Anda di halaman 1dari 36

1.

0 TENAGA
1.1 Memahami tentang Kerja
Menyatakan Kerja (W) sebagai hasil darab daya (F) dan sesaran (s) suatu objek,
iaitu

W Fs
di mana arah sesaran adalah sama dengan arah daya yang dikenakan.
1.1.2 Menyatakan bahawa apabila kerja dilakukan, tenaga dipindahkan dari satu objek
ke objek yang lain.

1. Dalam kehidupan harian, perkataan kerja merujuk kepada hampir semua aktiviti fizikal
atau mental.

Rajah 1.1
2. Kerja dilakukan hanya apabila daya menghasilkan gerakan. Kerja dilakukan apabila
anda berjalan ke kolej dan juga apabila kren mengangkat sesuatu beban. Pada Rajah
1.1, lelaki melakukan kerja kerana dia menolak sebuah kotak dan menyebabkan kotak
itu bergerak.
3. Kerja ditakrifkan sebagai hasil darab daya yang bertindak dengan jarak yang dilalui
pada arah tindakan daya.
Kerja =
4. Jika daya F yang bertindak pada suatu objek menyebabkan objek itu bergerak melalui
jarak s dalam arah tindakan daya itu, kerja W yang dilakukan ialah:
W=
5. Unit SI bagi kerja ialah

. 1 J ialah kerja yang dilakukan apabila daya 1

newton (N) menggerakkan objek melalui jarak 1 meter (m).


1J=

Rajah 1.2

1.0 TENAGA
Contoh 1
Seorang budak menolak basikal dengan daya 25 N melalui satu sesaran 4 m. Kira kerja
dilakukan oleh budak itu.
Penyelesaian:

Rajah 1.3

Contoh 2
Seorang wanita mengangkat pasu bunga berjisim 2 kg secara menegak hingga mencapai
ketinggian 0.4 m. Kira kerja dilakukan oleh wanita itu. (Diberi g = 9.8 m s -2)
Penyelesaian:

Rajah 1.4

1.0 TENAGA
6. Tiada kerja dilakukan apabila daya dikenakan pada objek tetapi tiada sesaran berlaku.
Objek pegun

Arah gerakan objek


serenjang dengan daya
yang dikenakan

Tiada daya dikenakan


ke atas objek dalam
arah
sesarannya
(Objek bergerak kerana
inersianya)

Seorang pelayan sedang


Seorang pelajar mengalas
membawa
sedulang Satelit mengorbit dalam
beg dan berdiri menunggu
angkasa. Tiada geseran
makanan dan berjalan.
bas.
di angkasa. Tiada daya
bertindak pada arah
gerakan orbit.
Jadual 1.1
7. Tenaga diperlukan untuk melakukan kerja.

1.0 TENAGA
Uji diri 1
1. Seorang pelajar mengangkat satu beg berjisim 15 kg ke atas bahunya melalui jarak
mencancang sepanjang 1.5 m seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5. Berapakah
kerja yang dilakukan oleh pelajar itu?

pe
ny
ele
sai
an
Rajah 1.5

2. Daya 200 N dikenakan kepada satu omboh. Jika omboh itu bergerak sebanyak 5 cm,
kirakan kerja yang dilakukan kepada omboh tersebut

pe
ny
ele
sai
an

3. Seorang pelajar menolak satu kotak di atas sebuah troli dengan kerja 100J. Kotak itu
bergerak sebanyak 5 m. Berapakah daya yang digunakan oleh pelajar tersebut.

pe
ny
ele
sai
an

Rajah 1.6
4

1.0 TENAGA
1.2 Memahami tentang Tenaga dan Kuasa
1.2.1 Menyatakan maksud tenaga
1.2.2 Menerangkan maksud tenaga kinetik dengan mengunakan formula

Ek

1
mv 2
2

1.2.3 Menerangkan maksud tenaga keupayaan dengan menggunakan formula

Ep mgh
1.2.4 Menyatakan prinsip keabadian tenaga.
1.2.5 Menyatakan maksud kuasa dan menyatakan

W
t

Tenaga
1. Tenaga ditakrifkan sebagai

untuk melakukan kerja.

2. Unit SI bagi tenaga adalah sama dengan unit kerja, iaitu


3. Tenaga mempunyai banyak bentuk yang berbeza dan boleh bertukar dari satu bentuk
yang lain.
Sebagai contoh, motor elektrik menukarkan tenaga elektrik ke tenaga mekanikal.
4. Kerja dilakukan apabila tenaga ditukarkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Sebagai contoh, tenaga kimia di dalam petrol ditukarkan kepada tenaga haba di mana
ia menjana enjin untuk membolehkan ia bergerak.
Tenaga Kinetik
1. Tenaga kinetik ialah tenaga yang
Sebarang objek yang

oleh suatu objek kerana gerakannya.


mempunyai tenaga kinetik.

Rajah 2.1
5

1.0 TENAGA
2. Untuk memecutkan objek berjisim m dari keadaan pegun sehingga ia mencapai halaju
v, daya bersih F perlu dikenakan.
v ms-1
m kg

FJ

Rajah 2.2
3.

yang dilakukan oleh daya untuk memecutkan suatu objek


ditukarkan kepada

. Maka tenaga kinetik bagi suatu

objek berjisim m yang bergerak dengan halaju v diberikan oleh


Ek =

Contoh 1:
Sebiji bola berjisim 1 kg bergerak di permukaan lantai dengan halaju sekata 5 m s -1.
Berapakah kerja yang dilakukan oleh bola itu?
Penyelesaian:

Rajah 2.3

Contoh 2:
Satu jasad berjisim 4 kg sedang bergerak dengan halaju 4.5 m s-1. Kira tenaga kinetik
yang dipunyai oleh jasad itu.
Penyelesaian:

1.0 TENAGA
Tenaga Keupayaan Graviti
1. Tenaga keupayaan graviti ialah tenaga yang dipunyai oleh suatu objek disebabkan oleh
dari aras muka bumi. (Rajah 2.4)

Rajah 2.4

Rajah 2.5

2. Untuk menaikkan objek berjisim m melalui tinggi tegak h, daya ke atas yang sama
dengan beratnya mg mesti dikenakan.
3. Kerja yang dilakukan untuk menaikkan objek itu tersimpan dalam objek itu sebagai
4. Maka, tenaga keupayaan graviti objek, diberikan oleh
Ep = kerja yang dilakukan
= daya x jarak
= mg x h
Ep =

Contoh 3:
Sebuah buku berjisim 2 kg diletakkan di atas satu meja. Ketinggian permukaan meja itu
dari lantai ialah 1.5 m seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6. Berapakah tenaga
keupayaan graviti yang dimiliki oleh kotak itu?
Penyelesaian:

Rajah 2.6
Prinsip Keabadian Tenaga
7

1.0 TENAGA
1. Prinsip Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga

boleh dicipta

atau dimusnahkan, tetapi boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.
Prinsip ini menyatakan bahawa jumlah tenaga dalam sistem tertutup kekal malar.
2. Bagi suatu objek berjisim m yang jatuh bebas dari keadaan
pegun, tenaga keupayaan yang hilang adalah sama
dengan tenaga kinetik yang diperoleh oleh objek, dengan
andaian geseran udara diabaikan.
Oleh itu,
di mana v1 ialah halaju objek sejurus sebelum objek itu
terkena lantai. (Rajah 2.7)

Rajah 2.7

Perubahan bentuk tenaga ialah

3. Jika objek dalam Rajah 2.8 melantun setinggi h2 selepas


terkena lantai, maka tenaga kinetik maksimum semasa
gerakan ke atas adalah sama dengan tenaga keupayaan
pada tinggi h2 itu.
Maka,
di mana v2 ialah halaju objek sejurus selepas ia
meninggalkan lantai.

Rajah 2.8

1.0 TENAGA
4. Bagi suatu objek yang menggelongsor menuruni satu landasan cerun lian seperti
dalam Rajah 2.9. Tenaga keupayaan di bahagian atas landasan adalah

dengan tenaga kinetik di dasar landasan. Maka, mgh =

1
2

mv2

Rajah 2.9
di mana v ialah halaju objek pada dasar landasan.

1.0 TENAGA

Contoh 4:
Sebiji bola keluli berjisim 2 kg dilepaskan dari ketinggian 8 m. selepas terkena lantai, bola
keluli itu didapati melantun ke atas pada ketinggian 3.2 m seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.10.
a) Jika rintangan udara boleh diabaikan dan
pecutan graviti, g = 9.8 m s-2, tentukan
(i) Tenaga kinetik bola keluli itu sejurus
sebelum terkena lantai.
(ii) halaju bagi bola itu apabila mencapai
lantai

Rajah 2.10

(iii) tenaga kinetik bola keluli itu sejurus


selepas terkena lantai.
b) Terangkan mengapa bola keluli itu tidak
dapat melantun ke tinggi asalnya.

Penyelesaian:

10

1.0 TENAGA

Kuasa
1. Kuasa ditakrifkan sebagai

kerja yang dilakukan.

Kuasa =
2. Jika W mewakili kerja yang dilakukan dan t mewakili masa yang diambil, maka kuasa
P diberikan oleh
P=
3. Unit SI kuasa ialah

. Satu watt ialah kuasa yang dijanakan apabila 1 joule

kerja dilakukan dalam masa 1 saat.


4. Unit kuasa yang lebih besar adalah kilowatt (kW) dan megawatt (MW).
1 kW = 1 000 W
= 103 W
1 MW = 1 000 000 W
= 106 W
Contoh 5:
Jika sebuah mesin melalukan 600 J kerja selama 12 s, Kirakan kuasa mesin tersebut.
Penyelesaian:

Fokus konsep
Kuasa enjin biasanya disebut dalam unit kuasa kuda
(hp). Unit ini digunakan oleh James Watt untuk
menghuraikan kuasa enjin stim yang diciptanya dalam
sebutan bilangan kuda yang dapat digantikan oleh enjin
itu. Walaupun kuasa kuda bukan unit SI, tetapi masih
biasa digunakan. Selain menghuraikan kuasa enjin,
kuasa kuda juga digunakan dalam menghuraikan kuasa
peralatan elektrik seperti penyaman udara. Satu kuasa
kuda adalah sama dengan kira kira 746 W

11

1.0 TENAGA

Uji diri 2
1. Satu 50 kg pelantak cerucuk menghentak cerucuk dengan halaju 8 ms -1. Kirakan
tenaga kinetik yang ada pada pelantak cerucuk apabila menghentak cerucuk itu.

p
e
n
y
el
e
2. Sebuah kotak berjisim 8 kg diletakkan di atas satu rak yang berada pada ketinggian 0.2
m di atas sebuah meja. Jika ketinggian permukaan meja itu dari lantai ialah 0.5 m
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.11. Berapakah tenaga keupayaan graviti yang
dimilik oleh kotak itu dengan merujuk kepada
a)

Permukaan meja

b)

Permukaan lantai

Rajah 2.11

p
e
n
y
el
e
s
12

1.0 TENAGA

3. Sebuah 1 000 kg kereta dan sebuah 10 000 kg bas masing masing bergerak dengan
halaju 30 m s-1. Manakah satu akan bergerak dengan tenaga kinetik yang lebih tinggi?

p
e
n
y
el
e
s

4. Tali sawat di lapangan terbang menggunakan 8 s untuk menggerakkan satu beg


sepanjang 5 m. Jika motor tali sawat itu menghasilkan daya 10 000 N,
a)

kirakan kuasa motor itu.

Rajah 2.12

p
e
n
y
el
e
s

13

1.0 TENAGA

b) Jika tali sawat itu menghasilkan daya 15 000 N untuk membawa beban tambahan.
Berapakah masa yang digunakan untuk mengerakkan beg sejauh 5 m?

p
e
n
y
el
e
s

5. Seorang pelajar berjisim 45 kg berlari menaiki satu tangga yang mempunyai 50 anak
tangga, tinggi setiap anak tangga adalah 20 cm seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
2.13
a) Berapakah kerja yang dilakukan oleh
pelajar itu?
b) Berapakah kuasa yang dijanakan oleh
pelajar itu, jika dia mengambil masa 22 s
untuk sampai ke anak tangga teratas?
Rajah 2.13

p
e
n
y
el
e
s

14

1.0 TENAGA

6. Satu batu dibaling ke atas dengan halaju 20 m s -1. Berapakah ketinggian maksimum
yang boleh dicapai oleh batu itu.

p
e
n
y
el
e
s

15

1.0 TENAGA

1.3 Mengaplikasi kecekapan


1.3.1 Menerangkan maksud kecekapan sesuatu alat menggunakan formula

Kecekapan

Kuasa output
100%
Kuasa input

1.3.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan kerja, tenaga, kuasa dan kecekapan.

1. Kecekapan bagi sebuah mesin boleh ditakrifkan sebagai

kuasa

output yang berguna kepada jumlah kuasa yang dimasukkan ke dalam mesin itu. Maka
nisbah ini biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan.
Jadi,

Kecekapan =

atau

atau

=
2. Mesin dengan 100% kecekapan tidak wujud. Sebahagian tenaga akan hilang untuk
mengatasi geseran dan di bahagian mesin yang bergerak.
3. Memaksimumkan kecekapan adalah penting kerana ini akan membantu memulihara
sumber sumber. Ini boleh dicapai dengan menghasilkan mesin mesin yang
mempunyai kecekapan yang tinggi.
4. Dengan adanya teknologi moden, mesin mesin sekarang adalah jauh lebih bagus
berbanding dengan yang lama.
5. Semua mesin mempunyai kuasa mekanikal masing masing. Enjin dan bahagian
dalam mesin dicipta untuk menyesuaikan dengan kegunaan masing masing.
Contohnya, foklif (Rajah 3.1) diciptakan untuk mengangkut beban yang ringan
manakala kren (Rajah 3.2) dicipta untuk mengangkat beban yang lebih berat.

16

1.0 TENAGA
Rajah 3.1

Rajah 3.2

Contoh 1:
Satu jet hidraulik digunakan untuk mengangkat sebuah kereta. Jika kerja input pada jet
ialah 6 000J dan kerja output pada kereta ialah 5 000J. Berapakah kecekapan jet hidraulik
itu?
Penyelesaian:

Contoh 2:
Sistem takal pada Rajah 3.3 digunakan untuk mengangkat enjin daripada sebuah
kenderaan. Seorang mekanik menarik takal sepanjang 3 m dengan daya 2 500 N. Enjin
tersebut mempunyai berat 13 200 N diangkat setinggi 0.5 m.
Kirakan
a)
Kerja input
b)
kerja output
c)
Kecekapan sistem takal itu.

Penyelesaian:

Rajah 3.3

17

1.0 TENAGA
Cara-cara Meningkatkan Kecekapan Alat-alat Elektrik

18

1.0 TENAGA
a) Alat Penghawa dingin

1. Memadamkan suis jika tidak diguna.


2. Membeli penghawa dingin yang
mempunyai kuasa sesuai mengikut
saiz bilik.
3. Tutup semua pintu dan tingkap bilik
untuk mengelakkan udara sejuk
daripada mengalir ke luar bilik.

b) Peti Sejuk

1. Sentiasa ingat menutup pintu peti


sejuk.
2. Membuka pintu peti sejuk
apabila perlu.

hanya

3. Memastikan gelung penyejuk sentiasa


bersih.
4. Mencairkan air batu dalam peti sejuk
dari masa ke masa.
5. Memilih peti sejuk yang mempunyai
muatan yang sesuai dengan bilangan
ahli keluarga. Peti sejuk yang besar
biasanya mempunyai kecekapan yang
lebih tinggi.

c) Lampu

1. Guna lampu berpendafluor untuk


menggantikan lampu pijar. Lampu
berpendafluor adalah jauh lebih
cekap daripada lampu pijar.

d) Mesin basuh

1. Menggunakan mesin basuh "frontloading" kerana ia memerlukan air dan


elektrik yang kurang.
19

1.0 TENAGA
2. Menggunakan
pemantul
cahaya
untuk memantulkan cahaya kepada
ruang yang diinginkan.

2. Menggunakan mesin basuh hanya


anda mempunyai kuantiti baju yang
cukup untuk dibasuh.

Uji diri 3
1. Satu daya 250 N digunakan untuk mengangkat suatu beban seberat 1 000 N melalui
jarak 5 m dengan menggunakan sistem takal. Jika daya itu bergerak melalui jarak 30
m, hitungkan
a) kerja yang dilakukan untuk mengangkat beban itu,
b) Kerja yang dilakukan bagi 30 m,
c) kecekapan sistem takal itu.

p
e
n
y
el
e
s

20

1.0 TENAGA

2.Suatu beban 200 N diangkat melalui jarak 1.5 m oleh sebuah mesin apabila daya F
bergerak melalui jarak sepanjang 6 m seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Rajah 3.4.
Jika kecekapan mesin itu adalah 80%, hitungkan
a)

Kerja yang dilakukan oleh mesin itu,

b)

nilai daya F

c)

tenaga yang hilang dari mesin itu.

Rajah 3.4

p
e
n
y
el
e
s

21

1.0 TENAGA

1.4

Memahami tentang Pengubah Tenaga

1.4.1 Menjelaskan maksud pengubah tenaga.


1.4.2 Menerangkan bagaimana perubahan tenaga berlaku dalam contoh pengubah
tenaga dalam sistem mekanikal (alternator), terma (enjin) dan elektrik (motor
elektrik).

Pengubah Tenaga
1. Pengubah tenaga merupakan alat yang bertindak

satu bentuk

tenaga ke bentuk tenaga yang lain.


2. Pengubah tenaga mekanikal menukarkan tenaga mekanikal kepada bentuk yang lain.
Alternator (Rajah 4.1), kincir angin (Rajah 4.2) dan penjana kuasa (Rajah 4.3) adalah
contoh pengubah tenaga mekanikal.

Rajah 4.1

Rajah 4.2

Rajah 4.3

3. Pengubah tenaga terma menukarkan tenaga terma kepada bentuk yang lain. Jalur
dwilogam (Rajah 4.4), termopil (Rajah 4.5) dan enjin pembakaran dalam (Rajah 4.6)
adalah contoh pengubah tenaga terma.

22

1.0 TENAGA

Rajah 4.4

Rajah 4.5

Rajah 4.6

4.Pengubah tenaga elektrik menukarkan tenaga elektrik kepada pelbagai bentuk tenaga
yang lain. Contohnya, pengisar (Rajah 4.7) menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga
mekanikal dan tenaga bunyi. Lampu (Rajah 4.8) menukarkan tenaga elektrik kepada
tenaga cahaya.

Rajah 4.7

Rajah 4.8

5. Pengubah tenaga adalah penting dalam kehidupan harian kita :


a) Untuk mengaplikasikan sumber tenaga yang di sekeliling kita mengikut keperluan
dan kehendak.
b) Dapat menjimatkan pengunaan satu sumber tenaga sahaja.
c) Untuk menambahkan lagi sumber tenaga yang boleh digunakan di dalam
kehidupan kita.
Pengubah Tenaga Mekanikal - Alternator
1. Alternator ialah satu alat (GENERATOR) untuk mengubah
kepada

(arus ulang alik). Biasanya, alternator terdapat di dalam

komponen enjin kereta.


2. Alternator (Rajah 4.9) terdiri daripada dua bahagian:
a)

Bahagian Pemegun (stator) - satu set belitan wayar atau kabel elektrik (tembaga)
yang tetap.

b)

Bahagian Rotor gabungan kutub magnet yang bergerak

23

1.0 TENAGA

Rajah 4.9

Rajah 4.10

3. Rotor disambungkan kepada engin oleh satu tali. Enjin kereta menyebabkan rotor
berpusing. Pusingan rotor yang mengandungi medan magnet bergerak merentasi
kondaktor. Arus elektrik dihasilkan melalui gerakan rotor yang menghasilkan
4. Fungsi alternator adalah untuk menghasilkan arus elektrik secara langsung untuk
bateri kereta yang dicas dan menambahkan kuasa untuk tenaga elektrik yang
digunakan oleh kenderaan.
5. Arus atau frekuensi elektrik bergantung gerakan tenaga mekanikal (putaran rotor).
Semakin tinggi putaran rotor, semakin tinggi arus atau frekuensi elektrik.
Pengubah Tenaga Terma - Enjin
1. Enjin merupakan nadi penggerak bagi sesebuah kenderaan. Enjin menghasilkan
kuasa apabila berlakunya pembakaran pada kebuk pembakaran pada blok enjin.
2. Enjin terbahagi kepada dua jenis, iaitu

dan
. Enjin pembakaran luar seperti enjin stim yang

digunakan oleh keretapi (Rajah 4.11) atau kapal yang lama di mana pembakaranya
berlaku di luar.

Rajah 4.11

Rajah 4.12

3. Enjin pembakaran dalam ialah jenis enjin yang mengeluarkan kuasa hasil dari
pembakaran bahan api dan pengoksida (biasanya udara) berlaku dalam ruang
terbatas yang dipanggil kebuk pembakaran
4. Enjin pembakaran dalam dikelaskan kepada dua jenis berdasarkan cara bahan api
dibakar untuk menghasilkan kuasa, iaitu sama ada menggunakan pencucuhan
24

1.0 TENAGA
mampatan (diesel) atau pencucuhan bunga api (petrol). Kedua-dua jenis enjin ini
menjalankan operasinya secara 4 lejang atau 2 lejang.

A)
1.

Enjin petrol empat lejang


Kebanyakan enjin kereta mempunyai enjin petrol empat lejang dan terdiri daripada
empat silinder.

2.

Setiap silinder mempunyai komponen asas


(Rajah 4.13), iaitu

3.

4.

a)
omboh
b)
injap masuk
c)
injap ekzos
d)
palam pencucuh
e)
aci engkol
Setiap enjin empat lejang melakukan empat lejang, iaitu:
a) lejang
b)

lejang

c)

lejang

d)

lejang

Rajah 4.13

Kitar empat lejang diulangi terus menerus selagi enjin kenderaan dihidupkan.
Lejang
Lejang mampatan
Lejang kuasa
Lejang ekzos
pengambilan

Omboh bergerak Omboh bergerak ke


ke
atas.
Kedua-dua injap

Injap
masuk
.
terbuka
dan Campuran petrol-udara
campuran petroldimampatkan
udara memasuki
silinder. (Tenaga

)
Pada masa yang

Kedua-dua injap
tertutup.
Palam pencucuh
menghasil
percikan
api
untuk campuran
itu.
Tekanan
gas
panas
menolak
omboh ke bawah.

Omboh bergerak
ke
atas.
Aci
engkol
mula
bergerak. (Tenaga
)
Injap
ekzos
terbuka
untuk
melepaskan gas
ekzos
ke
luar
silinder.
25

1.0 TENAGA
sama,
injap
ekzos tertutup.

(Tenaga

Pada masa yang


sama, injap masuk
tertutup.
Jadual 4.1: Stuktur dan prinsip operasi enjin petrol empat lejang

B)

Enjin diesel empat lejang

1. Kebanyakan kenderaan berat seperti lori, bas, kereta api, traktor, kapal dan mesin
dalam bidang pembinaan menggunakan enjin

empat lejang.

2. Enjin diesel diperlukan oleh kenderaan berkuasa tinggi.


3. Prinsip operasi enjin diesel pada asasnya adalah sama dengan enjin petrol empat
lejang. Perbezaannya adalah:
a) hanya udara yang boleh masuk ke dalam lejang pengambilan
b) enjin diesel tidak menggunakan palam pencucuh untuk menyalakan bahan api.
Bahan api dinyalakan oleh suhu udara (termampat) yang sangat panas.
Lejang pengambilan

Lejang mampatan

Lejang kuasa

Lejang ekzos

Omboh bergerak ke
.
Injap masuk terbuka
dan
udara
memasuki silinder.

Pada masa yang


sama, injap ekzos
tertutup.

Omboh bergerak Kedua-dua


injap Omboh bergerak ke
ke atas.
tertutup.
atas.
Kedua-dua injap Diesel dipancitkan Injap ekzos
oleh pemancit ke
untuk melepaskan gas
dalam udara dan
ekzos ke luar silinder.
Udara
dinyalakan.
Pada masa yang sama,
dimampatkan,
lalu
suhu Gas panas yang
injap masuk tertutup.
meningkat.
mengembang
menolak omboh
ke bawah.
Jadual 2: Stuktur dan prinsip operasi enjin diesel empat lejang

26

1.0 TENAGA

Pengubah Tenaga elektrik - Motor Elektrik


1. Motor elektrik (Rajah 4.14) menggunakan
dan menghasilkan

sebagai sumber tenaga

dalam bentuk tenaga kilas dan putaran.

2. Motor ini digunakan untuk mengendalikam pelbagai jenis peralatan kecil dan besar
seperti pencukur elektrik, kipas angin, pembersih vakum dan juga kereta api elektrik.
Unit kuasa elektrik ialah watt dan simbolnya ialah W.
3. Motor elektrik terbahagi kepada dua jenis: motor DC dan Motor AC. Motor DC
menggunakan arus terus manakala motor AC menggunakan arus ulang alik.
4. Bahagian utama motor terdiri daripada angker, penukartertib, kutub medan dan berus
karbon. Angker dan penukartertib terdapat pada pemutar. Kutub medan dan berus
karbon terdapat pada pemegun. (Rajah 4.15)
5. Bahagian utama motor terdiri daripada angker, penukartertib, kutub medan dan berus
karbon. Angker dan penukartertib terdapat pada pemutar. Kutub medan dan berus
karbon terdapat pada pemegun.
Kutub medan
Angker/ amartur

Berus karbon

Penukar tertib

Rajah 4.14

Rajah 4.15
Angker ialah bahagian motor yang

Angker/Amartur

dan

merupakan bahagian yang menerima tenaga elektrik. Angker


terdiri daripada beberapa bahagian iaitu teras angker, belitan
angker dan lubang alur. Teras angker berfungsi sebagai
dan berputar apabila arus elektrik mengalir
melaluinya.
27
Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub
yang berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan
menolak.

1.0 TENAGA

Rajah 4.16

Penukartertib
Penukartertib ialah komponen yang berbentuk
yang terdapat di dalam pemutar. Komponen ini merupakan
susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama
lain.
Penukartertib berfungsi untuk menghubungkan pengaliran

Rajah 4.17

arus dari bekalan kepada belitan angker melalui berus karbon.

Kutub medan
Kutub medan adalah untuk menghasilkan medan magnet
dalam motor arus terus. Motor arus terus
bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutub
medan.
Motor arus terus bersaiz besar menggunakan elektromagnet
sebagai kutub medan. Belitan untuk menghasilkan kekuatan

Rajah 4.18

magnet pada kutub medan magnet pada kutub medan

Berus karbon
Berus karbon berbentuk

karbon

kecil

yang

bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang


berputar dengan bahagian yang pegun. Berus karbon
digunakan untuk membawa

masuk ke belitan

angker atau keluar dari belitan angker.


28

1.0 TENAGA
Rajah 4.19

6. Jadual 4.3 menunjukkan motor arus terus dwikutub ringkas dengan berus.

Sebuah motor arus


terus
ringkas.
Semasa
arus
elektrik
melalui
gelung, satu medan
magnet terhasil di
sekeliling
angker.
Bahagian
kiri
angker ditolak jauh
oleh magnet kiri ke
arah
kanan,
menyebabkan
putaran.

Angker
terus Semasa
angker Proses berulang
berputar.
berkedudukan
Putaran ini ialah melintang, penukar
tenaga
tertib menukar arah
aliran arus melalui
gelung,
menterbalikkan
medan magnet.

Jadual 4.3
7.

Semasa arus melalui gelung yang dililit pada sebatang teras besi lembut, bahagian
kutub positif bertindak mengikut daya ke atas, manakala bahagian yang satu lagi
pula bertindak mengikut daya ke bawah.

8.

Menurut Hukum Tangan Kanan Fleming, paduan daya tersebut menghasilkan kesan
memusing pada gelung, menyebabkan ia berputar. Untuk membolehkan motor
29

1.0 TENAGA
berputar pada satu arah yang tetap, penukar tertib arus terus menterbalikkan arah
arus setiap separuh putaran (bagi motor dwikutub) sekaligus menyebabkan motor
terus berputar pada satu arah yang sama.

Latihan Pengukuhan
1. Apakah unit bagi kerja?
A.

Meter

C.

Kilogram

B.

Joule

D.

Newton

2. Antara definisi berikut, yang manakah benar tentang kerja?


A.

perbezaan dalam tekanan

B.

perbezaan voltan dua titik

C. apabila objek pegun kekal di kedudukannya.


D. apabila daya yang dikenakan menyebabkan beban berpindah
3. Nisbah kerja output kepada kerja input dikenali sebagai
A.

Kuasa

C.

Tekanan

B.

Tenaga

D.

Kecekapan

4. Alat elektrik berkuasa yang manakah menggunakan tenaga paling cepat?


(Andaikan semua alat menggunakan saiz bateri dan jenis yang sama)
A.

Jam dinding

C.

Helikopter kawalan jauh

B.

Anak patung

D.

Television kawalan jauh

5. Apakah pengubah tenaga?


A.

Tenaga untuk melakukan kerja

B.

Tenaga untuk membuat badan membesar

C. Generator yang menghasilkan voltan ulang alik


D. Alat untuk menukar tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
30

1.0 TENAGA
6. Yang manakah antara alat berikut bukan pengubah tenaga mekanikal?
A.

Alternator

B.

KIncir angin

C. Penjana kuasa
D. Enjin Pembakaran dalam

7. Tandakan () bagi situasi yang menunjukkan kerja dilakukan dan (X) bagi situasi yang
menunjukkan kerja tidak dilakukan.
a)

Seorang pelajar membawa sebilangan buku ke bilik guru.

b)

Ali mengangkat pensel.

)
(

c)

Guru berdiri di hadapan kelas dan memanggil seorang pelajar.

)
(

d)

Marina bergerak ke tingkat dua di pasaraya menggunakan lif.

)
(
)

8. Satu bola dilepaskan dari titik A pada ketinggian 0.8 dan ia bergerak turun sepanjang
landasan licin. Berapakah halaju bola apabila mencapai titik B.
[Tenaga keupayaan, Ep = mgh; Tenaga kinetik, Ek =

1
2

mv2]

31

1.0 TENAGA

9. Sebuah motor elektrik digunakan untuk mengangkat beban berjisim 2 kg dalam masa
7.5 saat.

a)

Tentukan berat beban.


[pecutan graviti, g = 9.8 ms-2]

b)

Berapakah kerja yang dilakukan oleh motor itu untuk mengangkat beban?
[Tenaga keupayaan, Ep = mgh; Tenaga kinetik, Ek =

1
2

mv2]

32

1.0 TENAGA

10.

Rajah menunjukkan sebuah penghentak cerucuk berjisim 75 kg dilepaskan dari

suatu ketinggian untuk mengetuk rod cerucuk. Oleh itu, rod cerucuk tersebut akan
terbenam ke dalam tanah pada kedalaman tertentu.
Kedudukan asal

Kedudukan akhir
Tanah

a)

Hitungkan tenaga keupayaan bagi penghentak cerucuk pada ketinggian 5m.


[Tenaga keupayaan, Ep = mgh]

b)

Ramalkan berapa banyak tenaga keupayaan yang disimpan dalam penghentak


cerucuk jika ia dibebaskan dati titik yang lebih tinggi.
33

1.0 TENAGA

c)

11.

Berikan penjelasan bagi jawapan anda di b).

Satu motor elektrik pada kren mainan mengangkat suatu objek berjisim 0.12 kg

dan mencapai ketinggian 0.4 m dalam masa 5 s. Motor elektrik tersebut dibekalkan
tenaga elektrik oleh bateri sebanyak 0.8 J.
a)

Kirakan tenaga yang digunakan oleh motor.


[Tenaga keupayaan, Ep = mgh; Tenaga kinetik Ek =

b)

1
2

mv2]

Hitungkan kecekapan motor


[ Kecekapan

tenaga output
tenagainput

x 100%]

34

1.0 TENAGA

c)

Berapakah kuasa motor elektrik itu.


[P =

W
t ]

12. Rajah di bawah menunjukkan satu peringkat lejang dalam enjin petrol empat lejang.
Kedua dua injap
tertutup

a)

b)

(i)

Namakan lejang tersebut.

(ii)

Nyatakan ciri ciri bagi lejang yang anda namakan di a) (i)

Lengkapkan gambarajah blok untuk menunjukkan pertukaran tenaga semasa


pembakaran bahan api dalam lejang yang dinyatakan di a) (i)
35

1.0 TENAGA

Tenaga Terma

c)

Namakan lejang terakhir bagi suatu enjin petrol empat lejang.

Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_combustion_engine
Hadariah Binti Bahron, Mohd Isa Bin Mohd Yusof, Sharifah Rohaiza Binti Syed Omar,
Mohamed Radzi Bin Abdul Wahab (2009) Applied Science Form 4 and 5. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
http://auto.howstuffworks.com/alternator2.htm
http://mohdfariduyob.blogspot.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Motor_elektrik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Motor_elektrik_DC_dengan_berus
Nursara Qistina, Qharyna Hazleiy (2011) Module Exercises Applied Science SPM. Selangor:
Local Publications
Yap Eng Keat, Khoo Goh Kow (2014) Esensi Fizik SPM. Shah Alam: Pearson Malaysia Sdn
Bhd

36

Anda mungkin juga menyukai