Anda di halaman 1dari 10

NO.

KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 1 drp : 10

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2021/2022

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

KOD / KURSUS DEA 4123 INDUSTRIAL MANAGEMENT

KOMPETENSI 01 PREPARE YEARLY BUDGET

KOMPETENSI UNIT K01.1 Explain description expenses

K01.2 Identify purpose of budget

K01.3 Prepare justification for company activities

K01.4 Estimate company activities budget

K01.5 Prepare unit price for each activities

K01.6 Prepare cost code for each activities

HASIL Trainee must be able to:

PEMBELAJARAN 1. Prepare yearly budget, activity and progress according to management report. (C3,

PLO1)

2. Work collaboratively in groups to initiate technical manpower, delegate works to sub

ordinate and organize on-job training. (A3, PLO5)

3. Lead a group to construct department meeting, staff appraisal and inhouse training
according to management schedule. (P3, PLO9)

NO KOD

KOD JPK
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 2 drp : 10

NAMA KURSUS DEA4123 INDUSTRIAL MANAGEMENT

STANDARD
01 MENYEDIAKAAN BELANJAWAN TAHUNANMENEDIAKAN AKTIVITI
KANDUNGAN
DAAPORAUAN

1.0 PE

NGA PENGENALAN

Perkataan belanjawan bukanlah sesuatu yang baru dan asing dalam hidup kita. Sebagai individu,

sama ada secara disedari atau tidak, kita mempraktikkan belanjawan. Menyedari bahawa sumber yang
ada pada kita adalah terhad, maka peranca ngan dan kawalan untuk menggunakan sumber tersebut
secara optimumadalah mendesak. Dari sinilah sebenarnya timbul konsep belanjawan.

Bagi sesebuah perniagaan, perancangan yang rapi amat diperlukan, terutamanya di


persekitaran perniagaan yang se makin kompleks. Ramai yang mempercayai bahawa belanjawan
adalah satu alat perancangan yang baik. Ini kerana belanjawan mampu menolong pengurus merancang
untuk memperoleh dan menggunakan sumberyang ada dalam syarikat untuk suatu tempoh yang
spesifik.Topik i ni akan membincangkan peranan dan kepentingan belanjawan sebagai alat
perancangan dan kawalan serta pengukuran prestasi.

1.0 Definisi Belanjawan

Belanjawan ialah rancangan kewangan dan operasi masa depan syarikat yang dinyatakan dalam

bentuk unit, ringgit dan sen. Pernyataan dalam bentuk ini (unit, ringgit dan sen) dinamakan rancangan

kuantitatif. Rancangan kuantitatif ialah perancangan yang diterjemahkan dalam bentuk ringgit dan sen.

1.1 Elemen penting dalam belanjawan

Di dalam belanjawan elemen -elemen berikut perlu ada iaitu:

i) Belanjawan mesti membentangkan bagaimana sumber -sumber syarikat akan diperoleh


ii) Bagaimana sumber -sumber yang diperoleh itu dijangka akan dibelanjakan supaya

mendapatkan manfaat keuntungan kepada operasi syarikat.

1.2 Faedah Belanjawan


i) Alat memandu arah

✓ Penyediaan belanjawan membantu pengurusan memikirkan arah yang hendak dituju oleh
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 3 drp : 10

syarikat.

ii) Meningkatkan motivasi pekerja

✓ Belanjawan menaikkan motivasi pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun kerana prestasi mereka
dibandingkan dengan belanjawan.se
✓ Prinsip imbuhan dan hukuman pula mula terpakai apabila belanjawan bertindak sebagai kayu

pengukur kepada prestasi operasi sesebuah syarikat.


iii) Alat perhubungan dalam organisasi

✓ Belanjawan menyediakan sasaran yang menyeluruh yang perlu diterjemahkan dan diperincikan
mengikut fungsi jabatan atau bahagian dalam syarikat.
✓ car penomboran yang sesuai. Penelitian yang kurang rapi boleh memberikan kesan yang
an.

1.3 Peranan Belanjawan dalam Pengurusan

i) Sebagai alat perancangan

✓ Belanjawan ialah alat rasmi perancangan dalam syarikat yang secara khusus

membicarakan kesan kewangan masa depan ke atas syarikat.

✓ Belanjawan memudahkan syarikat memilih projek yang benar-benar perlu diberi

keutamaan. Mungkin sesuatu projek dipilih kerana ia lebih menguntungkan atau kos

pembiayaannya lebih rendah.

ii) Sebagai alat kawalan

✓ Belanjawan bertindak sebagai salah satu alat kawalan bagi mengawal operasi yang

khusus, proses ataupun jabatan dan mengelak pembaziran dan ketidakcekapan.

iii) Sebagai alat koordinasi

✓ Belanjawan bertindak sebagai mekanisme bagi menghubungkan tenaga daripada

pelbagai jabatan dan bahagian dalam syarikat.


iv) Sebagai alat komunikasi

✓ Belanjawan boleh digunakan untuk mengkomunikasikan rancangan dan menjadi


NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 4 drp : 10

penyedia maklumat utama dalam kawalan.

v) Sebagai alat motivasi

✓ Belanjawan menyediakan satu set sasaran yang lengkap dan menyeluruh, yang

merupakan hala tuju semua peringkat pengurusan dalam syarikat. Ia dapat


merangsang pengurusan bekerja mengikut sasaran yang dipersetujui.

vi) Asas dalam pengurusan

✓ Belanjawan adalah asas pengurusan kerana ia adalah sistem yang menjalankan dan

mengawal aktiiti-aktiviti dalam sesebuah organisasi

vii) Alat sistem perakaunan

✓ Belanjawan juga penting sebagai alat sistem perakaunan yang lengkap. Laporan-laporan

terdahulu diperbaharui dalam masa tertentu dan dijadikan asas dalam membentuk

jangkaan belanjawan

1.4 Jangka Hayat Perkhidmatan Aset

Jangka hayat perkhidmatan aset diperoleh daripada pelbagai sumber, terutamanya

daripada laporan tahunan syarikat pelbagai industri. Anggaran jangka hayat perkhidmatan
aset
tertentu adalah berdasarkan kepada perbincangan dengan industri, penilaian pakar dan jangka

hayat perkhidmatan aset tersebut di negara -negara lain yang dianggap sama, juga digunakan

sebagai proksi. Jangka hayat perkhidmatan adalah tetap untuk sepanjang masa. Ringkasan
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 5 drp : 10

aset dan jangka hayat perkhidmatan adalah seperti jadual di bawah:

JENIS ASET HAYAT JENIS ASET HAYAT


PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN
(TAHUN) (TAHUN)
1. Struktur 70 6. Jentera & Kelegkapan 20

2. Kereta Penumpang 14 7. Perabot & 10


Pemasangan
3. Kereta 10 8. Ternakan 16
Perdagangan
4. Kelengkapan 20 9. Tanaman Modal 30
Pengangkutan Lain

5. Komputer 6 10. Cari Gali Mineral 68

1.5 JENIS BELANJAWAN

Belanjawan induk merupakan satu belanjawan komprehensif yang mengandungi


satu siri belanjawan yang meliputi setiap aktiviti operasi sesebuah organisasi untuk sesuatu
tempoh.

Dua jenis belanjawan yang terdapat pada belanjawan ind uk


ialah: i) Belanjawan operasi /Fungsian

• Berkaitan dengan aktiviti penjanaan pendapatan sesebuah firma seperti jualan dan

pengeluaran. Matlamat akhir belanjawan ini ialah penyediaan belanjawan penyata

pendapatan atau dikenali penyata pendapatan proforma.Terdapat beberapa jenis

belanjawan operasi iaitu:

i.Belanjawan Jualan
✓ Disediakan berdasarkan kepada ramalan jualan yang disediakan oleh jabatan jualan.
ii.Belanjawan Pengeluaran

✓ Menunjukkan jumlah unit yang mesti dikeluarkan untuk memenuhi anggaran unit
jualan dan unit inventori akhir yang dirancang iii.Belanjawan Bahan Mentah
✓ Anggaran penggunaan bahan mentah berkait secara langsung dengan keperluan
pengeluaran
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 6 drp : 10

✓ Belanjawan Overhed Kilang


Merupakan anggaran kos item-item perkilangan tidak langsung.
Menyenaraikan keperluan semua kos pengeluaran kecuali kos bahan mentah dan
buruh.
✓ Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran
Sebagai garis panduan perbelanjaan untuk aktiviti bukan perkilangan.
✓ Belanjawan Inventori Akhir
Belanjawan inventori akhir mengandungi bahan langsung dan barang siap
✓ Belanjawan Kos Barang Dijual
Disediakan dengan menggunakan maklumat daripada belanjawan belian bahan
mentah, buruh langsung, overhed dan inventori akhir barang siap.
✓ Belanjawan Penyata Pendapatan
Dikenali sebagai penyata pendapatan proforma.
✓ Meringkaskan semua maklumat dalam belanjawan-belanjawan yang disediakan
sebelum ini.
✓ Belanjawan kewangan.
Menunjukkan aliran masuk dan keluar tunai serta kedudukan kewangan
sesebuah firma. Terdapat dua jenis belanjawan kewangan:
i) Belanjawan Tunai
✓ Disediakan untuk menentukan samada sesebuah syarikat akan mempunyai
lebihan tunai atau kurangan tunai berdasarkan operasi syarikatnya
✓ Ia mengandungi tiga seksyen iaitu penerimaan tunai, pembayaran tunai
dan pembiayaan sekiranya ada.
✓ Satu belanjawan yang menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai yang
dirancang.
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 7 drp : 10

✓ Contoh format belanjawan tunai:

ii) Belanjawan Kunci Kira-kira (Kunci Kira-kira Proforma)


✓ Dikenali juga sebagai belanjawan kunci kira-kira proforma. Ianya
disediakan melalui belanjawan kunci kira-kira tahun lepas dan tahun
semasa.
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 8 drp : 10

1.6 BENTUK BELANJAWAN

Terdapat dua bentuk belanjawan iaitu:

i. Belanjawan fleksibel
- Belanjawan yang menunjukkan ramalan hasil dan kos perniagaan pada beberapa tahap

aktiviti atau keupayaan yang dirancang. Belanjawan ini dikenali juga sebagai
belanjawan boleh ubah.

ii. Belanjawan statik

- Merupakan belanjawan yang tetap. Ia disediakan oleh sesebuah organisasi berdasarkan


satu tahap aktiviti dalam suatu jangka masa tertentu.

1.7 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN BELANJAWAN


Bagi memastikan proses menyediakan belanjawan berjalan dengan lancar, organisasi perlu
menyenaraikan tiga elemen penting yang berikut dalam proses belanjawan iaitu jawatankuasa

belanjawan, kakitangan bahagian perakaunan dan manual belanjawan.

Jawatankuasa Belanjawan
✓ Terdiri daripada wakil ketua-ketua bahagian seperti bahagian pemasaran, kewangan,
pengeluaran dan pentadbiran
✓ Jawatankuasa ini akan menentukan polisi atau dasar belanjawan serta memutuskan

konflik dalam organisasi

(ii) Kakitangan Bahagia n Perakaunan


✓ Menyediakan anggaran jualan, anggaran perubahan ekonomi serta pasaran yang ada
hubung kait dengan perniagaan.

✓ Membantu pengurusan dan jawatankuasa belanjawan dalam apa-apa saja keperluan

termasuk rekod-rekod terdahulu, anggaran masa depan dan laporan prestasi semasa.
(iii) Manual Belanjawan
✓ Satu buku panduan yang lengkap bagi menyediakan belanjawan. Ia mengandungi objektif
dan prosedur yang terlibat dalam menyediakan belanjawan

✓ Mengandungi format rasmi sesuatu belanjawan, dokumen sokongan yang diperlukan serta
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 9 drp : 10

tarikh-tarikh tertentu bagi menyediakan laporan dan belanjawan


✓ Disediakan oleh bahagian perakaunan dan diedarkan kepada semua bahagian untuk
rujukan dan peringatan
NO. KOD DEA4123/K 01/NK 01-08 Muka : 10 drp : 10

1.8 FORMULA -FORMULA PENGIRAAN

BELANJAWAN BAHAN MENTAH


➢ Formula Penggunaan Bahan:
Penggunaan Bahan = unit pengeluaran x bahan yang diperlukan seunit

➢ Formula Bahan Dibeli:


Bahan dibeli = Bhn. Digunakan utk pengeluaran + stok akhir bahan – stok awal
bahan

BELANJAWAN BURUH
➢ Formula jam buruh:
Jam buruh = Keperluan masa buruh seunit x unit keluaran
➢ Kos Buruh = Kos jam buruh x jam buruh diperlukan utk pengeluaran

BELANJAWAN JUALAN
➢ Formula Pengeluaran:
Pengeluaran = Unit Jualan + Stok Akhir – Stok Awal

Anda mungkin juga menyukai