Anda di halaman 1dari 5

LANGKAH KESELAMATAN

Antara langkah keselamatan yang boleh diaplikasikan ialah dengan mengamalkan 4M.

1. Membersih
Kerja membersih bengkel perlu diamalkan suapaya bengkel berada dalam keadaan
bersih, kemas, selesa dan selamat. Setiap orang yang berada di dalam bengkel
bertanggungjawab untuk menitikberatkan kebersihan diri dan mental. Kebersihan
mental bermaksud setiap individu perlu berfikir secara positif dan melaksanakan
tanggungjawab dengan tugas yang diberi. Kebersihan juga termasuklah dengan
berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek.

2. Menyusun atur
Kerja menyusun atur perlulah sentiasa diamalkan setiap kali melibatkan penggunaan
bengkel. Alatan yang telah digunakan perlulah mengikut kerja yang sesuai dan
disimpan di tempat yang betul. Ketika melakukan kerja di bengkel, ia memerlukan
peredaran udara yang baik dan pencahayaan yang cukup. Selain itu, lantai mestilah
berada dalam keadaan kering dan tidak berminyak.

3. Menilai diri dan tempat kerja


Kawasan kerja di bengkel mestilah sentiasa mempunyai pencahayaan yang cukup dan
peredaran udara yang baik.

4. Mendisiplin
Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri. Peraturan
perlu sentiasa dipatuhi agar risiko berlaku kemalangan dapat dikurangkan.
Contoh: Poster Kemalangan

Beberapa aspek juga perlu dititikberatkan di dalam langkah keselamatan agar sebarang
kecederaan dan kemalangan dapat dikurangkan.

1. Sebelum
 Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah
tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan.
 Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan.
 Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan.
 Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan
semasa melakukan kerja.
 Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik.
 Kawasan bengkel tidak berminyak.
 Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan.
 Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel.
 Membaca manual mesin dengan teliti.
 Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja
dijalankan dengan baik dan lancar.
 Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang
baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah.
 Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan
besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
2. Semasa
 Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin.
 Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin.
 Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
 Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah.
 Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan.

3. Selepas
 Bahan yang mudah terbakar, bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik
hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.
 Simpan semua peralatan di tempat yang betul.
 Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik.
 Bengkel dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan samada sisa pepejal atau
cecair.
 Tutup Semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel.

Pakaian dan Kelengkapan Diri

 Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai,iaitu tidak terlalu longgar atau
terlalu ketat.
 Barang-barang seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah disimpan kerana ianya
boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
 Pakaian perlindungan seperti pelindung muka, sarung tangan dan kasut but perlu
dipakai untuk keselamatan dan perlindungan semasa berada di bengkel.
Contoh: Pakaian Kelamatan

Penggunaan Alatan

 Pilih peralatan yang bersesuian dengan kerja.


 Periksa peralatan sebelum digunakan.
 Mengetahui fungsi alat yang digunakan.
 Menggunakan peralatan dengan betul dan bersesuaian dengan kerja yang dilakukan.
 Membersih dan menyimpan alatan ditempat yang sepatutnya setelah digunakan

Etika Kerja

 Mengutamakan langkah keselamatan.


 Berdisplin semasa melakukan kerja.
 Mengikut arahan tenaga pengajar.

Anda mungkin juga menyukai