80- 99 Pelajar > 100 Pelajar > 150 Pelajar >200 Pelajar Yuran Bulanan Setiap Pelajar Untuk Setiap Subjek RM 35 RM 30 RM 20 RM 10

*yuran merangkumi YURAN KELAS & YURAN MODUL

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN*BAGI JUMLAH 150 PELAJAR


6.1 YURAN KELAS 6.2 YURAN MODUL : RM 15 SEORANG : RM 5 SEORANG

6.3 YURAN SEORANG PELAJAR : RM 20

JUMLAH YURAN RM20

X 150 PELAJAR = RM3000

U/P : PENOLONG KANAN HEP SEKOLAH MENENGAH ISLAM PUCHONG SELANGOR DARUL EHSAN Tuan/Puan,

Tarikh: ___________

SURAT TAWARAN KERJASAMA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM ASK! Saya, Nurul Husna Bt Zulkafli selaku Pegawai Pembangunan IJTC, Ihsan Jaya Training & Consultancy, ingin menawarkan kerjasama dengan pihak sekolah Tuan/Puan bagi menjayakan Program ASK! (Aku Seorang Khalifah) . 2. Antara Misi Program ASK! ialah: Misi Program ASK! adalah untuk membangkitkan semangat tenaga pengajar khususnya guru-guru di SMIP sendiri bagi merangsang suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan interaktif. Perkara ini perlu dijadikan penggerak kepada nadi sekolah kerana pemacu yang bersikap optimis dan terkehadapan mampu untuk menjana pemikiran pelajar-pelajar yang kini dimamah arus kemodenan dan halusinasi. Pihak kami tampil dan mencadangkan agar satu kursus kepemimpinan untuk menyelia-bantu para guru dari sudut teknik dan psikologi pengajar cemerlang dijalankan secara berperingkat.

3. Maklumat- maklumat berkenaan Program ASK! adalah seperti dibawah; a) Cara pengendalian : Tenaga pengajar akan diperuntukkan untuk menyertai programprogram yang disusun . Antaranya : Program ASK! Siri 1 : Menyentuh banyak berkenaan tanggungjawab sebagai khalifah dan pemimpin. Modul banyak berbentuk spiritual. Program ASK! Siri 2 : Sambungan kepada ASK! Siri 1 yang menyentuh tentang teknik mendekati pelajar dan amalan psikologi yang efektif antara pelajar dan guru. Program ASK! Siri 3 : Program berbentuk jati diri dan group-binding yang mana akan banyak berkisarkan semangat kesatuan dan toleransi sesama pengajar. Program banyak berbentuk fisikal. b) Masa : Cadangan ialah pada hujung bulan Mac dan awal bulan Jun 2014.
*Tarikh ditentukan pihak SMIP

4. Yuran Program( setiap siri ) RM50 Seorang guru (bengkel+modul) 5. Pihak Program ASK! akan memberikan kelonggaran kepada pihak sekolah untuk meletakkan berapa sahaja yuran bagi program ini pada kadar yang berpatutan. 6. Segala pandangan dari pihak Tuan untuk penambahbaikan program ini amatlah diraikan dan dialu-alukan. Sekian, Terima Kasih .. Nurul Husna Bt Zukkafli Pegawai Pembangunan IJTC BANGI

Anda mungkin juga menyukai