Anda di halaman 1dari 38

Topikȱ1X Belanjawanȱ

danȱKawalanȱ
Belanjawanȱ
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi belanjawan, kegunaan dan kelebihannya;
2. Mengenal pasti DUA kumpulan belanjawan induk;
3. Mengenal pasti belanjawan-belanjawan yang terkandung dalam
belanjawan operasi;
4. Menyediakan penyata pendapatan pro-forma;
5. Membincangkan belanjawan kewangan;
6. Menyediakan lembaran imbangan pro-forma;
7. Menyediakan belanjawan induk bagi firma perdagangan; dan
8. Menyediakan belanjawan fleksibel.

X PENGENALAN
Perkataan belanjawan bukanlah sesuatu yang baru dan asing dalam hidup kita.
Sebagai individu, sama ada secara disedari atau tidak, kita mempraktikkan
belanjawan. Menyedari bahawa sumber yang ada pada kita adalah terhad, maka
perancangan dan kawalan untuk menggunakan sumber tersebut secara optimum
adalah mendesak. Dari sinilah sebenarnya timbul konsep belanjawan.

Bagi sesebuah perniagaan, perancangan yang rapi amat diperlukan, terutamanya


di persekitaran perniagaan yang semakin kompleks. Ada pendapat yang
mengatakan proses penyediaan belanjawan adalah sesuatu yang membuang
masa dan kurang relevan kerana kita berada dalam persekitaran perniagaan
yang dinamik dan terdapat banyak ketidaktentuan yang mungkin berlaku.
2 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang mempercayai bahawa belanjawan


adalah satu alat perancangan yang baik. Ini kerana belanjawan mampu
menolong pengurus merancang untuk memperoleh dan menggunakan sumber
yang ada dalam syarikat untuk suatu tempoh yang spesifik.

Topik ini akan membincangkan peranan dan kepentingan belanjawan sebagai


alat perancangan dan kawalan serta pengukuran prestasi. Anda juga akan
mempelajari teknik penyediaan belanjawan induk untuk syarikat perkilangan
dan bukan perkilangan. Formula dan format setiap komponen belanjawan
operasi dan kewangan turut diberikan untuk memberi kefahaman yang jelas
tentang topik ini.

X GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK


TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 3

1.1 BELANJAWAN

1.1.1 Definisi Belanjawan


Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan?

Belanjawan ialah satu pernyataan formal tentang perancangan pihak


pengurusan dalam bentuk kuantitatif. Maksudnya, apa-apa perancangan
yang dibuat oleh pihak pengurusan akan dinyatakan secara formal dalam
bentuk angka untuk dikomunikasikan kepada ahli organisasi.

1.1.2 Kegunaan dan Kelebihan Belanjawan


Walaupun penyediaan belanjawan adalah satu proses yang memakan masa
yang panjang, ia masih di anggap langkah yang kritikal dan amat diperlukan
dalam sesebuah organisasi, baik kecil mahupun besar. Ini adalah kerana
belanjawan memberi banyak kelebihan kepada organisasi. Antara kelebihan
belanjawan ialah ia bertindak sebagai:

Rajah 1.1: Kelebihan belanjawan

(a) Alat Perancangan


Untuk pengetahuan anda, belanjawan menggalakkan pengurus berfikir ke
hadapan, iaitu meramal dan bersedia dengan sesuatu perkara yang bakal
terjadi pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, organisasi yang tidak
mempunyai belanjawan:
4 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

(i) tidak mempunyai hala tuju yang jelas;


(ii) tidak dapat meramalkan sebarang masalah yang bakal menimpa
terlebih awal;
(iii) sukar menganalisis keputusan yang dicapai oleh organisasi kerana
tidak ada alat pengukur yang jelas; dan
(iv) tidak dapat melaksanakan pengukuran prestasi yang objektif.

(b) Alat Komunikasi Kepada Seluruh Organisasi


Belanjawan yang telah disiapkan oleh pihak pengurusan akan dihebahkan
kepada ahli organisasi yang lain. Belanjawan tersebut dijadikan
panduan dalam merancang dan melaksana aktiviti agar dapat mencapai
sasaran seperti yang telah ditetapkan.

Di samping itu, seseorang pengurus itu juga dapat mengetahui


perancangan yang telah dibuat oleh pengurus bahagian lain. Dengan itu,
pengurus tersebut dapat merancang tindakan yang selari bagi mencapai
matlamat organisasi secara keseluruhannya. Sebagai contoh, apabila
pengurus pengeluaran mendapat maklumat yang tepat tentang
perancangan jualan yang telah dibuat oleh pengurus jualan, maka
beliau dapat merancang tahap pengeluaran yang dapat memenuhi
kehendak bahagian pemasaran.

Dalam erti kata lain, proses koordinasi dan integrasi dalam organisasi
lebih mudah dilaksanakan dengan adanya belanjawan. Pendek kata,
belanjawan menjadi alat komunikasi antara beberapa pihak dalam
organisasi.

(c) Alat Pengagihan Sumber


Seterusnya, belanjawan juga digunakan sebagai alat pengagihan sumber.
Ini adalah kerana sumber yang terhad memaksa syarikat mengagih dan
mengguna sumber tersebut secara efektif. Syarikat yang tidak mempunyai
belanjawan sering kali gagal mengagihkan sumber secara rasional dan
sistematik.

Dengan bantuan belanjawan yang disediakan, selepas mengambil kira


pandangan semua pihak dalam organisasi, konflik berkaitan pengagihan
sumber dapat dikurangkan. Belanjawan yang direka bentuk dengan
mengambil kira pandangan pekerja selalunya akan meningkatkan motivasi
mereka untuk bekerja. Ini adalah kerana mereka merasa diri mereka
dihargai apabila pandangan dan pendapat mereka diambil kira semasa
penyediaan belanjawan tersebut.
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 5

(d) Alat Pengukuran Prestasi


Belanjawan juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam
menyediakan satu tanda aras (benchmark) dalam pengukuran prestasi.
Pencapaian yang lebih baik daripada yang telah dirancangkan mungkin
menandakan suatu prestasi yang boleh dibanggakan dan insentif boleh
diberikan. Konsep perakaunan tanggungjawab (responsibility accounting)
boleh dipraktiskan dengan adanya data belanjawan yang efektif yang
berfungsi sebagai asas untuk menilai prestasi sebenar.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan pengukuran prestasi yang hanya


semata-mata menggunakan belanjawan sebagai alat pengukur bukanlah
sesuatu yang baik kerana banyak faktor luaran yang mungkin
menyumbang kepada pencapaian tersebut, misalnya keadaan ekonomi,
politik, teknologi, pesaing dan sebagainya.

AKTIVITI 1.1
Pada pendapat anda, setelah mengetahui kegunaan dan kelebihan
belanjawan, adakah wajar bagi sebuah perniagaan runcit untuk
menyediakan belanjawan?

1.2 BELANJAWAN INDUK


Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan induk?

Belanjawan induk ialah belanjawan yang meringkaskan semua aktiviti yang


telah dirancang oleh jabatan-jabatan dalam organisasi.

Dalam belanjawan induk ini, semua hasil dan perbelanjaan akan


dianggarkan, yang akhirnya membolehkan penyata pro-forma (anggaran)
disediakan. Pendek kata, bolehlah disimpulkan bahawa belanjawan induk ini
akan menceritakan kepada kita perancangan komprehensif pihak pengurusan
dan bagaimana perancangan tersebut boleh dicapai.

Belanjawan induk juga merupakan output utama suatu sistem belanjawan,


yang merangkumi semua belanjawan di semua peringkat operasi. Maksudnya,
belanjawan induk akan mengandungi semua jenis belanjawan yang sepatutnya
ada dalam sesebuah organisasi yang merangkumi jualan, pengeluaran,
pengedaran dan kewangan (rujuk Rajah 1.2).
6 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Rajah 1.2: Jenis-jenis belanjawan yang ada dalam sesebuah organisasi

Secara umumnya, belanjawan induk boleh dibahagikan kepada DUA


kumpulan belanjawan, iaitu:
(a) Belanjawan operasi; dan
(b) Belanjawan kewangan.

1.2.1 Belanjawan Operasi


Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan operasi?

Belanjawan operasi adalah belanjawan yang menggariskan aktiviti firma.

Fokus utama belanjawan operasi ialah Penyata Pendapatan dan jadual-jadual


sokongan yang diperlukan bagi membantu penyediaannya. Secara umumnya,
belanjawan yang terkandung di dalamnya (yang bertindak sebagai jadual
sokongan) terdiri daripada belanjawan jualan, belian, kos barang dijual dan
belanja operasi. Daripada belanjawan-belanjawan ini juga, satu penyata
pendapatan pro-forma (jangkaan) dapat disediakan untuk mengetahui tahap
keuntungan syarikat jika belanjawan yang dibuat tercapai.

Kadangkala, belanjawan operasi juga disebut sebagai pelan untung (profit plan).
Bagi firma perkilangan pula, belanjawan operasi terdiri daripada belanjawan
jualan, pengeluaran, pemasaran, pentadbiran dan penyata pendapatan.
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 7

1.2.2 Belanjawan Kewangan


Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan kewangan?

Belanjawan kewangan merupakan satu perancangan yang menunjukkan


bagaimana organisasi akan memperoleh sumber kewangannya bagi
membiayai operasi.

Belanjawan kewangan terdiri daripada Belanjawan Tunai dan Belanjawan


Lembaran Imbangan.

SEMAK KENDIRI 1.1


(a) Senaraikan EMPAT jenis belanjawan induk.
(b) Jelaskan dengan terperinci mengenai belanjawan operasi dan
belanjawan kewangan.

1.3 PENYEDIAAN BELANJAWAN OPERASI


Terdapat ENAM jenis belanjawan operasi, iaitu:

Rajah 1.3: Jenis-jenis belanjawan operasi

Mari kita perhatikan satu persatu belanjawan-belanjawan yang terkandung


dalam belanjawan operasi.
8 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

1.3.1 Belanjawan Jualan


Belanjawan jualan ialah asas kepada belanjawan operasi. Ia memerlukan
organisasi menganggarkan jualan untuk tempoh akan datang. Dalam perkataan
lain, belanjawan jualan akan menjadi asas atau panduan kepada penyediaan
belanjawan-belanjawan yang lain.

Di samping menunjukkan hasil jualan bagi sesuatu tempoh, belanjawan jualan


juga akan memberikan maklumat berkaitan dengan kutipan tunai yang
dibuat untuk tempoh berkenaan. Adalah menjadi amalan biasa bagi
sesebuah perniagaan, tidak membuat semua jualan secara tunai. Pemberian
kredit kepada pelanggan masih diperlukan untuk menggalakkan jualan
walaupun syarikat menghadapi risiko tidak boleh kutipan hutang (hutang
lapuk).

Belanjawan jualan
Ć Anggaran jualan untuk tempoh akan datang.
Ć Asas penyediaan belanjawan-belanjawan lain.
Ć Memberikan maklumat berkaitan kutipan tunai bagi tempoh berkenaan.

Dalam menyediakan belanjawan jualan, formula berikut digunakan:

Hasil Jualan = Anggaran Kuantiti Jualan x Anggaran Harga Jualan


TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 9

Contoh 1.1

Syarikat Guru Jaya baru memulakan perniagaan menjual peralatan


sukan. Jangkaan jualan untuk empat suku tahun 2004 adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Jangkaan Jualan
Tahun 2004 Unit
Suku 1 3,000
Suku 2 4,000
Suku 3 5,000
Suku 4 7,000
Jumlah 19,000

Harga jualan adalah RM25.00 seunit. Dijangkakan 60% daripada jualan


tersebut adalah secara tunai dan selebihnya akan dikutip dalam suku tahun
yang berikutnya. Ini bermakna, semua hasil jualan dapat dikutip dan
tidak ada hutang lapuk diperuntukkan. Daripada maklumat di atas,
belanjawan jualan dapat disediakan seperti dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Belanjawan Jualan


Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah
Jualan:
Unit 3,000 4,000 5,000 7,000 19,000
Hasil 75,000 100,000 125,000 175,000 475,000
Kutipan
tunai:

60%
bulan 45,000 60,000 75,000 105,000 285,000
semasa
40%
bulan
30,000 40,000 50,000 120,000
lepas

Jumlah
45,000 90,000 115,000 155,000 405,000
(RM)
10 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Perhatikan bahawa semua hasil jualan dapat dikutip dalam suku tahun
yang jualan tersebut berlaku dan selebihnya di suku tahun yang berikutnya,
iaitu melibatkan dua suku tahun sahaja. Walau bagaimanapun, ada kes yang
menyatakan kutipan mungkin dibuat dalam tiga suku tahun atau lebih. Ia
mungkin juga melibatkan kes yang tidak semua kutipan dapat dibuat, iaitu
yang melibatkan peruntukan hutang lapuk.

1.3.2 Belanjawan Pengeluaran


Belanjawan operasi seterusnya adalah belanjawan pengeluaran. Bagi firma
perkilangan, produk yang hendak dijual akan dikeluarkan sendiri. Oleh yang
demikian, selepas menganggarkan unit jualan untuk setiap suku tahun,
belanjawan pengeluaran perlu disediakan. Belanjawan pengeluaran akan
menolong syarikat menganggarkan pengeluaran yang diperlukan supaya
permintaan dapat dipenuhi.

Di samping itu, belanjawan pengeluaran juga dapat menolong syarikat


mengawal tahap inventori supaya tidak terlalu kurang atau berlebihan. Jika
tahap inventori tidak dikawal, masalah lebihan inventori akan timbul dan ini
akan membebankan syarikat kerana terpaksa menanggung kos penyimpanan
(storage) yang tinggi.

Belanjawan Pengeluaran
Ć Membantu syarikat menganggarkan pengeluaran yang diperlukan
berdasarkan permintaan; dan
Ć Mengawal tahap inventori agar tidak terlalu kurang atau berlebihan

Kebiasaannya, syarikat menyimpan inventori akhir pada peratus tertentu


daripada jualan tempoh yang akan datang untuk menghindari masalah
pengeluaran yang tidak dijangka.

Dengan adanya inventori akhir tempoh lepas, sebarang masalah


pengeluaran yang timbul pada tempoh semasa lebih mudah diselesaikan.
Inventori akhir tempoh lepas akan menjadi inventori awal tempoh semasa.

Unit Perlu Dikeluarkan = Unit Jualan + Inventori Akhir ă Inventori Awal


TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 11

Contoh 1.2

Syarikat Guru Jaya memerlukan inventori akhir untuk sesuatu suku tahun
adalah 10% daripada unit jualan suku tahun berikutnya. Jangkaan unit jualan
untuk suku pertama tahun berikutnya ialah 10,000 unit. Daripada maklumat
ini, Belanjawan Pengeluaran dapat disediakan:

Jadual 1.3: Belanjawan Pengeluaran


Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah
Jualan 3,000 4,000 5,000 7,000 19,000

Inventori Akhir 400 500 700 1,000 1,000

Jumlah 3,400 4,500 5,700 8,000 20,000

Inventori Awal - (400) (500) (700) -

Unit Pengeluaran 3,400 4,100 5,200 7,300 20,000

1.3.3 Belanjawan Bahan Mentah


Anda perlu faham bahawa selepas mengetahui anggaran unit pengeluaran,
syarikat akan menyediakan satu perancangan pembelian bahan mentah yang
dapat memenuhi tahap pengeluaran bagi sesuatu tempoh.

Pertalian antara belanjawan pengeluaran dengan belanjawan belian bahan


mentah amatlah kritikal dalam firma perkilangan. Ini penting supaya
pengeluaran tidak terbantut disebabkan kehabisan bahan mentah. Begitu juga
sebaliknya, ia amat berguna dalam mewujudkan satu pengurusan inventori yang
cekap. Syarikat juga pada kebiasaannya akan membeli lebih daripada yang
diperlukan untuk pengeluaran tempoh semasa dan akan menyimpannya sebagai
inventori akhir bahan mentah bagi menghadapi sebarang kemungkinan
peristiwa yang tidak dijangka seperti kehabisan stok bahan mentah di pasaran
dan sebagainya.

Bahan Mentah = Bahan Mentah + Inventori – Inventori


yang untuk Akhir Bahan Awal
Diperlukan Pengeluaran Mentah Bahan
Semasa Mentah
12 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Merujuk contoh Syarikat Guru Jaya, katakan bagi setiap unit produk yang
hendak dikeluarkan, syarikat menggunakan 0.2 kg bahan mentah yang boleh
dibeli pada harga RM7.00 sekilogram. Bayaran akan dibuat secara ansuran, iaitu
70% dalam suku tahun ia dibeli, dan baki 30% akan dibayar dalam suku
tahun berikutnya. Di samping itu, syarikat akan menyimpan 5% daripada
keperluan bahan mentah untuk suku tahun berikutnya sebagai inventori
akhir.

Daripada maklumat ini, Belanjawan Belian Bahan Mentah adalah seperti


Jadual 1.4 berikut:
Jadual 1.4: Belanjawan Belian Bahan Mentah

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah


Unit Pengeluaran 3,400 4,100 5,200 7,300 20,000

Kadar Penggunaan 0.2 kg 0.2 kg 0.2 kg 0.2 kg 0.2kg

Unit Penggunaan 680 820 1,040 1,460 4,000


41 52 73 100 266
Inventori Akhir
721 872 1,113 1,560 4,266
Inventori Awal - (41) (52) (73) (166)

Unit Belian 721 831 1,061 1,487 4,100


Harga Belian Seunit (RM) 7.00 7.00 7.00 7.00 7.00

Jumlah Harga
5,047 5,817 7,427 10,409 28,700
Belian(RM)
Bayaran:

70% Tempoh Semasa


3,533 4,072 5,199 7,286 20,090
(RM)

30% Tempoh Lepas(RM) - 1,514 1,745 2,228 5,487

Jumlah Bayaran (RM) 3,533 5,586 6,944 9,514 25,577

* Diberi unit penggunaan yang diperlukan untuk keperluan bahan mentah


bagi suku pertama tahun berikutnya adalah 2,000.
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 13

1.3.4 Belanjawan Buruh Langsung


Setelah mengetahui unit pengeluaran yang sepatutnya dikeluarkan untuk
sesuatu tempoh, syarikat bolehlah membuat anggaran jumlah kos buruh
langsung yang dijangka terlibat untuk tempoh berkenaan. Bagi menyediakan
belanjawan buruh langsung, maklumat yang diperlukan oleh syarikat ialah jam
penggunaan buruh langsung bagi setiap unit produk dan juga kadar upah bagi
setiap jam buruh langsung.

Jumlah Kos Buruh Langsung = Bilangan Jam x Kadar Upah Sejam

Katakan setiap unit produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Guru Jaya,
memerlukan 15 minit buruh langsung (0.25 jam) dengan kadar upah sebanyak
RM5.00 sejam. Maka Belanjawan Buruh Langsung akan kelihatan seperti Jadual
1.5.
Jadual 1.5: Belanjawan Buruh Langsung

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah


Unit Pengeluaran 3,400 4,100 5,200 7,300 20,000
Kadar Penggunaan 0.25 0.25 0.25 0.25 0.25
Jam Penggunaan 850 1,025 1,300 1,825 5,000
Kadar Upah (RM) 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Jumlah Kos (RM) 4,250 5,125 6,500 9,125 25,000

1.3.5 Belanjawan Overhed


Komponen kos produk yang ketiga (selepas bahan mentah dan buruh langsung)
ialah overhed, yang terdiri daripada overhed berubah dan ovehed tetap (Rujuk
Rajah 1.4).

Sebagai contoh, buruh tidak langsung dan bahan mentah tidak langsung
dianggap sebagai overhed berubah. Manakala, gaji penyelia pengeluaran dan
susut nilai mesin pula dikatakan sebagai overhed tetap.
14 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Rajah 1.4: Belanjawan overhed

Dalam mengira pembayaran tunai untuk overhed, pelarasan untuk perbelanjaan


yang tidak melibatkan aliran keluar tunai diperlukann misalnya, belanja susut
nilai.

Katakan kadar overhed berubah untuk Syarikat Guru Jaya ialah RM1.50 bagi
setiap jam buruh langsung yang digunakan dan overhed tetap bagi setiap
suku tahun ialah RM10,000 (termasuk susut nilai mesin RM2,200). Maka
belanjawan overhed adalah seperti Jadual 1.6 berikut:
Jadual 1.6: Belanjawan Overhed

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah

Jam Buruh Langsung 850 1,025 1,300 1,825 5,000


Kadar OH Berubah 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50
(RM)
Kos OH Berubah (RM) 1,275 1,537.50 1,950 2,737.50 7,500
Overhed Tetap (RM) 10,000 10,000 10,000 10,000 40,000
Susut Nilai (RM) (2,200) (2,200) (2,200) (2,200) (8,800)
Pembayaran 9,075 9,337.50 9,750 10,537.50 38,700

1.3.6 Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran


Seterusnya, belanja jualan dan petadbiran adalah untuk belanja yang terlibat di
jabatan-jabatan lain selain daripada jabatan pengeluaran. Walau bagaimanapun,
belanja-belanja ini merupakan belanja sokongan untuk membolehkan syarikat
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 15

mendapat keuntungan. Antara contoh belanja sokongan ini ialah belanja


pemasaran komisen jurujual dan sebagainya.

Sebagai contoh, katakanlah belanja jualan dan pentadbiran untuk Syarikat Guru
Jaya ialah RM2.30 bagi setiap unit jualan (berubah) dan RM6,000 bagi setiap suku
tahun (tetap). Semua belanja jualan dan pentadbiran dibayar tunai dalam suku
tahun ia dilibatkan.

Maka, Belanjawan Jualan dan Pentadbiran (JP) adalah seperti jadual 1.7 berikut:
Jadual 1.7: Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah


Unit Jualan 3,000 4,000 5,000 7,000 19,000
Kadar JP Berubah RM2.30 RM2.30 RM2.30 RM2.30 RM2.30
JP Berubah (RM) 6,900 9,200 11,500 16,100 43,700
JP Tetap (RM) 6,000 6,000 6,000 6,000 24,000
Jumlah JP (RM) 12,900 15,200 17,500 22,100 67,700

AKTIVITI 1.4

Syarikat Zullyn adalah sebuah syarikat yang menjual barang-barang


kraftangan berasaskan rotan. Berikut adalah jangkaan jualan bagi
syarikat beliau pada bulan Januari sehingga April 2007 di mana harga
jualan barang adalah RM50 seunit:

Bulan (2007) Jumlah Jualan (RM)


Januari 90,000
Februari 120,000
March 155,000
April 195,000
Jumlah 560,000
16 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

(a) Pihak pengurusan menjangkakan kutipan tunai daripada jualan


adalah seperti berikut:
Pelanggan membayar 60% daripada jumlah jualan bulan semasa
secara tunai, 20% pada bulan kedua jualan dilakukan dan
selebihnya dibayar pada bulan yang berikutnya. Jumlah jualan
bagi bulan November dan Disember ialah RM70,000 dan
RM85,000.

(b) Syarikat juga memperuntukkan 10% daripada unit jualan bulan


berikutnya sebagai keperluan semasa inventori akhir. Jangkaan
unit jualan bagi bulan Mei ialah RM210,000. 60% bayaran untuk
pembelian bahan mentah di buat pada bulan semasa manakala
bakinya dibayar pada bulan berikutnya.

(c) Kadar upah buruh langsung ialah RM6.50 untuk setiap unit yang
dihasilkan di mana setiap unit memerlukan masa sebanyak 0.5
jam.

(d) Maklumat berikut adalah berkaitan dengan overhed dan belanja


jualan dan pentadbiran:
Overhed tetap RM15,000
Overhed berubah RM1.50 per jam
buruh langsung
Belanja jualan dan pentadbiran tetap RM4,500
Belanja jualan dan pentadbiran berubah RM3.00 per unit
jualan

Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, sediakan;

(i) Belanjawan Jualan;


(ii) Belanjawan Pengeluaran;
(iii) Belanjawan Belian Bahan Mentah;
(iv) Belanjawan Buruh Langsung;
(v) Belanjawan Overhead; dan
(vi) Belanjawan Belanja Jualan Dan Pentadbiran.
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 17

1.4 PENYEDIAAN PENYATA PENDAPATAN


PRO-FORMA
Setelah mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan daripada belanjawan
yang terdapat dalam belanjawan operasi, maka penyata pendapatan pro-
forma dapat disediakan. Penyata ini ditunjukkan dalam Jadual 1.8 berikut:
Jadual 1.8: Penyata Pendapatan Pro-Forma

RM RM RM
Jualan 475,000
Kos Barang Dijual:
Inventori Awal Barang Siap 0
Kos Barang Dikilang:
Inventori Awal Bahan Mentah 0
+ Belian 28,700
Bahan Sedia untuk Diguna 28,700
- Inventori Akhir (700) 28,000
Buruh Langsung 25,000
Overhed Kilang Berubah 7,500
Overhed Kilang Tetap 40,000
100,500
- Inventori Akhir Barang Siap (5,025)
(95,475)
Untung Kasar 379,525
Belanja Operasi:
Jualan dan Pentadbiran (67,700)
Belanja-belanja lain:
Faedah (1,600)
Pendapatan Bersih 310,225

Nota: Inventori akhir barang siap ialah 1,000 unit (diambil daripada
belanjawan pengeluaran). Kos seunit barang siap ialah RM5.025 seunit (bahan
mentah RM1.40, buruh langsung RM1.25, overhed berubah RM0.375 dan
overhed tetap RM2.00). Maka kos barang siap untuk 1,000 unit ialah 1,000 x
RM5.025, iaitu RM5,025.

1.5 BELANJAWAN KEWANGAN


Setelah mengetahui belanjawan-belanjawan yang terlibat dalam belanjawan
operasi, anda akan didedahkan pula kepada belanjawan yang terlibat dalam
belanjawan kewangan.
18 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

1.5.1 Belanjawan Tunai


Belanjawan tunai memberi maklumat kepada syarikat, antara lain, tentang tunai
yang diterima dan tunai yang dibayar. Ia juga akan menunjukkan bagaimana
tunai tersebut digunakan jika ada lebihan tunai yang melebihi daripada
keperluan operasi syarikat (pelaburan). Sebaliknya, jika penerimaan kurang
daripada pembayaran belanjawan tunai juga akan menunjukkan bagaimana
kurangan tersebut ditampung (pembiayaan).

Belanjawan tunai, secara umumnya, boleh dibahagikan kepada EMPAT


bahagian yang utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 1.5: Belanjawan tunai

(a) Penerimaan
Ia akan menyenaraikan semua sumber tunai sesebuah syarikat, selain
daripada pembiayaan. Selalunya sumber utama penerimaan adalah dari
jualan barangan.

(b) Pembayaran
Bahagian ini akan menyenaraikan semua aliran keluar tunai seperti
pembelian bahan mentah, pembayaran upah buruh langsung, pembayaran
overhed, pembayaran belanja jualan dan pentadbiran serta pembayaran-
pembayaran lain yang dibuat oleh syarikat. Pembelian aset, contohnya
mesin, juga akan dimasukkan di bahagian pembayaran.

(c) Lebihan atau Kurangan Tunai


Lebihan atau kurangan tunai pula diperoleh daripada hasil tolakan antara
bahagian (a) dengan (b). Jika ada lebihan tunai, maka syarikat tidak perlu
membuat pinjaman bagi tujuan pembiayaan. Sebaliknya, jika berlaku
kurangan, kurangan tersebut perlulah ditampung melalui pembiayaan
daripada pihak luar.
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 19

Walau bagaimanapun, kadangkala polisi syarikat memerlukan sejumlah


tunai minimum perlu ada dalam syarikat. Dalam kes sebegini,
walaupun ada lebihan tunai, iaitu penerimaan melebihi pembayaran,
pembiayaan masih perlu dilakukan semata-mata untuk memenuhi
keperluan minimum tersebut.

Terdapat juga kes yang polisi syarikat menyatakan ia akan membuat


pelaburan bagi lebihan tunai yang terlalu banyak. Sebagai contohnya, polisi
syarikat ialah menghadkan lebihan tunai yang sepatutnya ada dalam
syarikat adalah setakat RM5,000 sahaja. Jika terdapat lebihan daripada
tahap maksimum RM5,000, maka lebihan tersebut akan dilaburkan untuk
mendapatkan pulangan.

(d) Pembiayaan
Ruangan ini akan digunakan apabila syarikat terpaksa membuat pinjaman
daripada pihak luar bagi membiayai kurangan. Di samping memperincikan
penerimaan pembiayaan, ia juga menerangkan pembayaran balik
pinjaman tersebut, iaitu yang terdiri daripada prinsipal dan faedah.

Daripada maklumat yang terdahulu dan sedikit maklumat lain,


bolehlah kita cuba menyediakan Belanjawan Tunai untuk Syarikat Guru
Jaya.

Katakanlah:
(i) Tunai awal yang dilaburkan oleh syarikat bagi menjalankan
perniagaan ialah RM20,000;
(ii) Polisi syarikat ialah menetapkan tunai minimum yang perlu ada di
hujung setiap suku tahun ialah RM50,000;
(iii) Pinjaman boleh dibuat dalam gandaan seribu pada awal suku tahun
yang diperlukan pada kadar faedah 8%;
(iv) Pinjaman akan dibayar pada hujung suku tahun apabila ada
kemampuan; dan
(v) Dalam suku tahun yang pertama, syarikat juga membeli sebuah
mesin secara tunai dengan kos RM25,000.
20 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Belanjawan tunai akan kelihatan seperti dalam Jadual 1.9.

Jadual 1.9: Belanjawan Tunai

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah


Baki Awal 20,000 50,242 63,393 137,699 20,000
+ Penerimaan Tunai dari 45,000 90,000 115,000 155,000 405,000
P l
= Tunai dari Operasi (a) 65,000 140,242 178,393 292,699 425,000
(ă) Pembayaran:
Bahan Mentah 3,533 5,586 6,944 9,514 25,577
Buruh Langsung 4,250 5,125 6,500 9,125 25,000
Overhed Kilang 9,075 9,338 9,750 10,538 38,701
Belanja Operasi 12,900 15,200 17,500 22,100 67,700
Pembelian Aset 25,000 - - - 25,000

Jumlah Pembayaran (b) 54,758 35,249 40,694 51,277 181,978


= Baki sebelum Pinjaman
10,242 104,993 137,699 241,422 243,002
(a) - (b)

(ă) Tunai Minimum (c) 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000

= Lebihan / (Kurangan) (d) (39,758) 54,993 87,699 191,422 193,022


Pinjaman 40,000 - - - 40,000
Pembayaran:
Prinsipal - (40,000) (40,000)
Faedah - (1,600) (1,600)
Lebihan / (Kurangan) (e) 40,000 (41,600) - - (1,600)
Baki Akhir Tunai (c) + (d) + (e) 50,242 63,393 137,699 241,422 241,422

AKTIVITI 1.6
Berikut adalah maklumat kewangan Syarikat Citra bagi bulan Januari
hingga Mac 2007:
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 21

(a) Baki tunai pada 31 Disember 2006 ialah RM13,840.


(b) Pegawai kewangan juga telah menyediakan maklumat jualan:
Data Sebenar bagi tahun
Data Diramal bagi tahun 2007
2006
Bulan November Disember Januari Februari Mac
Jualan RM25,000 RM35,000 RM25,000 RM20,000 RM40,000
Belanja
jualan dan RM12,000 RM13,000 RM12,000 RM11,000 RM12,500
pentadbiran
Overhead RM2,500 RM3,500 RM2,500 RM2,500 RM4,000
Bahan
RM3,200 RM3,500 RM3,000 RM2,500 RM3,500
mentah
Buruh
RM6,000 RM6,200 RM6,800 RM6,800 RM6,800
langsung

(a) 60% daripada jualan merupakan jualan tunai yang dapat dikutip
pada bulan semasa, 30% dikutip pada bulan kedua dan bakinya
dikutip pada bulan ketiga.
(b) Bayaran bagi pembelian bahan mentah dibuat pada bulan ia dibeli
manakala pembayaran bagi belanja jualan dan pentadbiran dan
overhed dibuat pada bulan berikutnya. Buruh langsung dibayar
pada setiap bulan yang berkenaan.
(c) Syarikat mempunyai pinjaman bernilai RM12,000 pada kadar
faedah 12% setahun dan dibayar pada setiap bulan. Prinsipal bagi
pinjaman tersebut sebanyak RM2,000 perlu dibuat pada 28 Februari
2007.
(d) Cukai adalah sebanyak RM 4,550 dan dibayar pada 15 Mac 2007.
(e) Polisi syarikat menetapkan baki tunai minimum yang perlu ada di
hujung setiap bulan ialah RM10,000.
Sediakan belanjawan tunai bagi Syarikat Ceria untuk tempoh 3 bulan
bermula Januari 2007 hingga Mac 2007.
22 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

1.6 PENYEDIAAN LEMBARAN IMBANGAN


PRO-FORMA
Akhirnya, selepas semua belanjawan lain sudah disediakan, syarikat bolehlah
menyediakan satu Lembaran Imbangan Pro-Forma, iaitu satu penyata yang
memberikan kedudukan kewangan syarikat tersebut sekiranya semua
perancangan mencapai sasaran seperti yang diharapkan.

Dengan menggunakan contoh Syarikat Guru Jaya, Lembaran Imbangan Pro-


Forma dapat disediakan seperti yang berikut:

Syarikat Guru Jaya


Lembaran Imbangan Pro-Forma pada Suku Tahun 2004

RM RM RM
Aset Semasa
Tunai 241,422
Inventori Barang Siap 5,025
Inventori Bahan Mentah 700
Akaun Belum Terima 70,000 317,147
Aset Tetap
Mesin 25,000
Susut Nilai Terkumpul (8,800) 16,200
Jumlah Aset 333,347
Liabiliti
Akaun Belum Bayar 3,122
Ekuiti Pemilik

Modal 20,000

Pendapatan Tertahan 310,225 330,225

Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 333,347


TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 23

1.7 PENYEDIAAN BELANJAWAN INDUK BAGI


FIRMA PERDAGANGAN
Bahagian ini akan mengilustrasikan penyediaan belanjawan induk, iaitu
belanjawan operasi dan belanjawan kewangan. Bagi memudahkan anda
membezakan di antara belanjawan untuk firma perkilangan dengan firma
perdagangan, kita akan menggunakan contoh yang sama, tetapi sekarang kita
mengandaikan Syarikat Guru Jaya adalah firma perdagangan.

Apakah yang dimaksudkan dengan firma perdagangan?

Firma perdagangan ialah perniagaan yang menjual barangan tetapi


barangan tersebut tidak dikilangkan sendiri. Bekalan barangan didapati
daripada pembekal luar.

1.7.1 Belanjawan Jualan


Dengan menggunakan contoh yang sama, belanjawan jualan untuk Syarikat
Guru Jaya dapat disediakan.

Contoh 1.3

Syarikat Guru Jaya baru memulakan perniagaan menjual peralatan sukan.


Jangkaan jualan untuk empat suku tahun 2004 adalah seperti yang berikut:

Tahun 2004 Unit


Suku 1 3,000
Suku 2 4,000
Suku 3 5,000
Suku 4 7,000
Jumlah 19,000

Harga jualan adalah RM25.00 seunit. Dijangkakan 60% daripada jualan


tersebut adalah secara tunai dan selebihnya akan dikutip dalam suku yang
berikutnya. Ini bermakna, semua hasil jualan dapat dikutip dan tidak
ada hutang lapuk diperuntukkan.
24 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Daripada maklumat di atas, belanjawan jualan dapat disediakan seperti yang


berikut:
Jadual 1.10: Belanjawan Jualan

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah

Jualan:
Unit 3,000 4,000 5,000 7,000 19,000
Hasil 75,000 100,000 125,000 175,000 475,000
Kutipan Tunai:
60% Bulan Semasa 45,000 60,000 75,000 105,000 285,000

40% Bulan Lepas 30,000 40,000 50,000 120,000

Jumlah 45,000 90,000 115,000 155,000 405,000

1.7.2 Belanjawan Belian


Diandaikan Syarikat Guru Jaya adalah firma perdagangan, maka belanjawan
belian perlu disediakan. Katakan harga belian produk ialah RM10.00 seunit
dan bayaran kepada pembekal dibuat secara ansuran, iaitu 80% dalam tempoh
semasa dan baki 20% dalam tempoh yang berikutnya. Maka belanjawan belian
akan kelihatan seperti di Jadual 1.11.

Unit yang perlu Dibeli = Unit Jualan + Inventori Akhir ă Inventori Awal

Jadual 1.11: Belanjawan Belian

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah


Jualan: 3,000 4,000 5,000 7,000 19,000
Inventori Akhir 400 500 700 1,000 1,000
Inventori Awal - (400) (500) (700) -
Unit Belian 3,400 4,100 5,200 7,300 20,000
Harga Belian Seunit 34,000 41,000 52,000 73,000 200,000
Bayaran:80% Tempoh Semasa 27,200 32,800 41,600 58,400 160,00
20% Tempoh Lepas 6,800 8,200 10,400 25,400
Jumlah Bayaran 27,200 39,600 49,800 68,800 185,400
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 25

1.7.3 Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran


Belanjawan belanja jualan dan pentadbiran adalah sama seperti contoh sebelum
ini:
Jadual 1.12: Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah


Unit Jualan 3,000 4,000 5,000 7,000 19,000
Kadar JP RM2.30 RM2.30 RM2.30 RM2.30 RM2.30
JP Berubah 6,900 9,200 11,500 16,100 43,700
JP Tetap 6,000 6,000 6,000 6,000 24,000
Jumlah JP 12,900 15,200 17,500 22,100 67,700

1.7.4 Penyediaan Penyata Pendapatan Pro-forma


Penyata Pendapatan pro-forma yang perlu disediakan nampak lebih ringkas
kerana tidak banyak item yang terlibat dalam mengira kos barang dijual. Ia akan
kelihatan seperti dalam Jadual 1.13.
Jadual 1.13: Penyata Pendapatan Pro-Forma

RM RM
Jualan 475,000
Kos Barang Dijual:
0
Inventori Awal Barang Siap
Belian 200,000
Kos Barang Sedia untuk Dijual 200,000
Inventori Akhir (10,000) 190,000
Untung Kasar 285,000
Belanja Operasi:
Jualan dan Pentadbiran 67,700
Susut Nilai 8,800 (76,500)
Belanja-belanja Lain: Faedah (1,340)

Pendapatan Bersih 207,160

Nota: Unit inventori akhir barang siap ialah 1,000 unit pada kos belian RM10.00
seunit (diambil dari belanjawan belian).
26 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

1.7.5 Belanjawan Tunai


Dengan menggunakan contoh yang terdahulu, belanjawan tunai dapat
disediakan. Katakanlah tunai awal yang dilaburkan oleh syarikat bagi
menjalankan perniagaan ialah RM20,000. Polisi syarikat ialah menetapkan tunai
minimum yang perlu ada di hujung setiap suku tahun ialah RM50,000. Pinjaman
boleh dibuat dalam gandaan seribu pada awal suku tahun yang diperlukan pada
kadar faedah 8%. Pinjaman akan dibayar pada hujung suku tahun apabila ada
kemampuan. Dalam suku tahun yang pertama, syarikat juga membeli sebuah
mesin secara tunai dengan kos RM25,000.
Maka, belanjawan tunai akan kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
1.14.
Jadual 1.14: Belanjawan Tunai

Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah


Baki Awal 20,000 50,900 50,080 81,460 20,000
+ Penerimaan Tunai 45,000 90,000 115,000 155,000 405,000
dari Pelanggan

= Tunai dari Operasi 65,000 140,900 165,080 236,460 425,000


(a)
(ă) Pembayaran:
Belian Barang Siap 27,200 39,600 49,800 68,800 185,400
Belanja Operasi 12,900 15,200 17,500 22,100 67,700
Pembelian Aset 25,000 25,000
Jumlah 65,100 54,800 67,300 90,900 278,100
Pembayaran (b)
= Baki sebelum (100) 86,100 97,780 145,560 146,900
Pinjaman (a) ă (b)
(ă)Tunai Mimimum (c) 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000
= Lebihan/ (50,100) 36,100 (47,780) (95,560) (96,900)
(Kurangan) (d)
Pinjaman 51,000 51,000
Pembayaran:Prinsipal (35,000) (16,000) (51,000)

Faedah (1,020) (320) (1,340)


Lebihan/ 51,000 (36,020) (16,320) (1,340)
(Kurangan) dari
Pembiayaan (e)
Baki Akhir Tunai 50,900 50,080 81,460 (145,560) 145,560
(c) + (d) + (e)
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 27

1.7.6 Penyediaan Lembaran Imbangan Pro-forma


Akhirnya, selepas semua belanjawan lain sudah disediakan, syarikat
bolehlah menyediakan satu lembaran imbangan pro-forma, iaitu satu penyata
yang memberikan kedudukan kewangan syarikat tersebut sekiranya semua
perancangan mencapai sasaran seperti yang diharapkan.

Syarikat Guna Jaya


Lembaran Imbangan Pro-Forma
pada Suku Tahun 2004

RM RM RM
Aset Semasa
Tunai 145,560
Inventori Barang Siap 10,000
Akaun Belum Terima 70,000 225,560
Aset Tetap
Mesin 25,000
Susut Nilai Terkumpul (8,800) 16,200
Jumlah Aset 241,760
Liabiliti
Akaun Belum Bayar 14,600
Ekuiti Pemilik
Modal 20,000
Pendapatan Tertahan 207,160 227,160
Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 241,760

Daripada contoh yang diilustrasikan, iaitu belanjawan untuk syarikat


perkilangan dan syarikat bukan perkilangan, dapat disimpulkan tidak terdapat
banyak perbezaan yang ketara. Cuma boleh dikatakan di sini bahawa
penyediaan belanjawan untuk syarikat bukan perkilangan adalah lebih mudah
dan ringkas kerana bilangan belanjawan yang perlu disediakan berkurangan.
28 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

AKTIVITI 1.7

Syarikat Bulan Bintang telah menyediakan maklumat dibelanjawankan


bagi bulan Disember seperti berikut:

Syarikat Bulan Bintang


Belanjawan Jualan
Disember 2007

Unit Jualan Dijangka 10,000


X Harga Jualan Dijangka RM 12.00 o
= Jumlah Jualan Dijangka RM 12,000

Syarikat Bulan Bintang


Belanjawan Kos Barang Dijual
Disember 2007

Unit Jualan Dijangka 10,000


X Kos Seunit Dijangka RM 800
Kos Barang Dijual RM 80,000

Syarikat Bulan Bintang


Belanjawan Belanja Jualan Dan Pentadbiran
Disember 2007

Gaji RM 18,500
Komisen RM 3,000
Sewa RM 9,000
Lain-lain Belanja RM 1,500
Belanja Jualan Dan Pentadbiran RM 32,000

Dikehendaki:

Sediakan Penyata Pendapatan Pro Forma bagi bulan berakhir


Disember 2007 bagi Syarikat Bulan Bintang.
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 29

1.8 BELANJAWAN FLEKSIBEL


Pada awal topik ini, ada disebut bahawa belanjawan juga boleh digunakan
sebagai alat pengukuran prestasi. Prestasi sebenar yang dicapai akan
dibandingkan dengan prestasi yang sepatutnya dicapai seperti yang disasarkan
dalam belanjawan. Jika terdapat perbezaan, pusat tanggungjawab akan
dipersoalkan tentang perbezaan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika belanjawan statik iaitu belanjawan yang tidak


mengambil kira tingkat aktiviti digunakan sebagai asas perbandingan, sudah
tentu ia akan menimbulkan isu yang berpanjangan. Perbandingan yang dibuat
adalah tidak tepat kerana membandingkan dua perkara yang tidak boleh
dibandingkan (not comparable).

Sebagai contoh, katakan dalam belanjawan jualan dianggarkan hasil jualan


sebanyak RM10,000, iaitu untuk jualan 5,000 unit produk pada harga RM2.00
seunit. Pencapaian sebenar menunjukkan hasil jualan adalah sebanyak RM12,000
untuk 6,000 unit jualan. Jika belanjawan statik digunakan sebagai asas
pengukuran prestasi, sudah tentu Jabatan Pemasaran dikatakan cekap kerana
mendapat hasil melebihi daripada yang disasarkan. Walau bagaimanapun, jika
belanjawan fleksibel digunakan, Jabatan Pemasaran sebenarnya tidak cekap
kerana hanya mendapat hasil RM12,000, iaitu kurang RM2,000 daripada yang
sepatutnya.

Daripada penerangan tadi, dapatlah dikatakan bahawa belanjawan fleksibel


mampu menawarkan satu kaedah penilaian prestasi yang lebih adil kerana ia
mengambil kira beberapa tingkat aktiviti semasa belanjawan disediakan.
Belanjawan fleksibel juga dikatakan dinamik sifatnya kerana ia boleh
disesuaikan pada pelbagai tingkat aktiviti, asalkan ia berada pada julat relevan.

Berdasarkan andaian bahawa belanjawan fleksibel adalah alat pengukuran


prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan belanjawan statik, maka kita
cuba mempelajari bagaimana ia disediakan.
30 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Contoh 1.4

Syarikat Putra menganggarkan kos berubah dan kos tetapnya untuk


pengeluaran pada julat relevan 5,000 unit hingga 9,000 unit adalah seperti
yang berikut:

Kos Berubah:
Pengeluaran RM2.00 seunit
Jualan dan Pentadbiran RM0.70 seunit

Kos Tetap:
Pengeluaran RM3,000
Jualan dan Pentadbiran RM2,500

Harga jualan adalah pada RM8.00 seunit.

Belanjawan fleksibel Syarikat Putra akan kelihatan seperti berikut:

Tingkat Aktiviti 5,000 7,000 9,000


Hasil Jualan 40,000 56,000 72,000
Kos Berubah: Pengeluaran 10,000 14,000 18,000
Jualan dan Pentadbiran 3,500 4,900 6,300
Margin Sumbangan 26,500 37,100 47,700
Kos Tetap: Pengeluaran 3,000 3,000 3,000
Jualan dan Pentadbiran 2,500 2,500 2,500
Pendapatan Operasi 21,000 31,600 42,200

Cuba anda perhatikan bahawa belanjawan fleksibel akan mengunjurkan


pendapatan operasi pada beberapa tingkat aktiviti dalam julat relevan yang
sama. Dalam julat relevan yang sama, kos tetap adalah sama. Perlu
diingatkan di sini, pra-syarat untuk menyediakan belanjawan fleksibel ialah
mengetahui struktur (formula) kos syarikat. Anda telahpun mempelajari
konsep kos dalam bab awal kursus ini.

Sekarang, bagaimana anda hendak menggunakan belanjawan fleksibel ini


sebagai alat pengukuran prestasi. Katakan belanjawan induk syarikat ialah pada
tingkat aktiviti 9,000 unit, tetapi tingkat aktiviti sebenar syarikat adalah pada
tingkat 7,000 unit. Jika belanjawan induk yang statik sifatnya dijadikan asas
pengukuran prestasi, anda akan mendapat varians seperti yang berikut:
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 31

Belanjawan
Sebenar Varians
Induk
Tingkat Aktiviti 7,000 9,000 2,000 (N)
Hasil Jualan 70,000 72,000 2,000 (N)

Kos Berubah: Pengeluaran 15,400 18,000 2,600 (N)


Jualan dan Pentadbiran 4,900 6,300 1,400 (N)
Margin Sumbangan 49,700 47,700 2,000 (P)
Kos Tetap: Pengeluaran 4,000 3,000 1,000 (P)

Jualan dan Pentadbiran 3,200 2,500 700 (P)


Pendapatan Operasi 42,500 42,200 300 (P)

N = Negatif P = Positif

Daripada perbandingan di atas, varians kos berubah ialah 4,000 (N)


(2,600 + 1,400) dan pihak pengurusan mungkin tidak membuat penyiasatan
terhadapnya kerana kos sebenar kurang daripada kos yang dibelanjawankan.
Namun, kesilapan mungkin terjadi tanpa disedari kerana perbandingan yang
dibuat antara tahap sebenar 7,000 unit dengan belanjawan induk pada tingkat
aktiviti 9,000 adalah tidak munasabah. Kesilapan ini mungkin membawa kesan
yang tidak baik kerana pihak pengurusan beranggapan bahawa mereka bijak
mengawal kos berubah. Walau bagaimanapun, hakikatnya belum pasti sebelum
analisis yang lebih lanjut dibuat. Inilah sebab mengapa dikatakan belanjawan
induk bukanlah satu alat pengukuran prestasi yang baik.

Bagi mengatasi masalah tersebut, satu jadual analisis varians perlu disediakan
untuk menunjukkan dengan lebih terperinci dan jelas varians tersebut sama ada
disebabkan varians belanjawan fleksibel atau varians tingkat aktiviti. Varians
belanjawan fleksibel menggunakan tingkat aktiviti yang sama semasa mencari
varians. Kewujudan varians menandakan kecekapan dan ketidakcekapan.
Sedangkan varians tingkat aktiviti menggunakan tingkat aktiviti yang berbeza
dan kewujudan varians hanyalah disebabkan berbezanya tingkat aktiviti.
32 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Jadual 1.15: Jadual Perbandingan

Sebenar BÊwan BÊwan Varians Varians


BÊwan Tingkat Jumlah
Fleksibel Aktiviti Varians
(a) (b) (c) (a-b) (b-c)

Tingkat Aktiviti 7,000 7,000 9,000 - 2,000 (N) 2,000 (N)

Hasil Jualan 70,000 56,000 72,000 14,000 (P) 16,000 (N) 2,000 (N)

Kos Berubah:
15,400 14,000 18,000 1,400 (P) 4,000 (N) 2,600 (N)
Pengeluaran

Jualan dan
4,900 4,900 6,300 - 1,400 (N) 1,400 (N)
Pentadbiran
Margin
49,700 37,100 47,700 12,600 (P) 10,600 (N) 2,000 (P)
Sumbangan
Kos Tetap:
4,000 3,000 3,000 1,000 (P) - 1,000 (P)
Pengeluaran
Jualan dan
3,200 2,500 2,500 700 (P) 700 (P)
Pentadbiran
Pendapatan
42,500 31,600 42,200 10,900 (P) 10,600 (N) 300 (P)
Operasi

Jadual perbandingan di atas menunjukkan dengan jelas bahawa varians


pendapatan operasi sebanyak RM300 (P) adalah disebabkan oleh varians
belanjawan fleksibel RM10,900 (P) dan varians tingkat aktiviti RM10,600 (N).
Analisis ini menunjukkan pengurusan syarikat, secara umumnya cekap dalam
mengendalikan perniagaan kerana wujud belanjawan fleksibel RM10,900 (P).

Varians hasil jualan keseluruhan RM2,000 (N) mungkin akan menyebabkan


pihak pengurusan menyalahkan Jabatan Jualan. Walau bagaimanapun,
belanjawan fleksibel dapat mengelakkan terjadinya kejadian tersebut kerana ia
jelas menunjukkan Jabatan Jualan cekap kerana dapat menghasilkan varians
fleksibel RM14,000 (P). Kesimpulannya, bagi tujuan pengukuran prestasi,
belanjawan fleksibel lebih sesuai digunakan dan bukannya varians keseluruhan.
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 33

AKTIVITI 1.7
Sebuah firma mempunyai maklumat yang berikut:
Tahap pengeluaran maksimum 10,000 unit
Bahan mentah RM5 per unit
Buruh langsung RM4 per unit
Overhead tetap RM20,000
Jualan dan pentadbiran :
Tetap RM1,000
Berubah RM0.25 per unit

Sediakan belanjawan fleksibel pada tahap pengeluaran 7,000, 9,000


dan 10,000 unit.

Secara keseluruhannya, anda telah diperkenalkan dengan satu alat pengurusan


yang mampu menolong pihak pengurusan dalam merancang dan mengawal
organisasi. Malah, belanjawan juga, dengan limitasi tertentu, boleh juga
digunakan sebagai alat pengukuran prestasi. Topik ini telah menerangkan
kepada anda kepentingan belanjawan, cara penyediaannya dan akhir sekali
bagaimana belanjawan fleksibel boleh menjadi alat yang lebih baik untuk
maksud pengukuran prestasi.

Belanjawan · Satu pernyataan formal tentang perancangan


pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif.

Belanjawan Induk · Belanjawan yang meringkaskan semua aktiviti


yang telah dirancang oleh jabatan-jabatan
dalam organisasi.
Belanjawan Operasi · Belanjawan yang menggariskan aktiviti firma.
Belanjawan Kewangan · Satu perancangan yang menunjukkan
bagaimana organisasi akan memperoleh
sumber kewangannya bagi membiayai operasi.
Belanjawan Jualan · Belanjawan yang menunjukkan anggaran
jualan untuk tempoh akan datang.
34 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Belanjawan · Belanjawan yang menganggarkan pengeluaran


Pengeluaran yang diperlukan berdasarkan permintaan.
Belanjawan Bahan · Belanjawan yang menyediakan perancangan
Mentah pembelian bahan mentah yang dapat
memenuhi tahap pengeluaran bagi sesuatu
tempoh.
Belanjawan Buruh · Belanjawan yang menganggarkan jumlah kos
Langsung buruh langsung bagi sesuatu tempoh.
Belanjawan Overhed · Belanjawan yang menganggarkan overhed
berubah dan tetap.
Belanjawan Tunai · Belanjawan yang menunjukkan maklumat
penerimaan, pembayaran, lebihan/kurangan
tunai dan pembiayaan.
Belanjawan Fleksibel · Belanjawan yang membuat perbandingan
antara prestasi sebenar dengan prestasi yang
sepatutnya dicapai seperti yang disasarkan di
dalam belanjawan.

1. Nyatakan belanjawan yang terdapat dalam belanjawan operasi.


2. Syarikat Ronas adalah sebuah syarikat yang menjual barang niaga. Bagi
tujuan perancangan dan kawalan, syarikat menyediakan belanjawan induk
untuk setiap suku tahun. Maklumat berikut telah dikumpulkan dan
diberikan kepada anda untuk tujuan penyediaan belanjawan induk pada
suku pertama tahun 2004.
(a) Jualan sebenar untuk Bulan Disember 2003 dan anggaran jualan
untuk bulan Januari hingga Mei 2004 adalah seperti yang berikut:
Bulan Jualan (RM)
Disember 2003 30,000
Januari 2004 35,000
Februari 2004 42,500
Mac 2004 25,000
April 2004 25,000
Mei 2004 40,000
(b) 30% daripada jualan kutipan dalam bulan semasa dan bakinya
dikutip dalam bulan berikutnya. Abaikan hutang lapuk.
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 35

(c) Perbelanjaan bulanan adalah seperti yang berikut.

Perbelanjaan Jumlah
Gaji dan Upah RM3,750
Pengangkutan 10% dari jualan
Pengiklanan RM3,000
Susut Nilai RM1,000
Lain-lain 5% dari jualan
(d) Polisi syarikat menetapkan inventori akhir yang perlu ada adalah
sebanyak 20% daripada jualan (pada kos) untuk bulan berikutnya.
Margin kasar syarikat ialah 30% daripada jualan.
(e) 60% daripada belian dibayar dalam bulan semasa dan bakinya
dibayar dalam bulan berikutnya.
(f) Sebuah peralatan dibeli pada bulan Mac 2004 dengan kos sebanyak
RM35,000.
(g) Polisi syarikat menetapkan baki minimum sebanyak RM20,000 yang
perlu ada dalam syarikat. Pinjaman dan pembayaran boleh dibuat di
dalam gandaan seribu. Kadar faedah pinjaman ialah 8% setahun.

1. Nyatakan perbezaan antara belanjawan operasi dengan belanjawan


kewangan.

2. Terangkan bahagian-bahagian utama di dalam Belanjawan Tunai.

3. Laila Isabella, akauntan Syarikat Sinar sedang menyediakan belanjawan


pengeluaran bagi tahun 2007. Polisi syarikat ialah untuk mengekalkan
inventori akhir pada tahap setengah daripada unit jualan dijangka pada
bulan berikutnya. Unit jualan pada bulan April ialah 7,000.
Lengkapkan belanjawan pengeluaran di bawah bagi suku pertama 2007.

Januari Februari Mac Jumlah


Unit Jualan 5,000 4,000 6,000 ?
Inventori akhir 2,000 ? ? ?
Jumlah 7,000 ? ? ?
Inventori awal 2,500 ? ? ?
Unit pengeluaran 4,500 ? ? ?
36 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

4. Syarikat Video Steady telah mengeluar dan memasarkan dua permainan


video yang popular. Baki akhir akaun pada 31 Mac 2007 adalah seperti
berikut:

Akaun Baki Akaun Baki


Tunai Susut Nilai
RM18,735 Terkumpul, Loji RM55,845
dan Peralatan
Akaun Belum Terima RM19,900 Lain-lain Aset RM9,480
Inventori Bahan Mentah, 1 Akaun Belum
RM18,510 RM52,640
Mac 2007 Bayar
Inventori Kerja Dalam Gadai Janji
RM24,680 RM70,000
Proses,1 Mac 2007 Belum Bayar
Inventori Barang Siap, 1
RM21,940 Saham Biasa RM90,000
Mac 2007
Belanja Prabayar Perolehan
RM3,420 RM110,980
Tertahan
Loji dan Peralatan Pinjaman Jangka
RM262,800 RM36,917
Panjang

Belanjawan operasi untuk suku pertama 2007 menunjukkan anggaran kos-


kos berikut:

Belian bahan mentah RM58,100


Penggunaan bahan mentah RM62,400
Belanja buruh langsung RM42,880
Overhed perkilangan RM51,910
Belanja jualan dan pentadbiran RM35,820
Belanja am RM60,240
Kos barang dikilang RM163,990
Kos barang dijual RM165,440

Anggaran baki tunai adalah seperti berikut:

Januari RM34,610
Februari RM60,190
Mac RM54,802

Jualan dianggarkan berjumlah RM125,200 bagi Januari, RM105,100 bagi


Februari dan RM112,600 bagi Mac. Susutnilai adalah 5% ke atas aset tetap.
TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN W 37

Dikehendaki:
(i) Sediakan Penyata Pendapatan Pro Forma bagi suku pertama yang
berakhir pada 31 Mac 2007.
(ii) Sediakan Lembaran Imbangan Pro Forma pada 31 Mac 2007.

5. Anda telah diterima bekerja sebagai eksekutif akaun di Syarikat Maju


Mundur. Tugas pertama anda ialah untuk menyediakan belanjawan tunai
syarikat bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2007. Maklumat-maklumat
berikut telah diberikan kepada anda untuk membantu penyediaan
belanjawan tersebut:

(a) Ramalan jualan bagi tujuh bulan pertama dalam tahun 2007 adalah
seperti berikut:

Bulan Jualan (RM)


Januari 3,000,000
Februari 5,000,000
Mac 7,000,000
April 6,000,000
Mei 3,000,000
Jun 2,000,000
Julai 2,000,000

(b) 80% daripada jumlah jualan yang diramalkan adalah jualan tunai.

(c) Belian pada setiap bulan adalah sebanyak 65% daripada jualan yang
diramalkan untuk bulan berikutnya. Pembayaran untuk belian
tersebut hanya akan dilakukan sebulan selepas belian dilakukan.

(d) Syarikat menjangkakan penghantaran mesin baru pada bulan April.


Pembayaran sebanyak RM400,000 akan dibuat apabila penghantaran
dilakukan.

(e) Syarikat juga ingin mengekalkan baki tunai minimum sebanyak


RM300,000. Baki tunai pada 1 Januari adalah sebanyak RM300,000.

(f) Pembayaran cukai sebanyak RM500,000 akan dibuat pada bulan Mac
dan Jun.
38 X TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

(g) Belanja susut nilai adalah sebanyak RM150,000 sebulan.

(h) Sewa adalah sebanyak RM100,000 sebulan. Perbelanjaan tunai lain


adalah sebanyak 3% daripada jualan.

(i) Belanja buruh adalah sebanyak 10% daripada jualan bagi bulan
berikutnya.

(j) Lembaga Pengarah ingin mengekalkan pembayaran dividen


sebanyak RM450,000 yang akan dibuat pada bulan Jun.

(k) Jualan pada bulan Oktober 2006 ialah RM3,000,000 dan RM2,000,000
bagi bulan November dan Disember 2006.

(l) Syarikat akan membuat pembayaran faedah pada bulan Jun sebanyak
RM310,000.

(m) Pinjaman (sekiranya perlu) boleh dibuat dalam gandaan seribu pada
kadar faedah 10%.

Anda mungkin juga menyukai