Anda di halaman 1dari 7

CADANGAN BAJET/ BAJET BENGKEL

Bajet/perbelanjaan/belanjawan ialah satu pernyataan formal


tentang perancangan pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif.
Maksudnya, apa-apa perancangan yang dibuat oleh pihak
pengurusan akan dinyatakan secara formal dalam bentuk angka
untuk dikomunikasikan kepada ahli organisasi.

Alat Komunikasi
Alat Perancangan Kepada Seluruh
Organisasi

KELEBIHAN
BAJET

Alat Pengukuran Alat Pengagihan


Prestasi Sumber
Alat Perancangan
 Untuk pengetahuan anda, belanjawan menggalakkan pengurus berfikir
kehadapan, iaitu meramal dan bersedia dengan sesuatu perkara yang
bakal terjadi pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, organisasi yang
tidak mempunyai belanjawan:

 (i)tidak mempunyai hala tuju yang jelas


 (ii)tidak dapat meramalkan sebarang masalah yang bakal
menimpaterlebih awal
 (iii)sukar menganalisis keputusan yang dicapai oleh organisasi keranatidak
ada alat pengukur yang jelas
 (iv)tidak dapat melaksanakan pengukuran prestasi yang objektif
Alat Komunikasi Kepada Seluruh
Organisasi
 Belanjawan yang telah disiapkan oleh pihak pengurusan akan
dihebahkan kepada ahli organisasi yang lain. Belanjawan tersebut
dijadikan panduan dalam merancang dan melaksana aktiviti agar dapat
mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan.Di samping itu, seseorang
pengurus itu juga dapat mengetahui perancangan yang telah dibuat
oleh pengurus bahagian lain. Dengan itu,pengurus tersebut dapat
merancang tindakan yang selari bagi mencapai matlamat organisasi
secara keseluruhannya. Sebagai contoh, apabila pengurus pengeluaran
mendapat maklumat yang tepat tentang perancangan jualan yang telah
dibuat oleh pengurus jualan, maka beliau dapat merancang tahap
pengeluaran yang dapat memenuhi kehendak bahagian
pemasaran.Dalam erti kata lain, proses koordinasi dan integrasi dalam
organisasi lebih mudah dilaksanakan dengan adanya belanjawan.
Pendek kata, bajet menjadi alat komunikasi antara beberapa pihak
dalam organisasi.
Alat Pengagihan Sumber

 Seterusnya, bajet juga digunakan sebagai alat pengagihan


sumber.Ini adalah kerana sumber yang terhad memaksa syarikat
mengagih dan mengguna sumber tersebut secara efektif. Syarikat
yang tidak mempunyai belanjawan sering kali gagal mengagihkan
sumber secara rasional dan sistematik.Dengan bantuan
belanjawan yang disediakan, selepas mengambil kira pandangan
semua pihak dalam organisasi, konflik berkaitan pengagihan
sumber dapat dikurangkan. Belanjawan yang direka bentuk
dengan mengambil kira pandangan pekerja selalunya akan
meningkatkan motivasi mereka untuk bekerja. Ini adalah kerana
mereka merasa diri mereka dihargai apabila pandangan dan
pendapat mereka diambil kira semasa penyediaan belanjawan
tersebut
Alat Pengukuran Prestasi
 Bajet juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam
menyediakan satu tanda aras (benchmark) dalam pengukuran
prestasi.Pencapaian yang lebih baik daripada yang telah dirancangkan
mungkin menandakan suatu prestasi yang boleh dibanggakan dan
insentif boleh diberikan. Konsep perakaunan tanggungjawab
(responsibility accounting ) boleh dipraktiskan dengan adanya data
belanjawan yang efektif yang berfungsi sebagai asas untuk menilai
prestasi sebenar.

 Walau bagaimanapun, tidak dinafikan pengukuran prestasi yang hanya


semata-mata menggunakan belanjawan sebagai alat pengukur bukanlah
sesuatu yang baik kerana banyak faktor luaran yang mungkin
menyumbang kepada pencapaian tersebut, misalnya keadaan
ekonomi,politik, teknologi, pesaing dan sebagainya
PENYEDIAAN BAJET

Satu perancangan
Bajet yang menunjukkan
bagaimana syarikat
2 Kategori Kewangan memperoleh sumber
kewangan bagi
Penyediaan membiayai operasi.

Bajet
Bajet merangkumi
semua aktiviti dalam
sesebuah syarikat.
Bajet Operasi Contoh:
jualan,pengeluaran,
bahan mentah,buruh
& overhed.
LANGKAH-LANGKAH MEREKA BENTUK
PROSES PENYEDIAAN BAJET
Menentukan struktur produk dan spesifikasi produk

Menilai kebolehkeluaran setiap komponen

Menyenaraikan proses-proses yang boleh


digunakan untuk menghasilkan komponen

Menilai kos setiap pilihan proses

Menentukan setiap turutan operasi yang akan


digunakan

Mendokumentasikan setiap proses yang


dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai