Anda di halaman 1dari 6

PROMOSI KREATIVITI DALAM BILIK DARJAH

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Kreativiti membawa maksud kemampuan atau
kebolehan untuk mencipta serta daya kreatif yang dipunyai oleh seseorang individu. Kreativiti
harus disemai dalam diri setiap murid untuk melahirkan murid yang dapat mengahadapi cabaran
masa depan.
a)
Menurut Catherine Thimmesh dalam video yang dipersembahkan pada 15 October 2014,
kreativiti dianggap penting untuk menyediakan murid berfikir di luar kotak dan
seterusnya menyediakan mereka menghadapi cabaran masa hadapan.
b) Bagaimana melakukannya?
Menurut beliau lagi, teknik penyoalan amat penting bagi mencungkil kreativiti yang
terpendam dalam diri murid.

Kreativiti bukan sahaja berfungsi menghasilkan sesuatu yang baharu malah ia dapat
menyediakan murid menghadapi masalah dalam pelajaran mereka. Sewaktu pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah guru harus menggunakan teknik penyoalan yang sesuai untuk
mencungkil kreativiti murid. Diantara persolan yang guru boleh menanya murid ialah seperti :
 Apa?
 Mengapa?
 Bagaimana?
 Apakah Kesannya?
 Apakah Implikasinya?
 Berikan Justifikasi dan sebagainya…

Sebagai contohnya, selepas murid ditayangkan dengan sebuah video berkaiatan denag
sebuah cerita, guru bolehlah meminta murid untuk memberikan kesudahan cerita yang berbeza.
Cara ini dapat mencungkil idea murid bagi memikirkan kesudahan cerita yang berbeza. Jika
diberi peluang utuk menyuarakan pandangan dan juga pendapat, sudah pasti murid dapat
melakukannya dengan baik dan berkesan.
Jonathan Tilley pula berpendapat bahawa “Kreativiti adalah tersendiri dan juga ia adalah
umum”. Kreativiti juga merupakan suatu keupayaan untuk menghasilkan perkara baharu ataupun
memirkan tentang idea yang baharu. Beliau juga memberi pandangan beliau terhadap kreativiti
dengan cara yang berikut:-

a) Kreativiti bergantung kepada persekitaran


b) Kreativiti memerlukan ruang
c) Kreativiti mempunyai ruang untuk menilai
d) Kreativiti memerlukan kesilapan
e) Kreativiti harus dikongsi
f) Kretiviti berbentuk putaran

Persekitaran amat membantu seseorang untuk berfikir di luar kotak. Jika persekitaran tidak
kondusif ataupun kurang sesuai idea mungkin tidak dapat dijanakan oleh individu dengan
sepenuhnya. Ia memerlukan ruang yang baik untuk memperkembangkan idea yang sedia ada.
Sebagai contohnya ruang belajar yang kondusif iaitu yang mempunyai ruang pengudaraan yang
baik serta pencayahan yang baik amat penting bagi murid untuk berfikir di luar kotak.
Selain itu, ia juga penting untuk menilai keberhasilan murid dalam bilik darjah. Pandangan
beliau tentang kreativiti memerlukan kesilapan adalah benar kerana segala kejayaan yang
dikecapi oleh seseorang bermula dengan kesilapan yang berulang kali. Sebagai contohnya
Thomas Alva Edison dapat mencipta mentol hasil dari banyak kesilapan yang telah dilakukan
olehnya berulang kali. Kesilapan membantu murid untuk memahami dan membetulkan kesilapan
yang telah dilakukan olehnya.
Di samping itu, kreativiti yang dihasilkan juga harus dikongsi dengan rakan, dan masyarakat
setempat dan sebagainya. Idea baharu perlu dikongsi dengan rakan supaya idea baharu itu dapat
pandangan yang bernas untuk membaiki kesilapan jika ada kesilapan semasa menghasilkan atau
mempersembahkan idea baharu itu. Selain itu, orang yang berkongsi pendapat juga dapat
mendengar idea yang berlaianan daripada rakan lain jika masalah yang sama dikaji.
Kreativiti juga bebentuk putaran kerana ia merupakan hal yang berlaku secara bergilir-gilir
dalam satu pusingan. Sebagai guru, harus mengaplikasikannya di dalam bilik darjah supaya
murid dapat membentuk idea yang baharu.
Carol Reed, seorang President of IATEFL dalam Persidangan Guru pada tahun 2013 pula
berpendapat terdapat tujuh tunjang bagi mempromosikan kreativiti dalam bilik darjah. Beliau
juga berpendapat bahawa kreativiti harus difikirkan secara berlainan. Ia juga tidak mudah.
Kreativiti patutlah sesuatu yang baharu bukan diciplak daripada orang yang sudahpun
menghasilkannya terlebih dahulu. Kreativiti juga memainkan peranan sebagai baja yang
membesarkan pokok dengan baik dan juga segar. Beliau telah memperkenalkan tujuh tunjang
kreativiti dalam bilik darjah. Antara tunjang yang dikemukakan oleh beliau ialah seperti
berikut:-
a) Bina keyakinan diri yang positif
b) Model kreativiti dalam diri sendiri
c) Berikan peluang
d) Gunakan teknik penyoalan yang efektif
e) Buat perhubungan, hasilkan idea
f) Terokai idea baharu
g) Galak refleksi kritikal

Ketujuh-tujuh tunjang kreativiti ini dapat membantu murid untuk meningkatkan kreativit
dalam diri mereka. Apabila seseorang murid dapat bina keyakinan diri yang positif untuk
melibatkan diri dalam penghasilan kreativiti ini, maka mereka dapat keputusan yang amat
memuaskan. Keyakinan dalam diri yang ada dalam diri seseorang murid juga akan memberi
peluang kepada murid untuk berfikir di luar kotak. Selain itu mereka juga akan melibatkan diri
secara sukarela dan bukannya paksa rela dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi menningkatkan keyakinan diri adalah dengan aktiviti-
aktiviti seperti yang berikut:-
a) Round Robin
b) Think Pair Share
c) Round Table Talk
d) Magic Comb
e) Circle Time
f) Group Study
Aktiviti-aktiviti seperti ini melibatkan kerjasama bersama dalam kalangan ahli kumpulan.
Setiap ahli kumpulan memainkan peranan yang penting bagi mencungil idea yang ada dalam
murid setiap orang.
Di samping itu, murid juga patut diajar untuk modelkan kreativiti dalam diri sendiri. Jika
model kreativiti dapat diterapkan dalam diri murid sudah pasti guru dapat lihat suatu hasil yang
sangat memberangsangkan. Sebagai contohnya, dalam tayangan gambar yang kita tonton, model
yang baik dan juga yang sangat aktif dalam tayangan itu akan menjadi idola kita setelah selesai
tayangan tersebut. Kemenjadian murid juga akan berlaku sekiranya murid dapat menanam sikap
memodelkan dirinya sebagai idola yang baik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru
dalam atau di luar bilik darjah bagi menanam sikap atau tingkah laku kreatif ialah dengan
disiplin diri seperti yang berikut:
a) Cara mereka beratur.
- Sebagai contohnya guru menyuruh murid berbaris ikut tinggi sampai rendah, ikut
bulan hari jadi dan sebagainya.
b) Cara merekod kehadiran murid.
- Sebagai contohnya merekod kehadiran murid dari bawah sampai atas atau mengikut
susunan abjad dari belakang dan sebagainya dapat meningkatkan daya kreativiti
murid.
c) Jadual matapelajaran bagi seminggu
- Jadual matapelajaran bagi setiap minggu juga boleh dijalankan secara berkala bagi
murid mengetahui dan mengaplikasikannya dalam aktiviti seharian supaya murid
dapat ingat guru yang masuk ke kelas walaupun jadual berubah mengikut minggu
yang telah ditetapkan.
d) Cara menanda aktiviti murid.
- Guru juga memberi atau menanda hasil kerja murid dengan melakukan perubahan
yang ketara sewaktu menanda. Sebagai contohnya sehari guru menanda aktiviti murid
sehari lagi beri peluang kepada murid untuk menanda kertas atau pun latihan. Berilah
peluang kepada murid untuk mengetahui teknik menanda yang betul baharulah murid
akan memahami area kelamahan mereka sendiri. Jangan guru ingat kerka menanda itu
hanya perlu lakukan oleh guru semata-mata.

