Anda di halaman 1dari 8

Aspek-Aspek Keselamatan

PENGENALAN

Keselamatan satu perkara yang perlu di titik beratkan dalam menjamin


pengoperasian sesuatu tempat atau loji dengan berkesan dan produktif.
Pelaksanaan secara menyeluruh dari kerjasama semua pihak terhadap mematuhi
peraturan dan arahan, mengikuti program-program yang dilaksanakan pasti
menjanjikan kesinambungan kepada kejayaan pelan yang dirangka.

1.0 DEFINISI

1.1 Definisi Keselamatan

Sesuatu keadaan yang selamat dari mengalami atau menyebabkan kesakitan


kecederaan atau kerugian (kehilangan).

1.2 Definisi Kemalangan

Kemalangan adalah insiden tidak terancang yang mengakibatkan kecederaan


kepada individu, kemusnahan kepada loji dan alatan atau kedua-duanya
sekali.

1.3 Definisi Hazard

Apa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segi


keselamatan atau kesihatan.

1.4 Definisi Risiko

Kebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan.

2.0 ASPEK-ASPEK KESELAMTAN

Terdapat beberapa aspek keselamatan yang perlu dipatuhi sebelum, semasa


dan selepas melakukan sesuatu kerja.
i. Keselamatan diri
ii. Keselamatan di dalam bengkel atau di tempat kerja
iii. Keselamatan semasa membuat kerja-kerja pendawaian
iv. Keselamatan ke atas pemasangan
v. Keselamatan peralatan, mesin dan alat pertukangan

2.1 Keselamatan Diri

Di antara langkah-langkah keselamatan diri yang perlu diikuti ialah:

i. Pakaian untuk bekerja mestilah sesuai (PPE) dengan tugas yang


dijalankan. Lengan baju yang panjang hendaklah dilipat hingga ke paras siku.
a. Cermin mata keselamatan (goggles)
b. Sarung tangan (glove)
c. Kasut keselamatan (safety shoes/boot)
d. Topi keselamatan (safety helmet)
ii. Cincin, gelang tangan, jam tangan, rantai tangan dan rantai janganlah
dipakai sewaktu bekerja.
iii. Kasut bertapak nipis, bertumit tinggi atau berpaku tidak dibenarkan.
Sebaiknya kasut yang bertapak tebal dan berjahit di sekelilingnya adalah
digalakkan. Bagi kerja-kerja mengangkat barang-barang, kasut tahan
hentakan hendaklah digunakan.
iv. Sarung tangan yang hendak dipakai mestilah sesuai dengan sesuatu tugas.
Misalnya sarung tangan kulit sesuai bagi kerja-kerja kimpalan dan sarung
tangan getah sesuai untuk kerja-kerja melibatkan bahan kimia dan elektrik.
v. Rambut hendaklah pendek dan ditutup dengan topi keselamatan.
vi. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh guru, penyelia atau
maklumat yang dinyatakan di papan kenyataan. Bertanya jika tidak faham.
vii. Jangan makan, minum, bergurau atau bermain ketika berada dalam
kawasan kerja.
viii. Bersihkan tempat kerja dan alat disimpan semula setelah selesai
digunakan.
ix. Laporkan kepada guru atau penyelia sekiranya terdapat sesuatu keadaan
yang boleh mengakibatkan bahaya.
2.2 Keselamatan di dalam Bengkel atau di Tempat Kerja

Terdapat beberapa amalan atau keselamatan yang perlu diterap di dalam


kawasan atau tempat menjalankan kerja:

i. Pastikan tempat kerja berada dalam keadaan yang bersih dan selamat
untuk melakukan sebarang kerja mahupun tugasan
ii. Memastikan kawasan menjalankan kerja mendapat pengudaraan dan
pencahayaan yang mencukupi.
iii. Kenal pasti laluan kecemasan yang digunakan dan pastikan ianya tidak
dihalang oleh objek-objek yang boleh menyukarkan untuk dilalui.
iv. Pastikan sistem-sistem keselamatan di tempat kerja berfungsi dengan baik.
v. Mengenal pasti kedudukan alat pemadam kebakaran dan peti pertolongan
cemas agar mudah dicapai apabila berlaku kebakaran atau kemalangan.

2.3 Keselamatan Semasa Membuat Kerja-Kerja Pendawaian

i. Utamakan kebersihan pada alat atau mesin, tempat kerja atau pakaian.
Adalah lebih baik jika mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.
ii. Mengikuti arahan dan amaran yang telah ditetapkan di kawasan kerja.
iii. Menggunakan peralatan dan kelengkapan yang sesuai dan dalam keadaan
baik.
iv. Membuat pemeriksaan dan pengujian sebelum pemasangan sedia
digunakan.

2.4 Keselamatan Peralatan, Mesin dan Alat Pertukangan

i. Memastikan peralatan dan mesin yang hendak digunakan adalah dalam


keadaan baik.
ii. Peralatan atau mesin hendaklah disimpan di tempat yang betul agar ianya
tidak membahayakan pelatih.
iii. Jangan rosakkan, buang atau tutup tanda arahan atau amaran yang
terdapat pada alat-alat atau mesin.
iv. Membuat penyelenggaraan terhadap peralatan dan mesin secara berkala.
v. Menggunakan peralatan atau mesin mengikut SOP yang telah ditetapkan.

3.0 PENGENALAN KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

Kelengkapan Pelindungan Peribadi Personal Protective Equipment (PPE)


merupakan kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan
kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Sebelum
melakukan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami bahan-bahan yang
dikerjakan dan juga alat atau mesin yang digunakan. Oleh kerana
kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada
bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan
mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan. Antara
kelengkapan PPE adalah seperti berikut:

3.1 Topi Keselamatan (Safety Helmet)

 Topi keselamatan mestilah sentiasa dipakai semasa berada di kawasan tapak


pembinaan atau tempat menjalankan kerja.
 Ianya adalah untuk melindungi kepala apabila terkena bahan-bahan atau alat-
alat yang terjatuh dari atas.
 Ianya direka untuk mengurangkan bahaya kejutan elektrik, bahaya objek
terjatuh, kebakaran dan sebagainya bagi pekerja yang terdedah kepada bahaya
tersebut.
 Topi keselamatan wajib mematuhi piawaian ANSI Z89.1-2003 (American
National Standard for Industrial Head Protection). Topi keselamatan terbahagi
kepada 3 kelas.

Hazard hentakan misalnya diguna dalam industri perlombongan,


Kelas pembinaan, pembinaan kapal, pembalakan dan pembuatan. Mampu
A menghalang rintangan penembusan, memberi perlindungan dari elektrik
konduktor voltan rendah ( telah diuji dengan 2.200v).
Hazard hentakan dan penembusan daripada objek tajam
Kelas dan hazard elektrik, misalnya diguna oleh pekerja elektrik. Mampu
B menghalang rintangan penembusan, memberi perlindungan dari elektrik
konduktor voltan tinggi ( telah diuji dengan 20.000v).
Kelas Hazard impak yang kurang kuat dan tanpa perlindungan hazard
C elektrik. Diguna dalam industri pembuatan, penapis minyak, loji kimia.
Pelindung kepala dalam operasi memadam kebakaran. melindungi dari
impak dan rintangan penembusan (biasanya diperbuat daripada
aluminium yang mengendalikan arus elektrik). Tidak boleh digunakan di
kawasan bahaya elektrik.

3.2 Cermin Mata Keselamatan (Goggle)

 Cermin mata keselamatan mestilah dipakai untuk melindungi mata dari


kecederaan terutamanya apabila membuat kerja yang berhabuk atau sesuatu
kerja yang boleh menghasilkan percikan api.
 Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa.

3.3 Sarung Tangan Keselamatan (Glove)

 Menggunakan sarung tangan yang sesuai apabila tangan pekerja terdedah


kepada bahaya seperti penyerapan bahan bahaya apabila tangan luka atau
melecet, bahaya terbakar, bahan kimia dan sebagainya Pemilihan sarung
tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera.
 Apabila menggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan
muat dengan tangan, selesa digunakan dan mampu menangani risiko bahaya.
 Jenis-jenis sarung tangan seperti:

Jenis Diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan dari kesan
Plastik gatal.
Membantu menggenggam dengan lebih baik apabila
Jenis
mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungi tangan
Fabrik
anda dari kesan panas, haba atau sejuk.
Jenis Melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau penggeseran
Kulit pada permukaan kasar.
Berlapik Melindungi dari kecederaan luka atau calar. Digunakan untuk kerja-
Besi kerja memotong dan mengerat.

3.4 Kasut Keselamatan

 Kasut keselamatan diperlukan untuk melindungi kaki daripada objek yang


berat, tajam dan sebagainya.
 Kasut keselamatan seharusnya mempunyai tapak berlapik dengan bahan kalis
haba, hujung kasut (bahagian jari kaki) diperkukuh dengan logam atau
pelindung dan tapak bergetah dan berlekuk serta beralur.
4.0 FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN

Faktor-faktor keselamatan sebelum, semasa dan selepas kerja siap dilakukan


haruslah diambil perhatian. Antara faktor bagi kemalangan berlaku adalah:

 Faktor kemanusiaan
 Faktor kawasan
 Faktor peralatan dan mesin

4.1 Faktor Kemanusiaan

i. Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan di dalam kawasan kerja boleh


menyebabkan kemalangan.
ii. Sikap tidak bertanggungjawab ke atas peralatan yang digunakan sewaktu
kerja.
iii. Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau semasa
melakukan kerja.
iv. Tidak mematuhi segala peraturan dan tatatertib semasa menjalankan kerja.
v. Tidak menggunakan peralatan keselamatan PPE yang sesuai semasa berada
di kawasan kerja mahupun semasa melaksanakan kerja.

4.2 Faktor Kawasan

i. Kawasan melakukan kerja dalam keadaan tidak kemas.


ii. Lantai yang licin akibat tumpahan minyak atau cecair yang boleh melicinkan.
iii. Pengudaraan dan pencahayaan di kawasan kerja terutama kawasan tertutup
tidak mencukupi.
iv. Tidak mematuhi segala amaran dan peraturan kawasan kerja.

4.3 Faktor Peralatan dan Mesin

i. Tidak mengikuti SOP yang telah ditetapkan pada peralatan dan mesin.
ii. Mengubahsuaikan struktur piawaian peralatan dan mesin boleh
mengakibatkan bahaya kepada pengguna.
iii. Kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan baik pada mesin mahupun
peralatan boleh mengundang kepada bahaya kepada pengguna.
5.0 MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEMALANGAN

5.1 FMenyediakan Pelan Tindakan Kecemasa

i. Satu pelan tindakan kecemasan bertulis dan terkini adalah perlu sekiranya
berlaku kecemasan. Pastikan anda baca dan faham pelan tindakan kecemasan
tempat kerja anda.
ii. Pelan ini mesti mengandungi maklumat tentang jalan keluar dari kawasan
kerja dan siapa yang bertanggungjawab dalam kecemasan ini.
iii. Jalan keluar semasa kecemasan perlu ditentukan untuk semua kawasan kerja
dalam bangunan.
iv. Ketua tindakan kecemasan perlu diberi tugas spesifik seperti memastikan
semua kakitangan telah keluar dari kawasan kecemasan.
v. Kaki tangan yang berkemungkinan besar memerlukan bantuan semasa
kecemasan perlu dikenal pasti dalam pelan tindakan. Contoh: pekerja cacat,
sakit jantung dan sebagainya.
vi. Fire drill perlu dilaksanakan dari masa ke semasa untuk menguji pelan
tindakan kecemasan. Seterusnya membuat pindaan di mana perlu.
vii. Pelan tindakan kecemasan seharusnya diletakkan di tempat yang strategik di
kawasan kerja anda.
viii. Sekiranya jabatan anda tidak mempunyai pelan tindakan kecemasan,
dapatkan nasihat dari pihak bomba.

PENDIDIKAN KESIHATAN, KESELAMATAN DI RUMAH


Keselamatan : Merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat,
memberi perlindungan kepada agar hidup sejahtera dan melindunginya daripada
sesuatu yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut
KESELAMATAN DIRI
KONSEP KESELAMATAN DIRI
ASPEKEMOSI
O Keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang yang berasaselesa dan
mesraterhadapgerak blas dirinya terhadap oranglain seperti keluarga, rakan dan
masyarakat sekelilingnya.
ASPEKFIZIKAL
O Ia melibatkan seseorang itu bebas daripada sebarang ancamanpenderitaan
ataukesakitan yang berpunca daripada kecedaraandan kemalangan.
Kecederaanboleh berpunca daripada keadaan tanpa niat (unintentional)
sepertikemalangan dan dengan niat (intentional) seperti penderaan dan penculikan.
O Berdasarkan Teori Motivasi Maslow, seteoah tahapkeperluan makanan
dipenuhi,seseorang itu perlukan keselamatan. Setelah tahap keperluan
keselamatandipenuhi, sseseoran itu akan melangkah ke tahap keperluan sosial
iaitukeperluan berkawan dan berhubung dengan orang lain ( Saccuzo, 1987)
O Tuntutan ini menyebabkan manusia melakukan pelbagai perkara untuk
menjamintahap dan standard aspek keselamatan diri sentiasa dipenuhi, dihormati
dandijamin.
DEFINISI KESELAMATAN DIRI
Ia boleh didefinisikan sebagai keupayaan atau kebolehan seseorang
untukmelindungi diri daripada mendapatkemudaratan secara fizikal dan emosi
sebagaigerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinyadan di
sekitarnya.
Keupayaan menjaga keselamatan diri ini melibatkan adanya usaha dantindakan
awal seseorang untuk mengelak sesuatu kemudaratan sepertikemalangan dan
kecederaan daripada berlaku.
Manusia memberi respon kepada perkara-perkara yang mengancamkeselamatan
dirinya. Misalnya, lari menyelamatkan diri apabila dikejar anjing.

Anda mungkin juga menyukai