Anda di halaman 1dari 6

2.

DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 2.1 Konsep dan Definisi Pemulihan 2.1.1 Konsep Pemulihan Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengura). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru matapelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi murid

2.1.2 Definisi Pemulihan Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983:371, pemulihan ialah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran. Menurut Pringle (1966), pengajaran yang mempunyai

pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu matapelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan

pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Ia

melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran pada tahap yang sepatutnya dicapai.

Sampson (1975) pula mentafsirkan pendidikan pemulihan merupakan tindakan-tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, perkataan pulih bermaksud kembali seperti biasa, sembuh atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini berkait rapat dengan kanakkanak yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran.

Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang tidak betul. Ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pemulihan. Rumusnya, pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.

2.1.3 Objektif Pendidikan Pemulihan Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid : 1. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktivitiaktiviti yang menggunakan bahan-bahan yang

bersesuaian dengan kemampuan murid. 2. Mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental individu.

3.

Mengurangkan beban masalah yang dihadapi oleh muridmurid yang lemah melalui bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah dan ibu bapa)

4.

Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju.

5.

Memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada dalam kumpulan dan

masyarakat. 6. Mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah. 7. Meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

2.1.4 Rasional Pendidikan Pemulihan 1. Murid-murid merupakan individu-individu yang berbeza dari segi pengalaman, minat, dan kebolehan. Perbezaanperbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boleh menjadi punca masalah yang utama kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. 2. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang telah dikeluarkan, beberapa penetapan telah dibuat sebagai langkah untuk mengatasi masalah-masalah yang terdapat dalam sistem persekolahan. Antaranya ialah : a) Kenaikan darjah secara automatik seperti yang berlaku sekarang dikekalkan dan

mereka kemahiran

yang

lemah

dalam

bidang

tertentu

diberi

pendidikan

pemulihan. b) Kurikulum yang ada sekarang hendaklah disusun semula supaya dapat diubah suai bukan sahaja untuk membolehkan muridmurid yang lemah mencapai kemahiran asas bahkan membolehkan murid yang cerdas bertambah maju. c) Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan

meninggikan taraf pendidikan di kawasankawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan d) Usaha untuk merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah melalui

dijalankan

dengan

sepenuhnya

kegiatan-kegiatan PIBG. e) Rancangan Pemakanan Tambahan Amalan dan Makanan dan

Rancangan kerana

Makanan faedah-

diteruskan

faedah yang diperoleh.

2.1.5 Matlamat Pendidikan Pemulihan Antara matlamat utama program pemulihan ialah : 1. Membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran tertentu. untuk menguasai kemahiran

2.

Membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan

pembelajaran. 3. Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadapa pembelajaran.

2.2

Definisi dan Konsep Pengayaan 2.2.1 Konsep Pengayaan Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi

persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan

pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini

membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat 2.2.2 Objektif Pengayaan 1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman. 2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar. 3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari. 4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri.

5. 6.

Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.

7.

Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber

pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai