Anda di halaman 1dari 4

AMALAN 4 M

1. MEMBERSIH
Bengkel dan alatan perlu diselenggara supaya sentiasa bersih, kemas, selesa dan selamat
untuk digunakan. Fizikal dan mental yang bersih menjadikan murid tenang, yakin dan dapat
memberikan tumpuan yang baik terhadap kerja.

2. MENYUSUN ATUR
Alatan tangan yang telah digunakan mesti disimpan di tempat yang disediakan. Almari
berkunci perlu bagi menyimpan bahan beracun dan mudah terbakar.

3. MENDISIPLIN
Murid mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan diri. Pastikan murid mengemas
bengkel setiap kali selesai membuat kerja amali.

4. MENILAI
Murid dapat menilai kemampuan dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Suasana tempat
kerja yang menarik mempengaruhi mutu kerja amali.
CARTA ALIR RUTIN MURID DALAM BENGKEL REKA BENTUK TEKNOLOGI

MULA MASUK BENGKEL

 Buka pintu dan tingkap


 Hidupkan lampu dan kipas
 Duduk ikut kumpulan
 Dengar arahan dan beri perhatian semasa guru mengajar
 Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam dan berbahaya

SEBELUM KELUAR BENGKEL

 Bersihkan peralatan yang sudah diguanakan


 Simpan peralatan dan bahan yang telah digunakan ke tempat asal
 Bersihkan meja kumpulan masing-masing
 Bersihkan lantai
 Masukan kerusi ke bawah meja
 Matikan kipas dan lampu
 Tutup tingkap dan pintu
 Beratur untuk masuk ke kelas

*Nanti buat dalam bentuk carta alir ye


PERATURAN BENGKEL RBT

1. DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN GURU


2. BUKA SEMUA PINTU DAN TINGKAP UNTUK MENDAPATKAN CAHAYA DAN PENGUDARAAN
YANG BAIK
3. PENGGUNAAN SEMUA PERALATAN DAN BAHAN BENGKEL PERLU DI AWASI OLEH GURU
4. GUNAKAN SEMUA ALATAN DENGAN CARA YANG BETUL, CERMAT DAN BERHATI-HATI
5. JANGAN BERMAIN DAN MEMBUAT BISING SEMASA MENJALANKAN TUGASAN
6. BERSIHKAN DAN LETAKKAN KEMBALI ALATAN YANG TELAH DIGUNAKAN KE TEMPAT ASALNYA
7. LAPORKAN SEBARANG KEROSAKAN KEMALANGAN DENGAN SEGERA KEPADA GURU
8. SENTIASA JAGA DISIPLIN, JAGA KEBERSIHAN DAN PATUHI SEMUA ARAHAN
*Pintu utama RBT

SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI SAINS TAHFIZ, MAIWP

SELAMAT DATANG KE BENGKEL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

(RBT)

UTAMAKAN KESELAMATAN

Anda mungkin juga menyukai