Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Pengenalan
2. Kurikulum Kebangsaan

3
4-5

2.1 Kurikulum Sekolah Pendidikan Seni Visual


3. Peranan dan Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual
4. Penekanan Mata Pelajaran Seni Visual
5. Komponen Merentas Kurikulum Pendidikan Seni Visual
a) Pengetahuan
b) Kemahiran
c) Nilai-nilai murni
d) Elemen merentas kurikulum
6. Peta minda tajuk pengajaran Pendidikan Seni Visual
7. Kesimpulan
8. Rujukan

01. PENGENALAN

6
7-8
9-11

12
13
14

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencari
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara. [ Falsafah Pendidikan Kebangsaan ]
Pendidikan adalah proses keilmuan yang akan dapat melahirkan kecemerlangan
modal insan yang akan dapat membantu kemajuan sesebuah negara. Kerana
penterjemahannya adalah menerusi pengisisan, apakah keperluan yang harus dimiliki oleh
rakyat Malaysia untuk menghadapi cabaran pendidikan dan kemajuan abad 21 menuju
negara maju dengan acuan sendiri. Dengan itu Falsafah Pendidikan memainkan peranan
penting, di Malaysia Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah landasan bagi menentukan
halatuju sistem Pendidikan Negara berdasarkan keperluan dan matlamat negara. Segala
perkara yang dihasratkan didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat
diterjemahkan menerusi kurikulum kebangsaan. Sehubungan itu kurikulum kebangsaan
telah mengalami transformasi, bertujuan mempastikan dan memantapkan Akta Pendidikan
negara setanding dengan piawaian antarabangsa, dalam usaha menyediakan pendidikan
bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Dengan itu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah [KSSR] telah diperkenalkan bermula tahun 2011, bagi memenuhi tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah menjadi harapan Kementerian Pendidikan
Malaysia pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR] akan mampu
memperbaharui kurikulum terdahulu serta mempastikan ia releven dengan keperluan
pendidikan semasa. Sehubungan dengan itu Pendidikan Seni Visual juga telah mengalami
trasformasi dengan menggantikan nama Pendidikan Seni terdahulu. Pembelajaran seni
visual juga akan dapat memupuk imaginasi berasaskan budaya setempat dan persekitaran
dengan membantu memperkembangkan emosi murid, meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, budaya selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
02. KURIKULUM KEBANGSAAN

Menerusi Akta Pendidikan 1996 memberi pengertian kurikulum kebangsaan


adalah suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, nilai, norma, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam nilai moral yang dikehendaki dan
untuk menyampaikan pengetahuan. Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara adalah
terletak pada peranan pendidikan sebagai wadah penentu kejayaan. Taba. [1962],
Kurikulum adalah satu plan bagi pembelajaran. Kecemerlangan seorang guru akan dapat
dilihat apabila ia dapat memperterjemahkan dan mentaksir kurikulum dan matlamat
pendidikan. Tanner & Tanner. [1972], Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan
hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing. Kurikulum secara khususnya perlu
diterjemahkan, dirancang secara spesifik dengan objektif yang jelas, bersama pemilihan
kaedah yang berkesesuaian dan penggunaan bahan pengajaran yang berkesan. Dapatlah
diperkatakan bahawa kurikulum adalah berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan
pendidikan dengan matlamat.
2.1. KURIKULUM SEKOLAH PENDIDIKAN DUNIA SENI VISUAL
Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia [1988] mendefinasikan kurikulum
sebagai segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun
institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Matlamat utama pendidikan
dunia seni visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis dan kreatif menerusi
penerapan nilai bahasa seni visual. Dalam pendidikan kurikulum dunia seni visual tahun 3
sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Kegiatan seni yang
dijalankan menerusi empat bidang tersebut akan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan
seni. Kegiatan seni ini akan memberikan pengalaman dalam memperkembangkan dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas menggalakkan pemikiran
kritis dan kreatif. Selain daripada itu ianya juga dapat memberikan pengalaman
perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan pelajar dari aspek sosioemosi,
psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi
visual dalam menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.

Berdasarkan kandungan kurikulum dunia seni visual ianya diasaskan dan disusun kepada
empat standard kandungan pula iaitu;
Standard Kandungan 1: Persepsi Estetik. Standard kandungan ini membolehkan murid
membuat persepsi seni dan memahami bahasa seni visual [unsur seni dan prinsip rekaan]
yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.
Standard Kandungan 2: Aplikasi Seni. Standard kandungan ini membolehkan murid
mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman dan bahasa seni visual menerusi penentuan
media dan teknik dalam aktiviti seni.
Standard kandungan 3: Ekspresi Kreatif. Standard kandungan ini mengaplikasikan
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai
sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya seni.
Standard Kandungan 4: Apresiasi Seni Visual. Standard kandungan ini membolehkan
murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni
warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan dan
kerjaya.

03. PERANAN DAN PERLAKSANAAN KURIKULUM SENI VISUAL


Kurikulum adalah perancangan, pelaksanaan dan penterjemahan. Dengan adanya
falsafah akan dapat menetapkan matlamat dan halatuju melalui proses pendidikan dan
pengisian itu akan dapat diterjemahkan melalui kurikulum. Kurikulum itu akan dapat
diterjemahkan merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya sesuatu bangsa.
Walaupun definisi kurikulum mempunyai senarai yang berbeza, namun kita masih mampu
menyesuaikanya berdasarkan skop dan kategori. Definisi kurikulum itu dapatlah kita
rumuskan ianya merangkumi kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada
murid, penggunaan kaedah yang berkesan dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran
dan penilaian terhadap sejauh manakah pemahaman pelajar terhadap apa yang telah diajar
kepada murid benar-benar telah dapat difahami dan dikuasai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Taba.H. [1962] menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat
kategori berikut:

Penyataan tujuan dan objektif yang spesifik [ Objektif ]


Pemilihan dan penyusunan isi kandungan [ Kandungan ]
Pola pengajaran dan pembelajaran [ Kaedah ]
Penilaian hasil pembelajaran [ Penilaian ]

Kurikulum berperanan juga mengandungi elemen-elemen seperti; Rancangan


pendidikan, mengandungi matlamat dan objektif, menyenaraikan kandungan, topik atau
pengalaman pengajaran, mementukan kaedah dan aktiviti, menerapkan

kaedah dan

instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran.

04. PENEKANAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pendidikan seni visual lebih menekankan kepada seni tampak atau visual dan tidak
merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri. Pembelajaran ini memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Pelajar pada
keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Melalui pendidikn seni visual ini juga
ianya akan dapat memainkan peranan dalam membantu pelajar memperkembangkan daya
berfikir, visual dan imaginasi mereka. Kegiatan berfikir, penerokaan dan reka bentuk
dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
diri yang akan dapat memberikan pengalaman dalam membantu murid membina keyakinan
diri, membuat keputusan berdasarkan cita rasanya sendiri.
Strategi pembelajaran pendidikan seni visual yang disarankan adalah secara
bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Aktiviti kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif [KBKK] yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan. Pelajar adalah digalakan menyimpan hasil kerja dan
pembelajaran mereka, dengan adanya amalan ini akan dapat melatih pelajar dalam
membuat analisi, sintesis dan refleksi terhadap pemebelajaran yang telah mereka lakukan.
Kepelbagaian kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar seperti ruang visual, kinestitk,
interpersonel dan intrapersonel adalah sifat yang amat penting dalam membantu murid
berkarya, berkomunikasi dan memperkuatkan koordinasi pancaindera secara seimbang
yang akan dapat mencapai keberkesanan dalam pembelajaran.
Pendidikan seni visual juga telah diberikan penumpuan kepada empat aspek utama
iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan,
apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan.

A]. Pemerhatian secara aktif.


Pemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, merangkumi
pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci untuk menajamkan persepsi murid.
Selain itu aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan
emosi melalui kajian perbandingan. Faktor ini dapat membantu pemahaman murid tentang
asas pendidikan seni visual dalam membuat pemerhatian terhadap alam benda dan alam
semula jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan
kegiatan ini akan dapat membantu murid menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasinya
ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
B]. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
Peringkat ini menggalakan pelajar membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung denga
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan pelajar membuat interpretasi dan menyelaras konsep visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberikan peluang kepada murid
belajar secara langsung. Pelajar juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh
lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.
C]. Apresiasi seni visual secara mudah.
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada pelajar mengenali aspek pengetahuan
seni visual dalam kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi. Pelajar terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari
aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam
pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Pelajar
diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.
D]. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Selain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, pelajar juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran
dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai

patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini pelajar akan dapat pertimbangan
yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.
05. Komponen Merentas Kurikulum Pendidikan Seni Visual
Kandungan sukatan pelajaran pendidikan seni visual sekolah rendah disusun dalam empat
bidang kegiatan iaitu menggambar, membuat cetakan dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.

Keempat-empat bidang ini akan

menekankan aspek pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik
menggunakan pengajaran secara bersepadu.
Modul 2: Bidang Membuat Corak dan Rekaan
Tema: Alam Semulajadi atau Objek Ciptaan Manusia
Tajuk: Pembalut Buku
Aktiviti: Capan
5.1. Pengetahuan
Melalui pendidikan seni visual pelajar akan dapat memiliki pengetahuan mengenai
bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Pelajar juga akan
mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional,
unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil
seni, menyimpan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.
Bidang membuat corak dan rekaan, melalui sudut persepsi estetik murid akan dapat
mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik
capan. Dimana guru akan menerangkan dan menunjukkan contoh corak teknik capan
melalui bahan bantu mengajar. Pelajar juga akan didedahkan dengan mengenali unsur
seni melalui rupa, jalinan dan warna. Dimana guru meminta murid mengenal pasti dan
menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. Guru juga membuat
definisi mengenai capan selain itu murid juga akan dapat mengenali prinsip rekaan
melalui warna dan rupa bentuk susunan motif dalam capan.

Dalam aplikasi seni guru akan memperkenalkan media yang digunakan seperti alat
berus lukisan, palet dan tumbuhan-tumbuhan serta bahan kutipan yang sesuai. Bahan
kertas lukisan dan cat air, poster atau tempera dengan menunjukkan cara bancuhan
warna selepas itu mengecap pada kertas lukisan secara terancang. Dengan itu pelajar
akan dapat mengetahui bahasa seni visual, penggunaan media serta proses dan teknik
dalam penghasilan corak teknik capan.
5.2. Kemahiran
Menerusi pembelajaran pendidikan seni visual pelajar akan dapat menguasai beberapa
kemahiran dan pengetahuan. Antara kemahiran yang dapat diperolehi oleh pelajar
adalah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasikan disiplin seni
visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat
pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan peralatan.
Manakala dalam bidang membuat corak dan rekaan ekspresi kreatif, pelajar akan
menggunakan bahan secara kreatif. Dimana pelajar akan mengaplikasikan
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, penggunaan media, serta proses
penggunaan warna dan teknik dalam penghasilan karya. Dengan itu kemahiran pelajar
dalam mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya dapat
dilihat melalui penghasilan corak teknik capan mengikut kreativiti masing-masing.
5.3. Nilai Baik
Pendidikan seni visual juga akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dengan
menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual
secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan
imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat
menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur , cermat dan selamat,
memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan kemudahan
teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual dan melibatkan diri dalam kegiatan
seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Dalam modul membuat corak dan rekaan apresiasi seni akan dapat diterapkan
dimana pelajar akan dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan
mempamerkan karya yang dihasilkan berpandukan bahasa seni visual. Dengan itu
akan dapat menghargai karya yang dihasilkan sendiri dan juga hasil karya orang lain.
5.4. Elemen Merentas Kurikulum
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual melalui modul
bidang membuat corak dan rekaan dapat menghasilkan pembelajaran yang boleh
dikongsikan bersama disiplin ilmu yang lain. Hasil karya corak teknik capan ini bukan
sahaja boleh dijadikan pembalut buku tetapi juga boleh dijadikan hiasan pada rekaan
lain. Elemen merentas kurikulum yanng dapat diterapkan adalah keusahawanan,
kreativiti dan inovasi. Adalah menjadi suatu harapan agar penerapan pengetahuan,
kemahiran, nilai-nilai murni dan elemen merentas kurikulum melalui pendidikan seni
visual ini akan dapat melahirkan kecemerlangan modal insan seperti mana yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dengan adanya penerapan nilai-nilai tersebut akan dapat memberi peluang kepada
pelajar menanam minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan
kepekaan terhadap nilai-nilai seni dan alam sekitar secara langsung akan dapat
melahirkan dan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang cinta dan celik
budaya kesenian. Keilmuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar akan dapat
digunakan selepas alam persekolahan.
Pendidikan seni visual berperanan dalam memperkembangkan sifat kreatif,
ekspresif dan aktif melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Dengan
adanya aktiviti berfikir dan penerokaan dalam pelbagai jenis seni visual akan dapat
membolehkan mereka menyatakan pandangan dan kebolehan diri. Pengalaman ini
adalah penting dalam membina keyakinan diri dalam membuat sesuatu penilaian.
Semoga pengalaman dari pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan
melahirkan insan yang mampu berdikari, berdaya maju, kreatif, berdaya cipta dalam
apa juga bidang yang diceburi sebagai kerjaya dan membantu kemajuan negara.

10

06. PETA MINDA


PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG CORAK DAN REKAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Perseps
i
Estetik

Aplikas
i
Seni

Ekspre
si
Kreatif

Pelajar
Kecemerlanga
n Modal Insan

Keusahawana
n
Kreativiti &
Inovasi

11

Apresi
asi
Seni

07. KESIMPULAN
Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini adalah memberi peluang kepada
para pelajar untuk memahami kepelbagaian cara dalam menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi sesuatu rekaan yang boleh dikongsikan daripada mana-mana
hasil bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf tradisional dan menggambar. Ini adalah
kerana corak dan rekaan terhasil daripada pelbagai teknik dan cara, melalui kegitan corak
tidak terancang seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan dan
percikan. Manakala kegiatan corak terancang pula adalah melalui lukisan, catan, cetakan,
capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.
Dengan itu melalui bidang membuat corak dan rekaan pelajar akan mengenali dan
mengkaji kepelbagaian corak alam dan kehidupan. Mengenal motif dan olahannya amat
ditegaskan sebelum menghasilkan rekaan corak tertentu. Pelajar diberi peluang memilih
penghasilan corak rekaan secara terancang, tidak terancang dan corak tradisional dengan
teknik tertentu. Pendidikan seni visual ini membolehkan pelajar membuat apresiasi seni
terhadap karya sendiri dan rakan adalah bertujuan sebagai suatu proses pembelajaran.
Melalui pendidikan seni visual ini juga akan dapat mengajar pelajar dalam membuat
penghayatan dan penghargaan seni warisan serta rangkuman seni visual dengan disiplin
ilmu yang lain seperti kehidupan dan alam kerjaya.

12

RUJUKAN
1. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia [2002].
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Seni Visual.
2. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia [2000].
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni
Visual.
3. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia [2011].
Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR]
4. Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book Service. [1984]
5. Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
6. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. [1994]. Falsafah dan konsep pendidikan
[Edisi 2] Kuala Lumpur: Fajab Bakti
7. Mohd Daud Hamzah [1994]. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
8. www.moe.gov.my
9. www.myschoolnet.ppk.kpm.my

13

14

Anda mungkin juga menyukai