Anda di halaman 1dari 13

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menambahkan kemahiran dan kefahaman di

dalam asas dan amalan ketepatan pengukuran dimensi dan penentukuran kepada
peserta terutamanya juruteknik, jurutera, pengurus dan orang lain yang terlibat dengan
jaminan kualiti melalui kawalan dimensi.

1.0 PENGENALAN

penentukuran memainkan peranan penting dalam kawalan kualiti dan jaminan produk di
dalam peningkatan persaingan 1ndustry pembuatan bagi memenuhi permintaan
pengguna masa kini. Pengetahuan tentang pengukuran dimensi dan penentukuran bagi
pengukuran peralatan adalah perlu untuk memastikan dan mengekalkan kualiti produk.

2.0 APA ITU KALIBRASI (TENTUKURAN)

Kalibarasi (Penentukuran) adalah proses membandingkan dan membetulkan keluaran


sesuatu instrumen dengan nilai piawai. Kalibarasi (Penentukuran) juga suatu proses
pembandingan antara nilai keluaran peralatan yang hendak diuji dengan peralatan yang
telah diketahui ketepatannya menggunakan nilai masukan yang sama dibekalkan
kepada kedua-dua peralatan tersebut. Prosedur ini dilakukan untuk julat masukan yang
mencakupi semua julat ukuran yang boleh diukur oleh peralatan terbabit.

Kepentingan kalibrasi:

Menjamin mutu, dalam pengertian setiap produk memerlukan bukti bahwa hasil ukur
telah mampu telusur (traceable) pada standard kebangsaan maupun antarabangsa.
Tidak terdapat cacat/kesalahan hasil pengukuran.
Menjamin Kepentingan Keselamatan Manusia.
Menjamin Keadaan alat pengukuran tetap terjaga sesuai spesifikasinya.

3.0 PROSES TENTUKURAN

Semasa proses penentukuran, peralatan akan diuji dengan mengulangi proses


perbandingan untuk semua julat yang boleh diukurnya.Apa yang paling penting ialah
sekiranya berlaku kerosakan kepada sesebuah peralatan yang sedang digunakan untuk
kerja-kerja pengukuran, peralatan piawai ini sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai
peralatan pengganti.Peralatan yang dikhaskan untuk kerja penentukuran perlu
diasingkan daripada peralatan yang lain.Penentuan frekuensi penentukuran bergantung
kepada beberapa faktor.Jika peralatan diperlukan untuk mengukur kuantiti tertentu yang
mempunyai ketepatan 2%, maka pengurangan pelaksanaan tertentu boleh dibenarkan
sekiranya ketepatan ketika pengulangan tettukur ialah 1%.Apa yang penting ialah
bentuk pengurangan pelassanaan mestilah dapat dinyatakan dengan jelas.

Pengulangan penentukuran boleh dilakukan sebelum ketepatan peralatan menjadi


semakin kurang dibahagikan dengan had penggunaannya. Tindakan yang sesuai
hendaklah dikenalpasti bagi memastikan langkah-langkah yang perlu diambil apabila
terdapat peralatan yang terkeluar dari daripada spesifikasi yang sebenar.

Contohnye jika masukan yang sama diberikan dan didapati keluaranya berbeza
daripada tentukuran peralatan, tindakan yang perlu diambil bergantung kepada jumlah
perbezaan dan jenis peralatan yang terlibat.Dalam kebanyakan kes, perbezaan yang
sedikit boleh diperbetulkan dengan membuat sedikit pengubahsuaian pada peralatan.
Frekuansi tentukuran dan juga proses penetukuran yang dijalankan perlu dikaji dari
masa ke semasa agar kualitinye dapat dipertingkatkan. Perkara yang utama yang perlu
diperiksa rapi semasa pengulangan penentukuran ini ialah sama ada jarak masa
penentukuran tersebut masih bersesuaian.Catatan sejarah penentukuran sesebuah
peralatan akan menjadi rujukan utama apabila pengulangan penentukuran dibuat.

Sejarah ini membolehkan seseorang mengetahui jika peralatan tersebut terkeluar dari
tentukuran sebenar dalam jangkamasa yang begitu cepat, sama ada disebabkan oleh
factor usia peralatan ataupun perubahan operasi persekitaran.Keadaan atau cara
pengguanaan peralatan juga mungkin berubah mengikut keadaan.Setiap syarikat
adalah perlu memilih satu bahagian atau badan tentukur yang berkemampuan untuk
menentukur peralatan berdasarkan stadard/piawai nasional dan antarabangsa.

Kegagalan berbuat demikian, membolehkan produk yang dihasilkan tidak berkualiti dan
tidak mengikut standard.Ia berfungsi menyenaraikan sejumlah besar peralatan yang
hendak dilakukan penentukuran, merangkumi sebuah syarikat yang besar.

4.0 RALAT

Ralat ditakrifkan sebagai perbezaan antara bacaan yang diberikan oleh


instrumen/meter dibandingkan dengan nilai sebenar parameter yang diukur. Ralat
terjadi akibat daripada beberapa sebab dan boleh dikategorikan kepada 3 iaitu ralat
pengguna (ralat kasar), ralat sistematik dan ralat rawak.

4.1 JENIS-JENIS RALAT

4.1.1 Ralat Kasar/Pengguna

Ralat kasar biasanya disebabkan oleh manusia/pengguna sendiri kerana kesilapan


memilih instrumen yang tidak sesuai, salah mengambil bacaan, salah mengendalikan
instrumen, terlupa set zero, kesan beban dilupakan dll.Ralat ini boleh dikurangkan dan
dihapuskan dengan memberi perhatian yang sepenuhnya semasa membuat pemilihan
instrumen pengukuran, semasa membuat pengukuran dan kiraan. Berjaga-jaga dengan
had keupayaan instrumen, ambil bacaan sekurang-kurangnya 3 kali untuk mengelakkan
ralat kasar, membaca manual instrumen, baca penunjuk dengan tepat, tiada zero offset
dan ralat parallax.

4.1.2 Ralat Sistematik

Ralat sistematik akan berulang jika beberapa pengukuran dilakukan dalam keadaan
dan menggunakan instrumen yang sama. Ralat sistematik boleh disebabkan oleh 2
punca utama iaitu :
a. ralat instrumen
b. ralat sekitaran.

a.Ralat instrument

Ralat instrument terjadi akibat ketidak sempurnaan instrumen itu sendiri seperti kesan
dari geseran penunjuk, komponen tidak linear, ralat tentukuran alat, alat rosak. Ralat
boleh ditentukan dengan membandingkan bacaan yang diberikan dengan nilai piawai
dan boleh tentukan samada ralat adalah tetap atau berkadaran.
Ralat instrumen boleh dikurangkan dengan melakukan penentukuran alat, dapatkan
faktor pembetulan daripada ralat yang didapati, lakukan lebih dari satu cara
pengukuran. Seelok-eloknya selalu lakukan pemeriksaan alatan untuk memastikan
bacaan adalah tepat seperti yang dikehendaki.

b. Ralat Sekitaran

Ralat sekitaran adalah akibat dari pengaruh keadaan sekitaran seperti suhu,
kelembapan, medan magnet, elektrik/elektrostatik. Untuk mengelakkan berlakunya ralat
jenis ini lakukan eksperimen/tempatkan instrumen pada suhu/kelembapan sekitaran
yang dibenarkan, hindarkan dari kesan medan magnet dll. Seeloknya gunakan
instrumen yang tahan terhadap perubahan keadaan sekitaran/tahan lasak.

4.1.3 Ralat Rawak

Ralat yang selain dari ralat kasar/pengguna dan sistematik yang telah dipertimbangkan
dalam pengukuran. Ralat rawak boleh dikenalpasti jika bacaan berubah dengan tidak
menentu, walaupun pengukuran dilakukan berulangkali. Ralat jenis ini tidak diketahui
puncanya dan selalunya kurang diambil kira melainkan pengukuran memerlukan
kejituan yang tinggi. Analisis secara statistik terhadap data yang diperolehi boleh
dilakukan untuk melihat ketepatan pengukuran, dengan mendapatkan min dan sisihan
piawainya
5.0 KERJA-KERJA SELEPAS PENGUKURAN:

Proses pengukuran tidak lengkap sepenuhnya jika hanya data pengukuran diambil.
Data mesti dianalisis, secara matematik/statistik dan keputusan mesti dilapurkan
dengan lengkap dan tepat.

Semasa mengendalikan proses pengukuran perlu:

1. Kualiti: pastikan alatan yang dipilih adalah yang terbaik, kedudukan pengambilan
data sesuai, bilangan pengukuran yang diambil mencukupi dan adakah hasil yang
diambil boleh dipercayai.
2. Utamakan keselamatan: kesan kejutan elektrik, kesan beban berlebihan, had alatan,
baca manual alatan.
3. Pensampelan: lihat perubahan parameter semasa pengukuran, nilai mana yang perlu
dipilih bila parameter sentiasa berubah, ambil bilangan sampel yang mencukupi dan
pastikan perwakilan sampel boleh diterima dan diakui.

Sebelum melakukan proses pengukuran harus dikenalpasti:

1. Tatacara/kaedah pengukuran: Kenalpasti apa parameter yang hendak diukur,


bagaimana cara terbaik, berapa banyak pengukuran perlu dibuat dan bagaimana untuk
merekodkan hasil pengukuran.
2. Ciri/sifat parameter: harus tahu parameter yang diukur ac atau dc, frekuensi dll
3. Kualiti: masa dan kos diperuntukkan, keupayaan alatan, pengetahuan pengukuran,
hasil/keputusan pengukuran yang sesuai.
4. Instrument: pilih alat yang sesuai samada meter analog/digital/osc/counter dll, perlu
pengetahuan dan pengalaman mengendalikan alatan.

CONTOH-CONTOH BORANG KALIBRASI

Petunjuk Lebal
labelan Tentuukuran
Jadual masa Peralatan
Jadual Tentuukur Peralatan
Borang Senarai Peralatan DiTentuukur
KAITAN PIAWAIAN DAN KALIBRASI SERTA KUALITI

Istilah Kualiti digunakan untuk memberi makna bahawa sesuatu produk itu adakah
sesuai untuk tujuan ianya dibuat atau memenuhi keperluan.Sistem kualiti ialah suatu
sistem yang memastikan supaya sesebuah syarikat itu menghasilkan produk yang
berkualiti.takrif piawai pada kualaiti ialah suatu sifat atau ciri-ciri menyeluruh bagi
sesuatu produk atau perkhidmatan yang mempunyai kebolehan untuk memenuhi
keperluan yang dinyatakan.Untuk mempunyai suatu sistem berkualiti,sesebuah
syarikat perlu melaksanakan kawalan ke atas sistem pengukurannya.Contohnya ,untuk
menghasilkan suatu produk yang panjangnya memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan,sistem pengukuran yang digunakan untuk mengukur panjang itu mestilah
memenuhi kejituan yang dikehendaki dalam spesifikasi tersebut.Jadi syarikat yang
hendak menghasilkan produk yang memenuhi nilai piawaian mestilah menyediakan
mengawal,menentukur(kalibarasi) dan menyelenggara pemeeriksaan pemeriksaan
,peralatan pengukuran dan pengujian yang sesuai untuk menunjukkan bahawa prestasi
produk itu memenuhi keperluan yang ditentukan.

Penentuan Kaulaiti tersebut dilakukan nerujuk kepada sutau piawaian tertentu.Antara


institusi piawaian yang menjadi rujukan antarabangsa ialah;
1. British Standarad Institutian
2. International Electrotechnical Commision(IEC)
3. International Organisation For Standardization(ISO)

Penentuan kaualiti adalah seragam diseluruh dunia dengan berpandukan kepada


Piawaian British BS5750 dan Piawaian Antarabangsa ISO 9001.Piawaian ini
menyarankan kaedah yang mesti diikuti apabila
memilih,mengguna,menentukur(kalibrasi) ,mengawal dan menyenlenggara piawaian
pengukuran dan peralatan pengukuran.Antaranya ialah:

(a) Syarikat mestilah mengadakan dan melenggarakan suatu sistem yang berkesan
bagi mengawal dan menetukur piawaian pengukuran dan peralatan pengukuran.Ini
melibatkan proses penentukuran dalam syaraikat itu dan penggunaan khidmat
tentuukuran.

(b) Semua kakitangan yang terlibat dalam penentukuran mestilah telah menjalani
latihan yang mencukupi.

(c) sistem penentukuran yang digunakan mestilah diperiksa dari semasa ke semasa
dengan bersistemmatik untuk memastikan bahawa sistem itu terus berfungsi dengan
berkesan.

(d)Semua pengukuran,samaada untuk proses penentukuran atau pengukuran


produk,mestilah mengambil kira semua ralat dan ketakpastian yang terlibat dalam
proses pengukuran.
(e)Kaedah yang digunakan bagi penentukuran mestilah didokumenkan.

(f)Rekod penentukuran yang berasingan mestila disimpan bagi setiap instrumen


pengukuran,Rekod yang mengandungi penerangan mengenai instrumen itu dan
nombor rujukannya,tarikh penentukuran ,hasil penentukuran,kekerapan instrumen itu
mesti ditentuukurkan dan kemeungkinan disertakan juga kaeadah terperinci
penentukuran yang digunakan,maklumat baik pulih atau pengubahsuain yang telah
dilakukan keatas instrumen itu dan batas-batas penggunaan.
Penentukuran mestilah dilakukan menggunakan peralatan yang dapat dijejak kepada
piawaian antarabangsa.

Kaitan piawaian dan kalibrasi serta kualiti

Piawaian itu mungkin berupakan suatu ssistem pengukuran lain yang disimpan
khususnya bagi tujuan tentukuran atau suatu cara untuk menakrifkan nilai
piawai.Setengah syarikat perkilangan ada menyimpan beberapa instrument dan
peralatan tertentu,contohnya perintang dan sel piawaian dalam jabatan piawaian
syarikat itu dan digunakan khusus untuk tujuan tentukuran(kalibrasi)

Kenapa perlu mengulangi Tentukuran

Penentukuran peralatan mestilah diulangi dalam jangka masa yang ditetapkan kerana
ciri-ciri setiap peralatan itu akan berubah setalah beberapa lama digunakan.
Perubahan ciri-ciri pada peralatan ini adalah disebabkan oleh factor-faktor seperti
geseran, kotoran, habuk, asap dan bahan kimia.Magnitud perubahan ciri-ciri peralatan
bergantung kepada kekerapan peralatan terbabit digunakan.Secara ringkasnye boleh
dikatakan bahawa perubahan ciri-ciri pada peralatan pasti berlaku dan kadar
perubahannya terhadap masa adalah bergantung kepada jenis peralatan yang
digunakan, kekerapan penggunaan dan keadaan persekitaran.

Instrument yang perlu dikalibrasi

Ia meliputi semua peralatan yang melibatkan pemeriksaan, pengujian, dan pengukuran


seperti multimeter, oscillsocope dan lain-lain lagi.
Kenapa perlu Tentukuran

Memastikan semua peralatan pemeriksaan, pengujian, pengukuran atau sukatan


samaada dalam bentuk elektrikal ataupun mekanikal sentiasa berketepatan dan
berkejituan sepertimana yang ditetapkan serta kebolehkesanan kepada standard
nasional atau antarabangsa.

Kekerapan penentukuran

Kekerapan penentukuran perlu dilakukan bergantung kepada keperluan dan


penggunaannya.

Sela masa Kalibarasi

Sela masa Kalibarasi

1. Kalibrasi harus dilakukan secara berkala

2. Selang waktu kalibrasi dipengaruhi oleh jenis alat ukur, frekuensi pemakaian, dan
pemeliharaan.

3. Boleh dinyatakan dalam beberapa cara :


Dengan waktu kalender (1 tahun sekali, dst)
Dengan waktu pemakaian (1.000 jam pakai, dst)
Kombinasi cara pertama dan kedua, tgt mana yg lebih dulu tercapai
Suhu dan kelembaban selalu dikawal
Gangguan faktor luaran selalu dikurangkan ? sumber ketidakpastian pengukuran.

Kebaikan kalibrasi

Kebaikan kalibrasi adalah sebagai berikut :

untuk menyokong jaminan mutu yang diserapkan di berbagai industri pada


peralatan makmal dan pengeluaran yang dimiliki.
Dengan melakukan kalibrasi, Boleh diketahui perbezaan nilai pengukuran sebenar
sesuatu alat yang diukur dengan nilaian piawaian.
Kalibrasi

Pengertian kalibrasi menurut ISO adalah sesuatu operasi dalam keadaan tertentu yang
bertujuan untuk menentukan hubungan antara nilai-nilai yang ditunjukkan oleh alat ukur
atau sistem pengukuran atau nilai yang ditunjukkan instrumen ukur dengan nilai
pengukuran yang telah diketahui.

Pengertian kalibrasi menurut ISO/IEC Guide 17025:2005 dan Vocabulary of


International Metrology (VIM) adalah proses yang dilakukan untuk membentuk
hubungan antara nilai yang ditunjukkan oleh instrumen ukur atau sistem pengukuran,
atau nilai yang diwakili oleh bahan ukur, dengan nilai-nilai yang sudah diketahui yang
berkaitan dari besaran yang diukur dalam Keadaan tertentu. Dengan kata lain,
kalibrasi adalah kegiatan untuk menentukan Kesahihan sebenar nilai penunjukkan alat
ukur dan bahan ukur dengan cara membandingkan terhadap standard ukur yang
mamputelusur (traceable) ke standard nasional untuk satuan ukuran dan/atau
antarabangsa.

Tujuan kalibrasi adalah untuk mencapai kejituan pengukuran. Hasil pengukuran dapat
dikaitkan sampai ke standard yang lebih tinggi/teliti (standard utama kebangsaan dan /
antarbangsa), melalui rangkaian perbandingan yang tak terputus.

Anda mungkin juga menyukai