Anda di halaman 1dari 3

NAMA FAKULTI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PROGRAM PENGAJIAN

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN

TOPIC SUMMARIES

NAMA PELAJAR : BALQIS BINTI AMRAN

NO MATRIK : 3192004211

KOD KURSUS : ECD3163

NAMA KURSUS : PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PAKK

NAMA PENSYARAH : DR. ABU BAKAR MOHD SHEIKH

TARIKH SERAHAN : 9 JULAI 2022


Cara Terlibat

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak berkait rapat dengan pencapaian akademik
anak. Ini kerana penglibatan mereka membantu perkembangan kanak-kanak itu dari segi
perkembangan emosi, rohani, jasmani dan sahsiah kanak-kanak. Ibubapa dapat melibatkan diri
dengan menghadiri acara di sekolah seperti hari terbuka, gotong royong serta menjadi sukarelawan
di sekolah. Penyertaan ibu bapa sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak untuk terus
melakukan aktiviti, berani untuk tampil ke hadapan dan lebih berkeyakinan untuk bergaul dengan
rakan-rakan di dalam kelas.

Komunikasi Dua Hala

Dapat dirumuskan bahawa komunikasi memainkan peranan yang sangat penting kerana melaluinya
manusia dapat berhubung dan berinteraksi sesama mereka. Komunikasi diantara guru dan ibubapa
yang berkesan adalah sangat penting. Ini dapat memastikan bahawa semua maklumat dapat
disampaikan dalam bahasa dan format untuk sampai kepada semua ibu bapa dengan menggunakan
apa jua saluran komunikasi. Guru juga boleh membuat whatsapp group ataupun laman web yang
boleh menghubungkan semua ibubapa.

Pelbagai Bahasa dan Budaya

Malaysia mempunyai kepelbagaian bahasa dan budaya. Begitu juga di tadika. Oleh itu, guru haruslah
bertukar tukar maklumat dengan ibubapa tentang bangsa, bahasa dan budaya tertutamanya pada hari
terbuka seperti hari orientasi. Selain itu, guru juga boleh mekibatkan ibubapa dalam kehidupan di
sekolah. Guru guru boleh mnjemput ibubapa untuk menceritakan tentang latar belakang dan tradisi
keluarga mereka.

Alu-aluan dan Selamat Datang

Guru perlu mengambil inisiatif untuk mencari cara untuk membuat kanak-kanak berasa seronok dan
tidak takut untuk datang ke sekolah lebih lebih lagi bagi kanak kanak yang baru memasuki alam
prasekolah. Oleh itu, guru haruslah berusaha untuk menarik minat kanak-kanak dengan menghiasi
kelas agar kelas kelihatan ceria dan tidak muram. Dengan ini sedikit sebanyak dapat menarik minat
kanak-kanak untuk datang kesekolah.

Bekerja dengan Ibubapa Kanak-kanak Khas

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas amat penting kerana ia dapat
membantu membangun potensi diri supaya mereka dapat berdikari pada masa hadapan.Justeru itu,
pihak sekolah dan guru perlu menyediakan lebih banyak peluang kepada ibu bapa supaya dapat
bersama-sama menumpukan dan membangunkan kekuatan yang di dalam diri murid berkeperluan
khas berdasarkan falsafah pendidikan negara iaitu menghasilkan individu yang holistikdari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Pembelajaran di Rumah

Ibubapa perlulah berusaha untuk membantu anak mendapat maklumat berkaitan sesi PdPR ataupun
arahan atau tugasan atau kerja rumah yang diberikan guru. Dengan ini, ibubapa haruslah memberi
kerjasama sepenuhnya kepada guru bagi setiap mata pelajaran dengan sentiasa bertolak ansur
dengan memastikan sesi PdPR berjalan lancar. Ibubapa perlu ada sikap (give and take), mempunyai
sifat empati, abertolak ansur dalam semua perkara dan situasi, dan menyokong kaedah PdPR yang
digunakan guru.

Jenis Penglibatan Ibubapa

Penglibatan ibubapa memberi kebaikan kepada kanak, guru dan ibubapa itu sendiri. Banyak faedah
yang dapat diperoleh antaranya ialah kebaikan yang dapat kepada kanak-kanak. Mereka dapat
melihat peranan ibubapa yang berbeza-beza. Selain itu, kanak-kanak juga akan dapat lebih perhatian
darpada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti.

Gaya Keibubapaan

Gaya keibubapaan merupakan satu aspek yang sangat penting dalam mempengaruhi kesejahteraan
kanak-kanak. Ibubapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian dan permisif akan dapat
meningkatkan kemurungan manakala gaya keibubapaan autoritatif pula dapat mengurangkan
kemurungan.

Khidmat Masyarakat

Program khidmat Masyarakat bersama murid tadika merupakan salah satu program yang mampu
mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekeliling di samping memperkenalkan inovasi dan idea
baru kepada masyarakat. Program ini juga akan memberikan motivasi dan semangat kepada murid
tadika untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai