Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SGDT 4013 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN: TEORI REALISME

NAMA: SRI NOR SYARIMA BINTI JUHARI

NO. MATRIKS: 829231

PENSYARAH:

DR. FARAH MOHAMAD ZAIN


TEORI REALISME

1.0 Pengenalan

Dalam topik ini, pelajar-pelajar akan diperkenalkan dengan Teori Realisme sebagai pendekatan

untuk mengkaji pendidikan, persoalan-persoalan yang dikaji dan kepentingan teori bagi kursus

Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan.

1.1 Objektif Topik

Pada akhir topik ini, pelajar-pelajar diharap akan dapat :

● memahami definisi Teori Realisme.

● mengenal pasti pendekatan kajian dalam Teori Realisme.

● mengintergrasi Teori Realisme dalam pengajaran dan pelajaran.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :

● memberikan takrifan Teori Realisme dengan tepat.

● menerangkan kempat-empat prinsip-prinsip Teori Realisme.

● mengaplikasikan Teori Realisme dalam pengajaran.

2.0 Pemahaman Teori Realisme


Di bawah akan dibincangkan mengenai definisi, sarjana-sarjana teori, prinsip-prinsip teori dan

kekurangannya.

2.1 Definisi Teori Realisme

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2015), realisme bermaksud satu fahaman atau

ajaran yang berpaksikan kenyataan. Kenyataan ini lebih mudah difahami sebagai sebuah hakikat

hidup sebenar. Ghandi (2017) dalam penulisan Mas Ian Rif’ati (2019), realisme merupakan

aliran yang menjadi lawan bagi idealisme. Kedua-dua fahaman ini harus wujud bersama sebagai

sebuah bentuk keseimbangan. Dunia yang ideal adalah kehendak setiap individu tetapi kita juga

harus menjadi realistik.

Mat Suki (2015) menerangkan realisme mengutamakan kepentingan pemikiran yang

rasional dan keselamatan atas rekonstruksi sosial, ideologi dan keprihatinan moral. Pada

dasarnya, ahli-ahli realist berpendapat bahawa manusia secara alami adalah makhluk yang

mementingkan diri dan bersifat tamak. Sebagai contoh, tokoh realisme terawal iaitu Sun Tzu

seperti yang ditulis di dalam buku The Art of War, beliau menekankan tentang kepentingan

menggunakan kuasa untuk menjaga kepentingan negara. Cara untuk mendapatkan keamanan

adalah dengan peperangan dan menjatuhkan pihak lawan. Sedangkan pada masa kini, kita semua

maklum bahawa peperangan tidak membawa kepada keamanan tetapi lebih banyak membawa

kemusnahan.
Realisme menurut Hocking pula adalah kecenderungan seseorang individu itu tidak

melimitasikan diri mereka untuk sekadar memikirkan sesuatu, tetapi menggerakkan diri untuk

mencari tahu tentang sesuatu perkara agar dapat menjawab sebarang persoalan dalam pemikiran

mereka. (Ian Rif’ati : 2019).

2.2 Tokoh-tokoh Teori Realisme

Teori Realisme telah wujud sejak empayar Greek dan Yunani, ini terbukti melalui buku yang

dihasilkan oleh Thucydidas yang bertajuk A History of Philloponesian War. Selain itu, buku

yang turut popular dan mendukung fahaman Teori Realisme ialah The Price, penulisan oleh

Niccolo Machiavelli. Machiavelli percaya seorang ketua haruslah memikirkan perihal reputasi

diri dan sanggup melakukan perkara keji pada masa yang sepatutnya. Mereka adalah beberapa

individu yang terawal memperkenalkan konsep realisme. Antara lainnya ialah E.H Carr, H.J

Morganhtau, Reinhold Niebuhr, Arnold Wolfers dan Kenneth W. Thompson.

2.3 Prinsip-prinsip Teori Realisme

Terdapat sembilan prinsip asas dalam Teori Realisme. Berikut adalah prinsip-prinsip tersebut :

a) Kepentingan aspek fizikal alam semesta

Realisme bergantung sepenuhnya kepada perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar

dan dapat dibuktikan melalui kajian santifik. Hanya melalui kajian saintifik, manusia

dapat memahami sebarang fenomena atau perkara yang berlaku di alam semesta.

b) Minda yang merdeka

Setiap keputusan atau sebarang perkara yang berlaku haruslah berpandukan akal dan

minda.
c) Jiwa dan Tuhan tidak wujud

Ahli Realis menolak kewujudan jiwa dan Tuhan kerana kedua-duanya tidak dapat

dibuktikan kewujudan melalui kajian saintifik.

d) Kita hidup dalam masa kini

Manusia hanya harus fokus dengan apa yang berlaku pada ‘sekarang’ untuk memastikan

matlamat hidup boleh diwujudkan melalui kehidupan masa kini yang bersistematik.

e) Realiti adalah benar

Realiti fizikal menurut realis adalah asas kepada pengalaman hidup. Secara semula jadi,

perkara yang bersifat fizikal dan material adalah satu bentuk spiritual yang boleh dilihat

dengan mata kasar.

f) Deria adalah pintu kepada pengetahuan

Realis percaya kita menggunakan deria untuk merasai sensasi dan sentuhan untuk belajar

sesuatu kerana semua yang boleh disentuh, dilihat dan dirasai adalah perkara yang benar.

g) Menolak aliran idealism

Realisme menolak sebarang bentuk imaginasi dan hanya berpaksikan pada perkara yang

hakiki.

h) Manusia bersifat material

Manusia adalah satu hidupan yang mempunyai tubuh badan dan minda. Kombinasi

tersebut membolehkan manusia mempelajari situasi sebenar dunia luar.


i) Fakta haruslah berdasarkan eksperimen

Semua perkara haruslah melalui pemerhatian dan eksperimen secara saintifik. Sebarang

pengalaman tidak boleh dikatan benar melainkan dapat dibuktikan melalui analisis dan di

dapat dikelaskan.

2.4 Kekurangan Teori Realisme

Terdapat beberapa perkara yang boleh dikritik mengenai teori ini :

a) Teori Realisme bercanggah dengan fahaman mereka sendiri. Manusia secara semula jadi

akan melalui proses perkembangan dari masa ke semasa. Ini serba sedikit bercanggah

dengan prinsip asal realisme iaitu manusia haru hidup hanya untuk ‘hari ini’ tanpa

memikirkan masa akan datang. Proses perkembangan manusia juga merupakan suatu

perkara yang boleh dibuktikan melalui sains.

b) Teori Realisme menolak kewujudan entiti spiritual seperti roh dan Tuhan. Setiap agama

mengajar umatnya melalukan kebaikan. Sebagai seorang Muslim terutamanya, kita harus

mempercayai bahawa Allah S.W.T itu wujud dan mempercayai perkara ghaib adalah

sebahagian dari Rukun Iman.

c) Selain itu juga, setiap bayi yang lahir adalah seperti kain putih. Ibu bapalah yang

mencorakkan anak-anak mereka. Realis berpendapat manusia semula jadinya bersifat

jahat. Tetapi itu adalah tidak benar, personaliti sesorang dipengaruhi dengan cara didikan

dan persekitaran.

3.0 Teori Realisme dalam Pendidikan


Dibawah akan dibincangkan Teori Realisme dan perkaitannya dengan pendidikan dari sudut

tujuan pendidikan, kurikulum yang diberikan penekanan serta pengaplikasian teori.

3.1 Tujuan Pendidikan Menurut Teori Realisme

Teori Realisme berpendapat bahawa tujuan pendidikan adalah untuk :

a) menyediakan pelajar untuk hidup dalam dunia realiti.

b) meningkatkan kemahiran sosialisasi pelajar.

c) membangunkan personaliti pelajar dari sudut fizikal, moral dan intelektual.

d) melatih pelajar untuk mempunyai pandangan peribadi supaya mereka mampu membuat

keputusan dan berfikir dan rasional.

e) menggilap bakat pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

f) melatih pelajar tentang tindakan yang harus diambil dalam menangani sebarang

kemalangan yang berlaku dalam persekitaran.

g) membina personaliti pelajar sebagai manusia secara khususnya.

3.1 Kurikulum dalam Teori Realisme

Terdapat empat subjek yang diberikan penekanan oleh Teori Realisme :

a) Sains

Realis mengutamakan subjek sains untuk diajar di sekolah kerana subjek tersebut seperti

batu asas bagi aliran fahaman realisme.

b) Pendikan Fizikal (Pendidikan Jasmani)


Realis mementingkan sesuatu yang bersifat fizikal termasuklah tubuh badan manusia.

Maka, tidak hairanlah jika kesihatan tubuh badan adalah salah satu yang diberikan

penekanan dalam Teori Realisme.

c) Vokasional dan Teknikal

Seperti yang dinyatakan, dalam kepentingan pendidikan menurut teori realisme, pelajar

mendapatkan pendidikan agar kemahiran vokasional dan teknikal mereka boleh diasah.

d) Bahasa Ibunda

Bahasa ibunda adalah subjek penting kerana realis berpendapat bahawa pendidikan harus

disampaikan melalui Bahasa ibunda.

Pengaplikasian Teori Realisme dalam Pendidikan

a) Kaedah Pengajaran

Realisme berpendapat bahawa kaedah verbal dan subjektif tidak begitu efektif.

Sebaliknya guru-guru haruslah menggunakan kaedah yang lebih saintifik agar pengajaran

dan pelajaran lebih menarik. Guru-guru haruslah melibatkan pelajar secara aktif di dalam

kelas dengan aktiviti-aktiviti praktikal, demonstrasi, penelitian dan membenarkan pelajar

pelajar merasai sendiri pengalaman berkesperimentasi. Seperti salah satu prinsip Teori

Realisme, pelajar haruslah dibenarkan menggunakan deria mereka untuk merasai sendiri

perkara yang dipelajari.

b) Disiplin

Realisme menekankan tentang kepentingan untuk mempunyai disiplin yang baik. Disiplin

bermaksud pelajar boleh mengikuti terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan

oleh institusi pendidikan. Kepentingan berdisiplin adalah untuk mempersiapkan pelajar


dalam menghadapi dunia sebenar. Akan tetapi, realisme menolak sebarang bentuk

hukuman diberikan kepada pelajar.

c) Guru

Guru merupakan individu penting dalam sebuah sekolah, akan tetapi realisme tidak

meletakkan guru di tempat tertinggi dalam sistem pendidikan. Guru mestilah mengajar

hanya perkara yang benar dan fakta tanpa menokok tambah apa-apa pandangan peribadi.

Murid haruslah diberikan peluang untuk menilai, memerhati dan melakukan eksperimen

santifik. Guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas dan hanya memberikan tunjuk

ajar.

d) Buku Teks

Buku teks haruslah tidak sekadar teori, sebaliknya membincangkan masalah pendidikan

yang turut disertakan dengan pengamatan dan pengalaman praktikal di dalam kelas.

Bahasa yang digunakan di dalam buku teks juga haruslah mudah difahami.

e) Sekolah

Sekolah haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar dan permintaan dalam masyarkat.

Sekolah adalah pusat untuk mengembangkan potensi pelajar untuk mempersiapkan

mereka dalam menghadapi dunia yang sebenar.

4.0 Aktiviti

1) Huraiakan TIGA prinsip-prinsip yang terdapat dalam Teori Realisme.

2) Nyatakan EMPAT orang tokoh bagi Teori Realisme.


3) Jelaskan kekurangan Teori Realisme yang bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.

4) Menurut Teori Realisme, huraikan kaedah pengajaran yang berkesan.

5) Apakah LIMA tujuan pendidikan menurut Teori Realisme?

Rujukan

Mas Ian Rif’ati. 2019. Realisme dalam filasafat pendidikan. Researchgate.net Publication:

Universitas Airlangga Surabaya, Indonesia.

Md Suki Mamat. 2015. Realism as a theory has several disadvantages – “It is parsimonius, which

means it is simple and lean framework. n.t: Malaysia


n.a. 2021. Hubungan antarabangsa; Realisme. Jodoinstitute.com. Diunduh pada 12 November

2021, daripada https://ms.jodoinstitute.com/879-realism. Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa

dewan edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pengembara. 2013. Teori realisme. Wordpress. Diunduh pada 12 November 2021, daripada

https://yurizzgagarin.wordpress.com/2013/01/29/teori-realisme/

Ullul Unyil. 2015. Filasafat dan nilai budaya pendidikan. Academia.com. Universitas Muria

Kudus.

WandOfKnowledge Team. 2020. Realism: meaning, principles, educational implications.

WandofKnowledge.com. Diunduh pada 12 November 2021, daripada

https://wandofknowledge.com/realism-meaning-principles-educational-implications/ .

University of Execter.

Anda mungkin juga menyukai