Anda di halaman 1dari 13

Konsep TEORI K O N S

Melibatkan pemprosesan Mempercayai keunikkan individu Kepuasan murid diutamakan KOGNITIF Menekankan proses mental Pembelajaran berasaskan pembelajaran yang lalu Menekankan sifat semula jadi pelajar HUMANISTIK Berorientasikan nilai

E P

maklumat Perlu menegaskan hubungan dan strategi

Ahli-ahli kognitivis lebih menekankan kepada proses mental. Antara aspekaspek proses ini termasuk membuat keputusan, penyelesaian masalah,

menganalisis, menilai, dan mengingat. Konsep yang pertama ialah pembelajaran yang bermakna melibatkan hubungan. Teori ini mengatakan guru perlu mengaitkan , pembelajaran lalu dengan pembelajaran yang baru. Konsep yang seterusnya pembelajaran masa kini berasaskan pembelajaran sebelumnya. Walaupun

pengalaman murid-murid adalah sama namun mereka biasanya akan membina makna yang berlainan. Ini adalah kerana murid-murid ini mempunyai latar belakang dan tahap motivasi yang berbeza. Proses pembelajaran kognitif melibatkan pemprosesan maklumat. Kaedah ini membuatkan murid-murid menjadi lebih aktif untuk berfikir berdasarkan

pengetahuan sedia ada mereka. Ini bermakna guru memberikan persoalan yang

sedia ada pada murid. Dengan kaedah ini murid akan diberikan peluang untuk berfikir dan mengeluarkan idea-idea mereka. Guru-guru boleh menggunakan kaedah ini ketika dia mendapati murid-muridnya telah menguasai tajuk-tajuk sebelumnya. Bukan itu sahaja, kaedah ini turut dapat meningkatkan daya fikir pelajar seterusnya mampu memproses maklumat yang diberi berdasarkan pengalaman sedia ada. Konsep yang terakhir ialah pengajaran dan pembelajaran perlu menegaskan hubungan strategi. Pembelajaran murid diberikan penumpuan yang lebih berbanding dengan hafalan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bertujuan membantu muridmurid belajar cara belajar dan bukannya memperoleh maklumat secara terasing. Dengan memberikan tumpuan terhadap pembelajaran pelajar, guru dapat mengenalpasti masalah murid seterusnya dapat mengatasinya. Berbanding dengan kaedah hafalan yang hanya membenarkan murid untuk memperoleh maklumat secara individu. Manakala teori pembelajaran Humanistik meanggap manusia adalah

makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa dengan haiwan. Humanisme percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivitis, minat dan nilai. Selain itu, mazhab humanisme ini turut percaya bahawa manusia harus dilihat sebagai satu entiti. Kajian tentang individu hendaklah dibuat secara menyeluruh. Mazhab ini lebih berorientasikan nilai, dan sudah tentu ia lebih mirip kepada preskepsi iaitu mengenai apa yang harus berlaku dan bukannya pemerilahan iaitu apa yang sebenarnya berlaku. Dalam konteks pendidikan humanistic menekankan sifat semula jadi individu untuk belajar. Oleh itu amat penting murid-murid

mempunyai kawalan atas pembelajaran masing-masing. Tugas guru pula menjadi fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, pendekatan humanistik juga percaya kepada keunikan individu dan mengiktiraf persepsi dan pendekatan terhadap pembelajaran yang berbeza anatara satu sama lain. Ahli humanistik berpendapat bahawa aspek pertama dalam menentukan kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kepuasan kanak-kanak terhadap dirinya. Ini memberikan motivasi kepada pelajar bahawa mereka mampu untuk meningkatkan pencapaiannya. Prinsip-Prinsip Teori Pelopor Kognitif Koller, J.S. Bruner, Ausubel Mudah memahami jika P R I N S I P menemuinya sendiri 3 langkah pembelajaran iaitu enduktif, ikonik dan simbolik Pengetahuan dan kemahiran mengikut satu pola Persekitaran memainkan peranan Membina idea baru berdasarkan Perasaan dan ilmu disatukan pengetahuan sedia ada Humanistik Carl Rogers,Abraham Maslow Diberi kebebasan untuk memlih pelajaran Matlamat pendidikan ialah memupuk keinginan untuk belajar Penilaiaan kendiri lebih bermakna dari penilaian gred Persekitaran yang tidak mengancam

Antara pelopor-pelopor teori pembelajaran kognitf ialah Kohler, J.S. Bruner dan Ausubel. Mereka telah mewujudkan prinsip-prinsip mereka sendiri namun prinsip-prinsip ini masih berada dibawah teori kognitif. Saya memilih teori-teori yang diutarakan oleh J.S. Bruner untuk dibandingkan dengan teori humanistik. Prinsip yang pertama ialah murid-murid lebih memahami sesuatu pelajaran sekiranya

mereka menemui jawapan sendiri. Sebagai contoh, di dalam subjek sains kita dapat lihat bahawa, murid-murid sukar untuk memahami sesuatu tajuk jika guru hanya menyampaikan pelajaran secara teori. Sekiranya guru memberikan murid peluang untuk membuat kajian mengenai tajuk tersebut, ia akan memberikan pemahaman yang lebih kepada murid. Seterusnya, pembelajaran berlaku mengikut tiga langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Enaktif, berasaskan tindak balas, dilakukan untuk memudahkan murid untuk lebih faham pelajaran tersebut. Sebagai contoh, guru memberikan mereka memegang dan memanipulasi objek yang maujud. Ikonik , berasaskan imej, digunakan apabila murid sudah berkebolehan untuk mewakili bahan secara grafik atau mental, misalnya murid membuat pengiraan secara mental. Langkah yang ketiga pula ialah, simbolik iaitu berasakan bahasa. Langkah yang ketiga pula ialah apabila murid sudah pandai menggunakan logic,kemahiran berfikir aras tinggi dan system simbolik. Pada tahap ini guru sudah boleh menggunakan perumpamaan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Prinsip yang ketiga ialah, pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang dipanggil sebagai pecutan. Pecutan disebabkan oleh pemahaman satu-satu pembelajaran yang mengambil masa untuk dikuasai sebelum berlaku pergerakan ke langkah seterusnya. Prinsip yang keempat ialah, persekitaran yang

memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep samada mempercepatkan atau melambatkan. Prinsip yang terakhir ialah pembelajaran adalah satu proses social yang aktif dimana murid-murid akan membina idea yang baru berasaskan pengalaman sedia ada masing-masing. Mereka akan memilih maklumat yang diperlukan, kemudian membentuk hipotesis, seterusnya mengintegrasikan bahan baru ini kedalam pengetahuan sedia ada serta konstruk mental masing-masing, proses ini adalah satu proses yang berterusan. Manakala bagi teori pembelajaran humanistik, pelopornya ialah Carl Rogers dan Abraham Maslow. Secara am nya pendekatan ini mempunyai lima prinsip asas. Yang pertama ialah murid perlu diberi kebebasan untuk memilih apa yang inigin mereka pelajari. Dengan ini mereka lebih bermotivasi untuk belajar sekiranya mereka berminat dan ingin mengetahui sesuatu. Yang kedua, perasaan dan ilmu amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, domain kognitif dan afektif tidak boleh dipisahkan. Manakala matlamat pendidikan ialah untuk memupuk keinginan pelajar supaya belajar dan mengajar cara mereka belajar. Tapi mereka perlu mempunyai azam dan tidak perlu disuruh atau dipaksa untuk melakukan sesuatu. Selain itu, sekolah hendaklah mewujudkan persekitaran yang tidak mengancam supaya muridmurid berasa selamat untuk belajar. Apabila mereka berasa selamat, pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan bermakna. Prinsip yang terakhir ialah dengan mementingkan penilaian kendiri

berbanding dengan penilaian gred. Murid-murid biasanya akan berusaha untuk mencapai satu-satu gred dan bukannya kepuasan diri. Oleh itu, ujian objektif
5

dianggap tidak sesuai kerana ujian ini hanya menguji murid untuk menghafal, dan kurang memberi maklum balas yang mencukupi kepada guru dan murid yang berkenaan. Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Kognitif Model pengajaran Strategi pengajaran Kaedah pengajaran Perolehan Konsep Pemusatan Murid Soal Jawab Humanistik Kesedaran Peribadi Pemusatan Murid Perbincangan

Bagi teori kognitif, model perolehan konsep sesuai digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara dasarnya model ini hanya memerlukan konsep dan contoh yang mudah, dan masa bagi sesi pengajaran juga singkat. Sesi pembelajaran ini diuruskan oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru dapat mengenal pasti bahawa murid-muridnya telah mengenal objek-objek di dalam kelas. Guru boleh menyuruh murid untuk menyenaraikan objek-objek berdasarkan bentuknya. Contohnya segi empat tepat : tingkap, papan putih dan muka meja. Di sini kita dapat lihat, teori kognitif telah ditekankan, iaitu membina konsep baru berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Konsep baru disini ialah murid dapat

mengklasifikasikan objek-objek berdasarkan bentuk, warna dan lain-lain. Manakala konsep yang lalu ialah murid telah mengenal nama-nama objek, dan jenis-jenis bentuk yang ada. Strategi pengajaran yang sesuai pula ialah pemusatan murid. Secara amnya, strategi ini merangkumi pengajaran dimana guru berperanan sebagai fasilitator yang

membimbing murid untuk mencapai kefahaman masing-masing mengenai isi pengajaran yang disampaikan. Murid-murid bukannya bekas yang kosong, sebaliknya mereka membawa bersama kerangka persepsi masing-masing ke dalam bilik darjah. Guru hanya perlu memberikan tugasan secara individu mahupun kumpulan, kemudian murid-murid ini akan mengenalpasti masalah, mengumpul data, dan mencari penyelesaiaan. Guru hanya memberi peneguhan terhadap setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Kaedah yang sesuai digunakan pula ialah kaedah soal jawab. Kaedah ini bertujuan untuk merangsang pemikiran serta menilai sejauh mana kefahaman murid berdasarkan maklumat yang telah diberi. Seperti contoh yang lalu, guru telah mengajar bentuk-bentuk dan nama-nama objek yang berda di dalam kelas. Kemudian guru meminta murid untuk menyebut objek-objek berdasarkan bentuk yang ditanya. Apabila murid menjawab, guru dapat mengetahui sejauh mana tahap kefahaman murid-murid tersebut. Manakala bagi teori humanistik, model yang sesuai digunakan ialah model kesedaran peribadi. Model ini menekaknkan konsep kendiri dan harga diri. Apabila kita mempunyai konsep kendiri yang tinggi, kita akan bertindak balas terhadap persekitaran kita dengan penuh yakin. Disini guru perlu membantu murid-murid untuk berpuas hati dengan diri sendiri serta berupaya memaksimumkan potensi mereka. Bukan itu sahaja, guru juga perlu membantu mereka agar mempunyai kawalan ke atas diri sendiri. Ini sejajar dengan teori humanistik bahawa murid berhak untuk memilih sendiri memilih pelajaran yang mereka suka. Kaedah yang sesuai sekali ialah kaedah pemusatan murid. Ini kerana murid mempunyai matlamat dan hala tuju masing-masing. Guru hanya sebagai pembantu

atau pemudah cara. Guru memberi persoalan dan murid mencari jawapannya. Di dalam kelas seperti ini, hanya murid-murid sahaja yang aktif. Hanya murid-murid yang mencari jawapannya dan hanya berfokuskan kepada individu dan

menitikberatkan kendiri. Strategi pengajaran yang boleh digunakan ialah dengan perbincangan. Contohnya, guru mengemukakan satu soalan terbuka yang boleh mencetuskan perbincangan. Kemudian guru meminta murid berfikir tentang soalan tersebut dan kemudian menyampaikan idea-idea mereka. Guru hendaklah peka dengan ideaidea mereka serta menjelaskan setiap respon yang diberi oleh pelajar. Implikasi Teori Pembelajaran terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bagi teori pembelajaran kognitif terdapat empat implikasi yang boleh disenaraikan. Yang pertama ialah muri-murid perlu diberikan peluang untuk mencari jawapan dengan sendiri. Seelok-eloknya, guru perlu memberi perhatian kepada penemuan kendiri dalam kalangan peljar agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. Untuk itu, guru perlu membekalkan maklumat-maklumat yang terperinci dan relevan kepada mereka. Yang kedua, guru harus berperanan sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugas guru ialah untuk mengatur maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan mereka mengaitkan konsep baru dengan konsep yang sedia ada. Ketiga, guru perlu sedar bahawa murid mungkin berada pada mod permbelajaran yang berbeza, samada enaktif, ikonik atau simbolik. Bagi memenuhi kehendak murid, guru perlu mengadakan satu perbincangan (mod simbolik) berasaskan apa yang telah mereka pelajari daripada ekseperimen yang dilakukan (mod ikonik).
8

Keempat, murid-murid seharusnya disediakan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan dan selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka. Sebagai contoh, guru ingin mengajar mengenai gunung berapi. Murid-murid boleh diminta mmebina model gunung berapi(enaktif) : menonton filem mengenai gunung berapi ( ikonik). Manakala implikasi bagi teori humanistik pula boleh disenaraikan sebanyak tiga. Pertama, amat penting untuk guru mengetahui setiap murid dalam kelas mempunyai keperluan asas yang harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran bermula. Kedua guru hendaklah meluangkan sedikit masa pada awal sesi pengajaran untuk mengenal pasti papakah jenis keperluan asas yang perlu diberikan perhatian. Oleh itu, guru harus memperuntukkan lima minit yang pertama berbual-bual dengan murid-murid sebelum bermula dengan sesi pengajaran. Ketiga, guru harus memberi perhatian kepada pemilihan tugasan

pembelajaran yang dapat merangsang minat dan naluri ingin tahu murid-murid. Pemilihan yang teliti dan selaras dengan minat dan kebolehan masing-masing mempunyai minat dan kebolehan masing-masing mempunyai impak keatas motivasi mereka untuk belajar.

Refleksi Ringkasan refleksi: 1. Mengenal subjek Murid Alam Belajar; 2. Mengetahui konsep teori kognitif dan teori humanistik; 3. Boleh membanding beza antara konsep dan prinsip-prinsip; 4.. Memantapkan ilmu mengenai teori-teori ini; 5. Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai teori kognitif dan humanistik; 6. Persediaan untuk peperiksaan. Sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat mengenal subjek

perkembangan kmurid-murid alam belajar dengan lebih terperinci. Saya sebelum ini tidak begitu mengambil berat mengenai subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui konsep teori kognitif dan humanistik. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar kognitif dan humanistik semakin jelas difahami. Saya juga telah dapat membuat perbandingan antara konsep dan prinsip-prinsip diantara teori kognitif dan humanistik. Mengetahui perbezaannya adalah merupakan perkara yang penting untuk mengenal konsep sebenar yang telah dipelajari. Saya dapat mendalami teori kognitif dan humanistik. Kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan mengenai teori-teori ini. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti.

10

Rujukan
Buku Ahmad, A. b. (1989). Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman. Selangor: Longman Malaysia Snd. Bhd. Husin, K. H. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd. keow, D. l. (2011). Murid dan Alam Belajar edisi ke-2 untuk program ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian. Kuala Lumpur: kumpulan budiman sdn.bhd. Long, A. (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Internet Teori dan Strategi Pembelajaran. (2007, Mei 23). Retrieved Ogos 21, 2011, from Wordpress: http://saungwali.wordpress.com/2007/05/23/teori-dan-strategipengajaran-pembelajaran-dalam-merekabentuk-perisian-kursus-ppbk/ Afifi, M. (2009, Julai 30). Teori Abraham Maslow Humanistik. Retrieved Ogos 21, 2011, from Pelangi Petang 89: http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/teori-abraham-maslowhumanistik.html Hasanah. (2009, Mac 1). Teori Pembelajaran Kognitif. Retrieved Ogos 21, 2011, from Hasanah World Weblog: http://hasanahworld.wordpress.com/2009/03/01/teori-belajar-kognitif/ Suzana, C. A. (2009, Ogos 10). Teori-teori pembelajaran. Retrieved Ogos 21, 2011, from Cikgu Ana Suzana: http://cikguanashazana.blogspot.com/

11

Yusoff, H. B. (2009, April 8). Teori Pembelajaran Kognitif. Retrieved Ogos 21, 2011, from Ukhuwah Islamiyah: http://humairakhairunnisa.blogspot.com/2009/04/teori-pembelajaran-kognitif.html

12

13

Anda mungkin juga menyukai