Anda di halaman 1dari 25

NO.

KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 1 drp : 25

 
BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     
 

NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2019/2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK/ DVM

KOD/KURSUS DEA4123 : INDUSTRIAL MANAGEMENT

KOMPETENSI 01 PREPARE YEARLY BUDGET

K01.1 Explain description expenses

K01.2 Identify purpose of budget

K01.3 Prepare justification for company activities


KOMPETENSI UNIT
K01.4 Estimate company activities budget

K01.5 Prepare unit price for each activities

K01.6 Prepare cost code for each activities


Trainee must be able to:
1. Prepare yearly budget, activity and progress
according to management report. (C3, PLO1)
2. Work collaboratively in groups to initiate technical
KOMPETENSI PEMBELAJARAN manpower, delegate works to sub ordinate and
organize on-job training. (A3, PLO5)
3. Lead a group to construct department meeting, staff
appraisal and in-house training according to
management schedule. (P3, PLO9)

NO KOD DEA4123/K 01/NK 01- 08


MUKA : 01 DARIPADA 07

NO KOD JPK

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

……………………………..
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 2 drp : 25

…………………
(WAN ZOHAL B. WAN ALI)
(AZAMANI B. ISMAIL)
Pegawai Penilai
Ketua Program

NAMA KURSUS DEA4123 : INDUSTRIAL MANAGEMENT

STANDARD 01 MENYEDIAKAAN BELANJAWAN TAHUNANMENEDIAKAN AKTIVITI


KANDUNGAN DAAPORAUAN
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 3 drp : 25

1.0 PE

NGA PENGENALAN
Perkataan belanjawan bukanlah sesuatu yang baru dan asing dalam hidup kita. Sebagai individu,
sama ada secara disedari atau tidak, kita mempraktikkan belanjawan. Menyedari bahawa sumber yang ada
pada kita adalah terhad, maka perancangan dan kawalan untuk menggunakan sumber tersebut secara
optimumadalah mendesak. Dari sinilah sebenarnya timbul konsep belanjawan.

Bagi sesebuah perniagaan, perancangan yang rapi amat diperlukan, terutamanya di persekitaran
perniagaan yang semakin kompleks. Ramai yang mempercayai bahawa belanjawan adalah satu alat
perancangan yang baik. Ini kerana belanjawan mampu menolong pengurus merancang untuk memperoleh
dan menggunakan sumberyang ada dalam syarikat untuk suatu tempoh yang spesifik.Topik ini akan
membincangkan peranan dan kepentingan belanjawan sebagai alat perancangan dan kawalan serta
pengukuran prestasi.

1.0 Definisi Belanjawan


Belanjawan ialah rancangan kewangan dan operasi masa depan syarikat yang dinyatakan dalam
bentuk unit, ringgit dan sen. Pernyataan dalam bentuk ini (unit, ringgit dan sen) dinamakan rancangan
kuantitatif. Rancangan kuantitatif ialah perancangan yang diterjemahkan dalam bentuk ringgit dan sen.
1.1 Elemen penting dalam belanjawan
Di dalam belanjawan elemen-elemen berikut perlu ada iaitu:
i) Belanjawan mesti membentangkan bagaimana sumber-sumber syarikat akan diperoleh
ii) Bagaimana sumber-sumber yang diperoleh itu dijangka akan dibelanjakan supaya mendapatkan
manfaat keuntungan kepada operasi syarikat.
1.2 Faedah Belanjawan
i) Alat memandu arah
✔ Penyediaan belanjawan membantu pengurusan memikirkan arah yang hendak dituju oleh
syarikat.
ii) Meningkatkan motivasi pekerja

✔ Belanjawan menaikkan motivasi pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun kerana prestasi mereka
dibandingkan dengan belanjawan.se
✔ Prinsip imbuhan dan hukuman pula mula terpakai apabila belanjawan bertindak sebagai kayu
pengukur kepada prestasi operasi sesebuah syarikat.
iii) Alat perhubungan dalam organisasi
✔ Belanjawan menyediakan sasaran yang menyeluruh yang perlu diterjemahkan dan diperincikan
mengikut fungsi jabatan atau bahagian dalam syarikat.
✔ car penomboran yang sesuai. Penelitian yang kurang rapi boleh memberikan kesan yang
an.
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 4 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 5 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 6 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 7 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 8 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 9 drp : 25

1.3 Peranan Belanjawan dalam Pengurusan

i) Sebagai alat perancangan


✔ Belanjawan ialah alat rasmi perancangan dalam syarikat yang secara khusus
membicarakan kesan kewangan masa depan ke atas syarikat.
✔ Belanjawan memudahkan syarikat memilih projek yang benar-benar perlu diberi
keutamaan. Mungkin sesuatu projek dipilih kerana ia lebih menguntungkan atau kos
pembiayaannya lebih rendah.
ii) Sebagai alat kawalan
✔ Belanjawan bertindak sebagai salah satu alat kawalan bagi mengawal operasi yang
khusus, proses ataupun jabatan dan mengelak pembaziran dan ketidakcekapan.
iii) Sebagai alat koordinasi
✔ Belanjawan bertindak sebagai mekanisme bagi menghubungkan tenaga daripada
pelbagai jabatan dan bahagian dalam syarikat.
iv) Sebagai alat komunikasi
✔ Belanjawan boleh digunakan untuk mengkomunikasikan rancangan dan menjadi
penyedia maklumat utama dalam kawalan.
v) Sebagai alat motivasi
✔ Belanjawan menyediakan satu set sasaran yang lengkap dan menyeluruh, yang
merupakan hala tuju semua peringkat pengurusan dalam syarikat. Ia dapat
merangsang pengurusan bekerja mengikut sasaran yang dipersetujui.
vi) Asas dalam pengurusan
✔ Belanjawan adalah asas pengurusan kerana ia adalah sistem yang menjalankan dan
mengawal aktiiti-aktiviti dalam sesebuah organisasi
vii) Alat sistem perakaunan
✔ Belanjawan juga penting sebagai alat sistem perakaunan yang lengkap. Laporan-laporan
terdahulu diperbaharui dalam masa tertentu dan dijadikan asas dalam membentuk
jangkaan belanjawan
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 10 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 11 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 12 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 13 drp : 25

1.4 Jangka Hayat Perkhidmatan Aset

Jangka hayat perkhidmatan aset diperoleh daripada pelbagai sumber, terutamanya


daripada laporan tahunan syarikat pelbagai industri. Anggaran jangka hayat perkhidmatan aset
tertentu adalah berdasarkan kepada perbincangan dengan industri, penilaian pakar dan jangka
hayat perkhidmatan aset tersebut di negara-negara lain yang dianggap sama, juga digunakan
sebagai proksi. Jangka hayat perkhidmatan adalah tetap untuk sepanjang masa. Ringkasan
aset dan jangka hayat perkhidmatan adalah seperti jadual di bawah:
JENIS ASET HAYAT JENIS ASET HAYAT
PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN
(TAHUN) (TAHUN)
1. Struktur 70 6. Jentera & Kelegkapan 20
2. Kereta Penumpang 14 7. Perabot & 10
Pemasangan
3. Kereta 10 8. Ternakan 16
Perdagangan
4. Kelengkapan 20 9. Tanaman Modal 30
Pengangkutan Lain

5. Komputer 6 10. Cari Gali Mineral 68

1.5 JENIS BELANJAWAN


Belanjawan induk merupakan satu belanjawan komprehensif yang mengandungi satu siri
belanjawan yang meliputi setiap aktiviti operasi sesebuah organisasi untuk sesuatu tempoh.
Dua jenis belanjawan yang terdapat pada belanjawan induk ialah:
i) Belanjawan operasi /Fungsian
● Berkaitan dengan aktiviti penjanaan pendapatan sesebuah firma seperti jualan dan
pengeluaran. Matlamat akhir belanjawan ini ialah penyediaan belanjawan penyata
pendapatan atau dikenali penyata pendapatan proforma.Terdapat beberapa jenis
belanjawan operasi iaitu:
i. Belanjawan Jualan
✔ Disediakan berdasarkan kepada ramalan jualan yang disediakan oleh jabatan
jualan.
ii. Belanjawan Pengeluaran
✔ Menunjukkan jumlah unit yang mesti dikeluarkan untuk memenuhi anggaran
unit jualan dan unit inventori akhir yang dirancang
iii. Belanjawan Bahan Mentah
✔ Anggaran penggunaan bahan mentah berkait secara langsung dengan
keperluan pengeluaran
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 14 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 15 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 16 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 17 drp : 25

✔ Belanjawan Overhed Kilang


✔ Merupakan anggaran kos item-item perkilangan tidak langsung.
✔ Menyenaraikan keperluan semua kos pengeluaran kecuali kos bahan mentah dan
buruh.
✔ Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran
✔ Sebagai garis panduan perbelanjaan untuk aktiviti bukan perkilangan.
✔ Belanjawan Inventori Akhir
✔ Belanjawan inventori akhir mengandungi bahan langsung dan barang siap
✔ Belanjawan Kos Barang Dijual
✔ Disediakan dengan menggunakan maklumat daripada belanjawan belian bahan
mentah, buruh langsung, overhed dan inventori akhir barang siap.
✔ Belanjawan Penyata Pendapatan
✔ Dikenali sebagai penyata pendapatan proforma.
✔ Meringkaskan semua maklumat dalam belanjawan-belanjawan yang disediakan
sebelum ini.
Belanjawan kewangan.
✔ Menunjukkan aliran masuk dan keluar tunai serta kedudukan kewangan sesebuah
firma. Terdapat dua jenis belanjawan kewangan:
i) Belanjawan Tunai
✔ Disediakan untuk menentukan samada sesebuah syarikat akan mempunyai
lebihan tunai atau kurangan tunai berdasarkan operasi syarikatnya
✔ Ia mengandungi tiga seksyen iaitu penerimaan tunai, pembayaran tunai
dan pembiayaan sekiranya ada.
✔ Satu belanjawan yang menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai yang
dirancang
✔ Contoh format belanjawan tunai:

ii) Belanjawan Kunci Kira-kira (Kunci Kira-kira Proforma)


✔ Dikenali juga sebagai belanjawan kunci kira-kira proforma. Ianya disediakan
melalui belanjawan kunci kira-kira tahun lepas dan tahun semasa.
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 18 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 19 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 20 drp : 25

1.6 BENTUK BELANJAWAN


Terdapat dua bentuk belanjawan iaitu:
i. Belanjawan fleksibel
- Belanjawan yang menunjukkan ramalan hasil dan kos perniagaan pada beberapa tahap
aktiviti atau keupayaan yang dirancang. Belanjawan ini dikenali juga sebagai
belanjawan boleh ubah.
ii. Belanjawan statik
- Merupakan belanjawan yang tetap. Ia disediakan oleh sesebuah organisasi berdasarkan
satu tahap aktiviti dalam suatu jangka masa tertentu.

1.7 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN BELANJAWAN


Bagi memastikan proses menyediakan belanjawan berjalan dengan lancar, organisasi perlu
menyenaraikan tiga elemen penting yang berikut dalam proses belanjawan iaitu jawatankuasa
belanjawan, kakitangan bahagian perakaunan dan manual belanjawan.
Jawatankuasa Belanjawan
✔ Terdiri daripada wakil ketua-ketua bahagian seperti bahagian pemasaran, kewangan,
pengeluaran dan pentadbiran
✔ Jawatankuasa ini akan menentukan polisi atau dasar belanjawan serta memutuskan
konflik dalam organisasi

(ii) Kakitangan Bahagian Perakaunan


✔ Menyediakan anggaran jualan, anggaran perubahan ekonomi serta pasaran yang ada
hubung kait dengan perniagaan.
✔ Membantu pengurusan dan jawatankuasa belanjawan dalam apa-apa saja keperluan
termasuk rekod-rekod terdahulu, anggaran masa depan dan laporan prestasi semasa.
(iii) Manual Belanjawan
✔ Satu buku panduan yang lengkap bagi menyediakan belanjawan. Ia mengandungi objektif
dan prosedur yang terlibat dalam menyediakan belanjawan
✔ Mengandungi format rasmi sesuatu belanjawan, dokumen sokongan yang diperlukan serta
tarikh-tarikh tertentu bagi menyediakan laporan dan belanjawan
✔ Disediakan oleh bahagian perakaunan dan diedarkan kepada semua bahagian untuk
rujukan dan peringatan
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 21 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 22 drp : 25
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 23 drp : 25

1.8 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN BELANJAWAN


Bagi memastikan proses menyediakan belanjawan berjalan dengan lancar, organisasi perlu
menyenaraikan tiga elemen penting yang berikut dalam proses belanjawan iaitu jawatankuasa
belanjawan, kakitangan bahagian perakaunan dan manual belanjawan.

(i) Jawatankuasa Belanjawan


✔ Terdiri daripada wakil ketua-ketua bahagian seperti bahagian pemasaran, kewangan,
pengeluaran dan pentadbiran
✔ Jawatankuasa ini akan menentukan polisi atau dasar belanjawan serta memutuskan
konflik dalam organisasi
(ii) Kakitangan Bahagian Perakaunan
✔ Menyediakan anggaran jualan, anggaran perubahan ekonomi serta pasaran yang ada
hubung kait dengan perniagaan.
1.9 FORMULA-FORMULA PENGIRAAN

BELANJAWAN BAHAN MENTAH


⮚ Formula Penggunaan Bahan:
Penggunaan Bahan = unit pengeluaran x bahan yang diperlukan seunit

⮚ Formula Bahan Dibeli:


Bahan dibeli = Bhn. Digunakan utk pengeluaran + stok akhir bahan – stok awal
bahan

BELANJAWAN BURUH
⮚ Formula jam buruh:
Jam buruh = Keperluan masa buruh seunit x unit keluaran

⮚ Kos Buruh = Kos jam buruh x jam buruh diperlukan utk pengeluaran
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 24 drp : 25

BELANJAWAN JUALAN
Formula Pengeluaran:
Pengeluaran = Unit Jualan + Stok Akhir – Stok Awal
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 25 drp : 25

Anda mungkin juga menyukai