Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN KESELAMATAN

BENGKEL PERTANIAN
Peraturan Am

1. Pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan


menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.
2. Rambut mestilah pendek dan kemas.
3. emakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke
dalam apron.Lengan baju yang panjang dilipat kemas.
4. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada
dibawahpengawasan guru sepenuhnya.
5. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih
dan teratur.
6. Sentiasa mematuhi arahan dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.
7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel
KH.
8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel
• Keselamatan Diri

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.

2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas siku.

3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan
hujungnya dimasukkan  kedalam apron.

4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.

5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi
arahan guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-
aktiviti di bengkel.

8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan seger


Keselamatan Alatan dan Bahan

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara
untuk menggunakannya.

2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara- cara
menggunakan peralatan elektrik.

3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar
seperti petrol dan cat serta
    peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan dengan segera.


Soalan Perbincangan
• Simbol dan tanda keselamatan di bengkel (KUMPULAN 1)

• Apakah prosedur keselamatan sekiranya berlaku


kemalangan(KUMPULAN 2)

• Namakan alatan tangan kerja pertanian(KUMPULAN 3)

• Bagaimanakah tatacara penjagaan kebersihan di bengkel(KUMPULAN


4)

Anda mungkin juga menyukai