Anda di halaman 1dari 10

Kenalpasti satu masalah pembelajaran atau tingkah laku pelajar dan cuba menyelesaikan masalah

tersebut secara berkesan dengan menggunakan unsur-unsur psikologi pendidikan.

Pengenalan

Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturansekolah dan jika
pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadiamalan dan tabiat, ianya
boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri,keluarganya dan juga sekolah.
Seterusnya, perlakuan tersebut memungkinkan seseorangpelajar hilang sifat bertanggungjawab,
akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan
kegiatan-kegiatan negatif.

Ponteng adalah salah satu kes salah laku pelajar yang berlaku di semua sekolah rendah dan
menengah sama ada bilangannya kecil ataupun besar. Namun ia adalah masalah yang serius
membabitkan pihak sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Ia berlaku tidak kira di sekolah
luar bandar ataupun di bandar dan bertambah dari hari ke hari.

Definisi Ponteng

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus
Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang
munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak hadir
tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan
pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Ponteng sekolah adalah sejenis penyakit lama
yang telah berakar umbi semenjak masyarakat kita mengenal alam persekolahan.

Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran
pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa yang sepatutnya
diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan
melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di kompleks membeli belah atau pusat
rekreasi dan pusat hiburan.

Aktiviti ponteng sekolah kerap kali dikaitkan dengan tingkahlaku devians. Dengan pengertian yang
lebih luas, devians atau lencungan dimaksudkan dengan sebarang tingkahlaku yang tidak memenuhi
norma sosial sesuatu kumpulan sosial atau masyarakat,Ting Chew Peh (1983).

Faktor-faktor penyebabnya berlaku masalah ponteng.

Faktor Sekolah

Faktor sekolah itu sendiri menjadi sebab mengapa pelajar ponteng sekolah.Ini kerana pelajar
menghabiskan banyak masanya di sekolah. Organisasi dan struktur di sekolah seperti pengagihan
pelajar mengikut pencapaian. Pihak berkuasa yang menekankan kepada peperiksaan,bentuk,
struktur,ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya mengalakkan masalah displin
dikalangan pelajar-pelajar(T. Marimuthu, 1980)Selain itu sikap guru yang suka melabelkan antara
pelajar cerdik dan bodoh menyebabkan pelajar yang mulanya berminat dan bermotivasi, pastinya
menujukkan sikap dan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau
bodoh, ini boleh menjejaskan pencapaian pelajar dan pelajaran(Lacer 1970). Hal ini seterusnya
menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah kerana semangat untuk belajar terus
luntur dari diri belajar terbabit.

Kepentingan pendidikan psikologi kepada seorang guru dalam menangani isu ponteng di kalangan
pelajar sekolah.

Seseorang guru yang telah memahami konsep psikologi dan pendidikan akan memperolehi ilmu
tertentu untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran pembelajaran yang boleh diguna pakai semasa
pengajaran di bilik darjah. Antara kepentingan pendidikan psikologi kepada seorang guru ialah:

1. Guru-guru akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengetahui sikap-
sikap yang berguna dalam proses pendidikan. Adanya elemen-elemen tersebut boleh
digunakan untuk meningkatkan cara pengajarannya dan menambah mutu pembelajaran
pelajar-pelajar.

2. Ilmu psikologi pendidikan akan membekalkan pengetahuan tentang perkembangan yang


dialami oleh manusia. Justeru itu, ketika pelajar-pelajar sedang meningkat umurnya ia akan
turut merubah proses pembelajarannya. Keupayaan pelajar-pelajar ini untuk memahami
sesuatu yang abstrak dan rumit mula meningkat. Apabila seseorang guru memahami situasi
tersebut seharusnya dia akan dapat menentukan strategi yang sesuai terhadap
pengajarannya.

3. Guru-guru juga akan bersedia untuk memahami keperluan seseorang pelajar. Justeru itu
selain daripada guru ia juga akan menyedarkan pihak sekolah tentang keperluan untuk
memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar.

4. Seseorang guru yang peka juga akan dapat mengesan bakat dan minat seseorang pelajar.
Oleh yang demikian, seseorang guru akan dapat membantu pelajar dalam membuat
perancangan kerjaya yang diimpikan.

5. Setelah menerima maklumbalas daripada pelajar, seseorang guru akan dapat memikirkan
satu cara baru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

6. Kajian perbezaan terhadap individu akan membantu seseorang guru membahagikan murid-
murid dalam kumpulan yang sesuai agar dapat menjalani aktiviti pemulihan dan pengayaan.

7. Kajian terhadap perubahan tingkahlaku pelajar akan dapat menolong seseorang guru
mengawal disiplin pelajar dengan lebih berkesan.

8. Selain daripada itu, psikologi pendidikan juga akan dapat meningkatkan pemahaman
seseorang guru terhadap perubahan personaliti dan konsep kendiri muridnya. Dengan itu,
seseorang guru akan dapat meningkatkan keberkesanan terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukannya.
Pendekatan Teori-teori Psikologi Dalam Mengurangkan Gejala Ponteng Sekolah.

Ada beberapa teori yang dapat menghuraikan tentang gejala ponteng di kalangan pelajar. Antara
teori yang digunkan ialah:

Teori Pendekatan Kognitif.

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis,
membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitif merupakan
pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi
Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

Bagi mengelakkan berlakunya gejala ponteng ini terjadi, seorang guru perlu menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebagai sesuatu yang menarik hati pelajar-pelajarnya.
Mengikut kebiasaan pelajar akan lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pembelajaran
sekiranya mereka diterima dan dilayan dengan baik oleh para guru dan rakan-rakan sekelasnya. Oleh
itu amatlah penting bagi guru memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar
bagi.

Aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan merangkumi empat elemen iaitu nada suara ,
budi bahasa , tingkah laku yang sesuai dan suasana yang kondusif. Kesemua aspek ini harus diberi
keutamaan oleh seorang guru bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku di kelas dari
masa ke semasa bagi menjadikan suasana pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk
dating ke sekolah.

Seorang guru seharusnya mempunyai nada suara yang jelas dan terang semasa
menyampaikan maklumat kepada pelajar.Suara seorang guru mesti memikat naluri dan minat pelajar
untuk memberi tumpuan dan menghayati pengajaran yang disampaikannya.Guru mesti bersifat
tenang dan tidak menengking terhadap pelajar sekiranya berlaku sebarang kekecohan dalam bilik
darjah.

Guru harus menggunakan perkataan –perkataan yang bersopan seperti ‘sila duduk’, ‘tolong
berhenti cakap’ , memanggil pelajar dengan menggunakan nama mereka dan juga elakkan daripada
menggunakan kata-kata sindiran. Dengan ini wujudnya sifat saling hormat-menghormati antara guru
dan murid-murid. Guru harus menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar agar pelajar dapat
mempelajari tingkah laku, berbudi bahasa dan bersopan santun. Dengan ini, para pelajar tidak akn
mempunyai perasaan takut untuk datang ke sekolah sekaligus mengelakkan berlakunya kegiatan
ponteng sekolah.

Pendekatan kognitif memang mengaplikasikan konsep-konsep yang penting dalam segala amalan
pembelajaran . Semua ahli psikologi yang memberi penekanan kepada teori kognitif memberi
penekanan kepada perkembangan mental pelajar secara keseluruhan. Alam belajar yang kondusif
akan memerangsangkan lagi pelajar dan guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran.
TEORI KONSEP KENDIRI

Roger (1977) mengemukakan teori konsep kendiri yang mengandungi dua konsep iaitu organisme
dan kendiri manusia. Organisme adalah pusat segala pengalaman yang melibatkan kesedaran bagi
sesuatu masa. Kendiri meliputi apa yang kita percaya mengenai diri sendiri dan cara menilai setiap
ciri-ciri diri sama ada ciri itu adalah kelebihan ataupun kelemahan. William Jame (1998) juga
menyatakan bahawa ‘saya’ dapat diperolehi daripada pengalaman sosial. Sering kali individu
memberi perhatian pada apa yang dikatakan oleh orang yang rapat seperti ibu bapa, rakan sebaya
dan guru mengenai dirinya daripada aspek personaliti, sikap, nilai, rupa wajah dan sebagainya.
Akibatnya, penilaian yang dilakukan dengan pelbagai cara dapat mencerminkan pandangan orang
lain pada diri sama ada secara positif atau negatif.

Roger (1977) mengkaji perkembangan individu dari kecil hingga dewasa. Pembentukan personaliti
secara umumnya adalah sama bagi semua individu. Oleh itu, pelajar yang tidak bermasalah disiplin,
biasanya latar belakang keluarganya mempunyai konsep harga kendiri yang amat tinggi. Pelajar ini
juga mendapat kasih sayang dan sokongan daripada ibu bapa mereka.

Roger (1977) mempercayai palajar yang mempunyai masalah dan melakukan tindakan negatif boleh
dididik oleh ibu bapa dengan memberikan prihatin terhadap anak mereka. Ibu bapa perlu
menghormati pendapat anak mereka dan membetulkan kesilapan dengan hukuman yang sesuai. Ibu
bapa harus meneliti remaja di luar kawasan rumah atau sekolah. Prinsip teori konsep kendiri dalam
pendidikan adalah guru dan ibu bapa perlu mengadakan hubungan yang mesra dengan pelajar.
Dengan adanya hubungan yang mesra dengan pelajar, pelajar akan meluahkan isi hati mereka dan
dapat mengelakkan gejala negatif seperti ponteng sekolah.

4.2 TEORI PERTUKARAN SOSIAL

B. F Skinner (1953) menegaskan konsep peneguhan pada keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran dalam aspek bilik darjah. Hubungan interpersonal pelajar juga dapat dilihat daripada
aspek peneguhan. Menurut B. F Skinner (1953) ganjaran yang diperolehi daripada rakan sebaya
adalah tinggi berbanding dengan kos, maka nilai hasil perhubungan interpersonal yang tinggi. Kos
adalah masa, emosi, dan tenaga serta perbelanjaan yang digunakan sepanjang tempoh membina
hubungan persahabatan.

Pelajar pada peringkat kepuasan akan belajar membandingkan hasil hubungan interpersonalnya
dengan paras perbandingan dirinya. Seterusnya pelajar akan membuat keputusan sama ada
hubungan perlu diteruskan atau tidak. Paras perbandingan yang alternatif, pelajar dapat
membandingkan hasil hubungan interpersonal yang baru. Pelaburan termasuk wang dan masa yang
dilaburkan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Menurut Levinger (1980), daya tarikan menjadi pemangkin utama dalam pemilihan rakan baru.
Pelajar pada peringkat pembinaan hubungan, mereka akan melihat sama ada rakannya seiras dengan
dirinya dari segi sikap dan minat. Pada peringkat pertambahan sengit, kedua-dua rakan akan
mengalami konflik yang serius dan tidak dapat diselesaikan. Seterusnya, perkembangan hubungan
interpersonal itu akan mencapai peringkat penamatan.

McAdam (1982) menyatakan bahawa sifat dalam diri pelajar yang mempunyai keperluan bergabung
yang tinggi akan menyertai aktiviti sosial secara aktif. Oleh itu pelajar lebih cenderung untuk
membentuk kumpulan dan ponteng sekolah. Beleiau berpendapat bahawa sahabat yang terbaik bagi
pelajar tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan mereka iaitu dari segi umur, jantina,
keturunan, matlamat pendidikan dan pencapaian.

Menurut Anderson (1968), sifat fizikal, personaliti pengetahuan dan status sosial merupakan sifat
yang penting untuk membina hubungan interpersonal yang baik dengan persekitaran. Penyelidik
berpendapat bnahawa sifat-sifat di atas ini perlu wujud bagi membina hubungan mesra dengan
keluarga, guru dan masyarakat sekeliling

Oleh itu, berdasarkan tajuk penyelidikan, hubungan interpersonal pelajar dengan keluarga, rakan
sebaya, guru dan rakan sebaya adalah amat penting. Perhubungan ibu bapa yang rapat dengan anak
remaja dapat mewujudkan pelajar yang berdisiplin di sekolah dan dapat mengelakkan gejala
ponteng.

4.3 TEORI SOSIAL BANDURA


Gejala ponteng merupakan tindakan agresif kerana ponteng wujud hasil cetusan kebosanan pelajar.
Teori pembelajaran sosial sesuai untuk mengawal gejala ponteng di kalangan pelajar. Teori sosial
boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan
sesuatu. Ini bererti persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku. Kesesuaian tingkah laku
bergantung kepada peraturan sosial sesuatu masyarakat dan tempat. Teori pembelajaran sosial
ada1ah mengelakkan konsep-konsep seperti dorongan dan pengurangan dorongan bagi mereka yang
percaya bahawa tingkah laku adalah telah ditetapkan.

Menurut Bandura (1977), seseorang akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain
dan menyimpan maklumat secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut.
Persembahan ini akan dikawal dan diproses oleh penggabungan persekitaran dan kognitif melalui
motivasi yang diberikan. Bandura (1977), juga mendapati bahawa kanak-kanak akan mencontohi
tingkah laku agresif selepas menonton filem tingkah laku yang agresif.

Bandura (1977), juga menekankan bahawa manusia akan mempelajari standard peribadi yang
berkaitan dengan peneguhan dan dendaan yang digunakan untuk menilai tingkah laku sendiri.
Pembelajaran cerapan adalah individu belajar sesuatu tingkah laku dengan melihat dan kemudian
melakukannya ia boleh dalam bentuk tingkah laku imitatif (peniruan) atau bukan initatif.

Bandura (1977) menyatakan bahawa tingkah laku individu mempengaruhi persekitaran. Persekitaran
yang berubah akan mempengaruhi tingkah lakunya. Individu juga mempengaruhi kedua-dua tingkah
laku dan persekitaran. Bandura (1977), menyatakan walaupun terdapat interaksi antara individu,
persekitaran dan tingkah laku, setiap satu daripada komponen tersebut boleh lebih mempengaruhi
daripada yang lain. Ini bermakna kepercayaan seseorang dapat dijadikan sebagai penentu ke atas
tindakan yang akan dilakukan oleh seseorang.

4.4 PELAZIMAN OPERAN BURRHUS FREDERIC SKINNER

Walaupun idea pelaziman operan berasal daripada Edward Thorndike, namun B.F. Skinner (1904-
1990) adalah tokoh yang paling dikaitkan dengan pelaziman operan. Beliau merupakan tokoh utama
dalam behaviorisme yang mendakwa bahawa penyebab kepada tingkah laku terdapat dalam
persekitaran dan bukan akibat daripada peristiwa-peristiwa mental dalaman seperti pemikiran,
perasaan, atau persepsi. Peristiwa-peristiwa mental dalaman itu sendiri sebenarnya merupakan satu
tingkah laku, dan seperti bentuk tingkah laku yang lain, adalah dibentuk dan ditentukan oleh
persekitaran.

Dalam pelaziman operan, peneguhan akan memperkukuhkan tingkah laku. Peneguhan akan
mengikuti tindakan yang diperkuatkan. Misalnya, setelah melakukan tingkah laku tidak ponteng akan
memperolehi peneguhan (pujian) dan peneguhan ini memperkuatkan lagi tingkah lakunya (iaitu
cenderung untuk hadir pada masa akan datang). Dengan itu, dalam pelaziman operan, subjek adalah
diperteguhkan oleh kesan atau konsekuen yang menyeronokan (pujian). Dua jenis peneguhan operan
dikenal pasti sebagai peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif merujuk kepada konsekuen atau hasil tingkah laku yang positif, agar tingkah laku
akan sering diulang kembali. Tingkah laku tidak ponteng menyebabkan ia menerima peneguhan
positif iaitu pujian. Dalam bahasa umum, ia dirujuk sebagai ganjaran positif. Apabila melakukan
tingkah laku yang betul, kita biasanya menerima ganjaran sama ada dalam bentuk pujian atau pun
material. Tingkah laku yang sering diulang kembali akibat diberi ganjaran dikenali sebagai gerakbalas
operan, sementara konsekuen positif (ganjaran) dinamakan sebagai peneguh positif. Peneguh positif
dikategorikan kepada tiga, iaitu peneguh asas, peneguh sekunder dan peneguh sosial.

Peneguh asas merujuk kepada peneguh yang secara semulajadi adalah meneguhkan dan tidak perlu
diperolehi melalui pembelajaran. Contohnya seperti makanan, air, kehangatan, rangsangan, aktiviti
fizikal, dan kepuasan seksual. la kadang kala dinamakan sebagai peneguh yang tidak dipelajari.
Peneguh sekunder merujuk kepada peneguh yang memainkan bahagian penting dalam pelaziman
operan. Peneguh ini dipelajari melalui pelaziman klasik. Ianya menjadi peneguh kerana ia dikaitkan
dengan rangsangan lain. Contohnya, wang sebagai peneguh sekunder, kerana wang dikaitkan dengan
keupayaan membeli sesuatu yang kita kehendaki.

Peneguh sosial merujuk kepada peneguh yang bergantung kepada orang lain. Peneguh sosial yang
biasa adalah seperti kemesraan, perhatian, penerimaan, pengiktirafan, senyuman, dan
penghormatan. Peneguh positif ini hendaklah diberi dengan kadar segera iaitu sebaik sahaja gerak
balas. Jika ganjaran itu ditangguhkan proses pembelajaran akan terbantut. Peneguh positif juga
hendaklah diberi secara konsisten. Jika pemberiannya tidak konsisten ia akan menjejaskan
pembelajaran terutama di peringkat awal pembelajaran. Peneguh positif juga mestilah sesuatu yang
bermakna kepada subjek iaitu sesuatu yang menyenangkan atau mengembirakan.

Peneguhan negatif adalah peneguh yang tidak semestinya terdiri daripada peristiwa-peristiwa yang
positif. Dalam situasi tertentu konsekuen peneguhan adalah melalui penyingkiran atau pengelakan /
penghindaran peristiwa negatif. Contohnya, pelajar yang sering dileteri oleh guru kerana lewat
masuk kelas, maka pelajar tersebut akan ponteng untuk mengelakkan daripada dileteri oleh guru.
Tindakan ponteng itu akan meneguh tingkah laku anda, iaitu pada masa akan datang anda akan
bertingkah laku untuk mengelakkan daripada dileteri oleh guru anda.

Semasa pelaziman lepas diri, operan (tingkah laku) adalah diperteguhkan kerana tingkah laku
tersebut memberhentikan (membuang) peristiwa yang berlaku yang dirasakan tidak menyenangkan.
Misalnya, jika pelajar yang melakukan ponteng, mereka akan didenda cuci tandas. Pada masa akan
datang mereka akan didenda cuci tandas apabila didapati ponteng sekolah. Tingkah laku mencuci
tandas itu telah diperteguhkan, supaya peristiwa negatif itu diberhentikan. Pelaziman lepas diri
merupakan satu bentuk peneguhan negatif kerana sesuatu yang negatif telah dihilangkan
(dikurangkan). lanya dipanggil pelaziman lepas diri kerana individu mahu melepaskan diri daripada
sesuatu yang negatif.

Dalam pelaziman menghindar, tingkah laku mempunyai konsekuen yang boleh menyebabkan
sesuatu yang negatif tidak akan terjadi atau berlaku, yang sebaliknya kemungkinan akan berlaku.
Misalnya, kita pernah dimarahi oleh ibu kerana tidak mengemaskan bilik tidur. Maka kita akan
mengemaskan bilik tidur setiap pagi untuk menghindarkan diri daripada dimarahi oleh ibu. Ini kerana
tingkah laku mengemas bilik adalah diperteguhkan dengan mengelakkan diri daripada sesuatu yang
negatif (dimarahi).

1 Teknik yang paling berkesan ialah menggunakan pendekatan B.F Skinner. Menurut Skinner
(1932), sebelum kita mengubah perlakuan sesuatu organisma, kita hendaklah bermula dengan
mengenal pasti potensi organisma dan apa yang hendak diubah. Skinner juga berpendapat sesuatu
respon perlakuan terakhir boleh dihapuskan melalui ganjaran atau hukuman.

Contoh P&P

Antara contoh terbaik yang pernah saya hadapi ketika mengaplikasikan psikologi di bilik darjah ialah
ketika saya mengajar matapelajaran Pendidikan Moral. Seperti yang dimaklumi, pelajar kelas akhir
kebanyakkannya dari kalangan yang amat sukar untuk memahami dan menguasai nilai-nilai yang
terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Moral. Pada suatu hari seawal jam 7.40 pagi, saya
memulakan kelas seperti biasa dengan sedikit set induksi yang agak mudah untuk difahami oleh
pelajar. Walaubagaimanapun, murid-murid telah mula menunjukkan sikap yang tidak memuaskan
iaitu dahi yang berkerut seolah-olah sedang berdepan dengan sesuatu yang amat asing dan
memandang dengan penuh kecelaruan. Walhal, mereka telah mempelajarinya ketika di tingkatan
satu.

Daripada reaksi murid-murid, saya mengandaikan mereka tidak faham atau tidak dapat menguasai
pelajaran tersebut. Saya mula menyoal beberapa orang pelajar. Mereka teragak-agak untuk
mengatakan faham atau tidak. Apabila disoal kepada pelajar yang mengangguk faham mereka
memberikan jawapan yang salah. Maka saya mula berfikir adakah penerangan yang telah diberikan
terlalu sukar untuk difahami? Atau adakah cara kerja yang telah ditunjukkan terlalu cepat? Saya telah
mengambil keputsan untuk berfikir sejenak mencari kaedah baru untuk memudahkan pemahaman
pelajar tersebut.

Daripada situasi tersebut telah menyebabkan saya perlu menukar corak pengajaran dan
menggunakan pendekatan psikologi yang baru. Pada mulanya, saya telah memikirkan satu cara
penghafalan yang mudah dengan meletakkan diri saya di situasi mereka dan merendahkan tahap
kefahaman sendiri. Saya perlu memikirkan sekiranya saya di tempat mereka apa yang saya ingin
fahami dan bagaimana cara saya ingin memahami perkara tersebut?

Kedua, saya telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Kumpulan tersebut terbahagi
kepada kumpulan murid-murid faham, sederhana faham dan tidak faham langsung. Kumpulan
pertama perlu menerangkan kembali topik pelajaran tersebut dan menyelesaikan satu soalan untuk
dinilai tahap kefahaman mereka. Untuk kumpulan ini mereka boleh meneruskan latihan yang
seterusnya agar tidak membosankan mereka menunggu guru memberi penerangan kepada
kumpulan lain.

Manakala bagi pelajar yang sederhana faham, perlu diberi ulangan pelajaran serta boleh merujuk
kepada kumpulan yang faham sebagai pembimbing. Kebiasaan kumpulan ini hanya memerlukan
sedikit bimbingan dan perhatian serta dorongan untuk mencuba.

Akhir sekali kepada kumpulan pelajar yang tidak faham langsung mereka telah diajar secara individu.
Ini kerana sepanjang pengalaman sebagai guru, kadangkala pelajar yang menganggap diri mereka
sebagai lembab ini sebenarnya juga memiliki kepandaian. Namun kepandaian mereka agak
tenggelam akibat keadaan.

Reaksi seterusnya apabila murid-murid dapat menguasai pelajaran tersebut, guru meminta semua
murid menyatakan perasaan apabila berjaya memahami sesuatu pelajaran dan menyelesaikan
masalah yang diberi. Tentunya mereka merasa amat gembira. Justeru itu mereka telah
memperlihatkan kesungguhan untuk menjawab soalan seterusnya dengan raut wajah yang ceria dan
senyuman yang lebih berseri-seri. Suasana yang positif ini telah memberi keyakinan kepada guru
meneruskan pelajaran yang seterusnya. Malah, seseorang guru juga telah berjaya mengubah suasana
pembelajaran pada hari itu untuk mencapai objektif pembelajaran.

Kesimpulan

Kegiatan ponteng merupakan masalah serius yang wujud di kebanyakan sekolah menengah di negara
ini. Kegiatan ponteng ini mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar yang terlibat dengan
masalah ponteng. Sekiranya ia tidak ditangani secara tuntas, ia boleh menjejaskan sumber manusia
yang akhirnya membantutkan usaha pembangunan negara. Oleh itu semua pihak seharusnya
memandang serius akan gejala ini dan berkerjasama untuk membasminya.

Terdapat pelbagai faktor menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah ini. Fenomena ini
disebabakan pera pelajar berasa tidak selesa dan tidak menarik ketika berada di kawasan sekolah dan
secara lansung mendorong meraka untuk lari atau keluar dari kelas dan paling teruk adalah terus
keluar dari sekolah atau tidak pergi ke sekolah langsung.

Terdapat pelbagai inisiatif dilakukan oleh pihak skolah dalam menangani maslah ini, akan
tetapi ianya masih gagal dalam mencari jalan penyelesaian. Justeru itu masalah ini tidak perlu
menunding jari kepada pihak sekolah sahaja dalam membanteras masalah ponteng, maka perlulah
semua pihak berkerjasa mengatasinya seperti gabungan daripada ibu bapa, rakan sebaya, pihak
berkuasa, sekolah atau institusi, media massa dan anggota masyarakat bersatu hati menangani
masalah ponteng ini supaya berjaya mencapai hasrat Negara menuju Wawasan 2020.
Sehubungan itu, pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu
bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak
di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak,
tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Walaubagaimanapun kesedaran dalam diri adalah inti yang utama dalam menyemai nilai murni dan
membentuk moral kerana iannya terbentuk dalam diri seseorang. Apabila seseorang itu mempunyai
nilai moral maka agak sukar baginya untuk melakukan masalah sosial seperti ponteng disebabakan
terdapatnya kesedaran dan jati diri yang tinggi dalam diri individu tersebut.

Anda mungkin juga menyukai