Anda di halaman 1dari 36

1.

0 TENAGA
1.1 Memahami tentang Kerja
Menyatakan Kerja (W) sebagai hasil darab daya (F) dan sesaran (s) suatu objek,
iaitu

W Fs
di mana arah sesaran adalah sama dengan arah daya yang dikenakan.
1.1.2 Menyatakan bahawa apabila kerja dilakukan, tenaga dipindahkan dari satu objek
ke objek yang lain.

1. Dalam kehidupan harian, perkataan kerja merujuk kepada hampir semua aktiviti
fizikal atau mental.

Rajah 1.1
2. Kerja dilakukan hanya apabila daya menghasilkan gerakan. Kerja dilakukan apabila
anda berjalan ke kolej dan juga apabila kren mengangkat sesuatu beban.

Pada

Rajah 1.1, lelaki melakukan kerja kerana dia menolak sebuah kotak dan
menyebabkan kotak itu bergerak.
3. Kerja ditakrifkan sebagai hasil darab daya yang bertindak dengan jarak yang
dilalui pada arah tindakan daya.
Kerja = daya x jarak pada arah tindakan daya
4. Jika daya F yang bertindak pada suatu objek menyebabkan objek itu bergerak melalui
jarak s dalam arah tindakan daya itu, kerja W yang dilakukan ialah:
W=FxS
5. Unit SI bagi kerja ialah Joule. 1 J ialah kerja yang dilakukan apabila daya 1 newton
(N) menggerakkan objek melalui jarak 1 meter (m).
1J=1Nm

Rajah 1.2

1.0 TENAGA
Contoh 1
Seorang budak menolak basikal dengan daya 25 N melalui satu sesaran 4 m. Kira kerja
dilakukan oleh budak itu.
Penyelesaian:
Kerja = daya x sesaran
= 25 N x 4 m
= 100 N m

Rajah 1.3

Contoh 2
Seorang wanita mengangkat pasu bunga berjisim 2 kg secara menegak hingga
mencapai ketinggian 0.4 m. Kira kerja dilakukan oleh wanita itu. (Diberi g = 9.8 m s -2)

Penyelesaian:
Berat = jisim x pecutan graviti
= 2 kg x 9.8 m s-2
= 19.6 kg m s-2

Rajah 1.4

Kerja = daya x sesaran


= 19.6 N x 0.4 m
= 7.84 N m

1.0 TENAGA
6. Tiada kerja dilakukan apabila daya dikenakan pada objek tetapi tiada sesaran
berlaku.
Objek pegun

Arah gerakan objek


serenjang dengan daya
yang dikenakan

Tiada daya dikenakan


ke atas objek dalam
arah
sesarannya
(Objek bergerak kerana
inersianya)

Seorang pelayan sedang


Seorang pelajar mengalas
membawa
sedulang Satelit mengorbit dalam
beg dan berdiri menunggu
angkasa. Tiada geseran
makanan dan berjalan.
bas.
di angkasa. Tiada daya
bertindak pada arah
gerakan orbit.
Jadual 1.1
7. Tenaga diperlukan untuk melakukan kerja.

1.0 TENAGA

Uji diri 1
1. Seorang pelajar mengangkat satu beg berjisim 15 kg ke atas bahunya melalui jarak
mencancang sepanjang 1.5 m seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5. Berapakah
kerja yang dilakukan oleh pelajar itu?

pe
ny
ele
sai
an

Daya, F = berat beban


= 15 x 9.8
= 147 N
Kerja, W = F x s
= 147 x 1.5
= 220.5 Nm

Rajah 1.5

2. Daya 200 N dikenakan kepada satu omboh. Jika omboh itu bergerak sebanyak 5 cm,
kirakan kerja yang dilakukan kepada omboh tersebut

pe
ny
ele
sai
an

Kerja, W = F x s
= 200 N x 0.05 m
= 10 Nm

3. Seorang pelajar menolak satu kotak di atas sebuah troli dengan kerja 100J. Kotak itu
bergerak sebanyak 5 m. Berapakah daya yang digunakan oleh pelajar tersebut.

pe
ny
ele
sai
an

Kerja, W = Daya x sesaran


Daya = Kerja / sesaran
= 100 J / 5 m
= 20 N

1.0 TENAGA
Rajah 1.6
1.2 Memahami tentang Tenaga dan Kuasa
1.2.1 Menyatakan maksud tenaga
1.2.2 Menerangkan maksud tenaga kinetik dengan mengunakan formula

Ek

1
mv 2
2

1.2.3 Menerangkan maksud tenaga keupayaan dengan menggunakan formula

Ep mgh
1.2.4 Menyatakan prinsip keabadian tenaga.
1.2.5 Menyatakan maksud kuasa dan menyatakan

W
t

Tenaga
1. Tenaga ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.
2. Unit SI bagi tenaga adalah sama dengan unit kerja, iaitu joule (J).
3. Tenaga mempunyai banyak bentuk yang berbeza dan boleh bertukar dari satu bentuk
yang lain.
Sebagai contoh, motor elektrik menukarkan tenaga elektrik ke tenaga mekanikal.
4. Kerja dilakukan apabila tenaga ditukarkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Sebagai contoh, tenaga kimia di dalam petrol ditukarkan kepada tenaga haba di
mana ia menjana enjin untuk membolehkan ia bergerak.
Tenaga Kinetik
1. Tenaga kinetik ialah tenaga yang dimiliki oleh suatu objek kerana gerakannya.
Sebarang objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetik.

1.0 TENAGA
Rajah 2.1
2. Untuk memecutkan objek berjisim m dari keadaan pegun sehingga ia mencapai
halaju v, daya bersih F perlu dikenakan.
v ms-1
m kg

FJ

Rajah 2.2
3. Kerja yang dilakukan oleh daya untuk memecutkan suatu objek ditukarkan kepada
tenaga kinetik, Ek. Maka tenaga kinetik bagi suatu objek berjisim m yang bergerak
dengan halaju v diberikan oleh
Ek =

1
2
2 mv

Contoh 1:
Sebiji bola berjisim 1 kg bergerak di permukaan lantai dengan halaju sekata 5 m s -1.
Berapakah kerja yang dilakukan oleh bola itu?
Penyelesaian:

1
2
2 mv

Tenaga kinetik =

Rajah 2.3

1
2

x 1 x 52

Contoh 2:
Satu jasad berjisim 4 kg sedang bergerak dengan halaju 4.5 m s-1. Kira tenaga kinetik
yang dipunyai oleh jasad itu.
Penyelesaian:
Tenaga kinetik =

1
2
2 mv
1
2

x 4 x 4.52

1.0 TENAGA

Tenaga Keupayaan Graviti


1. Tenaga keupayaan graviti ialah tenaga yang dipunyai oleh suatu objek disebabkan
oleh kedudukannya dari aras muka bumi. (Rajah 2.4)

Rajah 2.4

Rajah 2.5

2. Untuk menaikkan objek berjisim m melalui tinggi tegak h, daya ke atas yang sama
dengan beratnya mg mesti dikenakan.
3. Kerja yang dilakukan untuk menaikkan objek itu tersimpan dalam objek itu sebagai
tenaga keupayaan graviti, Ep.
4. Maka, tenaga keupayaan graviti objek, diberikan oleh
Ep = kerja yang dilakukan
= daya x jarak
= mg x h
Ep = mgh

Contoh 3:
Sebuah buku berjisim 2 kg diletakkan di atas satu meja. Ketinggian permukaan meja itu
dari lantai ialah 1.5 m seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6. Berapakah tenaga
keupayaan graviti yang dimiliki oleh kotak itu?
Penyelesaian:
Tenaga keupayaan buku = mgh
= 2 x 9.8 x 1.5
= 29.4 J

1.0 TENAGA
Rajah 2.6
Prinsip Keabadian Tenaga
1. Prinsip Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau
dimusnahkan, tetapi boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.
Prinsip ini menyatakan bahawa jumlah tenaga dalam sistem tertutup kekal malar.
2. Bagi suatu objek berjisim m yang jatuh bebas dari
keadaan pegun, tenaga keupayaan yang hilang adalah
sama dengan tenaga kinetik yang diperoleh oleh objek,
dengan andaian geseran udara diabaikan.

1
2

Oleh itu, mgh1 =

mv12

di mana v1 ialah halaju objek sejurus sebelum objek itu


terkena lantai. (Rajah 2.7)
Rajah 2.7

Perubahan bentuk tenaga ialah tenaga keupayaan tenaga kinetik

3. Jika objek dalam Rajah 2.8 melantun setinggi h2 selepas


terkena lantai, maka tenaga kinetik maksimum semasa
gerakan ke atas adalah sama dengan tenaga keupayaan
pada tinggi h2 itu.

Maka, mgh2 =

1
2

mv22

di mana v2 ialah halaju objek sejurus selepas ia

Rajah 2.8

meninggalkan lantai.

1.0 TENAGA

4. Bagi suatu objek yang menggelongsor menuruni satu landasan cerun lian seperti
dalam Rajah 2.9. Tenaga keupayaan di bahagian atas landasan adalah sama dengan

tenaga kinetik di dasar landasan. Maka, mgh =

1
2

mv2

Rajah 2.9
di mana v ialah halaju objek pada dasar landasan.

1.0 TENAGA

Contoh 4:
Sebiji bola keluli berjisim 2 kg dilepaskan dari ketinggian 8 m. selepas terkena lantai,
bola keluli itu didapati melantun ke atas pada ketinggian 3.2 m seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.10.
a) Jika rintangan udara boleh diabaikan dan
pecutan graviti, g = 9.8 m s-2, tentukan
(i) Tenaga kinetik bola keluli itu sejurus
sebelum terkena lantai.
(ii) halaju bagi bola itu apabila mencapai
lantai
(iii) tenaga kinetik bola keluli itu sejurus
selepas terkena lantai.

Rajah 2.10

b) Terangkan mengapa bola keluli itu tidak


dapat melantun ke tinggi asalnya.

