Anda di halaman 1dari 12

DUTY 01: AMALAN KESELAMATAN

PENGENALAN

Keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil daripada perubahan tingkah laku
manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan bahaya yang selanjutnya
dan mengurangkan kemalangan. Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor
penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Setiap aktiviti
yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang kecuaian
boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan peraturan
keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini
berlaku. Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam melakukan
kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel ianya hendaklah dititik beratkan bukan sahaja
ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja semasa pelajar berada di
dalam bengkel. Kebiasaanya, pensyarah akan memberikan penerangan terhadap amalan
keselamatan kerja amali dan langkah kerjanya sebelum sesuatu amali dijalankan.

Pelajar haruslah mematuhi peraturan yang terdapat di dalam bengkel supaya kecederaan
dapat dielakkan dan dapat menjalankan kerja dengan baik. Amalan keselamatan perlu diamalkan
semasa menjalankan kerja kayu kerana di dalam bengkel kayu terdapat mesin yang bahaya dan
peralatan yang tajam. Semasa menjalankan kerja, jurutera dan penolong jurutera bengkel perlu
memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar agar pelajar menggunakan peralatan dan
mesin dengan prosedur dan teknik yang betul.

OBJEKTIF

Objektif memperlajari amalan keselamatan adalah:

Untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan yang tidak diingini


Pelajar dapat mengamalkan amalan keselamatan semasa melakukan kerja amali dalam
bengkel
Pelajar dapat mematuhi peraturan keselamatan semasa melakukan kerja amali.
01:01 KESELAMATAN DIRI

Keselamatan diri perlu dipatuhi apabila berada di dalam bengkel. Setiap pelajar perlu
mematuhi dan mengamalkan keselamatan diri supaya tidak berlaku kecederaan dan kemalangan
di bengkel. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi adalah:

1. Pelajar perlu mematuhi peraturan bengkel yang telah ditetapkan sepanjang berada di
dalam bengkel.
2. Pelajar perlu memakai pakaian yang bersesuai ketika berada di dalam bengkel seperti
kasut kesalamatan, baju bengkel, penutup mulut, sarung tangan, penutup telinga dan
sebagainya.
3. Pelajar perempuan perlu memastikan rambut diikat dengan kemas dan pastikan tudung di
dimasukkan kedalam baju bengkel untuk mengelakkan kemalangan ketika
mengendalikan mesin dan peralatan tajam. Manakala, pelajar lelaki harus memastikan
rambut dalam keadaan yang pendek dan kemas.
4. Cara pemakaian di dalam bengkel terbahagi kepada tiga iaitu:
i. Pemakaian Am
Pakaian yang dipakai semasa kerja bengkel dilakukan hendaklah sesuai,
iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh
menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin,
terutamanya pada mesin yang sedang bergerak. Pakaian yang terlalu ketat pula
menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk
bekerja.
Bagi pelajar lelaki, rambut mestilah pendek dan kemas dan pelajar
perempuan rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang
sedang berputar. Pelajar perempuan yang memakai tudung hendaklah
menyisipkan tudung ke dalam baju.
Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah
ditanggalkan sebelum kerja dimulakan. Barang-barang tersebut hendaklah
disimpan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat
tersangkut pada mesin pemotong kayu dan sebagainya.
ii. Pakaian Perlindungan
Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut
ini dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau ditimpa benda berat.
Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan
tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.
Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja
atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengukur dan
memotong kayu serta membuat tanggam.
iii. Peralatan Perlindungan
Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti pelindung mata (gogal)
dan pelindung muka (mask) perlu digunakan semasa memotong kayu dan
membuat tanggam.

5. Pelajar dilarang bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.
6. Pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh jurutera dan penolong jurutera
bengkel ketika menggunakan menggunakan peralatan dan mesin.
7. Pelajar perlu berhati-hati dan mematuhi prosedur semasa menggunakan peralatan dan
mesin yang terdapat di dalam bengkel.
8. Pelajar perlu membersihkan diri dan memcuci tangan menggunakan sabun dan air setelah
selesai melakukan kerja-kerja di bengkel.
9. Sekiranya berlaku kemalangan, pelajar perlu memaklumkan kepada jurutera bengkel
dengan segera.

01:02 KESELAMATAN PERALATAN DAN MESIN MUDAH ALIH

Mesin merupakan istilah sains bagi apa-apa peranti atau perkakas yang menghasilkan atau
menukar tenaga. Namun dalam kegunaan seharian, mesin ialah perkakas yang mempunyai
bahagian yang boleh bergerak dan boleh melakukan atau membantu melakukan kerja (Anisah,
2013). Perkakas yang tidak mempunyai bahagian yang biasanya dipanggil peralatan. Secara
umumya bahaya mekanikal terdapat pada semua mesin meskipun terdapat pelbagai perbezaan di
antara satu mesin dengan mesin yang lain. Pelindung berfungsi mengawal supaya pekerja atau
anggota pekerja tidakb erada dalam zon bahaya.

Mesin boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna sekiranya keadaan mesin dan peralatan
tangan yang tidak diselenggara dengan baik. Penggunaan dan penyimpanan mesin yang tidak
teratur boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Oleh itu, pelajar seharusnya mengamalkan
keselamatan apabila menggunakan perlatan dan mesin mudah alih. Berikut merupakan amalan
keselamatan peralatan dan mesin mudah alih yang perlu dipatuhi oleh pelajar:

1. Pelajar perlu merancang alatan dan bahan yang hendak digunakan supaya tidak berebut
dengan kumpulan yang lain dan fahami cara-cara untuk menggunakannya.
2. Pelajar perlu meminta kebenaran untuk menggunakan peralatan dan mesin di dalam
bengkel dan meminta tunjuk ajar daripada jurutera makmal tentang cara-cara
menggunakan peralatan dan mesin yang terdapat di bengkel kayu.
3. Mesin dan peralatan perlu dibersihkan dan disimpan di tempat yang selamat selepas
digunakan.
4. Alatan dan bahan yang berbahaya dan peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam
stor barang.
5. Pelajar perlulah mengunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.
6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada jurutera makmal dengan
segera.
7. Pelajar perlu tahu dengan jelas dan betul kaedah mengendalikan alatan atau mesin yang
hendak digunakan.

01:03 KESELAMATAN MESIN PEGUN

Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA) 1994 telah menyediakan peraturan
asas keselamatan mesin yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah mesin perlu dibina, ditempatkan
dan digunakan supaya tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan dan penyebab berlakunya
kemalangan. Selain itu, mesin perlu mempunyai pelindung yang sedia ada di mesin dan tidak
perlu diberi tambahan perlindungan.Semua panduan dan arahan penyelenggaraan dan
keselamatan dalam mengendalikan mesin perlu disediakan dan mudah didapati untuk membuat
rujukan.

Namun, kemalangan sering kali berlaku di dalam bengkel. Ini adalah disebabkan oleh susun
atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja dan keadaan mesin yang telah lama dan
tidak sesuai digunakan lagi. Pengedalian mesin yang tidak selamat dan sistem pendawaian yang
lebih daripada 40 tahun juga merupakan faktor berlakunya kemalangan di bengkel. Berikut
merupakan amalan keselamatan yang perlu dipatuhi:

1. Bahagian yang berputar pada mesin mestilah dilengkapi dengan pelindung keselamatan.
2. Mesin yang hendak digunakan perlulah berada dalam keadaan yang baik.
3. Pelajar haruslah mematuhi prosedur keselamatan ketika menggunakan mesin yang
terdapat di bengkel kayu.
4. Sebarang kerosakan mesin perlu dilaporkan kepada jurutera bengkel dan dibaiki pulih
dengan segera.
5. Pelajar perlu mengunakan mesin yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan.
6. Pelajar perlu mematuhi peraturan pemakaian semasa mengendalikan mesin.
7. Dilarang bermain dan bergurau senda ketika mengendalikan mesin.
8. Pelajar perlu mematuhi langkah keselamatan penggunaan mesin kuasa elektrik iaitu:
i. Pastikan setiap penggunaan bahan elektrik dilengkapi dengan kabel pembumian
dan penebatan.
ii. Pastikan alat pelindung atau peranti pelindung digunakan.
iii. Pastikan alatan elektrik yang hendak digunakan dalam keadaan sempurna.

01:04 KESELAMATAN TEMPAT KERJA/BENGKEL

Keselamatan di dalam bengkel merupakan element penting ketika melakukan kerja amali di
bengkel. Setiap pelajar perlu mematuhi peraturan dan mengamalkan keselamatan di tempat kerja.
Berikut amalan peraturan yang perlu dipatuhi:

1. Pelajar haruslah mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian
yang tidak diingini.
2. Pelajar dilarang berebut dan bertolak semasa masuk dan keluar dari bengkel.
3. Kesemua peralatan, mesin dan bahan yang terdapat di dalam bengkel dilabelkan bagi
memudahkan pemulangan peralatan di tempat penyimpanan.
4. Bengkel mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan
dengan lancar.
5. Bengkel mestilah mendapat pencahayaan yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang
baik bagi memastikan kerja dapat dilakukan dengan betul dan tidak menghadapi sebarang
masalah.
6. Bengkel hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan kayu dan
minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
7. Pelajar perlu membersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan kerja amali.
01:05 RAWATAN KECEMASAN

Setiap bengkel haruslah mempunyai peti pertolongan cemas agar dapat digunakan sekiranya
berlaku kecederaan di dalam bengkel. Antara Peralatan Pertolongan Cemas adalah:

Kain Anduh Mengampu lengan yang patah atau terseliuh


Kain pembalut Kasa Membalut luka atau anggota yang terseliuh
Gunting Memotong
Larutan Flavin Merawat luka
Larutan Antiseptik Merawat luka
Krim Antiseptik Merawat luka
Kapas Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka
Penampal Luka Membalut luka kecil

Berikut merupakan langkah awal yang perlu dilakukan bagi merawat mangsa luka apabila
berlaku kecederaan di bengkel:

Sapukan ubat antiseptik pada bahagian luka.


Lekatkan penampal luka pada bahagian luka.
Sekiranya berlaku luka yang besar, balutkan dengan kain.
Jika darah keluar terlalu banyak, tambahkan balutan kain kasa.
Tinggikan bahagian anggota yang berdarah untuk memperlahankan pengaliran darah
sementara bantuan perubatan tiba.
Langkah awal bagi merawat mangsa melecur adalah:

Elak dari menyentuh bahagian yang melecur.


Pastikan tiada sebarang ubat disapu pada bahagian melecur yang teruk.
Balutkan bahagian melecur dengan pembalut yang bersih.
Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Langkah awal bagi merawat mangsa sesak nafas adalah:

Longgarkan ikatan tali leher atau tali pinggang yang dipakai oleh mangsa.
Alihkan mangsa ke tempat ayng lapang agar pengaliran udara yang lebih baik dapat
diberikan.
Tenangkan dan rehatkan mangsa.
Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Langkah awal bagi mangsa renjetan eletrik adalah:

Elak dari menyentuh mangsa sebelum bekalan elektrik diputuskan.


Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat.
Berikan bantuan penafasan jika mangsa terhenti penafasan atau pengsan.
Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

01:06 PENCENGAHAN DAN PADAM KEBAKARAN

Pelajar haruslah mengetahui peraturan apabila berlakunya kebakaran di dalam bengkel.


Kebakaran boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian pelajar. Antara punca kebakaran adalah :

1. Disebabkan oleh bahan mudah terbakar di dalam bengkel.


2. Kecuaian pelajar yang tidak mematuhi peraturan di tempat kerja.
3. Berlaku litar pintas disebabkan kerosak pendawaian, peralatan dan mesin.

Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan kebakaran:

1. Pendawaian elektrik haruslah berada dalam keadaan sempurna dan diselenggara


mengikut jadual.
2. Alatan dan mesin yang menggunakan punca bekalan elektrik sentiasa selamat digunakan..
3. Bahan mudah terbakar perlu disimpan selamat dan jauh dari punca api.
4. Pastikan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan baik dan mudah dicapai.
5. Pelajar haruslah mengetahui penggunaan alat pemadam api yang terdapat di dalam
bengkel.

Berikut merupakan jenis pemadam api yang terdapat di dalam bengkel kayu:

1. Pemadam Api Serbuk Kering ABC

Spesifikasinya ialah:

Berat: 12kg atau 3kg


Warna: Biru
Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B dan C
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin
dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.

2. Pemadam Api Karbon Dioksida


Spesifikasinya ialah:

Berat: 3kg
Warna: Hitam
Jenis api yang boleh dipadamkan: Api dari peralatan elektrik
Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka

3. Pemadam Api Serbuk Kering ABC

Spesifikasinya ialah:

Berat: 12kg dan 3kg


Warna: Merah
Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B, C dan api dari peralatan elektrik
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.
KESIMPULAN

Amalan keselamatan adalah penting apabila berada di dalam bengkel. Pelajar seharusnya
mematuhi segala peraturan keselamatan yang telah ditetapkan semasa melakukan kerja amali di
dalam bengkel. Semasa melakukan kerja di bengkel, aspek keselamatan yang perlu diawasi
adalah keselamatan diri, mesin, peralatan dan rakan sekerja. Peraturan keselamatan dan undang-
undang keselamatan bengkel wajib diketahui, dipelajari, dan dipatuhi kerana menjaga
keselamatan merupakan tanggungjawab setiap pelajar dan juga faktor utama yang perlu
dititikberatkan apabila berada di bengkel.

Selain itu, keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu
ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang
yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di
bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi, keadaan
yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku. Kemalangan dapat dielakkan atau
dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan. Kesedaran
mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-
rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Selain
daripada itu, pelajar-pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai peraturan dan
langkah keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel kayu.

Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel, sebarang risiko yang


melibatkan kemalangan jiwa atau pancaindera mahupun kerosakan terhadap alat dan mesin akan
dapat dihindari. Tuntasnya, amalan keselamatan haruslah dipatuhi apabila berada di dalam
bengkel.
RUJUKAN

Lee Pei (2013), Keselamatan Di Bengkel, http://leepeiasgm.blogspot.my/p/untuk-mengelakan-


kemalangan-ketika.html

Ahmad Mahir (2014), Peraturan Keselamatan Am,


http://keselamatanbengkel.weebly.com/peraturan-keselamatan.html

Anisah (2013), Safety (Keselamatan Mesin), https://www.slideshare.net/AnisahAs1/safety-


keselamatan-mesin

Cikgu Abm (2013), Keselamatan Bengkel,


https://cikguabm.wordpress.com/2013/12/15/keselamatan-bengkel-2/

Herney Aqilah (2012), Amalan keselamatan, https://www.slideshare.net/herneyaqilah/amalan-


keselamatan

Nor Farhana (2013), Rawatan Kecemasan,


https://www.slideshare.net/norfarhanamohdnoh/rawatan-kecemasan

Anda mungkin juga menyukai