Anda di halaman 1dari 4

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

juruteknik

JURUTEKNIK
Di antara sumber tenaga manusia yang sentiasa diperlukan sama ada di sektor kerajaan atau swasta ialah juruteknik. Juruteknik biasanya dilatih melalui latihan-latihan formal yang dianjurkan oleh beberapa institusi pendidikan dan vokasional. Mereka dilatih dalam pelbagai bidang seperti mekanikal, awam, elektrik, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, telekomunikasi, percetakan dan plastik, teknologi komputer, perancangan bandar, alam sekitar dan lanskap. Antara sektor yang memerlukan juruteknik termasuk perkilangan, pembuatan, pembinaan, telekomunikasi, percetakan, elektrik, kejuruteraan, penerbangan, perkapalan, pengangkutan, automotif dan elektronik. Maklumat daripada Jabatan Tenaga Rakyat menunjukkan beberapa bidang yang baru muncul di negara mi yang memerlukan tenaga mahir iaitu juruteknik robot, juruteknik mikroelektronik, juruteknik Computer Aided Design (CAD) dan juruteknik Computer Aided Manufacturing (CAM). Juruteknik robot misalnya, dikehendaki mempunyai kemahiran memprogramkan komputer dan memasang atau membaiki litar elektrik selain daripada menjalankan tugas seseorang mekanik mesin. Melalui latihan-latihan yang diikuti untuk tempoh di antara satu setengah tahun hingga dua tahun, mereka akan memperoleh kemahiran teknikal mengikut pengkhususan yang dipilih. Dengan adanya sijil juruteknik ini memudahkan mereka memohon pekerjaan di sektor kerajaan atau swasta. Di sektor kerajaan sama ada di kementerian-kementerian, agensi kerajaan atau badanbadan berkanun, kerjaya ini menawarkan gaji dan elaun melebihi RM900 serta imbuhan lain kepada pemegang sijil mana-mana satu daripada bidang-bidang tersebut. Manakala sektor swasta mampu menawarkan gaji melebihi RM1,000 bergantung kepada kelayakan dan pengalaman kerja seseorang. Antara institusi yang menawarkan kursus-kursus dan latihan teknik ialah politeknikpoliteknik Kementerian Pendidikan dan Institut Latihan Perindustrian dan Jabatan Tenaga Rakyat. Pada kebiasaannya, kerjaya ini menjadi pilihan golongan lelaki. Untuk kursus telekomumkasi misalnya, pelajar akan mempelajari pengetahuan asas telekomunikasi dan teknik-teknik yang diperlukan untuk memasang, menguji dan membaik pulih sistem common carrier (multiplex, radio dan ketuhar gelombang mikro), sistem suis ibu sawat telefon (analog dan digital) dan peralatan pelanggan seperti telefon, sistem PABX, mobil radio dan lain-lain lagi. Pelajar juga akan mempelajari bidang elektrik, elektronik dan mengendalikan peralatan moden dalam mengesan kerosakan dan membaiki kerosakan. Lulusan kursus ini boleh melakukan kerja pemasangan, pengujian dan membaik pulih peralatan telekomunikasi. Di samping itu, lulusan ini juga berkeupayaan melakukan kerja seperti memasang dan menguji sound and video equipment, komputer dan peralatan elektronik. Begitu juga dengan bidang percetakan, semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan kursus merancang bahan-bahan cetak untuk kerja-kerja percetakan, pengendalian kamera, percetakan secara ofset dan penjilidan buku termasuk memotong, melipat, mengepin, membuat pedap dan menghias kulit buku.
Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 1/4

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

juruteknik

Memandangkan industri percetakan di negara ini terus berkembang, maka lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang cukup cerah. Ini berikutan perkembangan pesat media percetakan seperti buku, majalah, surat khabar dan pelbagai pengeluaran bahan-bahan bercetak. Kekurangan pekerja yang berkemahiran di bidang percetakan khususnya sangat ketara dan dengan itu peluang pekerjaan adalah terjamin kepada lepasan kursus percetakan. Sekiranya pelajar berminat menjadi juruteknik audiovisual, kursus teknik radio dan televisyen adalah sesuai untuk diikuti. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan komponen-komponen elektronik, merawat dan membaik pulih peralatan radio, televisyen dan perakam video. Juruteknik di bidang ini diperlukan di kedai dan bengkel membaiki radio dan televisyen serta kilang-kilang menjual dan membaiki peralatan tersebut. Bagi mereka yang mempunyai modal boleh memulakan perniagaan sendiri. Satu lagi bidang yang memerlukan juruteknik ialah ukur tanah khususnya di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta kementerian-kementerjan yang berkaitan. Pada kebiasaan seorang juruteknik ukur akan melaksana dan memproses kerja-ketja di pejabat dan di lapangan termasuk pemetaan, topografi, geodesi, hak milik, penandaan sempadan negeri/antarabangsa serta penyediaan infrastruktur ukur yang meliputi penyediaan maklumat secara berkomputer. Industri pembinaan yang sentiasa berkembang juga memerlukan juruteknikjuruteknik bagi menyelia aktiviti-aktiviti pembinaan di tapak-tapak pembinaan. Juruteknik akan mengawas dan menyelia kerja-kerja di tapak pembinaan, memberi anggaran perbelanjaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan jalan termasuk menyelia kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan. Mereka juga di tugas menyediakan lukisan-lukisan kerjadari reka bentuk arkitek, membuat lukisan ukur untuk kerja-kerja tambahan dan ubahsuai bangunan-bangunan kerajaan serta membuat model-model bangunan. Secara umum, sekiranya seseorang pelajar itu gemar dengan kerja-kerja mereka bentuk, menggunakan mesin, alat atau kelengkapan teknikal, maka kerjaya sebagai juruteknik adalah sesuai dengan diri pelajar. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) (ii) (iii) (iv) (iv) Meminati profesion ini Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan teknikal Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan masa Kreatif dan bersemangat tinggi Menguasai ilmu komputer

TEMPOH MELANJUTKAN PENGAJIAN Untuk melanjutkan pengajian di peringkat sijil teknikal tempoh pengajian ialah di antara satu setengah tahun hingga dua tahun.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 2/4

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

juruteknik

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Beberapa institusi peudidikan teknik dan vokasional kerajaan dan agensi kerajaan menawarkan pelbagai kursus untuk bakal juruteknik. Institusi-institusi tersebut termasuk politeknik-politeknik di bawah Kementerian Pendidikan, Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Tenaga Rakyat, Jnstitut Kemahiran Mara, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan. Manakala banyak kolej-kolej swasta turut menawarkan kursus-kursus yang berkaitan. SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Calon perlu lulus pepeniksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mendapat kepujian bahasa Melayu, matematik dan mata pelajaran sains.

315 JURUTEKNIK KAPAL, PESAWAT, DAN KERETAPI Juruteknik kapal, pesawat, dan keretapi menyelia operasi perkhidmatan pengangkutan darat, udara, dan air. 3151 JURUTEKNIK TRAFIK UDARA Juruteknik trafik udara membaik pulih, memperbaiki, memeriksa, menguji, dan menservis enjin pesawat udara dan kelengkapan mekanik pesawat yang lain di lapangan terbang. Tugas merangkumi: menservis, membaik pulih, dan memperbaiki enjin pesawat udara, seperti jet, enjin turbo dan omboh serta kelengkapan mekanik pesawat yang lain; menguji enjin dengan menggunakan kelengkapan ujian; memeriksa enjin untuk mengesan silinder retak, kebocoran minyak, dan kerosakan lain; merujuk manual pengilang dan manual penyelenggaraan pesawat untuk memastikan spesifikasi dan kemungkinan baik pulih atau untuk menggantikan bahagian yang rosak; membaik pulih, memasang, dan menggantikan bahagian enjin; mengeluarkan enjin dari pesawat untuk diperbaiki dan memasang gantian; memeriksa, menservis, dan membaik pulih sistem pneumatik dan hidraulik; melaksanakan kewajipan lain untuk menservis pesawat, termasuk kotak engkol pancuran, membersihkan skrin, menggris bahagian yang bergerak, dan memeriksa brek; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain. Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 31511 Juruteknik, keselamatan trafik udara

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 3/4

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

juruteknik

31512 Penolong pegawai, kawalan trafik udara A29

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 4/4

Anda mungkin juga menyukai