Anda di halaman 1dari 7

MODEL PBP @ PjBL

BAGI PEMBELAJARAN ALAF KE 21

Md. Baharuddin bin Hj. Abdul Rahman


Email: jmfacturing@gmail.com
Hairul Nizam bin Ismail
Email: hairul@usm.my
Shaik Abdul Malik bin Mohamed Ismail
Email: samohame@gmail.com

Abstrak
Kemajuan bidang teknologi & kejuruteraan telah mewujudkan senario baru dalam
penghasilan model pembelajaran terkini bagi memastikan setiap produk keluaran
institusi pendidikan teknikal & vokasional dapat memenuhi kehendak pasaran global.
Justeru itu, beberapa pengkaji telah menemukan beberapa model penting dalam
memajukan konsep pembelajaran berasaskan projek (PBP) @ Project Based Learning
(PjBL) dalam memenuhi kehendak pendidikan alaf ke 21. Kertas penulisan ilmiah ini,
akan membincangkan secara ringkas lima (5) saranan model PBP yang boleh dijadikan
garis panduan kepada pendidik/pengajar yang berminat untuk mengaplikasikan modelmodel Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project Based Learning (PjBL)
yang di sarankan. Empat (4) model teras rujukkan pengkaji bagi menterjemahkan satu
(1) model bagi pembinaan modul PBP untuk pengaplikasian konsep PBP di institusi
TVET Malaysia. Di harap lima (5) model yang dicadangkan ini boleh dijadikan rujukkan
pengamal PBP @ PjBL dalam penghasilan pelajar yang kompeten dalam menghasilkan
projek @ produk yang inovatif. Diharap dengan adanya model PBP @ PjBL ini, ia akan
menjadi sumber rujukkan para pengkaji dan pengamal konsep PBP di Politeknik, Kolej
Komuniti & institusi TVET di Malaysia.

Pengenalan
Model Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan komponen utama dalam
memastikan konsep pembelajaran yang dijalankan memenuhi kehendak pembelajaran
alaf ke 21. Kini PBP semakin mendapat tempat pembangunan pelajar kejuruteraan bagi
melaksanakan pembangunan projek @ produk kejuruteraan secara berkumpulan
dengan lebih sistematik (Md. Baharuddin & rakan-rakan, 2011:2013 & 2014).Tidak
banyak model berkaitan komponen asas Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
1

dikembangkan di kalangan pengamal konsep PBP di Malaysia. Adanya model PBP


yang bersesuaian dengan Outcome Based Education (OBE) ini, di jangka ia akan dapat
membantu dalam penghasilan pelajar dan produk kejuruteraan yang piawai di
MALAYSIA (Kamaruzaman & rakan-rakan, 2010). Walaupun banyak pengkaji bersetuju
dan menyatakan konsep PBP merupakan komponen penting dalam memacu konsep
Outcome Based Education (OBE) di Politeknik dan Institusi pendidikan TVET. Namun
masih tidak banyak dapatan model-model PBP @ PjBL terhasil dari kajian tempatan
yang boleh dijadikan sumber rujukan guru, pengajar & pensyarah di MALAYSIA. justeru
itu, kertas penulisan ini difokuskan kepada lima (5) model saranan yang boleh dijadikan
rujukkan pengamal konsep PBP @ PjBL di MALAYSIA khususnya.

Lima (5) Saranan Model PjBL @ PBP


Dari sorotan kajian penulis, sebanyak empat (4) model utama disandarkan sebagai
pendokong pembangunan model PjBL @ PBP dalam penghasilan Modul PBP bagi
pengkajian peringkat PhD sejak tahun 2007 sehingga 2014. Di sebalik model yang di
rujuk penulis, di sini dikemukakan saranan model oleh pengkaji sendiri (Md. Baharuddin
Bin Abdul Rahman) yang merangkumi sepuluh (10) item teras model PjBL @ PBP bagi
memenuhi kehendak pembelajaran TVET di MALAYSIA :-

1. Model Saranan
Barron (1998)
Barron (1998) telah mengariskan epat (4) teras utama melalui model PBP iaitu, 1.
Matlamat Pengguna, 2. Keperluan dan Penilaian, 3. Membangun dan Bertindak Balas,
4.Kerangka Utama. Jika dilihat kepada emapat (4) teras utama melalui model PBP @
PjBL yang dikemukakan, ia di rangka secara umum supaya konsep pembelajaran lebih
terarah dan fokus kepada matlamat pengguna tanpa mengfokuskan kepada
berpusatkan pelajar. Pada era ini, konsep pembelajaran masih berpusatkan guru dan ia
bertindak mengikut keperluan serta kaedah penilaian. Namun masa ini, komponen
membangun dan bertindakbalas di utamakan. Ini bagi memastikan kerangka utama
objektif pembelajaran dapat di capai secara menyeluruh.

2. Model Perpusatkan Aktiviti Saranan


Stities (1998)
Stities telah mengariskan tujuh (7) komponen teras pembelajaran berpusatkan aktiviti
iaitu merangkumi, 1. Rekabentuk, 2. Idea, 3.Borang Berpusatkan Pelajar, 4.Kumpulan
Kerja, 5.Penyelesaian Masalah, 6.Pembelajaran arahan Kendiri, 7. Borang Arahan.
Model berpusatkan pelajar ini menfokuskan kepada penyelesaian masalah melalui
aktiviti yang dijalankan, pelajar perlu bekerja dalam kumpulan melibatkan
pembangunan aktiviti melalui borang arahan kendiri. Fokus model ini adalah
penyelesaian masalah dan melalui pembelajaran berpusatkan aktiviti dan arahan
kendiri.

3. Model PBP@PjBL Saranan


BIE (1999)
Model Bucks Institute of Education atau di kenali sebagai model BIE, model ini
mengariskan enam (6) komponen teras model PBP @ PjBL iaitu merangkumi, 1.
Berpusatkan Pelajar, 2. Kumpulan Kerja, 3.Penyelesaian Masalah, 4.Pembelajaran
Arahan Kendiri, 5. Borang Arahan Kendiri, 6.Set Penilaian Rubrik. Model ini merupakan
antara model teras PBP @ PjBL alaf ke 21. Model BIE menfokuskan kepada
berpusatkan pelajar, penyelesaian masalah melalui aktiviti pembangunan produk yang
dijalankan, pelajar perlu bekerja dalam kumpulan melibatkan pembangunan produk
mengikut kaedah pembelajaran arahan kendiri. Kumpulan kerja ini juga perlu mengisi
set penilaian rubric di akhir proses PBP @ PjBL yang di jalankan.

4. Model PBP@PjBL Saranan


Moursund (2002)
Moursund (2002) telah mengariskan empat (4) komponen teras dalam PBP @ PjBL
iaitu merangkumi, 1. Kepelbagaian Peringkat, 2. Megikut Fasa Kerja, 3.Pembagunan
Produk/Projek, 4.Berpusatkan Pembangunan Produk/Projek. Model ini menfokuskan
kepada kepelbagaian peringkat fasa kerja. Proses pembelajaran berpusatkan
pembangunan produk/projek pelajar. Melalui model ini, proses pembangunan produk
mengikut fasa kerja yang sistematik diutamakan. Fokusnya adalah berpusatkan kepada
menghasilkan produk atau projek kejuruteraan yang piawai.

5. Model PBP@PjBL Saranan


Md. Baharuddin Haji Abdul Rahman (2015)
Penulis mengutarakan model PBP @ PjBL ini bersandarkan sorotan kajian terhadap
empat (4) model di terangkan di atas. Hasilnya pengkaji dapat merumuskan satu model
PBP @ PjBL yang sesuai di aplikasikan di Politeknik atau institusi TVET di MALAYSIA.
Ia di rangka bagi memenuhi kehendak pembelajaran alaf ke 21 dengan mengutarakan
sembilan (9) komponen yang releven dengan kajian sebenar peringkat PhD (20072014) iaitu, 1. Berpusatkan Pelajar, 2. Kumpulan Kerja, 3. Pembelajaran Arahan
Kendiri, 4. Borang Arahan Kendiri PBP, 5. Penilaian Formatif , 6. Rekabentuk &
Membangun Produk/Projek, 7. Mengikut Fasa, 8. Gerak Kerja Kejuruteraan & Teknologi
Sebenar/Terkini, 9. Set Rubrik Penilaian. Melalui model ini, beberapa komponen teras
yang mampu membantu pelajar kejuruteraan berjaya menghasilkan projek kejuruteraan
yang inovatif dapat di hasilkan. Ini kerana proses pembelajarannya berpusatkan pelajar
dan terarah kendiri. Pelajar mampu menguasai proses melalui set borang terarah yang
mengikut fasa penilaian yang formatif.

Kesimpulan
Pengamal konsep PBP @ PjBL boleh mengunapakai model-model saranan bagi
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran memenuhi kehendak pendidikan alaf
ke 21. Jika diamati semua model yang diutarakan hampir melengkapi konsep dan
proses pembelajaran PjBL @ PBP sebagaimana yang di bincangkan. Apa yang ingin di
sampaikan oleh penulis ialah, hasil dari pengamatan dan pengkajian yang telah
dijalankan. Lima (5) model yang di utarakan amat perlu diketahui bagi para pengamal
konsep PjBL @ PBP. Ini bagi memudahkan para pengamal konsep PBP @ PjBL dalam
menterjemahkan hasil ujilari konsep PBP di kelas dalam mengapai hasil yang optimum.
Adanya saranan lima (5) model ini, di harap ianya membantu para guru dan pensyarah
di sekolah, kolej teknik & vokasional, institut kemahiran, politeknik, kolej komuniti serta
universiti dalam mengaplikasikan konsep PjBL @ PBP secara menyeluruh.

Bibliograf
Md. Baharuddin Bin Abdul Rahman.S-PD0005/07(R). Dengan. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.Penang. Dec 2007. Project Based Learning
Handbook for TVE- Politeknik Kota Bharu. Available on line at www.pkb.edu.my
PM Sharifah Norhaidah Syed Idros, Khairul Azhar Mat Daud Md. Baharuddin Abdul
Rahman (2008). Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah- PBL Pengurusan Pusat
Servis (J5185). Avalaible on line at www.pkb.edu.my/.../Modul%20Pengurusan%20J5.
Md. Baharuddin B. Hj Abdul Rahman & Sharifah Norhaidah Syed Idros
(2008).Keberkesanan Modul Berasaskan Project-Based Learning (PjBL) dalam
Pembangunan Meta-kognitif, Motivasi dan Pengurusan Kendiri Pelajar. 2 nd International
Malaysia Educational Techonlogy Creation (5-7 Nov. 2008). Avalaible on line at
http://www.scribd.com/doc/60516070/Unleashing-the-Potentials-of-Desktop-VirtualReality-as-an-Educational-Tool-A-Look-into-the-Design-and-Development-Process-ofViSTREET
Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman & Ahmad Yasaruddin Bin Mat Yasin (2009).A
Pilot Study of Engineering Students Self-Regulatory Behaviors in a Project-Based
Learning
Experience.
Available
on
line
athttp://politeknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/jurnal/abstrak/Baharuddin_Kolokium_P
SMZA09%20wwww%201%28abs%29.pdf
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, Kamaruzaman Jusoff, Nik
Azida Abd. Ghani. (2009). Project based learning (PjBL) practices at Politeknik Kota
Bharu, Malaysia. International Education Studies. 2 (4), 140-148
Kamaruzaman Jusoff, Baharuddin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud and Nik
Azida Abd Ghani (2010)., Motivating Students Using Project Based Learning (PjBL) via
e-SOLMS Technology, World Applied Science Journal 8(9): 1086-1092, IDOSI
Publications, 2010.
Mat Bin Husin, Md. Baharuddin Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud (2010)., Kesan
Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah Terhadap Pencapaian Mata
Pelajaran Lukisan Fabrikasi Logam. Journal Penyelidikan@PKB 2010. No.1.Vol. (1),1827: ISSN 1985-7485
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Prof. Madya Sharifah Norhadah Syed Idros, Khairul
Azhar Mat Daud. (2010). Pembangunan Metakognitif dalam Pembelajaran Berasaskan
Projek (PjBL) melalui Teknologi e-SOLMS.Journal Penyelidikan@PKB 2010. No.1.
Vol.1, 1-5: ISSN 1985-7485
Yasaruddin Mat Yasin, Md Baharuddin Bin Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud,
Ahmad Omar, Puspanathan A/L Govidan, Kuak Shin Hooi, On Eng Hu (2010). Buku
Abstrak : magnetic Braking System (MBS) via Project Based Learning (PjBL). An

Alternative Motocycle Braking & Learning Tool.Pusat Penerbitan UPENA. UiTM, Shah
Alam, 2010.
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, Khairul Azhar Mat Daud.
(2011a).e-Library and Learning Object System (eL-LoS): An Alternative Online Library
and Learning Tools at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Journal of
Business and Social Science. Vol.2, No.2; February 2011, 99-104.
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, Khairul Azhar Mat Daud, Mohd
Fadzil Jaafar. (2011b). Competency Based Assessment (CBA) of Engineering
Students Product Development via Project based learning (PjBL) Process.International
Journal of Business and Social Science. Vol.2, No.4; March 2011, 221-229.
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, Khairul Azhar Mat Daud, Mohd
Fadzil Jaafar. (2011c). The Outcome Based Education (OBE) at Politeknik Kota Bharu,
Malaysia. International Journal of Humanities and Social Science. Vol.1, No.8; July
2011, 163-171.
Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman & Hairul Nizam Bin Ismail (24 Feb. 2011d). Apa
itu
Pembelajaran
Berasaskan
Projek.
Available
on
line
at
http://www.scribd.com/doc/49449994/Apa-Itu-Pembelajaran-Berasaskan-Projek
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail and Khairul Azhar Mat Daud
(2011e).Argricultural product development by implementation of Project Based Learning
module at Politeknik Kota Bharu Malaysia.Elixir Mech. Engg. 37 (2011) 3953-3957.
Available online at www.elixirjournal.org.
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, Ahmad Omar, Hairul Nizam
Ismail (2011f).An Applicationof Project Based Learning (PjBL) Module. Elixir Social
Studies. 41 (2011) 5882-5885. Available online at www.elixirjournal.org.
Md. Baharuddin Abdul Rahman (2011g), Satu Tinjauan Literature ke atas Model dan
Teori Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) @ Project Based Learning (PjBL).
Research and Development of Mechanical Engineering (RnD DoME) Vol.1,No.2,
(2011)38-54.
Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman & Hairul Nizam Ismail (24 Feb.
2011h).Pembelajaran
Berasaskan
Projek
(PBP).
Available
on
line
at
http://www.scribd.com/doc/49433627/Pembelajaran-Berasaskan-Projek
Md. Baharuddin et.al (2011). Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP), Sinopsis
PjBL Handbook TVET : ISBN 978-983-3442-25-6
Md. Baharuddin Bin Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, Khairul Azhar Bin Mat Daud
(2012).Sinopsis Buku Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Available on line
at
http://www.scribd.com/doc/107132043/Sinopsis-Buku-Modul-PembelajaranBerasaskan-Projek
6

Md. Baharuddin Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, & Hairul Nizam Ismail (30
Sept. 2012). Project Based Online Learning (PBOL). Available on line
athttp://www.scribd.com/doc/108421793/Project-Based-Online-Learning-PBOL-Metacognitive-Baha
Md. Baharuddin et.al (2012). Buku Pembelajaran Berasaskan Projek (Unit Penyelidikan
Pendidikan Asas U.S.M) : ISBN 978-967-399-099-3
Md. Baharuddin et.al (2013). Buku Preparing A Project Proposal via PBL & PjBL
approaches: ISBN 978-983-3442-32-4

Anda mungkin juga menyukai