e) Pengurusan bilik darjah


- Cara guru menguruskan bilik darjah juga boleh dipelbagaikan supaya murid dapat
mengetahui cara menjada dan menguruskan bilik darjah dengan bersih dan juga
kreatif.
Selain itu, guru juga harus memberi peluang kepada murid untuk memberikan pandangan
dan juga pendapat. Jika guru menghalang murid untuk menyuarakan pandangan maka murid
akan berasa rendah diri sewaktu hendak menjawab persoalan guru ataupun memberikan
pandangan terhadap sesuatu isi. Peluang harus diberi kepada murid supaya murid dapat bertindak
secara bebas untuk mengeluarkan buah fikiran yang ada dalam dirinya untuk menyelesaikan
masalah yang diberi oleh guru. Murid juga akan menghasilkan sesuatu yang tidak langsung
terlintas dalam fikiran kita jika diberi peluang.
Sewaktu pengajaran dan pembelajaran guru haruslah menggunakan teknik penyoalan yang
betul untuk meningkatkan tahap kreativiti murid. Untuk itu, guru bolehlah menggunakan soalan
KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk murid supaya murid dapat berfikir sebelum
menjawab soalan yang diberi. Teknik penyoalan yang efektif dapat meningkatkan daya
pemikiran murid. Pengaplikasina KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam
penyoalan guru secara tidak langsung akan meningkatkan tahap penguasaan murid disamping
berfikir
Selain itu, semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga guru perlulah membuat
kaitan dengan idea yang ada dengan idea yang hbaharu supaya murid dapat maklumat yang
baharu. Sebagai contohnya katakana seseorang murid itu mempunyai pengalaman yang sedia ada
tentang keretapi. Murid mungkin sudah melihatnya dalam televisyen ataupun melalui gambar
yang ada dalam buku. Dengan pengalaman yang ada ini guru mungkin boleh mengaitkannya
dengan idea yang baharu iaitu dengan keretapi elektrik dan sebagainya. Idea yang sedia ada jika
ikaitkan dengan idea yang baharu boleh aktifkan daya kreativiti mereka.
Terokailah idea baharu yang terpendam dalam diri murid supaya dapat diluahkan dengan
baik. Jika idea terpendam tidak digunakan dengan betul dalam keadaan yang memerkukannya
akan mengakibatkan seseorang akan merasa rendah diri. Berikan murid satu peluang yang baik
untuknya bagi membuktikan bahawa dia juga boleh melakukan Sesutu yang lebih baik dari orang
lain.
Pengajaran pembelajaran abad ke-21 amat membantu murid untuk menerokai dan juga
mengalami ise kreatif dengan baik. Lebih-lebih lagi peta pemikiran mengambil tempat yang
amat penting bagi membentu murid untuk berfikir dengan lebih baik.
Secara kesimpulannya guru haruslah membantu murid untuk mencungkil kreativiti yang ada
dalam diri murid. Setiap kali pengajaran dan pembelajaran guru harus menjalankan refleksi
kritikal bagi mendapat keputusan atau pandangan yang bernas dari mereka. Jika kreativiti dapat
ditanamkan dalam diri murid, maka murid-murid dapat menjadi seorang yang berguna kepada
masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai