Anda di halaman 1dari 21

1.0 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN 1.

1 Pengenalan Pengajaran berasaskan kajian masa depan (KDM) ialah suatu strategi pengajaran secara saintifik yang dibina untuk melatih murid memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab. Dengan ini menanbahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan serta dalam membuat keputusan.

1.2 Prinsip Terdapat empat prinsip atau rasional mengapa kajian masa depan digunakan iaitu : (a) Prinsip Perubahan. Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi industri, ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman dahulu, tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang. (b) Prinsip Pandangan Jauh Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia. Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran padangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah langkah perlindungan atau pencegahan sebelum sesuatu perkara berlaku. (c) Prinsip Perancangan Strategi. Andaian terhadap masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi rancangan kita pada masa kini. (d) Prinsip Pengupayaan

Remaja selalunya prihatin tentang masa depan mereka. Oleg itu, mereka perlu belajar kemahiran merancang strategi, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.

1.3 Objektif Objektif pengajaran berasaskan kajian masa depan membolehkan murid berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal hal masa depan. Selain itu murid dapat membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal hal masa depan. Pengajaran berasaskan kajian masa depan ini juga dapat membantu murid murid dalam membina sikap dan nilai tentang masa depan. Kaedah pengajaran seperti ini juga dapat mengalakkan murid murid supaya mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.

1.4 Faedah. Pengajaran berasaskan kajian masa depan di bilik darjah dapat memberikan faedah yang positif kepada dua belah pihak iaitu terhadap murid dan juga terhadap guru. Antara faedah kaedah pengajaran ini terhadap murid ada ianya dapat meransang murid untuk berfikir dimana murid murid menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bantuan daripada guru. Selain itu, kaedah pengajaran seperti ini dapat menyemai semangat optimistik dimana murid murid mempunyai keyakinan yang tinggi dalam diri mereka. Pengajaran berasaskan kajian masa depan menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu. Dan berupaya untuk menangani dan menyelesai isu isu kritikal yang berkaitan denga pembelajaran. Selain itu, murid lebih bersedia dalam meneroka alam pekerjaan di masa depan serta murid akan lebih berminat dan seronok terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerna mereka boleh mengeluarkan idea dan pandangan tentang sesuatu tema.

Faedah kepada guru pula adalah proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan kepada murid dan guru hanya akan berperanan sebagai fasilitator kerana murid memainkan peranan sebagai peneroka yang aktif. Pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, visual, audio, kinestetik dan komunikasi berpusatkan murid dapat diaplikasikan dalam pengajaran. Iklim dalam bilik darjah lebih seronok dan menarik dengan suasana kreatif serta persekitaran yang boleh meransang murid untuk belajar membolehkan guru mudah mengawal keadaan dalam bilik darjah.

1.4 Komponen Asas Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. 1. Kemahiran Asas Kajian Masa Depan. Murid dapat membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. Murid dapat menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa depan. Selain itu, ia dapat menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. 2. Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan. Murid mempunyai pemahaman konsep kajian masa depan serta dapat mengumpul maklumat, membuat ramalan dan analisis. Secara tidak lansung murid akan mempunyai daya imaginasi dan kreativiti serta dapat merancang strategi dalam menyelesaikan sesuatau masalah.

2.0 PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 2.1 Pengenalan Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

2.2 Apakah Konstruktivisme ? Constructivism is an approach to teaching based on research about how people learn. Many researchers say that each individual construc knowledge rather than receiving it from others. (McBrien & Brandt,1997)

(Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain)

Constructivist theory posits that students make sense of the world by synthesizing new experiences into what they have previously understood. They form rules through reflection on their interaction with objects and ideas. When they encounter an object, idea or relationship that does not make sense to them, they either interpret what they see to conform to their rules or they adjust their rules to better account for the new information. (Brooks & Brooks, 1993)

(Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik)

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang berikut: Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Ciri Ciri Pembelajaran Secara Kontruktivisme :a. Menggalakkan soalan / idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan untuk merancang pengajaran. b. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. c. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.

d. Menyokong pembelajaran secara koperatif. e. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. f. Memberikan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. g. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. h. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. i. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.

2.3 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme a) Berfikir Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.

b) Faham Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.

c) Ingat Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

d) Yakin Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

e) Kemahiran Sosial Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.

f) Seronok Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri

pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

2.4 Peranan Murid Dan Guru Serta Cabaran Dalam Kelas Konstruktivisme. Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabarancabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara konstruktivisme.

Peranan Murid 1. Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu.

Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. 2. Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkanidea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. 3. Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. 4. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan

Peranan Guru 1. Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. 2. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. 3. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. 4. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. 5. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. 6. Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. 7. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. 8. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. 9. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. 10. Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.

11. Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat

2.5 Perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme.

Pembelajaran secara tradisional Pengenalan kepada konsep.

Pembelajaran secara konstruktivisme Penerokaan

Konsep diperkenalkan secara deduktif Murid menghadapi situasi atau masalah kepada murid. Latihan. Bagi mengukuhkan konsep, baru Soalan daripada murid. murid Murid mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dihadapi. Aplikasi. Penyiasatan dan kajian spesifik. situasi atau masalah yang

diberikan banyak latihan

Murid mengaplikasikan konsep dipelajari Murid memilih satu daripada soalan atau dalam situasi baru sebarang masalah yang diajukan dan menjalankan penyiasatan penuh. Refleksi. Murid mencari hubungan antara soalan soalan dan sebarang masalah yang

dijanakan Seterusnya,

dan

membuat

generalisasi. menemui

murid

mungkin

situaasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat.

3.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN AKSES KENDIRI (PAK) 3.1 Pengenalan PAK mula dilaksanakan di malaysia pada tahun 1990 dimana projek rintis di 10 buah sekolah rendah. Mata pelajaran yang menjadi rintis ada bahasa inggeris. Pada tahun 1995, PAK mula dilaksanakan di 10 buah sekolah menengah bagi mata pelajaran bahasa inggeris. Tujuan PAK ini adalah utnuk memotivasikan murid berautonomi dan menghasilkan individu bestari. PAK ini dilaksanakan melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira prinsip pronsip luwes, kesepaduan kemahiran, pengetahuan dan nilai serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan muird.

PAK ditakrifkan sebagai satu program pembelajaran yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar. Murid belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. Dengan ini murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.

3.2 Asas PAK murid perlu proaktif dalam proses pembelajaran dan murid tidak seharusnya pasif, hanya memberikan respon kepada ransangan guru. Murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri. Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh

bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran kendiri.

Tanggungjawab guru dan murid dalam PAK Guru. 1. Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri. 2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan sendiri.

3. Membantu murid menyedari pelbagai strategi pembelajaran. 4. Melatih murid belajar sendiri. 5. Membimbing murid dimana perlu.

Murid. 1. Mengenal pasti keperluan sendiri. 2. Mengenal pasti kebolehan sendiri. 3. Menetapkan matlamat sendiri 4. Mengenal pasti masa pembelajaran sendiri. 5. Menyediakan pelan pembelajaran sendiri.

3.3 Objektif PAK Program PAK ini mempunyai objektif dalam membantu murid. Antara abjektif PAK adalah : 1. Murid akan berusaha memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. 2. Murid akan belajar untuk belajar. 3. Murid akan mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri. 4. Murid akan belajar berasaskan keperluan dan gaya sendiri. 5. Murid akan bertanggungjawab mentaksir pencapaian sendiri.

3.4 Pusat PAK. Pusat PAK biasanya disebuah bilik khas 1. Untuk menyimpan bahan bahan pembelajaran secara sistematik. 2. Murid belajar pelbagai mata pelajaran mata pelajaran tanpa diselia. 3. Murid belajar secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

3.5 Fungsi pusat PAK Pusat PAK sebagai sebuah tempat yang dapat : 1. Menyediakan pesekitaran yang selsesa dan menarik.

2. Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran. 3. Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan pembelajaran yang berkesan. 4. Mempamerkan carta carta maklumat dan hasil kerja murid. 5. Berfungsi sebagai pusat pengajaran, kemahiran, amali dan pembelajaran.

3.6 Kriteria Penubuhan PAK Pemilihan tempat memainkan peranan penting dalam mewujudkan sebua pusat PAK. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi penubuhan pusat PAK.

a) lokasi. 1. Mudah dikunjungi oleh murid. 2. Senang diawasi oleh guru atau pentadbir untuk menjamin keselamatan bahan, peralatan dan sudut/ruang/ bilik itu sendiri.

b) reka bentuk 1. bilik/sudut/ruang harus ceria dan menarik bagi menggalakkan kunjungan murid. 2. Persekitaran yang selasa , bebas tekanan (tension free), kondusif dan tidak formal.

c) susun atur. i) bilik: 1. mempunyai pelbagai sudut seperti sudut bacaan, komputer, audio visual, permainan, bekerja, pameran dan lembaran kerja. 2. Susunan perabot yang teratur/kemas untuk memudahkan

pergerakan murid. ii) ruang/ sudut/ laluan: 1. mempunyai tempat khas untuk menyimpan bahan bahan PAK seperti kotak dan almari. 2. Perabot seperti bangku.

3. Tikar, kusyen dan lain-lain. iii) pusat mudah alih. 1. Menggunakan kotak atau troli yang mudah dibawa ke bilik darjah atau ke kawasan untuk tujuan PAK.

3.7 Persediaan murid bagi mengikuti program PAK Persediaan murid ialah satu proses menyediakan murid untuk pembelajaran berdikari sebelum mereka menggunakan pusat PAK secara aktif dan efektif. Dalam proses ini murid dibimbing untuk belajar untuk belajar dan belajar secara berdikari dengan atau tanpa bantuan guru. Murid dilatih untuk belajar menggunakan bahan bahan akses kendiri seperti lembaran kerja, buku dan peralatan seperti perakam kaset, perakam video dan komputer. Murid juga dilatih membuat pentaksiran kendiri. Adalah panting bagi guru menyedari bahawa persediaan murid perlu dijalankan secara sistematik.

Persediaan murid bertujuan untuk: 1. Menghasilkan murid berdisiplin yang proaktif, akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. 2. Mendedahkan strategi pembelajaran alternatif kepada murid. 3. Menyedarkan murid tentang pelbagai gaya pembelajaran. 4. Memberi peluang kepada murid bagi mengenal pasti gaya dan strategi pembelajaran mereka sendiri. 5. Memberi kefahaman kepada murid tentang prosedur menjalankan aktiviti PAK. 6. Mendedahkan kepada murid tentang bahan pembelajaran yang disediakan, dan di mana bahan tersebut boleh diperoleh serta cara menggunakan.

4.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT. 4.1 Pengenalan. Apa maksud Penggunaan ICT Dalam P&P? Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran , memberi

peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan serta Meningkatkan motivasi pelajar dan membolehkan pembelajaran bersendiri

(individualise learning). Selain itu ia juga membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi serta membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan

eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa serta meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. 4.2 Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Konsep Asas Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai 4.2.1 ICT Sebagai Alat Tutorial Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System (Means et. al., 1993) digunakan. Perubahan ini seiring dengan

perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut: 1. Mempersembahkan maklumat 2. Membimbing 3. Menyediakan / memberi latihan 4. Menilai pencapaian Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996).

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pendekatan Ini? Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut: Dalam kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan perbezaan kemampuan pembelajaran daripada yang sangat ketara, guru boleh

mengarahkan

sebahagian

pelajarnya

menggunakan

perisian

pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada kumpulan yang lain. Dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, dia boleh merancang pelajaran pelajarpelajarnya menggunakan perisian pendidikan yang

bersesuaian di dalam makmal. Penyeliaan kelas bolehlah dilakukan oleh guru ganti. Pemulihan pelajar-pelajar yang lemah boleh dibuat dengan bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai. Murid boleh mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Kepada pelajar-pelajar yang cerdik, guru boleh menggunakan

persian pendidikan yang mencabar minda mereka. Dengan ini mengelakkan mereka daripada berasa bosan.

Kelebihan Menggunakan Pendekatan ICT Tutorial ini. 1. Penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran 2. Penggunaan ICT membolehkan murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri. 3. Penggunaan ICT meningkatkan motivasi pelajar. 4. Pelajar boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang minimum.

4.2.2 ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori) Menurut Means et al. (1993), penggunaan ICT dikata untuk pembelajaran penerokaan apabila digunakan oleh murid sebagai medium untuk: 1. membolehkan mereka mencari dan mencapai maklumat (daripada CDROM, Internet, portal maklumat dll.) 2. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi 3. melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada bila-bila masa murid memerlukannya. 4. Dalam pembelajaran penerokaan, murid berkuasa mengawal dan menentukan maklumat yang diterimanya melalui alatan ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan Pendekatan ini amat serasi dan menyokong pendekatan constructivism iaitu teori pembelajaran yang menekankan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang authentic, social negotiation of knowledge dan kolaborasi . Pelajar-pelajar di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book yang boleh dicapai di laman web Central Intelligence Agency (CIA), atau kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta melalui Internet, Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji. Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack.Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan. Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang terlalu panjang.

Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pengajaran Dan Pembelajaran Ini. 1. ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi yang melibatkan aktiviti pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan 2. Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. 3. Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi

Apa Kelebihan Menggunakan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan. 1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. 2. Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. 3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. 4. Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.

4.2.3

ICT Sebagai Alat Aplikasi ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam

konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi. ICT digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran. Contohnya penggunaan pemproses perkataan oleh pelajar dalam aktiviti proses penulisan. Atau pun penggunaan perisian hamparan elektronik untuk oleh pelajar untuk memplot graf. Selain daripada perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan dan hamparan elektronik, perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.

ICT Sebagai Alat Aplikasi. Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan huraian dengan menggunakan pemproses perkataan. Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya,

komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat. Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang mengatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan

bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998) Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti-aktiviti pendidikan yang authentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya pertalian antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkatan antara pembolehubah tersebut.

Apa Kelebihan Menggunakan ICT? 1. Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti

pembelajaran yang autentik. 2. Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar. 3. Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Clark dan Sun, 1996). Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut: 1. text 2. grafik 3. audio. 4. video 5. kombinasi dua atau lebih mod di atas

ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ? Menurut Paulsen, M.F. (1995), terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu: Teknik Seorang Sendirian Teknik Seorang dengan Seorang Teknik Seorang kepada Ramai Teknik Ramai kepada Ramai Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupaya ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif. Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar-tukar maklumat berhubung budaya, cara hidup, geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan dengan apa yang mereka alami. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Kelebihan ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi ?

1. Membolehkan pembelajaran kolaboratif dilaksanakan.

2. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global. 3. Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai