Anda di halaman 1dari 8

LETUPAN KILANG MERCUN BRIGHT SPARKLERS, SG BULOH.

Bersempena bulan Mei ini aku nak remind korang semua tentang satu kisah yang
berlaku di Malaysia suatu ketika dahulu. Mungkin ada yang dah tahu atau mungkin
ada yang tek pernah tahu atau memang tak nak ambil tahu. Aku tahu kisah ini pun
masa start keja pada bulan Mei 2008.

Kisahnya..... LETUPAN paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku
pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor. Kekuatan letupan dan
kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar
‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-
akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada
Perang Dunia kedua.

Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah
kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan
bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi
tragedi.

Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya
memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang
terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu.

Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan
keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia
meletup?
Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara. Ia sekali gus
mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun
termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan malah dihasilkan
kilang di negara ini.

Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara
tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu.
Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat,
berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian
terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah
negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang
kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu
kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar
rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling


menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja,
beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan
pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan
termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan
penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang
hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang
berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu,
batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api.
Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan
dan api itu.

Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan


diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar
sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.
Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan
kesakitan di mana-mana. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala
ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-
saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi.

Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan
kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-
masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi
menjadi korban tragedi itu.

Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri
mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari
bangunan kilang yang hangus terbakar.

Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah
Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara
Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan
menyelamat mangsa.

Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam


kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh,
api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang
tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah
merebak ke tiga rumah berhampiran kilang.

Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan
selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api
daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran.

Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai
Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan
kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke
hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah.

Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan


operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali
berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang
itu.

Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti
kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus
memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula
di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba
terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.

Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.SEHARI selepas


letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh
dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu
daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang
itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa


hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan
enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal
musnah dalam kejadian ngeri itu.
Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang
hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran
tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum
melaporkan diri.

Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula
terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram
sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji
pekerja di bawah umur!

Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca


daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang
siap untuk dipasarkan.

Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di
luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api
yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak.
Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal
memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan
secukupnya di kilang itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi


ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang
menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga
menghasilkan gas beracun.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar


dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka
di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan


lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas,
bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu.

Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas


dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi
membersihkan tapak kilang.
Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih
dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan.
Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan
iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan
dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah
semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota
penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu.

Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih
terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak
berkuasa yang segera memadamkannya.
Sumber:Berita Harian

p/s- aku ambil artikel ini dari laman web http://www.ehoza.com/v4/forum/info-


sejarah/80657-tragedi-kilang-meletup-1991-a.html. (terima kasih kepada pemilik
lamanweb ini). Sekarang, tapak kilang mercun ini telah dibeli oleh syarikat tempat
aku bekerja dan sekarang di atas bekas tapak kilang mercun ini telah didirikan stor.
Setiap kali aku ke stor itu, pasti hati aku akan sayu mengenangkan peristiwa itu.
Al-fatihah untuk mereka yang telah terkorban.

Antara gambar keratan akhbar peristiwa tragis ini


AKTA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan,
keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di
dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan
keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Sejarah
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian
Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada
1994. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban
di dalam insiden tersebut.

Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama
jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
Prinsip
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:

 Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan


kemahiran yang baik
 Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja
bebas daripada sebarang kemalangan

 Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan


keselamatan di tempat kerja

 Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh
semua pekerja di tempat kerja

 Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong
ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
 Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan

Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.

Anda mungkin juga menyukai