Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Pengenalan
2. Kurikulum Kebangsaan

3-4
5

2.1 Kurikulum Sekolah Pendidikan Seni Visual

3. Peranan dan Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual


7
4. Penekanan Mata Pelajaran Seni Visual
8-9
5. Komponen Merentas Kurikulum Pendidikan Seni Visual
10 - 12
a) Pengetahuan
b) Kemahiran
c) Nilai-nilai murni
d) Elemen merentas kurikulum
6. Peta minda tajuk pengajaran Pendidikan Seni Visual
13
7. Kesimpulan
14
8. Rujukan
15

01. PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. [ Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ]
Pendidikan

adalah

proses

keilmuan

yang

akan

dapat

melahirkan

kecemerlangan modal insan. Pendidikan wujud serentak dengan kewujudan manusia


yang menjadi tunjang kepada sebuah perkembangan tamadun. Menurut Maria
Montessori [1870-1952], seorang pendidik dari Itali, mentafsirkan pendidikan sebagai
proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanakkanak. Sumbangan pendidikan sebagai agen perubahan dan sosialisasi sesuatu yang
tidak dapat dinafikan, bahawa kehidupan itu memerlukan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai aspek. Pendidikan akan dapat merubah tahap keilmuan, kemahiran
dan kemanusiaan kepada tahap yang lebih tinggi. Dengan itu
kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada tahap
pendidikan. Perkembangan dan kemajuan dunia masa kini melihat
kecemerlangan sebuah negara dari aspek ekonomi bergantung
kepada kecemerlangan modal insannya yang mempunyai ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan
[kemahiran berfikir aras tinggi]. Dengan itu Kementerian Pelajaran
Malaysia,

telah

membuat

kajian

semula

mengenai

sistem

pendidikan negara secara menyeluruh. Kajian tersebut dibawah


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan melaksanakan kajian
semula

sistem

pendidikan

berdasarkan

standard

pendidikan

antarabangsa. Ini adalah bertujuan untuk melihat apakah sistem


pendidikan

kita

mempunyai

kesempurnaan

menghadapi cabaran abad ke-21 nanti.


2

dengan

keperluan

Generasi kita perlu

disediakan

dan

dimantapkan

dengan

keperluan

menghadapi

cabaran tersebut.

Di Malaysia Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan penting


menjadi landasan bagi menentukan halatuju sistem pendidikan berdasarkan keperluan
dan matlamat negara. Segala perkara yang dihasratkan didalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan akan dapat diterjemahkan menerusi kurikulum kebangsaan. Sehubungan
itu kurikulum kebangsaan telah mengalami transformasi, bertujuan mempastikan dan
memantapkan lagi Akta Pendidikan negara setanding dengan standard pendidikan
antarabangsa, dalam usaha menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi
masa kini dan akan datang.gtem dengan
Dengan itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR] telah diperkenalkan
bermula tahun 2011, bagi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Adalah menjadi harapan Kementerian Pendidikan Malaysia pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah akan mampu memperbaharui kurikulum terdahulu serta
mempastikan ia releven dengan keperluan pendidikan semasa. Sehubungan dengan itu
Pendidikan Seni Visual juga telah mengalami trasformasi dengan menggantikan nama
Pendidikan Seni terdahulu. Pembelajaran seni visual akan dapat memupuk imaginasi
berasaskan budaya setempat dan persekitaran dengan membantu memperkembangkan
emosi murid, meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, budaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

02. KURIKULUM KEBANGSAAN


Menerusi Akta Pendidikan 1996 memberi pengertian kurikulum kebangsaan
adalah suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, nilai, norma, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam nilai moral
yang dikehendaki dan untuk menyampaikan pengetahuan. Dengan itu kurikulum
pendidikan di Malaysia adalah berperanan mengembangkan potensi pelajar dari segi
intelek, jasmani, rohani dan sosial secara seimbang dan menyeluruh dengan membina
sifat-sifat ke arah perpaduan negara serta melahirkan tenaga mahir yang terlatih untuk
keperluan negara.
Menurut Abdullah Sani [2005:145-146], kandungan kurikulum sekolah
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata
pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum
seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform. Kemajuan dan kemakmuran
sesebuah negara adalah terletak pada peranan pendidikan sebagai wadah penentu
kejayaan. Taba. [1962], Kurikulum adalah satu plan bagi pembelajaran.
Kecemerlangan seorang guru akan dapat dilihat apabila ia dapat memperterjemahkan
dan mentaksir kurikulum dan matlamat pendidikan. Tanner & Tanner. [1972],
Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang
dirancang dan dibimbing. Kurikulum secara khususnya perlu diterjemahkan,
dirancang secara spesifik dengan objektif yang jelas, bersama pemilihan kaedah yang
berkesesuaian dan penggunaan bahan pengajaran yang berkesan. Dapatlah
diperkatakan

bahawa

kurikulum

adalah

menghubungkan pendidikan dengan matlamat.

berfungsi

sebagai

jambatan

yang

2.1. KURIKULUM SEKOLAH PENDIDIKAN DUNIA SENI VISUAL


Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia [1988] mendefinasikan kurikulum
sebagai segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
ataupun institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Matlamat utama
pendidikan dunia seni visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis dan
kreatif menerusi penerapan nilai bahasa seni visual. Dalam pendidikan kurikulum
dunia seni visual tahun 3 sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta
mengenal kraf tradisional. Kegiatan seni yang dijalankan menerusi empat bidang
tersebut akan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni ini akan
memberikan pengalaman dalam memperkembangkan dan menyelaraskan persepsi dan
konsepsi visual murid sebagai asas menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Selain
daripada itu ianya juga dapat memberikan pengalaman perkembangan peringkat
kesediaan dan penerimaan pelajar dari aspek sosioemosi, psikomotor dan mental yang
merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual dalam menguasai
beberapa pengetahuan dan kemahiran.
Berdasarkan kandungan kurikulum dunia seni visual ianya diasaskan dan
disusun kepada empat standard kandungan pula iaitu;
Standard Kandungan 1: Persepsi Estetik. Standard kandungan ini membolehkan murid
membuat persepsi seni dan memahami bahasa seni visual [unsur seni dan prinsip
rekaan] yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.
Standard Kandungan 2: Aplikasi Seni. Standard kandungan ini membolehkan murid
mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman dan bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.

Standard kandungan 3: Ekspresi Kreatif. Standard kandungan ini mengaplikasikan


pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya seni.
Standard Kandungan 4: Apresiasi Seni Visual. Standard kandungan ini membolehkan
murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan
penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang
lain, kehidupan dan kerjaya.
03. PERANAN DAN PERLAKSANAAN KURIKULUM SENI VISUAL
Kurikulum adalah perancangan, pelaksanaan dan penterjemahan. Dengan
adanya falsafah akan dapat menetapkan matlamat dan halatuju melalui proses
pendidikan dan pengisian itu akan dapat diterjemahkan melalui kurikulum. Kurikulum
itu akan dapat diterjemahkan merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya
sesuatu bangsa. Walaupun definisi kurikulum mempunyai senarai yang berbeza,
namun kita masih mampu menyesuaikanya berdasarkan skop dan kategori. Definisi
kurikulum itu dapatlah kita rumuskan ianya merangkumi kandungan mata pelajaran
yang perlu diajarkan kepada murid, penggunaan kaedah yang berkesan dalam
menyampaikan kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap sejauh manakah
pemahaman pelajar terhadap apa yang telah diajar kepada murid benar-benar telah
dapat difahami dan dikuasai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Taba.H.
[1962] menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat
kategori berikut:

Penyataan tujuan dan objektif yang spesifik [ Objektif ]


Pemilihan dan penyusunan isi kandungan [ Kandungan ]
Pola pengajaran dan pembelajaran [ Kaedah ]
Penilaian hasil pembelajaran [ Penilaian ]

Kurikulum juga

perlu mengandungi elemen-elemen seperti; Rancangan

pendidikan, mengandungi matlamat dan objektif, menyenaraikan kandungan, topik


atau pengalaman pengajaran, mementukan kaedah dan aktiviti, menerapkan kaedah

dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran.

04. PENEKANAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pendidikan seni visual lebih menekankan kepada seni tampak atau visual dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri. Pembelajaran ini memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Pelajar pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Melalui pendidikn
seni visual ini juga ianya akan dapat memainkan peranan dalam membantu pelajar
memperkembangkan daya berfikir, visual dan imaginasi mereka. Kegiatan berfikir,
penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan
mereka menyatakan idea dan ekspresi diri yang akan dapat memberikan pengalaman
dalam membantu murid membina keyakinan diri, membuat keputusan berdasarkan
cita rasanya sendiri.
Strategi pembelajaran pendidikan seni visual yang disarankan adalah secara
bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Aktiviti kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif [KBKK] yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan. Pelajar adalah digalakan menyimpan hasil kerja
dan pembelajaran mereka, dengan adanya amalan ini akan dapat melatih pelajar
dalam membuat analisi, sintesis dan refleksi terhadap pemebelajaran yang telah
mereka lakukan. Kepelbagaian kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar seperti ruang
visual, kinestitk, interpersonel dan intrapersonel adalah sifat yang amat penting dalam
membantu

murid

berkarya,

berkomunikasi

dan

memperkuatkan

koordinasi

pancaindera secara seimbang yang akan dapat mencapai keberkesanan dalam


pembelajaran.

Pendidikan seni visual juga telah diberikan penumpuan kepada empat aspek
utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua
aspek kehidupan.
A]. Pemerhatian secara aktif.
Pemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, merangkumi
pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci untuk menajamkan persepsi murid.
Selain itu aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan
emosi melalui kajian perbandingan. Faktor ini dapat membantu pemahaman murid
tentang asas pendidikan seni visual dalam membuat pemerhatian terhadap alam benda
dan alam semula jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya
secara keseluruhan kegiatan ini akan dapat membantu murid menyelaras idea,
imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
B]. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
Peringkat ini menggalakan pelajar membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini
akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung denga manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa
berinteraksi dengan alat dan bahan pelajar membuat interpretasi dan menyelaras
konsep visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting
kerana memberikan peluang kepada murid belajar secara langsung. Pelajar juga dapat
mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa
akan datang.
C]. Apresiasi seni visual secara mudah.
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada pelajar mengenali aspek
pengetahuan seni visual dalam kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari
segi keindahan dan fungsi. Pelajar terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang
hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan,
nyanyian, karangan dan puisi. Pelajar diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan
menghargai sumbangan mereka.

D]. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.


Selain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, pelajar
juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam
persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara
alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini pelajar akan
dapat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai
situasi.

05. Komponen Merentas Kurikulum Pendidikan Seni Visual


Kandungan sukatan pelajaran pendidikan seni visual sekolah rendah disusun dalam
empat bidang kegiatan iaitu menggambar, membuat cetakan dan rekaan, membentuk
dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Keempat-empat bidang ini akan
menekankan aspek pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik
menggunakan pengajaran secara bersepadu.
Modul 2: Bidang Membuat Corak dan Rekaan
Tema: Alam Semulajadi atau Objek Ciptaan Manusia
Tajuk: Pembalut Buku
Aktiviti: Capan
5.1. Pengetahuan
Melalui pendidikan seni visual pelajar akan dapat memiliki pengetahuan
mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni.
Pelajar juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam
persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan
seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat dan aplikasi
komputer dalam kerja seni visual.
Bidang membuat corak dan rekaan, melalui sudut persepsi estetik murid akan
dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada
9

corak teknik capan. Dimana guru akan menerangkan dan menunjukkan contoh
corak teknik capan melalui bahan bantu mengajar. Pelajar juga akan didedahkan
dengan mengenali unsur seni melalui rupa, jalinan dan warna. Dimana guru
meminta murid mengenal pasti dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada
corak teknik capan. Guru juga membuat definisi mengenai capan selain itu murid
juga akan dapat mengenali prinsip rekaan melalui warna dan rupa bentuk susunan
motif dalam capan.
Dalam aplikasi seni guru akan memperkenalkan media yang digunakan seperti
alat berus lukisan, palet dan tumbuhan-tumbuhan serta bahan kutipan yang
sesuai. Bahan kertas lukisan dan cat air, poster atau tempera dengan menunjukkan
cara bancuhan warna selepas itu mengecap pada kertas lukisan secara terancang.
Dengan itu pelajar akan dapat mengetahui bahasa seni visual, penggunaan media
serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik capan.
5.2. Kemahiran
Menerusi pembelajaran pendidikan seni visual pelajar akan dapat menguasai
beberapa kemahiran dan pengetahuan. Antara kemahiran yang dapat diperolehi
oleh pelajar adalah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik,
mengaplikasikan disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,
menggunakan teknologi bahan dan peralatan.
Manakala dalam bidang membuat corak dan rekaan ekspresi kreatif, pelajar
akan menggunakan bahan secara kreatif. Dimana pelajar akan mengaplikasikan
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, penggunaan media, serta proses
penggunaan warna dan teknik dalam penghasilan karya. Dengan itu kemahiran
pelajar dalam mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan
karya dapat dilihat melalui penghasilan corak teknik capan mengikut kreativiti
masing-masing.
5.3. Nilai Baik
Pendidikan seni visual juga akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dengan
menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni
visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, menajamkan daya persepsi
10

dan imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta
dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai
kegiatan seni visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur ,
cermat dan selamat, memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan
bertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual dan
melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.
Dalam modul membuat corak dan rekaan apresiasi seni akan dapat diterapkan
dimana pelajar akan dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
dengan mempamerkan karya yang dihasilkan berpandukan bahasa seni visual.
Dengan itu akan dapat menghargai karya yang dihasilkan sendiri dan juga hasil
karya orang lain.
5.4. Elemen Merentas Kurikulum
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual melalui
modul bidang membuat corak dan rekaan dapat menghasilkan pembelajaran yang
boleh dikongsikan bersama disiplin ilmu yang lain. Hasil karya corak teknik
capan ini bukan sahaja boleh dijadikan pembalut buku tetapi juga boleh dijadikan
hiasan pada rekaan lain. Elemen merentas kurikulum yanng dapat diterapkan
adalah keusahawanan, kreativiti dan inovasi. Adalah menjadi suatu harapan agar
penerapan pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan elemen merentas
kurikulum melalui pendidikan seni visual ini akan dapat melahirkan
kecemerlangan modal insan seperti mana yang dihasratkan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Dengan adanya penerapan nilai-nilai tersebut akan dapat memberi peluang
kepada pelajar menanam minat, memperkembang keperibadian, memberi
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai seni dan alam sekitar secara langsung
akan dapat melahirkan dan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang
cinta dan celik budaya kesenian. Keilmuan dan kemahiran yang diperolehi oleh
pelajar ini akan dapat digunakan selepas alam persekolahan.

11

Pendidikan seni visual berperanan dalam memperkembangkan sifat kreatif,


ekspresif dan aktif melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.
Dengan adanya aktiviti berfikir dan penerokaan dalam pelbagai jenis seni visual
akan dapat membolehkan mereka menyatakan pandangan dan kebolehan diri.
Pengalaman ini adalah penting dalam membina keyakinan diri dalam membuat
sesuatu penilaian. Semoga pengalaman dari pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi akan melahirkan insan yang mampu berdikari, berdaya maju, kreatif,
berdaya cipta dalam apa juga bidang yang diceburi sebagai kerjaya dan
membantu kemajuan negara.
06. PETA MINDA

PENDIDIKAN SENI VISUAL


BIDANG CORAK DAN REKAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Perseps
i
Estetik

Aplikas
i
Seni

Ekspre
si
Kreatif

PELAJAR
Kecemerlangan Modal
Insan

Keusahawanan Kreativiti
&
Inovasi
12

Apresi
asi
Seni

07. KESIMPULAN
Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini adalah memberi peluang
kepada para pelajar untuk memahami kepelbagaian cara dalam menghasilkan corak
dan mengaplikasikannya menjadi sesuatu rekaan yang boleh dikongsikan daripada
mana-mana hasil bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf tradisional dan
menggambar. Ini adalah kerana corak dan rekaan terhasil daripada pelbagai teknik dan
cara, melalui kegitan corak tidak terancang seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan
dan celupan serta renjisan dan percikan. Manakala kegiatan corak terancang pula
adalah melalui lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan
kaligrafi.
Dengan itu melalui bidang membuat corak dan rekaan pelajar akan mengenali
dan mengkaji kepelbagaian corak alam dan kehidupan. Mengenal motif dan
olahannya amat ditegaskan sebelum menghasilkan rekaan corak tertentu. Pelajar
diberi peluang memilih penghasilan corak rekaan secara terancang, tidak terancang
dan corak tradisional dengan teknik tertentu.

Pendidikan seni visual ini

membolehkan pelajar membuat apresiasi seni terhadap karya sendiri dan rakan adalah
bertujuan sebagai suatu proses pembelajaran. Melalui pendidikan seni visual ini juga
akan dapat mengajar pelajar dalam membuat penghayatan dan penghargaan seni
warisan serta rangkuman seni visual dengan disiplin ilmu yang lain seperti kehidupan
dan alam kerjaya.

13

RUJUKAN
1. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
[2002]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
[2000]. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Pendidikan Seni Visual.
3. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
[2011]. Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR]
4. Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book Service.
[1984]
5. Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
6. Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris [2008]. Perjuangan memperkasakan
pendidikandi Malaysia: Pengalaman 50 tahun merdeka. PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
7. Mohd Daud Hamzah [1994]. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
8. www.moe.gov.my
9. www.myschoolnet.ppk.kpm.my

14

15

Anda mungkin juga menyukai