Anda di halaman 1dari 3

JURUTERA ELEKTRONIK

Senarai Tugas
Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji
serta memasaang sistem elektronik

Memastikan hasil pengeluarannya bermutu tinggi mengikut piawaian keselamatan

Memberi nasihat dan mengkaji cadangan reka bentuk , mendraf laporan dan
mengemukakan syor tentang reka bentuk, pembangunan dan pembuatan produk
dan sistem yang boleh dipasarkan

Mereka bentuk dengan menggunakan hasil penyelidikan untuk menghasilkan model


produk yang akan dibangunkan dan mengubah suai mengikut keperluan pasaran

Membuat penyelidikan serta mereka bentuk proses-proses yang diperlukan untuk


pembuatan barangan

Menyelia dan menyelaras kerja-kerja juruteknik dalam reka bentuk produk atau
pengeluaran

Memberi nasihat dan mereka bentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari
papan suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk barangan
pengguna seperti komputer persendirian, set televisyen serta komponen barangan
elektronik pengguna yang lain

Mereka bentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang
digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian,
komputer, perubatan, hiburan dan lain-lain

Kejuruteraan Elektrik ( Jurutera Elektrik )

Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk,


membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik
pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan
pengawalan kuasa elektrik. Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan
berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar
masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.
Keterangan Tugas
Menganalisa dan menyelesaikan masalah kejuruteraan;
Merancang dan mereka bentuk pembuatan dan pemasangan peralatan dan kemudahan
kuasa elektrik;
Menentukan jenis dan susunan litar, transformer, litar pintas, talian penghantaran dan
peralatan lain;
Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem bagi motor elektrik, kuasa tarikan elektrik dan
peralatan lain atau perkakas elektrik domestik;
Mentafsir spesifikasi, lukisan, piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan perlatan
kuasa elektrik dan peggunaannya;
Menyusun dan mengurus sumber yang digunakan dalam membekalkan komponen, mesin
perkakas dan peralatan elektrik;
Menyediakan jadual penghantaran dan pemasangan mesin, suis gear, kabel dan
kelengkapan;
Menyelia operasi penyelenggaraan stesen kuasa, sistem penghantaran dan pengagihan
dan loji perindustrian;
Menyediakan piawaian dan prosedur kawalan untuk memastikan sistem penjanaan dan
pengagihan, motor dan peralatan elektrik berfungsi dengan cekap dan selamat;
Mengesan dan membaiki kerosakan;
Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaiatan;
Membuat kerja-kerja penyeliaan dll.
Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaraanya:
Jurutera Penjanaan Kuasa
Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa
Jurutera Pencahayaan Elektrik
Jurutera Peralatan Elektromekanik
Ciri-Ciri Peribadi
Mempunyai kebolehan akademik
Analisa, minda yang analitik
Cekap mengenalpasti punca masalah
Mampu membuat penyelesaian,
Berkebolehan untuk menganalisa kesulitan dan mampu menterjemahkan kepada bentuk
yang praktikal
Tegas dalam membuat keputusan,
Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan
Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan
Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat
Profesional dalam hubungan dengan personel sokongan
Cepat sedar, memahami isu sosial dan masalah alam sekitar

Kejuruteraan Elektronik ( Jurutera Elektronik)

Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan


pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan
menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik. Merekabentuk,
membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang
instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan
hiburan,dll.
Keterangan Tugas
Memberi nasihat dan merekabentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari papan
suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk barangan pengguna
seperti komputer persendirian, set televisyen serta komponen barangan elektronik
pengguna yang lain; Membuat penyelidikan serta merekabentuk proses-proses yang
diperlukan untuk pembuatan barangan;
Mengurusselia dan menyelaras kerja-kerja para teknik dalam rekabentuk produk atau
pengeluaran;
Merekabentuk dengan menggunakan hasil penyelidikan mereka untuk menghasilkan
model produk yang akan dibangunkan dan mengubahsuainya mengikut keperluan pasaran,
Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji serta
memasang sistem elektronik juga memastikan hasil pengeluarannya bermutu tinggi
mengikut standard serta memenuhi spesifikasi dan piawaian keselamatan yang ketat;
Memberi nasihat dan serta mengkaji cadangan rekabentuk, mendraf laporan dan
mengemukakan syor tentang rekabentuk, pembangunan dan pembuatan produk dan
system yang boleh dipasarkan;
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:
Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian
Jurutera Kuasa Nukleur
Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan
Jurutera Kenderaan /Otomotif
Jurutera Mekanik/Aeronautik
Jurutera Marin Dll
Ciri-Ciri Peribadi
Mempunyai kebolehan akademik
Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah
Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak
Minat dalam keusahawanan
Ketepatan dalam kerja
Kecenderungan kepada bidang mekanik
Minat dalam proses-proses mekanik
Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan
Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik
Kebolehan bekerja berpasukan
Minda yang kreatif dan analitik
Kemampuan dalam perincian, Dll.

Anda mungkin juga menyukai