Anda di halaman 1dari 7

KERJAYA DI BIDANG KEJURUTERAAN

Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam
pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang
kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik
dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan,
telekomunikasi dan pertanian.

JURUTEKNIK ELEKTRIK

Juruteknik elektrik merupakan satu bidang kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan ilmu
elektrik, elektronik dan keelektromagnetan. Bidang ini menjadi pekerjaan yang semakin
dipraktikkan sejak akhir abad ke-19 dengan pengkomersialan telegraf elektrik dan bekalan tenaga
elektrik. Bidang ini terdiri daripada beberapa subbidang, termasuk kejuruteraan kuasa, elektronik,
sistem kawalan, pemprosesan isyarat, telekomunikasi.

Juruteknik elektrik tidak semestinya merangkumi kejuruteraan elektronik. Oleh itu, bidang ini
kadangnya dikenali sebagai "kejuruteraan eletrik dan elektronik". Kejuruteraan elektrik merujuk
kepada penanganan masalah berkenaan dengan sistem elektrik besar seperti penghantaran
kuasa dan kawalan motor; manakala kejuruteraan elektronik merupakan kajian sistem elektronik
kecil seperti komputer dan litar bersepadu. Dalam kata lain, kejuruteraan elektrik merupakan cara
menghantar tenaga menggunakan elektrik, manakala kejuruteraan elektronik merupakan cara
menghantar maklumat melalui elektrik.

1
BIDANG TUGAS JURUTEKNIK ELEKTRIK

Juruteknik elektrik menjalankan tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik
yang menyumbang kepada rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan
pembaikan sistem dan peralatan elektrik.

Keterangan Tugas

 Membantu membuat kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan


sistem, peralatan dan kemudahan elektrik serta menguji prototaip;

 Membantu menyediakan reka bentuk dan susur atur pemasangan dan litar elektrik;

 Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi
pembuatan dan pemasangan;

 Membantu penyeliaan teknik bagi pembuatan, pemasangan, penggunaan,


penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik;

 Menggunakan pengetahuan teknik berhubung dengan teori dan amalan kejuruteraan


elektrik bagi mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul semasa
menjalankan kerja;

 Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

 Menyelia pekerja lain.

 Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

 Juruteknik Voltan Tinggi

 Juruteknik Kuasa

2
 Juruteknik Ppenghantaran Kuasa Elektrik

 Juruteknik Penganggar

CIRI-CIRI PERIBADI JURUTEKNIK ELEKTRIK

Seorang juruteknik yang baik mempunyai ciri ciri berikut:


 Minat dalam bidang teknikal

 Cekap mengenalpasti punca masalah

 Mampu membantu membuat penyelesaian,

 Tegas dalam membuat keputusan,

 Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan

 Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan

 Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat

 Berkebolehan dalam hubungan dengan personel sokongan

 Cepat sedar, memahami isu sosial dan masalah alam sekitar

3
SYARAT- SYARAT KELAYAKAN KERJAYA

Kelayakan seseorang untuk menjadi juruteknik elektrik adalah seperti berikut:

 Lulus SPM/SPMV
 Kepujian dalam Bahasa Malaysia
 Kepujian dalam Matematik
 Kepujian dalam mata pelajaran Sains
 Memiliki sijil politeknik/SKM lebih berfaedah.

4
KEISTIMEWAAN KERJAYA SEBAGAI JURUTEKNIK ELEKTRIK
Gaji dan faedah-faedah lain bagi kerjaya sebagai juruteknik elektrik terbahagi kepada 2 iaitu;
sektor awam dan sektor swasta.

1. Sektor Awam
 Gaji Permulaan adalah sebanyak lebih kurang RM 599.50
 Elaun tetap perumahan (ETP) adalah sebanyak lebih kurang RM 130.00
 Elaun tetap khidmat awam (EKA) adalah sebanyak RM 80.00

2. Sektor Swasta
 Gaji Permulaan adalah sebanyak lebih kurang RM 800.00 – RM 1500.00

Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya untuk juruteknik elektrik amat cerah di Malaysia berikutan peningkatan keperluan
jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, kepesatan pembangunan
dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. Disektor awam mereka
boleh meningkat ke tingkatan kanan dan tertinggi.

Boleh melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau luar kampus atau pengajian jarak jauh
di IPTA dalam negara bagi meningkat kejawatan yang lebih tinggi.

Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan
dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor Swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd.,
di industri pembuatan, telekomunikasi, pembinaan, loji DLL .

5
SENARAI IPT/IPTS YANG MENAWARKAN KURSUS BERKAITAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK

1. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut: PLYTK, UTM,
UiTM, UTeMM, UNIMAP, UMP, UTHM

 Universiti Teknikal Malaysia Melaka


 Universiti Teknologi Mara
 Universiti Malaysia Perlis
 Universiti Teknologi Malaysia
 Universiti Malaysia Pahang
 Institut Teknologi Tun Hussein Onn
 Politeknik-Politeknik

2. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

 Universiti Tenaga Nasional


 Universiti SEGI
 Universiti Sains dan Pengurusan (MSU)

3. Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,
Matematik,
SATU (1) mata pelajaran berikut:

Matematik Tambahan
Sains Tambahan
Aplikasi Elektrik & Elektronik
Automotif Elektrik & Diesel
Automotif Kenderaan
Bahan Binaan
Biology
Kimia

6
Asas Pengaturcaraan
Grafik Berkomputer
Information & Communication Technology
Lukisan Kejuruteraan
Pemesinan Berkomputer
Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Penyamanan Udara
Penyejukan
Fizik
Prinsip Elektrik & Elektronik
Alat Pembangunan dan Pengaturcarran
Reka Cipta
Sains Pertanian
Sains
Teknologi Binaan
Teknologi Kejuruteraan
Teknologi Maklumat

Dan DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

KESIMPULAN MENGENAI SEBAB MEMILIH KERJAYA JURUTEKNIK ELEKTRIK


SEBAB SAYA NAK JADI LAH..AYO YO….

Anda mungkin juga menyukai