Anda di halaman 1dari 40

PENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH ATAS

Pendawaian Elektrik
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

Tingkatan 4
PENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH ATAS

Pendawaian Elektrik
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

Tingkatan 4
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Julai 2016
Terbitan Pertama 2016

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN

Rukun Negara.................................................................................................................................................. v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan..................................................................................................................... vi

Definisi Kurikulum Kebangsaan......................................................................................................................... vii

Kata Pengantar ................................................................................................................................................. ix

Pendahuluan...................................................................................................................................................... 1

Matlamat ........................................................................................................................................................... 3

Objektif .............................................................................................................................................................. 3

Kemahiran Abad Ke-21...................................................................................................................................... 5

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ............................................................................................................ 7

Elemen Merentas Kurikulum ............................................................................................................................. 10

Organisasi Kandungan Kurikulum Standard...................................................................................................... 13

Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian.......................................................... 16

Panel Penggubal .............................................................................................................................................. 30


RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber:Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996


[PU(A)531/97]

vii
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

KATA PENGANTAR DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu


dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard
pengetahuan pada abad ke-21. Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan
murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti yang berkesan.
untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut
kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif
secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan
pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua
pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian
belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi
pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. penghargaan dan ucapan terima kasih.
Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini
diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
Pengarah
boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
pekerjaan.

viii
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

PENDAHULUAN Hasrat KPM ialah untuk mengarusperdanakan pendidikan


vokasional di peringkat sekolah sehingga 20 peratus pada
Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu tahun 2020 supaya setanding dengan negara serantau dan
proses merekayasa (reengineering) untuk membina sistem negara maju yang telah memberikan penekanan kepada
pendidikan vokasional yang lebih dinamik bagi menyokong pendidikan vokasional sehingga menjadi pendidikan pilihan.
kepada agenda transformasi negara ke arah negara
berpendapatan tinggi. Matlamat Pendidikan Vokasional Menengah Atas

 Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh Matlamat PVMA adalah untuk menyediakan peluang kepada
sumber manusia yang responsif kepada pelbagai murid lepasan PT3 menjadi modal insan berkemahiran bekerja
inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang
bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang lebih tinggi.
berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan
usahawan; Objektif Pendidikan Vokasional Menengah Atas
 Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan
berdaya saing memiliki kelayakan dan kemahiran yang Objektif PVMA adalah untuk menjadikan aliran pendidikan
diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana
oleh pasaran kerja. yang sedia ada. Ini bersesuaian dengan murid berisiko untuk
tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang
Dasar Pendidikan Vokasional di Kementerian Pendidikan berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PVMA dilihat
Malaysia (KPM) adalah untuk memberi akses, ekuiti dan mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum
pendidikan yang berkualiti kepada murid yang mempunyai yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan
kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang
Vokasional dengan tujuan mengurangkan kadar keciciran dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran
dalam kalangan murid.

1
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan


pembangunan karakter yang mantap. PVMA turut
menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran
pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar
mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik
dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam
mencorakkan masa depan serta menerap dan
mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana
budaya niaga.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard

Kurikulum Pendidikan Vokasional Menengah Atas digubal


dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi
elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal
pasti perlu dikuasai oleh murid.

2
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

MATLAMAT budaya niaga.

Matlamat PVMA adalah untuk menyediakan peluang kepada


Kurikulum Berasaskan Kompetensi
murid lepasan PT3 menjadi modal insan berkemahiran bekerja
dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang Kurikulum PVMA menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan

lebih tinggi. Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula


kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PVMA

OBJEKTIF kompeten sesuatu kemahiran seperti yang ditetapkan dalam


Kriteria Pencapaian.
Objektif PVMA adalah untuk menjadikan aliran pendidikan
vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang Kurikulum Modular Berasaskan Standard
sedia ada. Ini bersesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir,
Kurikulum Pendidikan Vokasional Menengah Atas digubal
agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan
dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard
terutama dalam bidang kerja tangan. PVMA mampu menggilap
Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi
potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat
elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai
memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik
oleh murid.
pekerjaaan mengikut kehendak majikan dan industri. PVMA
turut memupuk pembentukan sahsiah dan pembangunan
karakter yang mantap serta menyediakan murid dengan
pengetahuan, kemahiran dan pendedahan dalam bidang
pekerjaan agar mereka menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif.
Aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan juga dapat
merangsang penguasaan kemahiran membuat keputusan
murid dalam mencorak masa depan serta menerap dan
mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana

3
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

Jadual 1: Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan
Kriteria Pencapaian. prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya
pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin

STANDARD STANDARD KRITERIA Penggunaan Teknologi Dalam P&P


KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENCAPAIAN

Penyataan Suatu penetapan Suatu set kriteria Guru disarankan agar menggunakan bahan/peralatan
spesifik tentang kriteria atau umum yang sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini.
perkara yang indikator kualiti menunjukkan
murid patut pembelajaran tahap-tahap Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai
ketahui dan dan pencapaian prestasi yang sepenuhnya, maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas
boleh lakukan yang boleh perlu murid
dalam suatu diukur bagi pamerkan kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif
tempoh setiap standard sebagai tanda
dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan
persekolahan kandungan. bahawa sesuatu
merangkumi perkara itu telah teknologi di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan.
aspek dikuasai murid
pengetahuan, (indicator of Guru perlu mengolah P&P supaya usaha mengintegrasikan
kemahiran dan success) Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dan
nilai.
keusahawanan tercapai.

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Waktu P&P yang diperuntukkan untuk PVMA adalah


minimum 512 jam setahun. Guru berlatarbelakang opsyen
Kejuruteraan Elektrik paling sesuai mengajar modul ini.
Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana

4
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

KEMAHIRAN ABAD KE-21


PROFIL MURID PENERANGAN
Satu daripada hasrat PVMA adalah untuk melahirkan murid
Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif
yang mempunyai kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi dan inovatif; mampu untuk menangani
masalah yang kompleks dan membuat
fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
keputusan yang beretika. Mereka
kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran berfikir tentang pembelajaran dan diri
mereka sebagai pelajar. Mereka
Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang
menjana soalan dan bersifat terbuka
mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti kepada perspektif, nilai dan tradisi
dalam Jadual 1 supaya berupaya bersaing di peringkat global. individu dan masyarakat lain. Mereka
berkeyakinan dan kreatif dalam
Penguasaan SK dan SP dalam kurikulum Pendawaian Elektrik menangani bidang pembelajaran yang
menyumbang kepada pemerolehan kemahiran abad 21 dalam baru

kalangan murid. Kerja Mereka boleh bekerjasama secara


Sepasukan berkesan dan harmoni dengan orang
lain. Mereka mengalas tanggungjawab
bersama serta menghormati dan
menghargai sumbangan yang diberikan
Jadual 2: Profil Murid oleh setiap ahli pasukan. Mereka
memperoleh kemahiran interpersonal
melalui aktiviti kolaboratif, dan ini
PROFIL MURID PENERANGAN menjadikan mereka pemimpin dan ahli
pasukan yang lebih baik.
Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan
mengatasi kesukaran, mengatasi Bersifat Ingin Mereka membangunkan rasa ingin tahu
cabaran dengan kebijaksanaan, Tahu semula jadi untuk meneroka strategi
keyakinan, toleransi, dan empati. dan idea baru. Mereka mempelajari
kemahiran yang diperlukan untuk
Mahir Mereka menyuarakan dan meluahkan menjalankan inkuiri dan penyelidikan,
fikiran, idea dan maklumat dengan serta menunjukkan sifat berdikari dalam
Berkomunikasi pembelajaran. Mereka menikmati
yakin dan kreatif secara lisan dan
bertulis, menggunakan pelbagai media pengalaman pembelajaran sepanjang
dan teknologi. hayat secara berterusan.

5
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

PROFIL MURID PENERANGAN

Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur,


kesamarataan, adil dan menghormati
maruah individu, kumpulan dan
komuniti. Mereka bertanggungjawab
atas tindakan, akibat tindakan serta
keputusan mereka.

Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan dan


membentuk pemahaman yang luas dan
seimbang merentasi pelbagai disiplin
pengetahuan. Mereka meneroka
pengetahuan dengan cekap dan
berkesan dalam konteks isu tempatan
dan global. Mereka memahami isu-isu
etika / undang-undang berkaitan
maklumat yang diperoleh.

Penyayang/ Mereka menunjukkan empati, belas


Prihatin kasihan dan rasa hormat terhadap
keperluan dan perasaan orang lain.
Mereka komited untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan memastikan
kelestarian alam sekitar.

Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang,


sokongan dan rasa hormat terhadap
negara.

6
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pembelajaran Kolaboratif


Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang
Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai mementingkan kerjasama dan mengkehendaki murid
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). P&p menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Pendekatan ini boleh
Pendawaian Elektrik akan menjadi lebih berkesan dengan dilaksanakan guru dengan memberi tugasan kepada kumpulan-
menggunakan strategi berikut: kumpulan yang telah dikenal pasti melalui Pendawaian Elektrik
murid boleh bertukar pendapat atau idea semasa dalam aktiviti p&p
Pembelajaran Kendiri secara kumpulan. Semua ahli kumpulan akan menyumbang
Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan iaitu dengan aktifnya pengetahuan, pendapat, kemahiran dan
Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (Self-Paced), Akses menyelesaikan masalah bersama.
Kendiri (Self-Accessed), dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessed)
Pembelajaran Berasaskan Projek
Strategi ini berfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model aktiviti
Melalui Pendawaian Elektrik, strategi ini boleh dilaksanakan, bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatan aktiviti
contohnya, dengan menggunakan peralatan, bahan dan teknologi pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang,
tertentu, murid boleh menentukan bentuk produk yang hendak mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan
dihasilkan mengikut kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek
sendiri, malah dapat mentaksir pembelajaran sendiri. Strategi ini ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur
membolehkan murid menjadi lebih bertanggungjawab terhadap yang menjurus kepada matlamat yang spesifik. Dalam Pendawaian
pembelajaran, lebih yakin dan tekun untuk mencapai standard Elektrik, murid beroleh pengetahuan dan kemahiran semasa proses
pembelajaran yang dihasratkan. menyediakan sesuatu projek. Mereka juga boleh meneroka atau
membuat kajian terhadap projek melalui pelbagai sumber maklumat
yang relevan.

7
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

Inkuiri untuk mengatasi masalah itu, murid hendaklah berbincang dengan


Pembelajaran berasaskan Inkuiri-Penemuan berlaku dalam mata rakan bagi mencari penyelesaian alternatif bagi mengatasi masalah
pelajaran Pendawaian Elektrik apabila murid mengkaji sesuatu tersebut. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi
masalah dari pelbagai sudut dan melaksanakan penyelesaian panduan kepada murid dalam proses penyelesaian sesuatu
secara satu demi satu dengan memecahkan masalah kepada masalah pada peringkat awal sesuatu projek.
beberapa masalah kecil. Hal ini dialami sewaktu murid
melaksanakan sesuatu projek yang mempunyai beberapa sub Pembelajaran Masteri
projek yang perlu dibuat sebelum menghimpunkan semua sub Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan
projek menjadi projek yang utama. Sesuatu masalah akan mudah pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam
dikesan dan dibaiki jika berlaku sesuatu kelemahan. Pengalaman sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pendekatan ini murid diberi
ini membantu murid menangani masalah dan memahami keperluan peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran
mencerakin setiap masalah yang diterima. mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan
pembelajaran. Pengetahuan dan kefahaman terhadap sesuatu
Penyelesaian Masalah konsep adalah sangat penting bagi memastikan sesuatu aktiviti
Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang hendak dilaksanakan itu dilaksanakan dengan betul. Pelbagai
pembelajaran berasaskan masalah sebenar dan murid dapat sumber maklumat dapat membantu murid untuk menguasai
menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri. sesuatu perkara itu terlebih dahulu, contohnya dengan melayari
Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkan Internet melalui laman web yang terpilih akan dapat membantu
murid. Murid perlu kenal pasti masalah, cari kaedah penyelesaian, murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.
melaksanakan operasi penyelesaian masalah dan menilai kaedah
penyelesaian masalah yang digunakan. Kaedah ini akan
melibatkan murid untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan
masalah. Sebagai contoh, murid ingin menyiapkan sesuatu projek
dengan menggunakan bahan yang sukar untuk diperolehi. Maka

8
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

Konstruktivisme
Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedah di mana
murid dapat membina sendiri pengetahuan atau konsep baru
secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan
pengalaman yang telah diperolehi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pembelajaran konstruktivisme murid menjadi
lebih kreatif dan inovatif. Murid boleh mendapatkan data, maklumat
dan pengetahuan mengenai sesuatu perkara itu untuk membina
pengetahuan atau konsep yang baru.

Pembelajaran Penerokaan
Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar melalui
penerokaan berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Murid
secara aktif mencari dan mengakses maklumat untuk mencapai
objektif pembelajaran mereka dalam konteks yang terkawal.
Penggunaan kompter dan akses Internet merupakan alat yang
paling berkesan dalam menterjemahkan konsep pembelajaran
penerokaan memandangkan ianya dapat mencapai maklumat dan
pengetahuan dengan cepat bagi membolehkan murid menganalisis
dan memproses maklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran
yang berbentuk penyelesaian masalah dan kajian masa depan.

9
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM


3. Nilai Murni
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah
yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran  Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata

(p&p) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan

Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan mengamalkannya.

kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan  Nilai murni merangkumi aspek kerohanian,

serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi

Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut: amalan dalam kehidupan harian.

1. Bahasa 4. Sains Dan Teknologi


 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu
dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
dalam kalangan murid.
 Semasa p&p bagi setiap mata pelajaran, aspek
 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat
sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras
membantu serta menyumbang kepada
bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid
pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.
menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.
 Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP

2. Kelestarian Alam Sekitar merangkumi empat perkara iaitu:


(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta,
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar
prinsip, konsep yang berkaitan dengan
dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua
sains dan teknologi).
mata pelajaran.
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan
 Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan
kemahiran manipulatif tertentu).
alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk
menghargai alam.

10
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, 7. Keusahawanan


keselamatan).  Penerapan elemen keusahawanan bertujuan
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti P&P. membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
5. Patriotisme murid.
 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata  Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam p&p
pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
sebagai rakyat Malaysia. memacu idea ke pasaran.

6. Kreativiti Dan Inovasi 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi


 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi  Penerapan elemen TMK dalam p&p memastikan
untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan
mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang
atau gabungan idea yang ada. dipelajari.
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui  Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong
ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea. murid menjadi kreatif malah menjadikan p&p lebih
 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan
untuk memastikan pembangunan modal insan yang kualiti pembelajaran.
mampu menghadapi cabaran Abad 21.  TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik
 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi
p&p. meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap
kandungan mata pelajaran.

11
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

9. Kelestarian Global seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan


 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan secara eksplisit seperti pengiraan faedah mudah dan
murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif faedah kompoun. Penerapan secara sisipan pula
terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan kewangan
diperolehi melalui elemen Penggunaan dan dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi
Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran
Perpaduan. dan nilai yang dapat diaplikasikan secara berkesan dan
 Elemen Kelestarian Global penting dalam bermakna.
menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu
semasa di peringkat tempatan, Negara dan global.
 Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan
dalam mata pelajaran yang berkaitan.

10. Pendidikan Kewangan


 Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan
membentuk generasi masa hadapan yang
berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang
bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang
beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal
kewangan secara bertanggungjawab.
 Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam
p&p secara langsung ataupun secara sisipan.
Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk

12
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM STANDARD Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai Standard
Kandungan tertentu bagi memenuhi keperluan pembelajaran
Kandungan Kurikulum Pendawaian Elektrik ini disusun supaya yang sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran
mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat
kemahiran murid di Tingkatan 4. Ia mempunyai Standard melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara
Pembelajaran yang dikonsepsikan bagi kursus Pendawaian analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan
Elektrik serta Standard Kandungan yang ditulis mengikut teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard
hierarki domain kognitif dan afektif. Pernyataan mengenai Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen kreativiti dan
Pencapaian bagi DSK ini diterangkan seperti dalam jadual 1 inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan
yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara
Jadual 1: Pernyataan Standard Kandungan, Standard sebuah negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat
Pembelajaran Dan Kriteria Pencapaian Model Baru Ekonomi.

STANDARD STANDARD KRITERIA


KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENCAPAIAN Waktu P&P yang diperuntukkan untuk PVMA adalah minimum
512 jam setahun. Bilangan jam yang ditunjukkan dalam jadual
Penyataan spesifik Suatu penetapan Kenyataan yang
tentang perkara kriteria atau mengkhususkan 2 merangkumi aktiviti penerangan teori, latihan amali, projek
yang murid patut indikator kualiti apa yang perlu
dan penilaian bertulis dan amali untuk setiap kompetensi
ketahui dan boleh pembelajaran ditaksir dan
lakukan dalam dan pencapaian tahap berkaitan kerja-kerja pendawaian dan menyenggara
suatu tempoh yang boleh pencapaian
Pendawaian Elektrik.
persekolahan diukur bagi setiap yang diperlukan
merangkumi aspek standard bagi setiap
pengetahuan, kandungan. Standard
kemahiran dan nilai Pembelajaran

13
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

Jadual 2: Modul Untuk Kursus Pendawaian Elektrik Jadual 3: Organisasi Kandungan Kursus Pendawaian Elektrik
Modul Penerangan
MODUL Menyediakan Murid akan mengenalpasti keperluan dan
Lukisan Satu Fasa spesifikasi lukisan satu fasa, menyediakan
1 Menyediakan Lukisan Satu Fasa
lukisan bentangan, menyediakan lukisan
2 Memasang Pendawaian Satu Fasa gambarajah skematik satu fasa,
menyediakan lukisan pendawaian satu
fasa dan memeriksa lukisan satu fasa
Kurikulum Pendawaian Elektrik menekankan penguasaan Memasang Murid akan mengenal pasti spesifikasi,
Pendawaian Satu prosedur, alat tangan, peralatan dan
pengetahuan serta kemahiran pelajar berkaitan kerja-kerja
Fasa bahan pendawaian permukaan satu fasa,
menservis dan menyenggara Pendawaian Elektrik. Setiap mendawai litar pendawaian permukaan
perkara diterangkan dengan jelas berserta penerangan dan satu fasa, memasang sistem pembumian,
kotak agihan dan alat tambah pendawaian
langkah kerja mengikut operasi standard.
permukaan satu fasa, melakukan
pemeriksaan visual, ujian litar mati dan
ujian litar hidup pada pendawaian
permukaan satu fasa, menyediakan
laporan pendawaian permukaan satu fasa,
mengenal pasti spesifikasI, prosedur, alat
tangan, peralatan dan bahan pendawaian
selongsong dan sesalur polivinal satu
fasa, mendawai litar pendawaian
selongsong dan sesalur polivinal satu
fasa, memasang sistem pembumian,
kotak agihan dan alat tambah
pendawaian selongsong dan sesalur
polivinal satu fasa, melakukan
pemeriksaan visual, ujian litar mati dan
ujian litar hidup pada pendawaian

14
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

selongsong dan sesalur polivinal satu


fasa, menyediakan laporan pendawaian
selongsong dan sesalur polivinal satu
fasa, mengenal pasti spesifikasI, prosedur,
alat tangan, peralatan dan bahan
pendawaian, pembuluh dan sesalur logam
satu fasa, mendawai litar pendawaian
pembuluh dan sesalur logam satu fasa,
memasang sistem pembumian, kotak
agihan dan alat tambah pendawaian
pembuluh dan sesalur logam satu fasa,
melakukan pemeriksaan Visual, ujian litar
mati dan ujian litar hidup pada
pendawaian pembuluh dan sesalur logam
satu fasa, menyediakan laporan
pendawaian pembuluh dan sesalur logam
satu fasa, mengenal pasti spesifikasI,
prosedur, alat tangan, peralatan dan
bahan pendawaian tersembunyi satu fasa,
mendawai litar pendawaian tersembunyi
satu fasa, memasang sistem pembumian,
kotak agihan dan alat tambah pendawaian
tersembunyi satu fasa, melakukan
pemeriksaan Visual, ujian litar mati dan
ujian litar hidup pada pendawaian
tersembunyi satu fasa, dan menyediakan
laporan pendawaian tersembunyi satu
fasa.

15
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1. Menyediakan Lukisan Satu 1.1 Mengenalpasti keperluan 1.1.1 Menyatakan prosedur menyediakan lukisan satu fasa
Fasa dan spesifikasi lukisan satu berdasarkan keperluan piawaian
fasa

1.1.2 Mengenalpasti alat perlindungan pembekal dan pengguna satu


fasa berdasarkan fungsi.

1.2 Menyediakan lukisan 1.2.1 Mengenalpasti simbol-simbol elektrik bagi lukisan bentangan
bentangan berdasarkan peraturan elektrik.

1.2.2 Mengenalpasti simbol-simbol bangunan bagi lukisan bentangan


berdasarkan peraturan lukisan

1.2.3 Melukis gambarajah bentangan mengandungi simbol,


sambungan dan spesifikasi berdasarkan peraturan elektrik.

1.2.4 Melukis legenda berdasarkan peraturan elektrik

1.3 Menyediakan lukisan 1.3.1 Mengenalpasti jenis-jenis kabel pendawaian berdasarkan


gambarajah skematik satu keperluan beban elektrik
fasa

16
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.3.2 Mengenalpasti senarai peralatan elektrik, lokasi peralatan


elektrik dan bilangan peralatan elektrik berdasarkan keperluan
pengguna.

1.3.3 Melukis gambarajah skematik mengandungi peranti


keselamatan, saiz dan jenis kabel, jenis pendawaian dan simbol
elektrik berdasarkan peraturan elektrik.

1.4 Menyediakan lukisan 1.4.1 Mengenalpasti litar lampu dan litar kuasa berdasarkan keperluan
pendawaian satu fasa pengguna.

1.4.2 Melukis gambarjah pendawaian satu fasa berdasarkan


sambungan pendawaian, pendawaian alat perlindungan, dan
carta saiz kabel mengikut peraturan elektrik.

1.4.3 Menyemak lukisan satu fasa berdasarkan skala, fungsi kawalan,


susun atur litar dan prosedur lukisan.

1.5 Memeriksa lukisan satu fasa 1.5.1 Mengenalpasti lukisan bentangan, lukisan skematik dan lukisan
pendawaian berdasarkan prosedur pemeriksaan lukisan.

1.5.2 Menyemak lukisan satu fasa untuk tujuan pengesahan


berdasarkan keperluan pengguna.

17
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2. Memasang Pendawaian 2.1 Mengenal pasti spesifikasI, 2.1.1 Menyenaraikan langkah membuat pendawaian permukaan satu
Satu Fasa prosedur, alat tangan, peralatan fasa berdasarkan gambar rajah pendawaian.
dan bahan pendawaian
permukaan satu fasa
2.1.2 Menyediakan alat tangan, peralatan dan bahan berdasarkan
jenis pendawaian permukaan satu fasa.

2.2 Mendawai litar pendawaian 2.2.1 Mentafsir lukisan pendawaian permukaan satu fasa berdasarkan
permukaan satu fasa. lukisan skematik

2.2.2 Mendawai litar satu fasa berdasarkan gambar rajah pendawaian


permukaan satu fasa.

2.3 Memasang sistem 2.3.1 Mengenalpasti aksesori sistem pembumian dan kotak agihan
pembumian, kotak agihan dan pendawaian permukaan satu fasa
alat tambah pendawaian
permukaan satu fasa
2.3.2 Memasang sistem pembumian berdasarkan peraturan Institusi
Jurutera Elektrik (IJE/IEE) pendawaian permukaan satu fasa

2.3.3 Membuat tamatan kabel pada unit pengguna berdasarkan


gambar rajah pendawaian permukaan satu fasa.

18
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.3.4 Membuat tamatan kabel pada alat tambah berdasarkan gambar


rajah pendawaian permukaan satu fasa.

2.4 Melakukan pemeriksaan 2.4.1 Mengenalpasti jenis pengujian litar pendawaian permukaan satu
Visual, ujian litar mati dan ujian fasa
litar hidup pada pendawaian
permukaan satu fasa
2.4.2 Memeriksa sambungan dan kekemasan sistem pendawaian
permukaan satu fasa berdasarkan pemeriksaan visual.

2.4.3 Menguji keterusan, kekutuban dan rintangan penebatan


berdasarkan pendawaian permukaan satu fasa.

2.4.4 Menguji kefungsian Pemutus Litar Bocor Kebumi


(PLBK/ELCB)/Pemutus Litar Arus Baki (PLAB/RCCB) berdasarkan
peraturan Institusi Jurutera Elektrik (IJE/IEE) pendawaian permukaan
satu fasa

2.5 Menyediakan laporan 2.5.1 Mengenalpasti borang pelaporan berdasarkan prosedur


pendawaian permukaan satu pendawaian permukaan satu fasa
fasa

2.5.2 Mengesahkan laporan berdasarkan prosedur pendawaian


permukaan satu fasa.

19
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.6 Mengenal pasti spesifikasI, 2.6.1 Menyenaraikan langkah membuat pendawaian selongsong dan
prosedur, alat tangan, peralatan sesalur polivinal satu fasa berdasarkan gambar rajah pendawaian
dan bahan pendawaian
selongsong dan sesalur polivinal
satu fasa 2.6.2 Menyediakan alat tangan, peralatan dan bahan berdasarkan
jenis pendawaian selongsong dan sesalur polivinal satu fasa.

2.7 Mendawai litar pendawaian 2.7. 1 Mentafsir lukisan pendawaian selongsong dan sesalur polivinal
selongsong dan sesalur polivinal satu fasa berdasarkan lukisan skematik
satu fasa.

2.7.2 Mendawai litar satu fasa berdasarkan gambar rajah pendawaian


selongsong dan sesalur polivinal satu fasa.

2.8 Memasang sistem 2.8.1 Mengenalpasti aksesori sistem pembumian dan kotak agihan
pembumian, kotak agihan dan pendawaian selongsong dan sesalur polivinal satu fasa
alat tambah pendawaian
selongsong dan sesalur polivinal
satu fasa 2.8.2 Memasang sistem pembumian berdasarkan peraturan Institusi
Jurutera Elektrik (IJE/IEE) pendawaian selongsong dan sesalur
polivinal satu fasa

2.8.3 Membuat tamatan kabel pada unit pengguna berdasarkan


gambar rajah pendawaian selongsong dan sesalur polivinal satu fasa.

20
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.8.4 Membuat tamatan kabel pada alat tambah berdasarkan gambar


rajah pendawaian selongsong dan sesalur polivinal satu fasa.

2.9 Melakukan pemeriksaan 2.9.1 Mengenalpasti jenis pengujian lit\ar pendawaian selongsong dan
Visual, ujian litar mati dan ujian sesalur polivinal satu fasa
litar hidup pada pendawaian
selongsong dan sesalur polivinal 2.9.2 Memeriksa sambungan dan kekemasan sistem pendawaian
satu fasa selongsong dan sesalur polivinal satu fasa berdasarkan
pemeriksaan visual.

2.9.3 Menguji keterusan, kekutuban dan rintangan penebatan


berdasarkan pendawaian selongsong dan sesalur polivinal satu fasa.

2.9.4 Menguji kefungsian Pemutus Litar Bocor Kebumi


(PLBK/ELCB)/Pemutus Litar Arus Baki (PLAB/RCCB) berdasarkan
peraturan Institusi Jurutera Elektrik (IJE/IEE) pendawaian selongsong
dan sesalur polivinal satu fasa

2.10 Menyediakan laporan 2.10.1 Mengenalpasti borang pelaporan berdasarkan prosedur


pendawaian selongsong dan pendawaian selongsong dan sesalur polivinal satu fasa
sesalur polivinal satu fasa

2.10.2 Mengesahkan laporan berdasarkan prosedur pendawaian


selongsong dan sesalur polivinal satu fasa.

21
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.11 Mengenal pasti spesifikasI, 2.11.1 Menyenaraikan langkah membuat pendawaian pembuluh dan
prosedur, alat tangan, peralatan sesalur logam satu fasa berdasarkan gambar rajah pendawaian.
dan bahan pendawaian
pembuluh dan sesalur logam
satu fasa 2.11.2 Menyediakan alat tangan, peralatan dan bahan berdasarkan
jenis pendawaian pembuluh dan sesalur logam satu fasa.

2.12 Mendawai litar pendawaian 2.12.1 Mentafsir lukisan pendawaian pembuluh dan sesalur logam satu
pembuluh dan sesalur logam fasa berdasarkan lukisan skematik
satu fasa. .

2.12.2 Mendawai litar satu fasa berdasarkan gambar rajah


pendawaian pembuluh dan sesalur logam satu fasa

2.13 Memasang sistem 2.13.1 Mengenalpasti aksesori sistem pembumian dan kotak agihan
pembumian, kotak agihan dan pendawaian pembuluh dan sesalur logam satu fasa
alat tambah pendawaian
pembuluh dan sesalur logam
satu fasa 2.13.2 Memasang sistem pembumian berdasarkan peraturan Institusi
Jurutera Elektrik (IJE/IEE) pendawaian pembuluh dan sesalur logam
satu fasa

2.13.3 Membuat tamatan kabel pada unit pengguna berdasarkan


gambar rajah pendawaian pembuluh dan sesalur logam satu fasa.

2.13.4 Membuat tamatan kabel pada alat tambah berdasarkan


gambar rajah pendawaian pembuluh dan sesalur logam satu fasa.

22
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.14 Melakukan pemeriksaan 2.14.1 Mengenalpasti jenis pengujian litar pendawaian pembuluh dan
Visual, ujian litar mati dan ujian sesalur logam satu fasa
litar hidup pada pendawaian
pembuluh dan sesalur logam
satu fasa 2.14.2 Memeriksa sambungan dan kekemasan sistem pendawaian
pembuluh dan sesalur logam satu fasa berdasarkan pemeriksaan
visual.

2.14.3 Menguji keterusan, kekutuban dan rintangan penebatan


berdasarkan pendawaian pembuluh dan sesalur logam satu fasa.

2.14.4 Menguji kefungsian Pemutus Litar Bocor Kebumi


(PLBK/ELCB)/Pemutus Litar Arus Baki (PLAB/RCCB) berdasarkan
peraturan Institusi Jurutera Elektrik (IJE/IEE) pendawaian pembuluh
dan sesalur logam satu fasa

2.15 Menyediakan laporan 2.15.1 Mengenalpasti borang pelaporan berdasarkan prosedur


pendawaian pembuluh dan pendawaian pembuluh dan sesalur logam satu fasa
sesalur logam satu fasa

2.15.2 Mengesahkan laporan berdasarkan prosedur pendawaian


pembuluh dan sesalur logam satu fasa.

2.16 Mengenal pasti spesifikasI, 2.16.1 Menyenaraikan langkah membuat pendawaian tersembunyi
prosedur, alat tangan, peralatan satu fasa berdasarkan gambar rajah pendawaian.

23
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

dan bahan pendawaian


tersembunyi satu fasa 2.16.2 Menyediakan alat tangan, peralatan dan bahan berdasarkan
jenis pendawaian tersembunyi satu fasa.

2.17 Mendawai litar pendawaian 2.17.1 Mentafsir lukisan pendawaian tersembunyi satu fasa
tersembunyi satu fasa. berdasarkan lukisan skematik

2.17.2 Mendawai litar satu fasa berdasarkan gambar rajah


pendawaian tersembunyi satu fasa.

2.18 Memasang sistem 2.18.1 Mengenalpasti aksesori sistem pembumian dan kotak agihan
pembumian, kotak agihan dan pendawaian tersembunyi satu fasa
alat tambah pendawaian
tersembunyi satu fasa
2.18.2 Memasang sistem pembumian berdasarkan peraturan Institusi
Jurutera Elektrik (IJE/IEE) pendawaian tersembunyi satu fasa

2.18.3 Membuat tamatan kabel pada unit pengguna berdasarkan


gambar rajah pendawaian tersembunyi satu fasa.

2.18.4 Membuat tamatan kabel pada alat tambah berdasarkan gambar


rajah pendawaian tersembunyi satu fasa.

24
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.19 Melakukan pemeriksaan 2.19.1 Mengenalpasti jenis pengujian litar pendawaian tersembunyi
Visual, ujian litar mati dan ujian satu fasa
litar hidup pada pendawaian
tersembunyi satu fasa
2.19.2 Memeriksa sambungan dan kekemasan sistem pendawaian
tersembunyi satu fasa berdasarkan pemeriksaan visual.

2.19.3 Menguji keterusan, kekutuban dan rintangan penebatan


berdasarkan pendawaian tersembunyi satu fasa.

2.19.4 Menguji kefungsian Pemutus Litar Bocor Kebumi


(PLBK/ELCB)/Pemutus Litar Arus Baki (PLAB/RCCB) berdasarkan
peraturan Institusi Jurutera Elektrik (IJE/IEE) pendawaian tersembunyi
satu fasa

2.20 Menyediakan laporan 2.20.1 Mengenalpasti borang pelaporan berdasarkan prosedur


pendawaian tersembunyi satu pendawaian tersembunyi satu fasa
fasa

2.20.2 Mengesahkan laporan berdasarkan prosedur pendawaian


tersembunyi satu fasa.

3. Kemahiran Teras 3.1 Mengamal Keselamatan 3.1.1 Mengenal pasti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Tempat Kerja berdasarkan Pentadbiran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
(PKKP514/OSHA514)

25
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.1.2 Mengetahui kaedah mengendali bahan kimia dan bahan


merbahaya berdasarkan prosedur.

3.1.3 Menyediakan laporan mengenai tingkah laku dan keadaan


tidak selamat berdasarkan prosedur

3.1.4 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan berdasarkan


peraturan Institusi Jurutera Elektrik (IJE/IEE)

3.1.5 Melaksanakan kemahiran keselamatan

3.2 Mengenal pasti Struktur


Organisasi 3.2.1 Mengenal pasti Rekabentuk Organisasi berdasarkan
tanggungjawab dan bidang tugas.

3.3 Mengamal Kerja Secara 3.3.1 Mengamalkan Sistem Organisasi dan Persekitaran Kerja
Bersistem berdasarkan Prosedur Operasi Standard

3.3.2 Mengenal pasti cara meningkatkan kemahiran dan


pengetahuan berdasarkan pembangunan kendiri dan motivasi.

26
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.4 Mengamal Budaya dan Etika 3.4.1 Mengamalkan Budaya Kerja berdasarkan persekitaran
Kerja (merangkumi kepelbagaian kaum, pegangan agama dan
budaya hidup serta latar belakang yang berbeza)

3.4.2 Mempraktikkan Integriti dan Amalan Beretika berdasarkan nilai-


nilai murni.

3.4.3 Mengamal budaya kerja yang bertanggungjawab berdasarkan


persekitaran tempat kerja.

3.4.4 Mengetahui prestasi kerja dan memperbaiki kelemahan


berdasarkan perbincangan antara pekerja dan majikan.

3.5 Mengendali Maklumat Asas 3.5.1 Mengurus maklumat berdasarkan prosedur.

3.5.2 Mendokumentasi maklumat berdasarkan prosedur

3.6 Mengaplikasi Fungsi 3.6.1 Mengenal pasti definisi Manual dan Prosedur Operasi Standard
Komunikasi dan arahan berdasarkan fungsi.

3.6.2 Menggunakan perkhidmatan telekomunikasi berdasarkan


prosedur.

27
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.6.3 Mengamalkan komunikasi secara efektif berdasarkan situasi.

3.6.4 Menyediakan laporan ringkas dan senarai semak yang


sistematik berdasarkan prosedur

3.6.5 Menghurai maklumat berdasarkan grafik dan carta alir.

3.7 Mengendali masalah Asas Di 3.7.1 Mengenal pasti kepentingan prosedur dan standard kualiti
Tempat Kerja berdasarkan masalah di tempat kerja.

3.7.2 Mengenal pasti masalah berdasarkan prosedur dan standard


kualiti

3.7.3 Memberi respon berdasarkan objektif organisasi

3.7.4 Menangani konflik di tempat kerja berdasarkan prosedur.

3.8 Mengaplikasi Asas 3.8.1 Mengenal pasti asas Teknologi Maklumat berdasarkan
Teknologi Maklumat kehidupan seharian

28
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.8.2 Mengenal fungsi asas sistem pengoperasian komputer


berdasarkan keperluan kerja.

3.8.3 Mengaplikasi teknologi maklumat di tempat kerja berdasarkan


keperluan kerja.

3.9 Merancang dan Mengendali 3.9.1 Menetapkan matlamat dan objektif berdasarkan Petunjuk
Aktiviti Kerja Prestasi Utama

3.9.2 Menetapkan keperluan latihan di tempat kerja berdasarkan


keperluan

3.9.3 Mengorganisasi dan memelihara peralatan, bahan dan


dokumentasi berdasarkan prosedur

29
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

PANEL PENGGUBAL

1 Adam Bin Othman Bahagian Pembangunan Kurikulum


2 Halim Bin Jajuli Bahagian Pembangunan Kurikulum
3 Rozailani Bin Iberahim Bahagian Pembangunan Kurikulum
4 Adzili Bin Mohamad Amri SMK Dato Panglima Perang Kiri, Jalan Tapah Road, Perak
5 Ahmad Fitri B. Zainol SMK Tmn. Melati, Kuala Lumpur
6 Azamani @ Azman Bin Ismail KV Kuantan, Alor Akar, Kuantan Pahang
7 Azman Bin Jamaat SMK Dato Sheikh Ahmad, Seremban, Negeri Sembilan
8 Hamsaril Bin Ahmad Kolej Vokasional Balik Pulau, Jalan Genting Balik Pulau, Pulau Pinang.
9 Hj. Mohd. Salleh Bin Ahmad Kolej Vokasional Kota Tinggi, Kota Kecil, Kota Tinggi, Johor
10 Ishak Bin Awang Kolej Vokasional Butterworth Pulau Pinang
11 Kamarruzaid Bin Abdul Karim SMT Kuantan, Pahang
12 Mohamad Firdaus Bin Mat Hussin SMK Tuanku Abd. Rahman, N.Sembilan
13 Mohd Firdaus Bin Ahmad SMK Syed Abu Bakar Kupang, Kedah
14 Mohamad Khirwal Bin Jaafar SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka
15 Kamarruzaid Bin Abdul Karim SMT Kuantan, Pahang
16 Raja Ati Norzainon Binti Raja Azman Shah SMK Saujana Utama, Sg Buluh, Selangor
17 Ropidah Binti Abdul Aziz SMK Kepong, Jalan FRIM Rawang, Selangor
18 Saidin Bin Dahalan Kolej Vokasional Lebuh Cator. Ipoh Perak
19 Samsul Bahri Bin Abd Hamid SMK Bandar Maharani Jalan Sultan Ismail Muar, Johor
20 Yusmar Bin Yusuf Kolej Vokasional Ampangan Seremban Negeri Sembilan

30
PVMA PENDAWAIAN ELEKTRIK TINGKATAN 4

PENGHARGAAN

Penasihat
Dr. Sariah Binti Abd. Jalil - Pengarah
Shamsuri Bin Sujak - Timbalan Pengarah ( Kemanusiaan)
Datin Dr. Ng Soo Boon - Timbalan Pengarah ( STEM)
Haji Naza Idris Bin Saadon - Ketua Sektor Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Penasihat Editorial
Raudah Binti Hj. Majid - Ketua Unit, Unit Ekonomi Rumah Tangga
Mahyudin Bin Ahmad - Ketua Unit, Unit Pertanian
Ansori Bin Ishak - Ketua Unit, Unit Kejuruteraan Awam
Shamsuri Bin Omar - Ketua Unit, Unit Kejuruteraan Mekanikal
Anuar Bin Mohd Som - Ketua Unit, Unit Kejuruteraan Elektrik

31

Anda mungkin juga menyukai