Anda di halaman 1dari 32

AMALAN BENGKEL

TOPIK 1.0 : KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Disusun:
Muhammad Amirul bin Abdullah
Kolej Komuniti Bandar Darulaman

1
1.1 PENGENALAN KEPADA KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

1.1.1 Konsep Pencegahan Kemalangan

Kemalangan merupakan kejadian yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan


kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta benda.

Kemalangan di tempat kerja meliputi kemalangan yang:

i. Berpunca dan terbit daripada pekerjaan yang dilakukan – Kemalangan yang


melibatkan pengendalian mesin atau peralatan dan kemalangan di tempat kerja
yang berpunca dari pekerjaan.

ii. Berpunca daripada perjalanan:


• Ulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja setiap hari.
• Dari tempat kerja ke tempat makan sewaktu rehat yang dibenarkan.
• Berkaitan dengan pekerjaan.

1.1.1.1 Konsep Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja


Dalam era ini, keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggap sebagai elemen yang
berasingan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain. Tempat kerja yang kurang selamat
meningkatkan risiko kemalangan serta kecederaan yang pastinya menjejaskan kesihatan.
Dalam masa yang sama, pekerja yang kurang sihat adalah lebih berisiko untuk mengalami
kemalangan. Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 jelas
menunjukkan perkaitan dan kepentingan kedua-dua elemen ini. Matlamat utama akta
tersebut ialah untuk menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua
pekerja dan majikan di Malaysia.
Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan, kecederaan atau
penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada di tempat kerja. Selain
daripada memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang merupakan aset terpenting dalam
sesebuah organisasi atau syarikat, pencegahan kemalangan secara tidak langsung dapat
mengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja,
kerosakan harta-benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-lain
lagi.
Ringkasnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah penting dari sudut:
• Kemanusiaan dan moral;

2
• Perundangan; dan
• Kewangan.
(Sumber: KKM)

Kemalangan adalah sesuatu yang kompleks dan berlaku tanpa dirancang, namun ia boleh
dicegah. Kemalangan boleh diakibatkan oleh dua sebab utama:
• Tindakan yang tidak selamat (Unsafe act)
• Keadaan kerja tidak selamat (Unsafe condition)

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi penyebab-penyebab


faktor penyumbang kemalangan. Rajah 2a menerangkan faktor-faktor yang menyumbang
kepada kemalangan dengan lebih terperinci.

Rajah 1. Faktor-faktor menyumbang kepada kemalangan

1.1.2 Perilaku Selamat


Perilaku Selamat Yang Perlu Diamalkan
• Sentiasa mengikut protokol kerja selamat.
• Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja.
3
• Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.
• Menyelenggara mesin dan peralatan secara sistematik.
• Tidak makan, minum atau merokok semasa bekerja.
• Tidak dipengaruhi alkohol atau dadah semasa bekerja.
• Menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dari masa ke semasa.
• Menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi yang sesuai dengan
betul.

1.1.3 Persekitaran Kerja Selamat

Keadaan Kerja Selamat Yang Perlu Diwujudkan


• Susun atur yang kemas.
• Ruang kerja yang selesa.
• Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan.
• Pengalihan udara yang baik.
• Bunyi bising yang terkawal.
• Peralatan yang berfungsi dengan baik dan sesuai.
• Peranti keselamatan pada mesin yang sesuai.
• Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat.
• Sistem penggera yang berfungsi.
• Sistem pencegah kebakaran yang lengkap dan berfungsi.
• Tanda-tanda amaran bahaya yang jelas dan mencukupi.
• Tanda-tanda arahan keselamatan yang jelas dan mencukupi.

Mengawal Faktor-Faktor Penyumbang Kemalangan


Selain daripada perilaku tidak selamat semasa kerja dan keadaan kerja yang tidak selamat,
faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kemalangan juga perlu dikawal.

Tindakan Tidak Selamat


 Tidak mengikut protokol kerja selamat
 Tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja
 Tidak mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa
 Tidak menyelengga mesin dan peralatan secara sistematik
 Makan, minum atau merokok semasa bekerja
 Di bawah pengaruh alkohol atau dadah dalam waktu kerja
 Tidak menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dari semasa
ke semasa

4
 Tidak menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi yang sesuai
dengan betul.

Persekitaran Kerja Tidak Selamat


 Susun atur yang tidak kemas
 Ruang kerja yang tidak selesa
 Pencahayaan yang tidak mencukupi bagi kerja yang dilakukan
 Pengaliran udara yang tidak baik
 Bunyi bising yang tidak terkawal
 Peralatan yang tidak berfungsi dengan baik dan sesuai
 Tiada kelengkapan atau pakaian keselamatan pada mesin yang sesuai
 Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang tidak selamat
 Sistem penggera yang tidak berfungsi
 Sistem pencegah kebakaran yang tidak lengkap dan tidak berfungsi
 Tanda-tanda amaran bahaya yang tidak jelas dan mencukupi
 Tanda-tanda arahan keselamatan yang tidak jelas dan mencukupi

5
1.2 MENJELASKAN ALAT PERLINDUNGAN DIRI

6
1.2.1 Alat pelindung kepala
Head injuries may be caused by falling or flying objects, or by bumping the head against a
fixed object. Protective helmets must do three things:
 Resist penetration.
 Absorb the shock of a blow.
 Protect against electrical shock.
 Head injuries may be prevented by the selection and use of appropriate head
protection.

Potential Hazards:

 Head trauma due to contact with falling objects


 Electrical shock or burns due to contact with exposed electrical conductors
 Various head and neck injuries due to the striking low overhead objects (for
example piping, I-beams)
i. Class A helmets provide electrical protection from low-voltage conductors
(less than 2,200 volts).
ii. Class B helmets provide electrical protection from high voltage conductors
(less than 20,000 volts).
iii. Class C helmets provide only impact and penetration protection and since
they are usually made of aluminum, which conducts electricity, that should
not be used around electrical hazards.
https://www.osha.gov/SLTC/etools/shipyard/standard/ppe/general_ppe/head_protection.html

After 1986...

Class G (General) Helmets -This is equivalent to the old Class A. Class G helmets are
proof tested at 2,200 volts.
Class E (Electrical) Helmets - This is equivalent to the old Class B. Class E helmets are
proof tested at 20,000 volts.
Class C (Conductive) Helmets - This class provides no electrical insulation; the class
designation did not change from the old standard.

7
1.2.2 Alat pelindung mata dan muka

The majority of impact injuries result from flying or falling objects, or sparks striking the
eye. Most of these objects are smaller than a pin head and can cause serious injury such as
punctures, abrasions, and contusions.
While working in a hazardous area where the worker is exposed to flying objects,
fragments, and particles, primary protective devices such as safety spectacles with side
shields or goggles must be worn. Secondary protective devices such as face shields are
required in conjunction with primary protective devices during severe exposure to impact
hazards.
Personal protective equipment devices for impact hazards:
 Safety Spectacles: Primary protectors intended to shield the eyes from a variety of
impact hazards.
 Safety Goggles: Primary protectors intended to shield the eyes against flying
fragments, objects, large chips, and particles.
 Face Shields: Secondary protectors intended to protect the entire face against
exposure to impact hazards.

Safety spectacles

8
Safety goggles

Face shields

1.2.3 Alat pelindung telinga


Workers exposed to excessive noise must use appropriate PPE including ear plugs, muffs,
or both when engineering or administrative controls are not feasible to reduce exposure.

Hearing protection is part of a hearing conservation program, which is required when noise
exposure exceeds the action level [85 decibels on the A scale (dBA)].

Potential Hazards:

Some operations in the shipyard produce excessive noise, which may lead to hearing loss.
Some of the loudest ship repair operations include:
 Abrasive blasting
 Needle gunning
 Scaling
 Grinding
 Carbon Arcing/Arc gouging
 Pneumatic pumps

9
 High-pressure steam cleaning
 Ventilation equipment

1.2.4 Alat pelindung pernafasan


Respiratory protection is used to protect workers from the effects of toxic, corrosive, or
irritant vapors; and gases, dusts, mists, fumes, and fibers when engineering controls are not
adequate or feasible. Respirators used can range from sample disposable dust masks to
more complex supplied air respirators.
Potential Hazards:
Workers may be exposed to hazardous atmospheres that result in:
 Being overcome by lack of oxygen.
 Occupational illness due to long-term low-level exposures (for example asbestos,
silica, lead).
 Acute or systemic illness from exposure to solvents, paints, and cleaners.
 Acute respiratory damage due to exposure to corrosives (such as acids, gases,
mists).
 Severe illness or even death from inhaling toxic materials (such as hydrogen
sulfide, carbon monoxide).

1.2.5 Alat pelindung badan


Proper selection and use of appropriate hand and body PPE will prevent or minimize the
potential for worker injuries due to chemical or physical hazards. For example:

10
 When using solvents, improper glove selection may allow the solvent to leak
through the gloves, leading to skin contact.
Appropriate gloves and protective clothing must be used to protect workers from hazards
such as burns, cuts, electrical shock, amputation, and absorption or contact with chemicals.
Potential Hazards:
Injuries and illnesses such as:
 Skin absorption of harmful substances
 Cuts or lacerations
 Abrasions
 Punctures
 Nerve or tendon damage caused by exposure to vibration
 Chemical burns
 Thermal burns
 Heat stress, frostbite, and hypothermia due to harmful temperature extremes
 Shocks and burns from electricity
Note: Improper selection of gloves, boots, and other protective clothing may give workers
a false sense of security since chemicals may penetrate the "protection" without it showing
any signs of failure.

1.2.6 Alat pelindung tangan


Hand protection equipment are the necessary ppe for tasks that can damage hands. Wearing
the proper work gloves when performing industrial tasks like handling caustic chemicals,
hot materials or sharp objects not only protects your personnel’s hands, these also make
work more efficient. Be sure to choose the proper industrial gloves. For example, anti-
vibration gloves are best used when performing tasks that subject the hands to shock, while
chemical resistant gloves are ideal for handling corrosives.

11
1.2.7 Alat pelindung kaki
Safety shoes are required where the potential for serious injury to the foot may result from
an employee's daily job duties. Foot injuries may occur in areas where there are rolling or
falling objects, objects piercing the sole, or where feet are exposed to electrical hazards.
These guidelines are not intended to apply to functions performed by an employee on a
rare or special occasion, unless the risk of foot injury is great.
https://ehs.research.uiowa.edu/ppe-foot-protection-information

1.3 MENGENALPASTI RISIKO HAZAD FIZIKAL

HIRA (Hazard Identification and Risk Assessment)

HIRA bermaksud mengenal pasti hazard dan menaksir risiko. Ia melibatkan proses:

 Mengenal pasti hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja.


 Menaksir risiko setiap hazard.

12
 Menentu dan menyusun risiko hazard tersebut mengikut arasnya. Iaitu sama ada
risiko tersebut boleh diterima tanpa apa-apa syarat (risk acceptable), diterima
dengan syarat kawalan tertentu (risk acceptable with control) atau menolak hazard
kerana risiko tidak boleh diterima (risk not acceptable).

Hazard
Apa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segi keselamatan atau
kesihatan. Hazard boleh dibahagikan kepada:

 Hazard kimia – Pelarut, asid, alkali, gas, dan lain-lain.


 Hazard fizikal – Elektrik, haba, bunyi bising, radiasi, debu/habuk, dan lain-lain.
 Hazard biologikal – Virus, bakteria, kulat, parasit, serangga pembawa penyakit,
haiwan berbisa, dan lain-lain.
 Hazard ergonomik – Stesyen kerja yang tidak sesuai dengan pekerja, pengendalian
manual, postur kekok (awkward posture), kerja berulang, dan lain-lain.
 Hazard psikososial – Kerja syif, tekanan di tempat kerja, penyalahgunaan dadah
dan alkohol, gangguan seksual, keganasan, dan lain-lain.

Risiko

Kebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan.

1.3.1 Hazad elektrik

Kuasa elektrik boleh mencederakan dan membunuh. Ini boleh terjadi akibat daripada:

 Sentuhan dengan bahan atau pendawaian elektrik yang hidup mengakibatkan


renjatan elektrik, terbakar dan kebakaran.
 Pendawaian dan peralatan elektrik yang rosak dan boleh mengakibatkan renjatan
elektrik, terbakar dan kebakaran.
 Bahan atau dawai elektrik menjadi sumber nyalaan di persekitaran mudah terbakar
atau mudah meletup. Akibatnya berlakunya kebakaran atau letupan.

Risiko kemalangan akibat daripada hazard elektrik bergantung kepada bagaimana dan di
mana bahan atau wayar elektrik itu digunakan. (Cth: Kawasan yang basah dan kawasan
yang sesak adalah lebih berisiko untuk terjadinya kemalangan).

13
Akta Berkaitan: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994; Akta Kilang dan
Jentera 1967 (Dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) dan
Akta Bekalan Elektrik 1990 (Dikuatkuasakan oleh Jabatan Bekalan Elektrik).

Kaedah Pencegahan Hazard Elektrik

 Menggunakan peralatan elektrik yang bersesuaian dan selamat.


 Menggunakan peralatan keselamatan tambahan bagi meningkatkan keselamatan
sistem elektrikal.
 Menjalankan penyelenggaraan berkala ke atas sistem elektrikal.
 Mendapat latihan dan mematuhi protokol kerja selamat dalam penggunaan,
pengendalian atau penyelenggaraan peralatan elektrik dan punca elektrik lain.
 Melakukan pendawaian hanya selepas mendapat sijil kompetensi yang berkaitan.

1.3.2 Hazad suhu tinggi

Tempat kerja yang terlalu panas samada bekerja di lapangan atau di dalam bangunan
berhaba bukan sekadar menyebabkan ketidakselesaan tetapi boleh meningkatkan risiko
kemalangan akibat kekejangan otot, heat exhaustion dan maut.

a) Kesan Risiko Suhu Tinggi Kepada Keselamatan dan Kesihatan

Ruam panas atau prickly heat: Berlaku disebabkan kelenjar peluh tersumbat dan
akibatnya peluh terkumpul.
Heat Cramps (Kejang otot akibat haba): Kebiasaannya terjadi pada tangan, kaki
dan bahagian perut. Biasa terjadi selepas kuat berpeluh dan tidak meminum air
dengan mencukupi.
Heat Syncope: Tidak sedar secara tiba-tiba. Berlaku akibat dari tekanan darah yang
terlalu rendah. Selalunya terjadi selepas menjalankan kerja berat secara berterusan.
Kulit menjadi dingin dan melekit manakala denyutan nadi pula lemah.
Heat Exhaustion: Tanda-tanda termasuklah kepenatan, pening, kulit yang lekit
(clammy skin), kuat berpeluh, hilang selera makan, loya dan sakit pada bahagian
perut. Tanda-tanda ini timbul apabila badan kehilangan terlalu banyak air ketika
menjalankan aktiviti fizikal yang kuat di kawasan bersuhu tinggi.
Heat Stroke: Badan kehilangan keupayaan untuk menyejukkan diri sendiri.
Akibatnya suhu badan meningkat, nadi menjadi cepat, hilang orientasi,

14
kebingungan, tekanan darah menurun, tidak sedar dan koma. Masalah ini
memerlukan rawatan perubatan yang segera kerana boleh menyebabkan kematian.

b) Kaedah Pencegahan Risiko Suhu Tinggi

Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat berkaitan dengan


pekerjaan di dalam persekitaran suhu tinggi.
Melakukan kerja pada waktu yang kurang panas seperti awal pagi, senja, waktu
malam atau pada hari-hari sejuk.
Membiasakan diri dengan kepanasan secara beransuransur (acclimatization) –
waktu pekerja terdedah kepada persekitaran kerja yang panas ditingkatkan secara
beransur-ansur. Ini memberi peluang kepada tubuh untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran panas secara berperingkat.
Meminum air dengan lebih kerap bagi menggantikan air yang banyak hilang
melalui peluh.
Menggunakan alat pendingin udara untuk mengurangkan hazard haba dalam
bangunan dan kenderaan.
Mesin-mesin yang menghasilkan haba perlu mempunyai sistem pengudaraan untuk
mengurangkan haba berlebihan. Mengurangkan masa pendedahan melalui
penggiliran pekerja.
Berehat seketika antara waktu kerja di tempat sejuk seperti di bilik berhawa dingin
atau sekurang-kurangnya di tempat teduh antara waktu kerja.
Mengelakkan daripada meminum minuman berkafein dan/ atau beralkohol kerana
ia boleh menyebabkan kehilangan lebih banyak air.
Mengelakkan penggunaan pakaian berwarna gelap kerana sifatnya yang
menyimpan haba.

1.3.3 Hazad mekanikal

Hazard mekanikal melibatkan dedahan anggota badan kepada bahagian mesin dan jentera
yang bergerak. (Cth: hazard ini termasuk hempapan, himpitan, terpotong, tikaman, tusukan
dan lain-lain).
Perundangan yang boleh diguna pakai untuk mencegah risiko hazard mekanikal adalah
Akta Kilang Dan Jentera 1967 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya.

15
a) Kesan Risiko Hazard Mekanikal Kepada Keselamatan dan Kesihatan

Kemalangan yang berkaitan dengan hazard mekanikal ini mengakibatkan cedera ringan
(seperti calar dan terseliuh) atau kesan yang lebih dahsyat (seperti hilang anggota dan
maut).

b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Mekanikal

Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat berkaitan dengan


pemasangan, penggunaan, pengendalian dan penyelenggaraan mesin dan jentera.
Memastikan setiap mesin dan jentera diselenggara di dalam keadaan yang selamat,
bebas daripada risiko hazard mekanikal dan mematuhi kehendak perundangan
berkaitan.
Memastikan setiap operator mesin dan jentera yang ditetapkan oleh perundangan
mempunyai sijil kompetensi (cth: boiler man dan crane operator).

1.3.4 Hazad kekemasan tempat kerja


Persekitaran tempat kerja yang tidak dijaga dengan baik seperti lantai yang licin dan tidak
rata, berlubang atau retak, barang atau bahan yang bersepah di kawasan kerja boleh
mengakibatkan risiko hazard kekemasan tempat kerja.
Akta berkaitan: Akta Kilang dan Jentera 1967 dan PeraturanPeraturannya; Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Peraturan-Peraturannya.

a) Kesan Risiko Hazard Kekemasan (Housekeeping) Tempat Kerja Kepada


Keselamatan dan Kesihatan
Kemalangan yang berkaitan dengan hazard kekemasan tempat kerja ini mengakibatkan
cedera ringan akibat tergelincir atau terjatuh (seperti terseliuh) atau kesan yang lebih
dahsyat (seperti patah tulang dan maut).

b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Kekemasan Tempat Kerja

 Risiko hazard ini boleh diatasi dengan mengamalkan kekemasan (housekeeping)


yang baik.
 Mengamalkan prinsip 5S (Seiri, Seito, Seisi, Seikatsu dan Shitsuke), iaitu semak,
susun, sapu/suci, standard dan disiplin.

16
1.3.5 Hazad bunyi bising
Bunyi bising adalah hazard fizikal yang boleh mengakibatkan kemalangan akibat
gangguan pendengaran. Pendedahan kepada bunyi yang melebihi aras 85dB(A) untuk
tempoh 8 jam memerlukan tindakan kawalan pendengaran.

Akta berkaitan: Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising) 1989.

a) Kesan Risiko Hazard Bunyi Bising Kepada Keselamatan dan Kesihatan

Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi di antara pekerja hingga mengakibatkan


kesilapan pemahaman dan seterusnya kesilapan mematuhi arahan yang diberikan.
Akibatnya kemalangan boleh terjadi. Bunyi bising juga boleh mengakibatkan kehilangan
pendengaran yang kekal jika dos bunyi bising melebihi had yang dibenarkan. Rujuk
PeraturanKilang Dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising ) 1989.

b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Bunyi Bising

 Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat yang melibatkan


hazard pendedahan bunyi bising di dalam Program Pemuliharaan Pendengaran
(Hearing Conservation Programme).
 Memakai dan menyelenggara kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi
yang dibekalkan oleh majikan dengan betul.

1.3.6 Hazad ergonomik


Stesyen kerja yang tidak sesuai dengan pekerja, pengendalian manual, postur kekok
(awkward posture), kerja berulang, dan lain-lain.

17
18
1.4 MENGENALPASTI RISIKO KEBAKARAN

19
Kebakaran akan berlaku jika terdapat keempat-empat unsur ini – oksigen, bahan bakar,
haba dan tindakbalas berantai (chain reaction). Dalam usaha mencegah kebakaran,
kesemua unsur ini perlu dipisahkan. Oleh kerana oksigen berada di mana-mana,
pencegahan kebakaran adalah lebih kepada mengawal bahan bakar dan haba atau
memisahkan kedua-duanya. Tiga kategori bahan yang boleh mengakibatkan kebakaran
adalah:

• Flammable – Mudah terbakar


• Combustible – Terbakar bila terkena sumber haba
• Explosive – Mudah meletup.

Akta yang berkaitan adalah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


(Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000
dan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

1.4.1 Kesan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja Kepada Keselamatan dan
Kesihatan

Kebakaran boleh mengakibatkan kecederaan, kematian dan kemusnahan harta benda.

1.4.2 Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja


 Mematuhi segala arahan pencegahan kebakaran yang disediakan oleh majikan.
 Jauhkan bahan-bahan mudah terbakar daripada punca api (Cth: mancis, pemetik api)
atau haba.
 Bersihkan tumpahan bahan mudah terbakar dengan segera.
 Pastikan bekas bahan-bahan mudah terbakar dilabel dengan jelas.
 Simpan bahan-bahan mudah terbakar di kawasan yang mempunyai pengalihan udara
yang baik.
 Tidak merokok apabila berada di kawasan yang mempunyai bahan-bahan mudah
terbakar.

1.4.3 Kelas Kebakaran


Merupakan satu cara pengelasan yang dibuat untuk menentukan jenis alat pemadam api
yang sesuai yang digunakan untuk memadamkan sesuatu kebakaran.

20
Kelas
Jenis Kebakaran Alat/Media Pemadaman Yang Sesuai
Api
Kayu, Kertas, Kain, i. Alat pemadam api jenis air
A Pepejal Sampah sarap, Getah ii. Alat pemadam api jenis debu kering
dan lain-lain iii. Menggunakan air secara semburan
i. Alat pemadam api jenis buih
Minyak, Cat,
ii. Alat pemadam api jenis debu kering
B Cecair Varnish, plastik dan
iii. Alat pemadam api jenis gas atau air
lain-lain
secara semburan
Butana, Propana, i. Alat pemadam api jenis karbon Dioksida
C Gas Acetylena, Hidrogen, ii. Alat pemadam api jenis debu kering
Ammonia dan sbg. iii. Alat pemadam api jenis gas
i. Debu Graphite
ii. Soda Ash
Potassium, Sodium,
D Logam iii. Pasir Kering
Kalsium, Magnesium
iv. Alat pemadam api debu kering jenis
Tenery Eutectic Chloride (T.E.C)

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia

21
1.4.4 Jenis Alat Pemadam Api
Alat Pemadam Api ialah alat yang digunakan untuk mengawal atau memadam kebakaran
di peringkat awal yang boleh dikendalikan oleh seorang sahaja dan hanya boleh digunakan
dalam jangkamasa yang singkat.

i. Alat Pemadam Api Jenis Air

Warna : Merah
Kandungan : 9 Liter Air
Berat Tabung :12.6 kg
Jarak Pancutan : 20 – 25 kaki
Jangkamasa : 60 – 120 saat
Tidak memberhaya dan mudah dikendalikan

ii. Alat Pemadam Api Jenis Serbuk Kering

Kandungan :
1. Sodium Bicarbonate 97%
2. Magnesium Stearate 1½ %
3. Magnesium Carbonate 1 %
4. Tricalcium Phosphate ½ %
Debunya memberhaya
Warna : Biru Muda atau Merah

iii. Alat Pemadam Api Jenis Karbon Dioksida

1. Cecair CO2 dalam bentuk tekanan


2. Dalam tekanan beratnya 1 – 2.25 Kg
(Berat keseluruhan 4.5 kg – 8 kg)
Jarak Pancutan : 8 kaki hingga 12 kaki
dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450

22
Jangkamasa Pancutan : 60 hingga 120 saat
Warna : Hitam

iv. Alat Pemadam Api Jenis Buih


2 Tabung :
1. Tabung Dalam –Aluminium Sulphate
2. Tabung Luar – Sodium Bikarbonat
- Stabliser
Jangkamasa Pancutan :30 hingga 90 saat
Jika campuran kimia tidak betul maka
Ianya tidak mampu memadam
Kebakaran
Warna : Krim Putih

Alat Pemadam Api lain


1.CBM -Cholorobromomethane Halon 1011
2.BCF -Bromocholororodifluoromethane Halon 1211
3.BTM -Bromotrifluoromethane Halon 1301

Tatacara Menggunakan Alat Pemadam Api


1. Mengetahui jenis, warna dan punca kebakaran terjadi.
2. Melihat meter dan tarikh luput untuk memastikan A.P.A boleh digunakan
3. Kemudian goncangkan A.P.A (jika berjenis serbuk atau buih)
4. Pastikan Nozel/Sumpitan tidak tersumbat
5. Bawa A.P.A dengan teknik yang betul (Membimbit/Memikul /Mengepit) dan tentukan
arah angin.
6. Tentukan jarak dalam 3-4 kaki dengan punca api
7. Cabutkan safety pin
8. Halakan sumpitan ke arah punca api
9. Tekan Pincu

23
10. Pastikan api berjaya dipadamkan jika tidak gunakan A.P.A yang lain atau dapatkan
bantuan segera.

24
Sumber: http://www.bomba.gov.my/index.php/pages/view/168

1.5 MENJELASKAN RAWATAN KECEMASAN ASAS

Rawatan kecemasan ialah rawatan yang diikuti dan yang dilakukan segera pada masa
kejadian kemalangan, kecemasan atau penyakit.
Kaedah rawatan kecemasan ini dijalankan dengan menggunakan alat-alat serta kemudahan
yang sedia ada sebelum ketibaan bantuan perubatan.

Tujuan Rawatan Kecemasan?

• Mengelakkan kecederaan yang lebih serius.


• Memulihkan keadaan fizikal.
• Menyelamatkan nyawa.

Keperluan Rawatan Kecemasan

Seksyen 25 Akta Kilang dan Jentera 1967 memperuntukkan bahawa sesebuah kilang
hendaklah menyediakan kotak kecemasan yang senang dicapai atau almari yang
mempunyai peralatan yang disyorkan. Bagi premis yang mempunyai lebih daripada 150
pekerja pada sesuatu masa, sebuah bilik rawatan kecemasan mesti disediakan.

25
Akta Kilang dan Jentera (Peraturan Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan 1970),
memperuntukkan kewajipan untuk menyediakan kotak atau almari kecemasan yang
dilengkapi dengan peralatan seperti di dalam Jadual Keempat, peraturan yang sama. Kilang
yang mempunyai pekerja melebihi 20 orang perlu mempunyai pegawai yang terlatih di
dalam rawatan kecemasan dan pegawai tersebut hendaklah sentiasa berada di tempat kerja.
Nama pegawai tersebut hendaklah sentiasa dipamerkan di tempat yang jelas. (Rujuk Garis
Panduan Kemudahan Pertolongan Cemas Di Tempat Kerja, Guidelines on First-Aid
Facilities in the Workplace – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Komponen Penting Rawatan Kecemasan

Tiga komponen penting yang perlu disediakan bagi memulakan rawatan kecemasan
adalah:-
• Ahli pertolongan cemas (rujuk 4.5.3)
• Peti pertolongan cemas / bilik pertolongan cemas
• Peralatan pertolongan cemas

Menganggar Keperluan Rawatan Kecemasan

Keperluan rawatan kecemasan disesuatu organisasi bergantung kepada faktor-faktor


berikut:
• Jumlah pekerja.
• Jenis industri.
• Jumlah syif kerja.
• Lokasi fizikal tempat kerja.
• Jarak tempat kerja dari kemudahan perubatan.

1.5.1 Luka dan pendarahan

Luka: Sebarang Kecederaan yang tidak normal pada kulit atau permukaan badan.
 Luka terbuka – Darah mengalir keluar dan dapat dilihat dengan mata kasar.
 Luka tertutup – Darah terlepas dari sistem peredaran tetapi tidak mengalir keluar

1.5.1 Jenis-Jenis Luka


a. Luka Terhiris
Luka yang lurus dan bersih akibat terkena benda tajam seperti Pisau cukur dan serpihan
kaca

26
PL
AT

b. Luka Melecet
Luka yang kasar dan kesat akibat daya tekanan yang teruk tetapi tidak berlaku pengaliran
darah

c. Luka Calar Balar


Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan atas pada kulit bergesel

27
d. Luka Lebam
Luka yang disebabkan oleh sebarang hentakan atau tamparan kuat yang menyebabkan
kapilari pecah dan kesan lebam kelihatan

e. Luka Tercucuk
Luka akibat terpijak paku atau tercucuk atau tertikam benda tajam yang menyebabkan
kerosakan dalaman

1.5.2 Pendarahan

Komposisi Darah
• Terdapat 5 hingga 6 Liter darah dalam badan.
• Terdiri dari cecair berwarna kuning jernih dipanggil plasma.
• Di dalamnya terapung sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platlet.
• Sel darah membawa hemoglobin dan mudah bergabung dengan oksigen.
• Platlet membantu darah membeku.

Jenis pendarahan atau ‘haemorrhage’ dikelaskan mengikut jenis saluran-saluran darah


yang rosak atau tercedera:

28
Pendarahan Arteri
• Darah berwarna merah cerah
• Memancut dari luka seiring dengan denyutan jantung
• Kecederaan teruk mungkin menghasilkan semburan darah setinggi beberapa kaki
yang mengakibatkan kekosongan dalam sistem peredaran darah

Pendarahan Vena
• Darah berwarna merah tua
• Tekanan kurang dari darah arteri
• Dinding vena berkebolehan mengembang dengan kuat
• Kecederaan teruk, darah akan memancut dengan banyak

Pendarahan Kapilari
• Dicirikan sebagai lelehan
• Berlaku di kawasan semua jenis luka
• Aktif pada mula tetapi pada umumnya sedikit sahaja

Bantuan Perawatan
 Hentikan sebarang pendarahan dan jangan mengeluarkan benda asing tersebut
 Gunakan air yang bersih dan cuci luka atau gunakan antiseptic (jangan letak sebarang
minyak)
 Tutup luka itu dengan kain yang bersih
 Balutnya dengan pembalut dan bawa ke hospital

1.5.2 Keretakan tulang


Rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan tulang:

 Berikan rawatan di tempat kejadian dengan merawat pendarahan luka terlebih


dahulu (jika ada).
 Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang yang terkeluar.
 Elakkan pergerakkan yang tidak perlu, dan jangan menggerakkan bahagian yang
patah.
 Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, surat khabar dan sebagainya di
bahagian atas dan bawah sendi tulang yang patah. Jika tiada bahan tuapan, ikatkan
pada anggota badan yang tidak cedera.
 Dapatkan rawatan lanjut di hospital.
Sumber: APM

29
1.5.3 Terbakar
Rawatan untuk kelecuran ringan:
 Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir.
 Rendam dalam takungan air atau balut dengan kain basah selama 5 minit sehingga
hilang sakit.
 Tanggalkan aksesori yang dipakai pada tempat yang cedera.
 Jangan pecahkan gelembong atau menanggalkan kain yang melekat pada tempat
yang cedera.
 Balut dengan kain bersih.

Rawatan untuk kelecuran teruk:


 Baringkan mangsa.
 Siramkan tempat melecur dengan air selama 10 minit.
 Periksa pernafasan dan nadinya.
 Dapatkan bantuan ambulans dengan kadar yang segera.
 Tanggalkan sebarang aksesori yang dipakai ketat.
 Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar.
 Balut tempat yang cedera dengan kain bersih dan tidak berbulu.
 Selimutkan mangsa.
 Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Sumber: APM

1.5.4 Terkena racun/bahan kimia


 Anda perlu berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada diri anda.
 Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 20 minit dan elakkan diri dan
mangsa dari terkena air tersebut yang bertakung.
 Tanggalkan sebarang pakaian yang tercemar dengan bahan kimia.
 Balut kecederaan dengan kain bersih.
 Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Sumber: APM
1.5.5 Renjatan elektrik
Rawatan Kecemasan Semasa Mangsa terkena renjatan
i. Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di
rumah atau di tempat kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus
elektrik.
ii. Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 999 untuk ambulan dan paramedic.

30
iii. Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik
kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak mangsa dari sumber
elektrik. Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki getah.
JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa jika insiden ini berlaku di
kawasan bervoltan tinggi.
iv. Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan
denyutan jantung. Jika tiada, lakukan CPR.
v. Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air
mengalir sederhana sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan
sepertimana biasa kepada luka terbakar. Tunggu di sisi mangsa sehinggalah
bantuan tiba.
vi. Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan
elektrik, pastikan tengkuk tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan pada
saraf tunjang. Berikan rawatan kecemasan kepada kecederaan luka atau kepatahan
yang berlaku seperti biasa.
JANGAN LAKUKAN INI:
i. Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis
dimatikan sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku
ii. Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar
iii. Jangan buangkan kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit
iv. Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik

Sumber: KKM
(http://www.myhealth.gov.my/renjatan-elektrik-petir/)

1.5.6 Pembalutan

Tujuan:
 Mencegah sebarang jangkitan kuman
 Menghisap kotoran-kotoran yang keluar
 Menahan atau menghentikan pendarahan
 Mengurangkan kecederaan

1.5.7 Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)

Terdapat 5 langkah asas rawatan kecemasan iaitu Prinsip DR ABC:

31
D – Danger (Bahaya):
Pastikan anda tidak berada dalam bahaya

R – Response (Tindakbalas):
Periksa samada mangsa masih sedar atau tidak, iaitu samada mangsa boleh bertindakbalas.
Sekiranya mangsa boleh bertindakbalas tidak perlu ke langkah seterusnya.

A – Airway (Salur Pernafasan):


Pastikan salur pernafasan tidak tersekat.
B – Breathing (Pernafasan):
Tentukan samada mangsa masih bernafas atau tidak.

C – Circulation (Peredaran Darah):


Periksa denyutan nadi.

32

Anda mungkin juga menyukai