Penyelesaian:
a)

i)

Tenaga kinetik bola sejurus sebelum terkena lantai adalah sama dengan
tenaga keupayaan asal bola keluli itu
Ek = mgh1
= 2 x 9.8 x 8

= 156.8 J

ii) Halaju v1 bagi bola itu apabila mencapai lantai adalah

1
2
2 mv

Ek =

156.8 =

1
2

x 9.8 x v12

v12 = 32
v1 = 5.66 m s-1
iii) Tenaga kinetik bola sejurus selepas terkena lantai adalah sama dengan
tenaga keupayaan maksimum semasa gerakan ke atas.
Ek = mgh2
= 2 x 9.8 x 3.2

= 62.72 J
10

1.0 TENAGA
b)

Bola keluli tidak dapat melantun ke aras ketinggian yang asal kerana
sebahagian daripada tenaga keupayaan asal hilang sebagai tenaga bunyi
dan haba.

Kuasa
1. Kuasa ditakrifkan sebagai kadar kerja yang dilakukan.
Kuasa =

kerja yang dilakukan


masa yang diambil

2. Jika W mewakili kerja yang dilakukan dan t mewakili masa yang diambil, maka kuasa
P diberikan oleh
P=

W
t

3. Unit SI kuasa ialah watt (W). Satu watt ialah kuasa yang dijanakan apabila 1 joule
kerja dilakukan dalam masa 1 saat.
4. Unit kuasa yang lebih besar adalah kilowatt (kW) dan megawatt (MW).
1 kW = 1 000 W
= 103 W
1 MW = 1 000 000 W
= 106 W
Contoh 5:
Jika sebuah mesin melalukan 600 J kerja selama 12 s, Kirakan kuasa mesin tersebut.
Penyelesaian:

Kuasa, P =

W
t
600
12

= 50 W

Fokus konsep
Kuasa enjin biasanya disebut dalam unit kuasa kuda
(hp). Unit ini digunakan oleh James Watt untuk
menghuraikan kuasa enjin stim yang diciptanya dalam
sebutan bilangan kuda yang dapat digantikan oleh enjin
itu. Walaupun kuasa kuda bukan unit SI, tetapi masih
biasa digunakan. Selain menghuraikan kuasa enjin,
kuasa kuda juga digunakan dalam menghuraikan kuasa
peralatan elektrik seperti penyaman udara. Satu kuasa
kuda adalah sama dengan kira kira 746 W

11

1.0 TENAGA

Uji diri 2
1. Satu 50 kg pelantak cerucuk menghentak cerucuk dengan halaju 8 ms -1. Kirakan
tenaga kinetik yang ada pada pelantak cerucuk apabila menghentak cerucuk itu.

Tenaga kinetik pelantak cerucuk ialah

p
e
n
y
el
e

E k=

1
2
2 mv
1
2

x 50 x 82

2. Sebuah kotak berjisim 8 kg diletakkan di atas satu rak yang berada pada ketinggian
0.2 m di atas sebuah meja. Jika ketinggian permukaan meja itu dari lantai ialah 0.5 m
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.11. Berapakah tenaga keupayaan graviti
yang dimilik oleh kotak itu dengan merujuk kepada
a)

Permukaan meja

b)

Permuakaan lantai

Rajah 2.11
a) Tenaga keupayaan objek dengan merujuk kepada permukaan
meja
Ep= mgh

p
e
n
y
el
e
s

= 8 x 9.8 x 0.2
= 15.68 J
b)Tenaga keupayaan objek dengan merujuk kepada permukaan lantai
Ep= mgh
= 8 x 9.8 x 0.7
= 54.88 J

12

1.0 TENAGA

3. Sebuah 1 000 kg kereta dan sebuah 10 000 kg bas masing masing bergerak dengan
halaju 30 m s-1. Manakah satu akan bergerak dengan tenaga kinetik yang lebih
tinggi?

Tenaga kinetik kereta,

p
e
n
y
el
e
s

Ek =

1
2
2 mv
1
2

x 1 000 x 302

= 450 000J = 450 kJ

Tenaga kinetik bas,

Ek =

1
2
2 mv
1
2

x 10 000 x 302

4. Tali sawat di lapangan terbang menggunakan 8 s untuk menggerakkan satu beg


sepanjang 5 m. Jika motor tali sawat itu menghasilkan daya 10 000 N,
a)

kirakan kuasa motor itu.

Kuasa, P =

p
e
n
y
el
e
s

W
t

F xS
t

10 000 x 5
8

13

1.0 TENAGA

Rajah 2.12

b) Jika tali sawat itu menghasilkan daya 15 000 N untuk membawa beban
tambahan. Berapakah masa yang digunakan untuk mengerakkan beg sejauh 5
m?

p
e
n
y
el
e
s

Kuasa, P =

Kerja yang dilakukan


masa yang diambil

Masa yang diambil =

Kerja yang dilakukan


kuasa

15 000 x 5
6250

5. Seorang pelajar berjisim 45 kg berlari menaiki satu tangga yang mempunyai 50 anak
tangga, tinggi setiap anak tangga adalah 20 cm seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
2.13
a) Berapakah kerja yang dilakukan oleh
pelajar itu?
b) Berapakah kuasa yang dijanakan oleh
a) Tinggi cancang tangga = 50 x 0.2 = 10 m
pelajar itu, jika dia mengambil masa 22 s
untuk sampai ke anak
tangga
Kerja
yangteratas?
dilakukan, W = F x s
= mg x s

Rajah 2.13

= 45 x 9.8 x 10 m
= 4 410 J

b) Kuasa yang dijanakan =

P=

Kerja yang dilakukan


masa yang diambil
4410
22

14

1.0 TENAGA
p
e
n
y
el
e
s
6. Satu batu dibaling ke atas dengan halaju 20 m s -1. Berapakah ketinggian maksimum
yang boleh dicapai oleh batu itu.

Menurut prinsip keabadian tenaga,

p
e
n
y
el
e
s

1
2

mgh =

mv2

gh =

1
2

v2

9.8 x h=

1
2

(20)2

h=

200
9.8

15

1.0 TENAGA

1.3 Mengaplikasi kecekapan


1.3.1 Menerangkan maksud kecekapan sesuatu alat menggunakan formula

Kecekapan

Kuasa output
100%
Kuasa input

1.3.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan kerja, tenaga, kuasa dan kecekapan.

1. Kecekapan bagi sebuah mesin boleh ditakrifkan sebagai nisbah kuasa output yang
berguna kepada jumlah kuasa yang dimasukkan ke dalam mesin itu. Maka nisbah ini
biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan.
Jadi,

kuasa output
kuasa input

x 100% atau

kerja output
kerjainput

x 100% atau

tenaga output
tenagainput

Kecekapan =

x 100%

2. Mesin dengan 100% kecekapan tidak wujud. Sebahagian tenaga akan hilang untuk
mengatasi geseran dan di bahagian mesin yang bergerak.
3. Memaksimumkan kecekapan adalah penting kerana ini akan membantu memulihara
sumber sumber. Ini boleh dicapai dengan menghasilkan mesin mesin yang
mempunyai kecekapan yang tinggi.
4. Dengan adanya teknologi moden, mesin mesin sekarang adalah jauh lebih bagus
berbanding dengan yang lama.

16

1.0 TENAGA
5. Semua mesin mempunyai kuasa mekanikal masing masing. Enjin dan bahagian
dalam mesin dicipta untuk menyesuaikan dengan kegunaan masing masing.
Contohnya, foklif (Rajah 3.1) diciptakan untuk mengangkut beban yang ringan
manakala kren (Rajah 3.2) dicipta untuk mengangkat beban yang lebih berat.

Rajah 3.1

Rajah 3.2

Contoh 1:
Satu jet hidraulik digunakan untuk mengangkat sebuah kereta. Jika kerja input pada jet
ialah 6 000J dan kerja output pada kereta ialah 5 000J. Berapakah kecekapan jet
hidraulik itu?
Penyelesaian:
Kecekapan =

kerja output
kerjainput
5 000 J
6 000 J

x 100%

x 100%

Contoh 2:
Sistem takal pada Rajah 3.3 digunakan untuk mengangkat enjin daripada sebuah
kenderaan. Seorang mekanik menarik takal sepanjang 3 m dengan daya 2 500 N. Enjin
tersebut mempunyai berat 13 200 N diangkat setinggi 0.5 m.
Kirakan
Penyelesaian:
Rajah 3.3
a) a) Kerja
Kerjainput
inputialah kerja yang dilakukan oleh mekanikal
b)
kerja output
W = F x s sistem takal itu.
c)
Kecekapan
= 2500 x 3 m
= 7 500 J
b) Kerja output ialah kerja yang digunakan untuk mengangat enjin.
W =Fxs
= 13 200 x 0.5 m
= 6 600 J
c) Kecekapan =

kerja output
kerjainput

x 100%
17

6 600 J
7 500 J

x 100%

1.0 TENAGA

Cara-cara Meningkatkan Kecekapan Alat-alat Elektrik

18

1.0 TENAGA
a) Alat Penghawa dingin

1. Memadamkan suis jika tidak diguna.


2. Membeli penghawa dingin yang
mempunyai kuasa sesuai mengikut
saiz bilik.
3. Tutup semua pintu dan tingkap bilik
untuk mengelakkan udara sejuk
daripada mengalir ke luar bilik.

b) Peti Sejuk

1. Sentiasa ingat menutup pintu peti


sejuk.
2. Membuka pintu peti sejuk
apabila perlu.

hanya

3. Memastikan gelung penyejuk sentiasa


bersih.
4. Mencairkan air batu dalam peti sejuk
dari masa ke masa.
5. Memilih peti sejuk yang mempunyai
muatan yang sesuai dengan bilangan
ahli keluarga. Peti sejuk yang besar
biasanya mempunyai kecekapan yang
lebih tinggi.

c) Lampu

1. Guna lampu berpendafluor untuk


menggantikan lampu pijar. Lampu
berpendafluor adalah jauh lebih
cekap daripada lampu pijar.

d) Mesin basuh

1. Menggunakan mesin basuh "frontloading" kerana ia memerlukan air dan


elektrik yang kurang.
19

1.0 TENAGA
2. Menggunakan
pemantul
cahaya
untuk memantulkan cahaya kepada
ruang yang diinginkan.

2. Menggunakan mesin basuh hanya


anda mempunyai kuantiti baju yang
cukup untuk dibasuh.

Uji diri 3
1. Satu daya 250 N digunakan untuk mengangkat suatu beban seberat 1 000 N melalui
jarak 5 m dengan menggunakan sistem takal. Jika daya itu bergerak melalui jarak 30
m, hitungkan
a) kerja yang dilakukan untuk mengangkat beban itu,
b) Kerja yang dilakukan bagi 30 m,
c) kecekapan sistem takal itu.
a) Kerja yang dilakukan untuk mengangkat beban itu
W =Fxs
= 1000 x 5 m

p
e
n
y
el
e
s

= 5 000 J
b) Kerja yang dilakukan bagi 30 m.
W =Fxs
= 250 x 30 m
= 7 500 J

c) Kecekapan =

kerja output
kerjainput
5 000 J
7 500 J

x 100%

x 100%

20

1.0 TENAGA

2.Suatu beban 200 N diangkat melalui jarak 1.5 m oleh sebuah mesin apabila daya F
bergerak melalui jarak sepanjang 6 m seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Rajah
3.4. Jika kecekapan mesin itu adalah 80%, hitungkan
a)

Kerja yang dilakukan oleh mesin itu,

b)

nilai daya F

c)

tenaga yang hilang dari mesin itu.

Rajah 3.4

a) Kerja yang dilakukan oleh mesin


W output = F x s
= 200 x 1.5 m

p
e
n
y
el
e
s

= 300 J
b) Input kerja mesin itu
W input = F x 6

Kecekapan =

80% =

kerja output
kerjainput
300 J
6 FJ

x 100%

x 100%

F = 62.5 N
c) Input kerja mesin itu, W input = 6 x 62.5
= 375 J
Tenaga yang hilang = 375 300

21

1.0 TENAGA

1.4

Memahami tentang Pengubah Tenaga

1.4.1 Menjelaskan maksud pengubah tenaga.


1.4.2 Menerangkan bagaimana perubahan tenaga berlaku dalam contoh pengubah
tenaga dalam sistem mekanikal (alternator), terma (enjin) dan elektrik (motor
elektrik).

Pengubah Tenaga
1. Pengubah tenaga merupakan alat yang bertindak mengubah satu bentuk tenaga ke
bentuk tenaga yang lain.
2. Pengubah tenaga mekanikal menukarkan tenaga mekanikal kepada bentuk yang lain.
Alternator (Rajah 4.1), kincir angin (Rajah 4.2) dan penjana kuasa (Rajah 4.3) adalah
contoh pengubah tenaga mekanikal.

Rajah 4.1

Rajah 4.2

Rajah 4.3

3. Pengubah tenaga terma menukarkan tenaga terma kepada bentuk yang lain. Jalur
dwilogam (Rajah 4.4), termopil (Rajah 4.5) dan enjin pembakaran dalam (Rajah 4.6)
adalah contoh pengubah tenaga terma.

22

1.0 TENAGA

Rajah 4.4

Rajah 4.5

Rajah 4.6

4.Pengubah tenaga elektrik menukarkan tenaga elektrik kepada pelbagai bentuk


tenaga yang lain. Contohnya, pengisar (Rajah 4.7) menukarkan tenaga elektrik
kepada tenaga mekanikal dan tenaga bunyi. Lampu (Rajah 4.8) menukarkan tenaga
elektrik kepada tenaga cahaya.

Rajah 4.7

Rajah 4.8

5. Pengubah tenaga adalah penting dalam kehidupan harian kita :


a) Untuk mengaplikasikan sumber tenaga yang di sekeliling kita mengikut keperluan
dan kehendak.
b) Dapat menjimatkan pengunaan satu sumber tenaga sahaja.
c) Untuk menambahkan lagi sumber tenaga yang boleh digunakan di dalam
kehidupan kita.
Pengubah Tenaga Mekanikal - Alternator
1. Alternator ialah satu alat (GENERATOR) untuk mengubah tenaga mekanikal
kepada tenaga elektrik (arus ulang alik). Biasanya, alternator terdapat di dalam
komponen enjin kereta.
2. Alternator (Rajah 4.9) terdiri daripada dua bahagian:
a)

Bahagian Pemegun (stator) - satu set belitan wayar atau kabel elektrik (tembaga)
yang tetap.

b)

Bahagian Rotor gabungan kutub magnet yang bergerak

23

1.0 TENAGA

Rajah 4.9

Rajah 4.10

3. Rotor disambungkan kepada engin oleh satu tali. Enjin kereta menyebabkan rotor
berpusing. Pusingan rotor yang mengandungi medan magnet bergerak merentasi
kondaktor. Arus elektrik dihasilkan melalui gerakan rotor yang menghasilkan medan
electromagnet (EMF).
4. Fungsi alternator adalah untuk menghasilkan arus elektrik secara langsung untuk
bateri kereta yang dicas dan menambahkan kuasa untuk tenaga elektrik yang
digunakan oleh kenderaan.
5. Arus atau frekuensi elektrik bergantung gerakan tenaga mekanikal (putaran rotor).
Semakin tinggi putaran rotor, semakin tinggi arus atau frekuensi elektrik.
Pengubah Tenaga Terma - Enjin
1. Enjin merupakan nadi penggerak bagi sesebuah kenderaan. Enjin menghasilkan
kuasa apabila berlakunya pembakaran pada kebuk pembakaran pada blok enjin.
2. Enjin terbahagi kepada dua jenis, iaitu enjin

pembakaran

dalam

dan

enjin

pembakaran luar. Enjin pembakaran luar seperti enjin stim yang digunakan oleh
keretapi (Rajah 4.11) atau kapal yang lama di mana pembakaranya berlaku di luar.

Rajah 4.11

Rajah 4.12

3. Enjin pembakaran dalam ialah jenis enjin yang mengeluarkan kuasa hasil dari
pembakaran bahan api dan pengoksida (biasanya udara) berlaku dalam ruang
terbatas yang dipanggil kebuk pembakaran
4. Enjin pembakaran dalam dikelaskan kepada dua jenis berdasarkan cara bahan api
dibakar untuk menghasilkan kuasa, iaitu sama ada menggunakan pencucuhan

24

1.0 TENAGA
mampatan (diesel) atau pencucuhan bunga api (petrol). Kedua-dua jenis enjin ini
menjalankan operasinya secara 4 lejang atau 2 lejang.

A)
1.

Enjin petrol empat lejang


Kebanyakan enjin kereta mempunyai enjin petrol empat lejang dan terdiri daripada
empat silinder.

2.

Setiap silinder mempunyai komponen asas


(Rajah 4.13), iaitu

3.

4.

a)
omboh
b)
injap masuk
c)
injap ekzos
d)
palam pencucuh
e)
aci engkol
Setiap enjin empat lejang melakukan empat lejang, iaitu:
a) lejang pengambilan
b)

lejang mampatan

c)

lejang kuasa

d)

lejang ekzos

Rajah 4.13

Kitar empat lejang diulangi terus menerus selagi enjin kenderaan dihidupkan.

Lejang pengambilan

Lejang mampatan

Lejang kuasa

Lejang ekzos

Omboh bergerak ke Omboh bergerak ke Kedua-dua injap tertutup. Omboh bergerak ke


bawah
atas.
atas. Aci engkol
Palam
pencucuh
mula
bergerak.
Injap masuk terbuka Kedua-dua
injap
menghasil percikan api
(Tenaga
dan campuran petroltertutup.
untuk
mekanikal )
udara
memasuki Campuran petrol-udara
campuran itu.
silinder.
(Tenaga
Tekanan gas panas Injap ekzos terbuka
dimampatkan
Kimia)
untuk
menolak omboh ke
melepaskan gas
Pada masa yang sama,
bawah.
(Tenaga
ekzos ke luar
injap ekzos tertutup.
Terma )
25

1.0 TENAGA
silinder.
Pada masa yang
sama,
injap
masuk tertutup.
Jadual 4.1: Stuktur dan prinsip operasi enjin petrol empat lejang

B)

Enjin diesel empat lejang

1. Kebanyakan kenderaan berat seperti lori, bas, kereta api, traktor, kapal dan mesin
dalam bidang pembinaan menggunakan enjin diesel empat lejang.
2. Enjin diesel diperlukan oleh kenderaan berkuasa tinggi.
3. Prinsip operasi enjin diesel pada asasnya adalah sama dengan enjin petrol empat
lejang. Perbezaannya adalah:
a) hanya udara yang boleh masuk ke dalam lejang pengambilan
b) enjin diesel tidak menggunakan palam pencucuh untuk menyalakan bahan api.
Bahan api dinyalakan oleh suhu udara (termampat) yang sangat panas.
Lejang pengambilan

Lejang mampatan

Lejang kuasa

Lejang ekzos

Omboh bergerak ke

bawah
Injap masuk terbuka dan
udara
memasuki
silinder.

Pada masa yang sama,


injap ekzos tertutup.

Omboh bergerak ke Kedua-dua


injap Omboh bergerak ke
atas.
tertutup.
atas.
Kedua-dua
injap Diesel dipancitkan Injap ekzos
tertutup.
oleh pemancit ke
terbuka
dalam
udara
panas
untuk melepaskan
Udara
dan
dinyalakan.
gas ekzos ke luar
dimampatkan, lalu
silinder.
Gas
panas
yang
suhu meningkat.
Pada masa yang
mengembang
menolak omboh ke
sama,
injap
bawah.
masuk tertutup.
Jadual 2: Stuktur dan prinsip operasi enjin diesel empat lejang

26

1.0 TENAGA

Pengubah Tenaga elektrik - Motor Elektrik


1. Motor elektrik (Rajah 4.14) menggunakan

sebagai sumber

tenaga dan menghasilkan

dalam bentuk tenaga kilas dan

putaran.
2. Motor ini digunakan untuk mengendalikan pelbagai jenis peralatan kecil dan besar
seperti pencukur elektrik, kipas angin, pembersih vakum dan juga kereta api elektrik.
Unit kuasa elektrik ialah watt dan simbolnya ialah W.
3. Motor elektrik terbahagi kepada dua jenis: motor DC dan Motor AC. Motor DC
menggunakan arus terus manakala motor AC menggunakan arus ulang alik.
4. Bahagian utama motor terdiri daripada angker, penukartertib, kutub medan dan
berus karbon. Angker dan penukartertib terdapat pada pemutar. Kutub medan dan
berus karbon terdapat pada pemegun. (Rajah 4.15)

Kutub medan
Angker/ amartur

Berus karbon

Penukar tertib

Rajah 4.14

Rajah 4.15

Gegelung/Angker/Amartur
Angker ialah bahagian motor yang

dan

merupakan bahagian yang menerima tenaga elektrik. Angker


terdiri daripada beberapa bahagian iaitu teras angker, belitan
angker dan lubang alur. Teras angker berfungsi sebagai
dan berputar apabila arus elektrik
mengalir melaluinya.
Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu 27
kutub
yang berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan
menolak.

1.0 TENAGA

Rajah 4.16

Penukartertib/komutator
Penukartertib ialah komponen yang berbentuk
yang terdapat di dalam pemutar. Komponen ini merupakan
susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama
lain.
Penukartertib berfungsi untuk menghubungkan pengaliran

Rajah 4.17

arus dari bekalan kepada belitan angker melalui berus karbon.

Kutub medan
Kutub medan adalah untuk menghasilkan medan magnet
dalam motor arus terus. Motor arus
terus bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutub
medan.
Motor arus terus bersaiz besar menggunakan elektromagnet
sebagai kutub medan. Belitan untuk menghasilkan kekuatan

Rajah 4.18

magnet pada kutub medan magnet pada kutub medan

Berus karbon
Berus karbon berbentuk

karbon kecil yang

bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang


berputar dengan bahagian yang pegun. Berus karbon
digunakan untuk membawa

masuk ke belitan

angker atau keluar dari belitan angker.

Rajah 4.19
28

1.0 TENAGA

6. Jadual 4.3 menunjukkan motor arus terus dwikutub ringkas dengan berus.

Sebuah motor arus


terus
ringkas.
Semasa
arus
elektrik
melalui
gelung, satu medan
magnet terhasil di
sekeliling
angker.
Bahagian
kiri
angker ditolak jauh
oleh magnet kiri ke
arah
kanan,
menyebabkan
putaran.

Angker
berputar.
Putaran ini
tenaga

terus Semasa
angker Proses berulang
berkedudukan
ialah melintang, penukar
tertib menukar arah
aliran arus melalui
gelung,
menterbalikkan
medan magnet.

Jadual 4.3
7.

Semasa arus melalui gelung yang dililit pada sebatang teras besi lembut, bahagian
kutub positif bertindak mengikut daya ke atas, manakala bahagian yang satu lagi
pula bertindak mengikut daya ke bawah.

8.

Menurut Hukum Tangan Kanan Fleming, paduan daya tersebut menghasilkan


kesan memusing pada gelung, menyebabkan ia berputar. Untuk membolehkan
motor berputar pada satu arah yang tetap, penukar tertib arus terus menterbalikkan
29

1.0 TENAGA
arah arus setiap separuh putaran (bagi motor dwikutub) sekaligus menyebabkan
motor terus berputar pada satu arah yang sama.

Latihan Pengukuhan
1. Apakah unit bagi kerja?
A.

Meter

C.

Kilogram

B.

Joule

D.

Newton

2. Antara definisi berikut, yang manakah benar tentang kerja?


A.

perbezaan dalam tekanan

B.

perbezaan voltan dua titik

C. apabila objek pegun kekal di kedudukannya.


D. apabila daya yang dikenakan menyebabkan beban berpindah
3. Nisbah kerja output kepada kerja input dikenali sebagai
A.

Kuasa

C.

Tekanan

B.

Tenaga

D.

Kecekapan

4. Alat elektrik berkuasa yang manakah menggunakan tenaga paling cepat?


(Andaikan semua alat menggunakan saiz bateri dan jenis yang sama)
A.

Jam dinding

C.

Helikopter kawalan jauh

B.

Anak patung

D.

Television kawalan jauh

5. Apakah pengubah tenaga?


A.

Tenaga untuk melakukan kerja

B.

Tenaga untuk membuat badan membesar

C. Generator yang menghasilkan voltan ulang alik


D. Alat untuk menukar tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

30

1.0 TENAGA
6. Yang manakah antara alat berikut bukan pengubah tenaga mekanikal?
A.

Alternator

B.

KIncir angin

C. Penjana kuasa
D. Enjin Pembakaran dalam

7. Tandakan () bagi situasi yang menunjukkan kerja dilakukan dan (X) bagi situasi yang
menunjukkan kerja tidak dilakukan.
a)
b)
c)
d)

Seorang pelajar membawa sebilangan buku ke bilik guru.


Ali mengangkat pensel.
Guru berdiri di hadapan kelas dan memanggil seorang pelajar.
Marina bergerak ke tingkat dua di pasaraya menggunakan lif.

(
(
(
(

)
)
)
)

8. Satu bola dilepaskan dari titik A pada ketinggian 0.8 dan ia bergerak turun sepanjang
landasan licin. Berapakah halaju bola apabila mencapai titik B.
[Tenaga keupayaan, Ep = mgh; Tenaga kinetik, Ek =

1
2

mv2]

Prinsip keabadian tenaga,


mgh =

1
2

9.8 x 0.8 =

7.84 =

1
2

v2 = 15.68

mv2
1
2

v2

v2
31

1.0 TENAGA

9. Sebuah motor elektrik digunakan untuk mengangkat beban berjisim 2 kg dalam masa
7.5 saat.

a)

Tentukan berat beban.


[pecutan graviti, g = 9.8 ms-2]

Berat = jisim x pecutan graviti


= 2 x 9.8
= 19.6 N

b)

Berapakah kerja yang dilakukan oleh motor itu untuk mengangkat beban?
[Tenaga keupayaan, Ep = mgh; Tenaga kinetik, Ek =

1
2

mv2]

Kerja yang dilakukan = Tenaga keupayaan


= mgh
= 2 x 9.8 x 1.5
= 29.4 J

32

1.0 TENAGA

10.

Rajah menunjukkan sebuah penghentak cerucuk berjisim 75 kg dilepaskan dari

suatu ketinggian untuk mengetuk rod cerucuk. Oleh itu, rod cerucuk tersebut akan
terbenam ke dalam tanah pada kedalaman tertentu.
Kedudukan asal

Kedudukan akhir
Tanah

a)

Hitungkan tenaga keupayaan bagi penghentak cerucuk pada ketinggian 5m.

Tenaga keupayaan = mgh


= 75 x 9.8 x 5
= 3675 J

b)

Ramalkan berapa banyak tenaga keupayaan yang disimpan dalam penghentak


cerucuk jika ia dibebaskan dari titik yang lebih tinggi.

Lebih besar daripada 3675J

c)

Berikan penjelasan bagi jawapan anda di b).


33

1.0 TENAGA
Tenaga keupayaan bergantung kepada ketinggian objek.
Semakin tinggi objek berada, semakin besar tenaga
keupayaan disimpan.

11.

Satu motor elektrik pada kren mainan mengangkat suatu objek berjisim 0.12 kg

dan mencapai ketinggian 0.4 m dalam masa 5 s. Motor elektrik tersebut dibekalkan
tenaga elektrik oleh bateri sebanyak 0.8 J.
a)

Kirakan tenaga yang digunakan oleh motor.


[Tenaga keupayaan, Ep = mgh; Tenaga kinetik Ek =

1
2

mv2]

Kerja yang dilakukan = Tenaga keupayaan


= mgh
= 0.12 x 9.8 x 0.4
= 0.47 J

b)

Hitungkan kecekapan motor

tenaga output
[ Kecekapan = tenagainput
tenaga output x 100%]
Kecekapan = tenagainput x 100%

c)

0. 47
x 100
0 .8

Berapakah kuasa motor elektrik itu.


[P =

W
t ]

34

1.0 TENAGA

Kuasa

W
t

0.47
5

12. Rajah di bawah menunjukkan satu peringkat lejang dalam enjin petrol empat lejang.
Kedua dua injap
tertutup

a)

(i)

Namakan lejang tersebut.

Lejang kuasa
(ii)

Nyatakan ciri ciri bagi lejang yang anda namakan di a) (i)

Palam pencucuh menghasil percikan api untuk menyalakan


campuran petrol dan udara
b)

Lengkapkan gambarajah blok untuk menunjukkan pertukaran tenaga semasa


pembakaran bahan api dalam lejang yang dinyatakan di a) (i)

Tenaga Terma

Tenaga
mekanikal

35

1.0 TENAGA
c)

Namakan lejang terakhir bagi suatu enjin petrol empat lejang.

Lejang ekzos

Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_combustion_engine
Hadariah Binti Bahron, Mohd Isa Bin Mohd Yusof, Sharifah Rohaiza Binti Syed Omar,
Mohamed Radzi Bin Abdul Wahab (2009) Applied Science Form 4 and 5. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
http://auto.howstuffworks.com/alternator2.htm
http://mohdfariduyob.blogspot.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Motor_elektrik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Motor_elektrik_DC_dengan_berus
Nursara Qistina, Qharyna Hazleiy (2011) Module Exercises Applied Science SPM. Selangor:
Local Publications
Yap Eng Keat, Khoo Goh Kow (2014) Esensi Fizik SPM. Shah Alam: Pearson Malaysia Sdn
Bhd

36

Anda mungkin juga menyukai