TINGKATAN 1 ]
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 1
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN
LANGKAH KESELAMATAN
Amalan 4M
1. Membersih
3. Menilai
4. Mendisiplin
Peraturan Keselamatan
Dibahagikan kepada tiga bahagian :1. Peraturan keselamatan di dalam bengkel:
Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan yang baik.
3.
Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan
daripada guru
Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan
Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih
serta kemas sebelum meninggalkannya.
Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku
- Kecederaan dan kemalangan
- Kejutan elektrik
- Kebakaran
Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk
lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru
bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap
bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan
mudah dicapai.
Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan
kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999
Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu
atau menekan suis keselamatan bengkel
Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih
mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik
Kotak pertolongan cemas perlu juga disediakan di dalam bengkel untuk merawat
kecederaan.
Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti iodine, ubat
antiseptic, kapas, gunting, plaster, pin, dan pembalut luka.
Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau mencabut plag;
Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat wayarnya telah
rosak;
Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan dengan serta merta;
Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya asingkan mangsa
dengan bahan kering atau bahan bukan logam.
Menepati waktu;
Amanah;
Formen hendakkah memeriksa keadaan bengkel dan alatan serta membuat laporan.