Anda di halaman 1dari 6

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKANYANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MATLAMAT

MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA YANG TAAT SETIA DAN BERSATU


PADU

MELAHIRKAN INSAN YANG BERIMAN, BERAKHLAK MULIA, BERILMU,


BERKETRAMPILAN DAN SEJAHTERA

MENYEDIAKAN SUMBER TENAGA MANUSIA UNTUK KEPERLUAN


KEMAJUAN NEGARA

MEMBERI

PELUANG-PELUANG

PENDIDIKAN

KEPADA

SEMUA

WARGANEGARA MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA


PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE
ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA
MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKN INSAN YANG
SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN
JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA
TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA
YANG BERILMU, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN
MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN
TERHADAP KEHARMONIAN DAN LEMAKMURAN MASYARAKAT DAN
NEGARA.

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

VISI, MISI, MATLAMAT DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

LAPORAN HARI ORIENTASI

LAMPIRAN

AJK PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BAHARU


TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN TAHUN 2015

BUKU PROGRAM

BORANG-BORANG

GAMBAR

MUKA SURAT

i
1-4

LAPORAN AKTIVITI:
MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN PERALIHAN DAN SATU 2015
BIL

TOPIK

BUTIRAN/ KETERANGAN

1.

NAMA PROGRAM

2.

MATLAMAT

3.

OBJEKTIF

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU TINGKATAN 1


DAN PERALIHAN 2015
Mendedahkan kepada para pelajar baru tentang Sekolah
Menengah Kebangsaan Desa Perdana.
1. Memberi pengenalan dan informasi berkaitan sistem
yang diamalkan di sekolah.
2. Mendedahkan pelajar baru kepada peraturan dan
persekitaran sekolah.
3. Membantu pelajar untuk melengkapkan maklumat diri
yang diperlukan oleh pihak sekolah bagi tujuan
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang
digunakan.

4.

TARIKH PERLAKSANAAN

30 Disember 2014 (Selasa)

5.

TEMPAT

Dewan Terbuka SMK Desa Perdana

6.

SASARAN

7.

PERSONALIA

Semua Murid baharu dan bekas murid tingkatan Peralihan


SMK Desa Perdana
AJK Hari Orientasi Pelajar Baharu Tingkatan Satu dan
Peralihan SMK Desa Perdana (rujuk lampiran 1)

8.

PROGRAM/ ATUR CARA


7:30 PAGI

Pendaftaran Guru-guru
Edaran Buku Program, Polisi Sekolah
Selamat dan surat-surat Akur Janji

7:50 pagi

Ibu bapa/ penjaga mengambil tempat

8:00 pagi

Nyanyian Lagu NegaraKu


Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan Pengetua:
Pn. Rohana Bt Yusof
Ucapan TYDP PIBG ( Encik Azman Bin
Mohd Sarif )
Taklimat Penolong Kanan Tadbir &
Kurikulum: Tn Haji Jamalluddin Bin
Talib
Taklimat Penolong Kanan Hem: Pn. Jaya
Kumari a/p Sohan Lal
Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum:
(diwakli oleh Pn. Hanimah )

10: 00pagi

Beredar mengikut kelas yang ditetapkan


(mengikut guru tingkatan)
Pendaftaran murid baharu (jika ada)

8.

CATATAN

10:30 pagi

Pengedaran Buku Teks

11:00 pagi

Pembelian Peralatan Sekolah

11:30 pagi

Majlis Bersurai

Secara keseluruhannya program ini berjaya memenuhi


objektif yang ditetapkan. Semua Guru bertugas dan murid
baharu memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini.
Program Orientasi Pelajar Baharu Tingkatan Satu dan
Peralihan tahun ini turut disertai oleh murid-murid baharu
Pendidikan Khas

RINGKASAN LAPORAN:
(30 DISEMBER 2014)

Ucapan Pengetua
Pengetua SMK mengalu-alukan kehadiran murid baharu.
Sebelum memberikan ucapan, Beliau memperkenalkan diri
serta barisan pentadbir sekolah.
Dalam ucapan, beliau menerangkan maklumat terperinci
tentang SMK supaya semua murid baharu mengenali sekolah
yang bakal menuntu ilmu.
Beliau turut menerangkan
matlamat sekolah, iaitu melahirkan murid yang lebih kreatif
dan kritis. Beliau saran agar ibu bapa dan murid-murid
baharu supaya memahami PT3 yang bakal dihadapi. Di
samping itu, beliau memberi sedikit gambaran tentang
pentaksiran sekolah yang bakal dilalui oleh semua murid
baharu di SMK
Dalam ucapan, beliau turut mendedahkan kepada semua ibu
bapa dan murid baharu tentang pencapaian PT3 sekolah ini
serta kecemerlangan penglibatan anak-anak murid SMK Desa
Perdana sebelum ini.
Akhir sekali, beliau saran agar semua ibu bapa menyertai
mesyuarat PIBG supaya dapat memberi sumbangan idea
dalam pembangunan sekolah ini.

Taklimat Penolong Kanan 1:


Sebelum mulakan taklimat, PK1 mengalu-alukan dan
berterima kasih kepada semua ibu bapa kerana sudi
menghadiri program ini.
Dalam ucapan, beliau saran agar semua ibu bapa memberi
kerjasama dalam usaha untuk memajukan sekolah. Beliau
turut berjanji akan membantu semua murid baharu untuk
mencapai kecemerlangan dalam semua aspek di sekolah ini.
Di samping itu, beliau menggalakkan ibu bapa datang ke
sekolah ini membincangkan masalah dan mengambil tahu
perkembangan anak-anak di sekolah.
Beliau juga mengingati semua murid baharu dan ibu bapa
tentang masa persekolahan agar murid dapat datang ke
sekolah ikut masa yang ditetapkan. Beliau turut memohon
agar ibu bapa memberi no. Telifon yang sebenar supaya
program SMS dapat dijalankan dengan lancar. Beliau turut
saran ibu bapa supaya menyertai mesyuarat PIBG yang bakal
dijalankan agar dapat memberi cadangan dalam program
pembangunan sekolah. Dalam masa yang sama, beliau
memohon agar ibu bapa dapat memberi sumbangan bukan
sahaja sumbangan wang malah tenaga untuk program
sekolah. Sebagai contohnya, kelas tambahan untuk murid
kelas yang bakal menduduki peperiksaan.
Akhir sekali, beliau mengharapkan semua murid baharu akan
usaha terbaik untuk kemajuan diri dan sekolah.

Taklimat Pk. Hem:


Sebagai permulaan taklimat, beliau mengalu-alukan
kehadiran para hadiri dan sedia memberi bantuan kepada
semua ibu bapa dan murid baharu dalam masalah yang
dihadapi di sekolah ini.
Dalam taklimat, beliau menerangkan aturcara program dan
memberi panduan yang jelas supaya semua murid baharu
dapat mengikuti program orientasi ini.
Beliau turut memberi gambaran yang jelas tentang peraturan
dan disiplin sekolah. Beliau mengharapkan semua ibu bapa
dapat tampil ke sekolah jika anak-anak terlibat dalam masalah
disiplin agar dapat membantu membentuk murid-murid yang
berdisiplin. Dalam masa yang sama, beliau mengingati
semua ibu bapa bahawa murid tidak dibenarkan membawa
handphone ke sekolah.
Jika didapati murid membawa
handphone, maka alat tersebut akan dirampas dan ibu bapa
perlu datang ke sekolah untuk menandatangani surat akur

janji ke2.
Akhir sekali, beliau memohon kerjasama ibu bapa supaya
maklum kepada sekolah jika anak tidak dapat hadir ke
sekolah supaya tidak dibuang sekolah.

Taklimat PK. KOKO


Taklimat berkaitan Kokurikulum diwakili oleh. Beliau
menerangkan tentang permarkahan koko murid-murid baharu
bermula daripada Tingkatan satu hingga Tingkatan Lima.
Murid-murid baharu turut terlibat dalam PAJSK yang
termasuk dalam PT3.
Beliau mengingati semua mrid baharu dan ibu bapa bahawa
hari Rabu ialah Hari KOKO. Murid-murid baharu akan mula
menyertai aktiviti kok bermula 21 Januari 2015 hingga 25
April 2015. Pada hari KOKO, masa aktiviti koko dijalankan
pada 3:00pm hingga 5:00pm. Hari sukan pula akan diadakan
pada bulan Julai.
Akhir sekali, beliau saran agar semua murid memberi
kerjasama dan perhatian sepenuhnya untuk menjayakan
aktiviti-aktiviti koko yang bakal dijalankan di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai