Anda di halaman 1dari 27

1

Tugasan : 1) pembentangan 17 Mac 2010


2) penulisan ilmiah

Tajuk : Isu dan permasaalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah

Nama: Nur Hidayah binti Mohammed Kamar
Norain binti Zainuddin
Robaizura binti Ramli
Nurul Fatiyah binti Alias
Nor Hayati binti Omar

Fakulti : Seni dan Muzik

Jabatan: Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Semakan: Encik Kamarul Azman Bin Abd Salam





2





SHV 4193
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SOALAN :
ISU-ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
PERINGKAT PRASEKOLAH
KUMPULAN 5
KELAS : RABU
MASA : 8 PM 11 PM
DISEDIAKAN OLEH :
NUR HIDAYAH BT WAN MOHAMMED KAMAR
NORAIN BIN ZAINUDDIN
ROBAIZURA BT RAMLI
NURUL FATIYAH BT ALIAS
NOR HAYATI BT OMAR
PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT 31)
SEMESTER 2 SESI 2010/2011
KUMPULAN : A
TARIKH HANTAR : 24/2/2010
DISEDIAKAN UNTUK :
EN. KAMARUL AZMAN B. SALAM
3

1.0 PENGENALAN
Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikan
prasekolah pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakat
mahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualiti
masa awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masa
akan datang. Khususnya pada ibu bapa yang semakin lama semakin menyedari betapa
pentingnya hubungan mereka dengan anak-anak dan terus mewarnai hubungan anak dalam
lingkungannya iaitu rakan sebaya, guru dan sebagainya.
Minat terhadap anak dapat dilihat dari situasi disekitar kehidupan kita. Pelbagai majalah
yang bertemakan pendidikan anak sudah banyak diterbitkan di mana-mana sahaja. Majalah-
majalah tersebut semuanya berorientasikan pada pendidikan khususnya anak pada usia awal.
Ceramah-ceramah atau kursus bagaimana mendidik anak dengan baik sering
ditawarkan melalui media massa. Ibu bapa yang masih muda memang telah memahami
maksud stimulasi sejak usia awal perkembangan. Mereka selalu inginkan yang terbaik untuk
anak mereka.
Daripada pandangan pihak lain, perhatian masyarakat terhadap anak di usia awal
seringkali dikalahkan oleh peredaran masa politik dan ekonomi. Untuk hal tersebut, para
pendidik dituntut belajar dengan lebih baik bagaimana cara untuk mendidik dan mengasuh
anak, dengan demikian para pendidik dapat meyakinkan para ibu bapa, masyarakat dan orang
disekeliling betapa pentingnya perhatian anak pada awal usia kerana merekalah yang
menentukan kualiti bangsa pada masa yang akan datang.


4

1.1 DEFINISI ISU
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga isu merupakan perkara pokok
atau persoalan sesuatu perkara.
1.2 DEFINISI PERMASALAHAN
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga permasalahan merupakan
sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah.
1.3 DEFINISI PENGAJARAN
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga pengajaran merupakan perihal
mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Menurut Sarina Baharuddin
(2009), pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sistematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalakkan dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Ciri-ciri pengajaran berlaku apabila adanya guru dan murid, iaitu guru bertindak sebagai
pengajar dan murid bertindak sebagai pembelajar melibatkan proses interaksi dua hala antara
guru dan murid. Pengajaran hanya bermakna apabila ada pembelajaran yang melibatkan
instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman. Pengajaran juga melibatkan proses
pemikiran dan penggunaan bahasa atau simbol kepada murid yang memudahkan proses
pengajaran sering dikaitkan dengan pengajaran bercirikan unsur sains dan seni. Proses
pengajaran guru ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian yang boleh dijalankan dengan
aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber. Ia
meliputi rancangan mengajar (KOPI).
5

1.4 DEFINISI PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah secara umumnya
boleh didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat
sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam
dunia persekolahan kepada seseorang kanakkanak. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka
dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam
persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Pendidikan pra-sekolah adalah bertujuan menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar
sebelum memasuki peringkat pendidikan formal. Pendidikan prasekolah juga bertujuan
menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran
asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan membolehkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke
atas memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi, sosial, dan kemahiran-
kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Program ini juga merupakan asas
kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor selari dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan
selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian mengenai kesan
prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan
kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka
panjang dan pendek. Kanak-kanak yang menghadiri tadika mempunyai keyakinan lebih tinggi,
mengalami kurang kegagalan dan dapat menjawat jawatan lebih baik berbanding dengan
6

kanak-kanak yang tidak menghadiri tadika. Pelaburan dalam pendidikan prasekolah adalah
bersifat pencegahan dan dapat membantu kanak-kanak berisiko, berkeperluan khas serta yang
lemah dalam pembelajaran.

3.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam
tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.
Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162.
Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak
secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di
dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan
kanak-kanak seterusnya.

Menurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam pendidikan
prasekolah, kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan
menggunakan portfolio iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses
pembelajaran boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan
apa yang telah dipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak
berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut Surayah
7

Zaidon (2003) lagi, portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting
yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti
program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai
perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar
sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang
besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program
prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin
perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan
kanak-kanak

Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah
laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk
menerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan
melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak
berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau
pembelajaran yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru
prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana
pinilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan
dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan
kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak.
Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah.

Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidak
mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika perlaksanaan Pendidikan
Islam dan Moral di peringkat prasekolah. Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada
persediaan dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai semak dan
8

rekod individu jarang dilakukan. Hal ini kerana para ibu bapa lebih menekankan pencapaian
akademik dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini juga
menyebabkan aspek-aspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti
perkembangan sahsiah dan sikap pelajar tidak menyeluruh perlaksanaannya dan hanya
dibincangkan bersama ibu bapa yang berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka.

Bagi melaksanakan penilaian ini juga, para guru perlulah mempunyai kemahiran yang
cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar. Menurut kajian Mohamad (1993)
berjudul Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan Kurikulum Prasekolah yang
dijalankan ke atas 12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru Tabika Perpaduan
mendapati aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun guru
menghadapi kesukaran mengendalikannya akibat kurang kemahiran. Isu yang sama timbul
dalam kajian Rohaty (1996b) bertajuk Educational Assessment of Malaysian Preschoolers.
Kajian tersebut juga menunjukkan guru kurang berpengetahuan tentang kepelbagaian jenis
kaedah penilaian perkembangan kanak-kanak walaupun aspek-aspek penilaian perkembangan
kanak-kanak telah diketahui namun perlaksanaan penilaian perkembangan tersebut sukar
dijalankan. Aspek-aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) seharusnya dinilai
menggunakan pendekatan berbeza oleh guru mengikut kaedah yang dipelajari semasa dalam
pengajian mereka. Kesemua aspek tersebut memerlukan pemantauan berterusan sepanjang
sesi persekolahan.

Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon pula menunjukkan penilaian yang
dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu
kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga
penting dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial
kanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan
9

kedudukan dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-
kanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada
peringkat prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan mengganggu
perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami
tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebih
mengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan
meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, para
guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang
kepentingan perkembangan pelajar dalam aspek-aspek lain.

Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1977), ahli keluarga khususnya ibu bapa
mempunyai peranan penting sebagai agen sosialis dalam kehidupan kanak-kanak dan
mempunyai pengaruh paling besar ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak.
Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan
yang berbeza-beza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan
pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum. Oleh hal yang demikian,
perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek kognitif, fizikal atau kerohanian perlu lebih
diterapkan dari kediaman kanak-kanak itu sendiri berbanding di prasekolah.





10

3.0 ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT
PRASEKOLAH.
3.1 Celik Huruf
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddin
berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolah
rendah sebelum penghujung 2012. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalu
pada awal Oktober 2009.
Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan murid. Ada
guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun
satu sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasa
berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti
kelas prasekolah.
Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf. Murid-
murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru Bahasa Melayu tahun
satu.
Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun 2006 KPM
memperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untuk
memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di
sekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun
11

satu belum celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu
belum menguasai 2M.
Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalam
BHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik huruf
pada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, apabila kita
mengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak banyak berubah
pada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluang
mengikuti prasekolah pada tahun 2012 itu rendah.
Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang ingin
melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di
sekolah. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai
kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan
pendukung PIPP.
3.2 Kesukaran Menguasai Konsep Nombor
Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran
Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan
kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak
simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di
sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor
dengan keadaan sebenar.


12

3.3 Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak Prasekolah

Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio. Terdapat
berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folder
atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru
menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat ketidakcekapan guru
mengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua
hasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan
menjejaskan bentuk fizikal portfolio.

Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul Persepsi Guru
Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanak
semasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfolio
tanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan di
mana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-
kanak. Kandungan portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebut
mendapati pengesanan perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian ke
atas aktiviti kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasil
kerja.

Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk
lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukan
di pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentu
dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio,
kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yang
dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang
13

terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan
tahap perkembangan.

Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk
perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan
kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan.
Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan
portfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu
ramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan
limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalam
aspek penilaian perkembangan kanakkanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang
berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal
guru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan
penilaian. Kanakkanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru,
guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan
pratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian
yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan
menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanakkanak.






14

3.4 Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal

Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses
pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolah
kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah.
Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran
sains awal. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru
prasekolah dalam pengajaran sains awal.

Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), dalam mengkaji sikap dan
pengetahuan dalam pengajaran sains awal di peringkat sekolah, walaupun umumnya
menunjukkkan respon positif terhadap pengajaran sains awal tetapi masih terhadap guru
sebanyak (7.4%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak begitu
menarik. Manakala hampir 40% pula berpendapat mereka menghadapi kesukaran untuk
memahami sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang.
Selain itu terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman dalam mengajar mata
pelajaran sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal di
prasekolah.

3.5 Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar
Melalui Bermain .

Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian
di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan
hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia,
program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak
15

berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di
Tahun Satu sekolah rendah.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga
kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan
bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Main adalah sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta,
kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan
kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi
pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan
kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik
darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya.

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran
untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri
tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan.
Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak kanak melibatkan
diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan
pandangan tokoh-tokoh lain dimana dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut;
Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk
kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada
kebebasan memilih oleh peserta.
16

Mengikut Vygotsky (1962) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.
Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam
pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan
tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawalsituasi
dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses
pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer
(Spodek,1983) menganggap imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan
kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat
bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka
berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

Namun begitu, masih terdapat isu iaitu guru sukar untuk melaksanakan kaedah belajar
melalui bermain kepada kanak kanak. Strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu
kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaan
strategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA terdapat pada
pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk rancangan pelajaran yang disediakan
dan interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan guru
juga tiada atau pun kurang kefahaman serta tidak memahami perkembangan dan minat kanak-
kanak disamping keperluan mereka.

Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan pengajaran melalui aktiviti bermain,
terdapat faktor - faktor masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain.
Antara faktor faktor tersebut adalah mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk
menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Menurut mereka lagi, masalah ini berpunca
daripada perkembangan yang pesat dalam pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubual
mengatakan mereka berkeyakinan bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka
17

diberi peluang mengadakan perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir dan
penyelidik pendidikan prasekolah.

Menyentuh hal tersebut, kebanyakan guru-guru mengatakan terdapat beberapa perkara
penting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran iaitu seperti guru
kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti, guru kurang yakin
dengan pengajaran yang ingin disampaikan, guru juga kurang memahami psikologi kanak-
kanak, guru kurang mahir membuat alat bantu mengajar, guru kurang faham dengan kurikulum
prasekolah kebangsaan, dan guru mengalami kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian
ke atas kanak-kanak.

Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain ialah
bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan bersesuaian
dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen iaitu komponen
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Fizikal,
Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan Estetika dan
Perkembangan Sosioemosi. Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami dan
berpengalaman dalam pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu mengajar tidak
mencukupi. Mereka boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti
guru sendiri dalam mengolah bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis,
cawan plastik, botol plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan
sebagi bahan bantu mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain.
Walau bagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul.

Kebanyakan guru juga masih kurang faham tentang Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan mental dan
18

fizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap pelajaran yang hendak
dijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan
dengan penyediaan bahan pengajaran. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika
masing-masing perlu disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan
tahap umur dan pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal
pasti tahap-tahap pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut.

Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanak
beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang sering
digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah
tidak dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Terdapat banyak kelas atau
bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa dan kurang menggalakkan dari segi
pembelajaran kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat sebahagian tadika yang begitu sempit,
tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai untuk keselamatan kanak kanak.

Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai dan
membuat dendaan. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai
kemahiran mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing, penasihat, pengajar,
pentadbir dan lain-lain lagi kepada kanak-kanak ini.

Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar kepada
penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh serta bahan
lakonan kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan
kurang kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Ini
dikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut.
Berkaitan dengan penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan penilaian di
19

kalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan pemerhatian,
temuduga, ujian dan persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru.
Umumnya kemahiran pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih ditahap yang minima.


4.0 CARA-CARA MENGATASI
4.4 Isu Celik Huruf
Berdasarkan pendapat Abdul Rahman Abdul Rashid (1995), bahawa penggunaan BBM yang
sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas adalah penting kerana
ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk pengajaran Bahasa
Melayu.
Selain itu, aktiviti bermain yang diselitkan dalam pelaksanaan Rancangn Pengajaran
Harian (RPH), turut membantu meningkatkan kemahiran membaca. Didapati bahawa apabila
aktiviti bermain diselitkan, pelajar akan menjadi lebih berminat mengikuti p&p berkaitan
kemahiran asas membaca. Aktiviti bermain ini mampu menambah minat serta mendapati
pengajaran guru amat menyeronokkan.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa, oleh kerana guru
pemulihan ditugaskan untuk membantu murid lambat dalam penguasaan 3M, maka adalah
lebih baik jika mereka didedahkan kepada konsep dan amalan yang terbaru dalam pemulihan
kesukaran asas membaca melalui penggunaan teknologi pendidikan yang terkini bersesuaian
dengan tahap perkembangan murid prasekolah.


20

4.5 Isu Kesukaran Menguasai Konsep Nombor
Bagi mengatasi masalah kesukaran menguasai konsep nombor bagi murid-murid prasekolah
adalah melalui pendekatan permainan dan melalui penggunaan komputer. Main merupakan
expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak.
Almy et. al. (1984) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri
tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan.
Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Jean Piaget (1952)
menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman
Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal.

Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian bagi
beberapa masalah dalam Matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi,
khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan dalam seharian. Simulasi juga sering
digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi Matematik.
Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah dengan
mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis, menulis atau bermain bola
keranjang. Definisi terbaik yang pernah didengari oleh beliau ialah keratif adalah permainan.
Aktivit bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan perasaan ingin tahu, di
samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka (Rohani, 2004).
Menurut Vygotsky (1962), permainan pilihan kanak-kanak sendiri disokong oleh seorang guru
ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian
kognitif yang lebih tinggi.
21

Dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Piaget mengesyorkan supaya
kanak-kanak diberi kebebasan memilih aktiviti permainan mereka sendiri. Kanak-kanak
biasanya akan menumpu kepada keperluan perkembangan mereka, ketika memilih aktivit
bermain. Hanya dengan cara demikian kita dapat memastikan mereka memilih sesuatu aktiviti
yang menarik dan menggembirakan. Pada masa yang sama, mereka dapat memilih sesuatu
yang bukan menumpu kepada kemahiran atau pengetahuan yang telah lama dikuasai dan tidak
terlalu sukar atau jauh daripada tahap perkembangan semasa.
Dengan perkataan lain, kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti permainannya sendiri
dapat memilih aktiviti yang tepat dengan keperluan perkembangannya. Aktiviti bermain bersifat
meransang perkembangan dan merupakan bahagian utama (integral) dalam kurikulum
perkembangan. Konsep bermain sambil belajar dapat memenuhi keperluan dan perkembangan
mental, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

4.6 Isu Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak Prasekolah

Penggunaan portfolio membawa kesan positif dalam kurikulum dan pengajaran walaupun
penggunaannya berhadapan dengan beberapa masalah. Dalam penilaian berasaskan portfolio
pelajar menunjukkan apa yang mereka boleh buat dan pelajar dinilai berdasarkan apa yang
mereka sepadukan dalam membina portfolio dan bukan apa yang mereka dapat ingat kembali.
Hal yang demikian, disebabkan portfolio sebagai alat penilaian adalah untuk mengumpul bukti
tentang bagaimana pelajar mengolah, memproses dan menyempurnakan tugasan dalam
sesuatu domain.

22

Kajian Surayah Zaidon (2004), telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai
guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan
kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil
kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak
secara keseluruhan.

Portfolio berpotensi sebagai salah satu alat penilaian alternatif dalam menilai
perkembangan kanak-kanak masa kini. Namun, permasalahan seperti yang dinyatakan perlu
mendapat pertimbangan sewajarnya agar pelaksanaannya memenuhi matlamat.

4.7 Isu Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal

Guru prasekolah hendaklah mengetahui peranan mereka dalam mempelbagaikan aktiviti
yang boleh mendatangkan manfaat kepada kanak-kanak prasekolah. Antara peranan guru
prasekolah adalah sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Hal ini
disebabkan kanak-kanak belajar melalui permainan atau aktiviti yang tidak formal. Guru yang
berpengetahuan akan berusaha untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang mengembirakan
dengan melibatkan kanak-kanak secara aktif. Aktiviti yang dirancang tersebut membolehkan
kanak-kanak mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka.

Selain itu, guru prasekolah yang berpengetahuan dalam pengajaran sains awal juga
mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sikap dan sahsiah yang
dimiliki oleh guru tersebut akan menjadi contoh kepada kanak-kanak prasekolah. Secara tidak
langsung kanak-kanak akan memerhati dan seterusnya meniru kelakuan guru tersebut. Oleh
hal yang demikian, guru prasekolah hendaklah menggunakan peluang dengan menunjukkan
contoh serta teladan yang baik dan menerapkan nilai-nilai yang positif kepada kanak-kanak
23

prasekolah. Bagi merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlulah merangka persekitaran
pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan
topik dan aktiviti sains. Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berbantukan komputer. Ia memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia berfungsi untuk menambahkan
kelancaran perhubungan antara guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan
murid.

Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan
perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras
dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Pelbagai gaya
dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di
peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif
dan kreatif kanak-kanak.

Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat menentukan
jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga harus menentukan bahan-
bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan keupayaan murid. Contoh bagi alat bantu
mengajar yang biasa digunakan ialah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan
komputer amat digalakkan pada peringkat prasekolah. Hal ini bukan sahaja dapat
meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam mengendalikan perisian komputer malahan
cara pengajaran ini boleh membuatkan murid-murid lebih berminat untuk belajar serta
menjadikan mereka lebih maju dalam menerajui kecanggihan teknologi dari semasa ke
semasa.

24

Oleh itu, penggunaan elemen-elemen mutimedia seperti teks, grafik, audio, video dan
animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik
perhatian pelajar. Dengan animasi ataupun video, murid sekolah dapat mengenal dan membuat
perbezaan dalam mengklasifikasi jenis haiwan seperti haiwan bersayap, berjalan, berkaki dua
dan sebagainya. Sebagai contoh burung dan ayam dapat dikelaskan dalam kategori haiwan
bersayap manakala lembu dan kambing adalah haiwan yang berkaki empat. Tambahan pula, di
persekitaran mereka terdapat pelbagai jenis haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak
langsung akan menambah pengetahuan sedia ada.

Selain itu juga, kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah
adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah satu
pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar
dalam suasana yang mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini memberi penekanan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah semulajadi kanak-
kanak. Melalui bermain, mereka akan berasa gembira dan senang hati untuk membuat
penerokaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.8 Isu Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar
Melalui Bermain.
Guru memainkan peranan dalam mencetak atau melahirkan individu yang baik, berguna dan
bersepadu. Mereka merupakan jambatan atau agen langsung yang mendidik kanak-kanak.
Oleh itu guru memerlukan latihan seperti kursus atau bengkel yang sesuai dengan falsafah dan
matlamat pendidikan prasekolah amnya. Beberapa kursus dan bengkel dicadangkan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru. Latihan yang perlu ialah mengenai
25

pemahaman kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pengajaran mikro,
psikologi perkembagan kanak - kanak, pengukuran dan penilaian, pengurusan tingkah laku
kanak-kanak dan membina dan menggunakan bahan bantu mengajar. Selain itu guru-guru
tadika perlu mahir dalam pengajaran mikro termasuk menentu dan memilih objektif, bahan-
bahan pengajaran, kaedah mengajar, ukuran-ukuran pencapaian dan penilaian, tindak balas
kanak-kanak dan kawalan bilik darjah.

Di samping itu mereka berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu semasa
di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru tadika perlu
mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini penting bagi mempengaruhi
pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. Tambahan pula harapan ibu bapa dan
masyarakat sekitar terhadap tadika begitu tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna.
Guru Tadika juga perlu memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara iaitu
hasrat yang dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. Kefahaman perlu diiringi dengan
kesedaran serta keinsafan, amalan dan penghayatan. Mereka harus mendokong penuh paksi
pendidikan iaitu percaya dan patuh kepada Tuhan.

Guru Tadika perlu menampilkan diri sebagai keibubapaan (parenting) kepada murid -
muridnya. Mereka kaya dengan kasih sayang, menjaga dan prihatin terhadap perkembangan
kanak-kanak. Justeru itu akan terbentuk hubungan harmonis yang dilimpahi dengan ciri hormat,
taat, kasih sayang dan keberkatan. Guru Tabika adalah model yang hampir dengan anak didik.
Guru menjadi suri teladan yang baik kepada mereka. Ini dimanifestasikan pada budi bahasa,
penguasaan bahasa yang baku, kesempurnaan kerja, rupa diri, kesesuaian pakaian, amanah,
rajin dan cekap bekerja.

26

Guru Tabika juga perlu mempertingkatkan penguasaan dan menjiwai Bahasa Malaysia
sebagai bahasa ilmu. Guru-guru prasekolah hendaklah merancangkan aktiviti supaya kanak-
kanak dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Menerusi permainan,
kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh dan membina. Selain itu,
secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran sosial,
bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani.

Guru perlu lebih aktif dan kreatif. Guru boleh menggunakan bahan terbuang dalam
membuat bahan bantu mengajar yang mudah didapati dipersekitaran. Ianya menjimatkan kos
dan kanak-kanak lebih biasa dengan bahan tersebut. Selain itu, guru perlu membuat
persediaan awal dalam membuat perancangan aktiviti, supaya pemilihan bahan bantu mengajar
untuk sesuatu aktiviti dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan
mereka. Mereka juga mesti melibatkan diri bersama-sama dengan kanak-kanak. Aktiviti yang
dijalankan oleh kanak-kanak mestilah mendapat perhatian dari guru. Ini bermaksud, guru bukan
sahaja berfungsi sebagai pengarah tetapi lebih kepada pembimbing. Mereka mesti ada
bersama-sama kanak-kanak dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk memastikan kanak-
kanak membuat aktiviti belajar melalui bermain mencapai objektif yang diharapkan.

Guru juga perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Bagi memastikan guru lebih memahami konsep belajar melalui bermain , guru perlu didedahkan
dengan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Konsep
pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep belajar melalui bermain jika
sekranya kaedah tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada guru.


27

5.0 KESIMPULAN
Melalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang
sering menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Para guru dan
pihak pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala
masalah yang akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah.
Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah,
bagaimana tahap pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan
akan meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu
perkara.
Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang
berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang
bakal menerajui Negara kita suatu hari nanti.
Akhir kata, kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan
dengan pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukan
bagi kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya.

Anda mungkin juga menyukai