Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

MEI 2017

XBOE 4103

ERGONOMIK PEKERJAAN

NO. MATRIKULASI : 900723115615001


NO. KAD PENGNEALAN : 900723-11-5615
NO. TELEFON : 013-7039183
E-MEL : steelheart56@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : Pusat Pembelajaran Shah Alam
Ringkasan Eksekutif Penilaian Hazad Ergonomik.

Pengenalan : Ergonomik berasal dari dua perkataan Greek iaitu ‘ergo’ yang bermaksud
kerja dan ‘nomos’ yang bermaksud peraturan atau hukum. Jadi, gabungan dua perkataan
ini membawa kepada perkataan ergonomik yang boleh di ertikan sebagai ilmu tentang
peraturan bekerja. Secara istilahnya, ergonomik boleh di definisikan sebagai sains yang
membantu manusia untuk menyesuaikan diri di tempat supaya dapat bekerja dengan
selesa. Ergonomik bertujuan untuk memastikan sesuatu peralatan, kemudahan, proses
dan sistem yang digunakan oleh manusia adalah sesuai dan serasi dengan sifat
semulajadi tubuh badan.

Objektif : Untuk menjalankan Penilaian Hazad Ergonomik di Klinik Kesihatan Tanjong


Sepat yang mana sedang mengalami peningkatan jumlah pesakit dan beban kerja yang
semakin banyak sejak 1 April 2016.

Metodologi : Terdapat dua kaedah yang di gunakan di dalam penilaian iaitu Pemerhatian
Secara Langsung dan Borang Soal Selidik. Pemerhatian di buat dengan cara berjalan-
jalan melalui kawasan tempat kerja sambil memerhati dan mengambil gambar cara
pekerja di klinik kesihatan bekerja. Kaedah yang kedua iaitu borang soal selidik. Hasil
daripada pemerhatian yang di jalankan, beberapa sampel di kenalpasti dan di kehendaki
untuk menjawab soalan di dalam borang soal selidik. Borang tersebut mempunyai tiga
bahagian iaitu soalan mengenai latar belakang pekerja, soal selidik Nordik dan tentang
persekitaran dan psikologi pekerja.

Hasil Yang di Harapkan: 3 faktor risiko ergonomik di Klinik Kesihatan dapat di


kenalpasti, dapat di nilai dan beberapa cadangan dapat di berikan bagi mengawal dan
mengelak faktor risiko tersebut.
1.0 Pengenalan dan Latar Belakang

Jika kita tersebut tentang ergonomik, sudah tentu ramai yang pernah dengar
perkataan ini. Tetapi, apakah sebenarnya yang di maksudkan dengan ergonomik dan
apakah kepentingan ergonomik untuk manusia. Ergonomik berasal dari dua perkataan
Greek iaitu ‘ergo’ yang bermaksud kerja dan ‘nomos’ yang bermaksud peraturan atau
hukum. Jadi, gabungan dua perkataan ini membawa kepada perkataan ergonomik yang
boleh di ertikan sebagai ilmu tentang peraturan bekerja. Secara istilahnya, ergonomik
boleh di definisikan sebagai sains yang membantu manusia untuk menyesuaikan diri di
tempat supaya dapat bekerja dengan selesa. Ergonomik bukan sahaja memfokuskan
terhadap kerja di tempat kerja sahaja, tetapi segala kerja seharian manusia seperti tidur,
makan, berjalan, duduk dan sebagainya juga perlu ergonomik.

Terdapat 7 faktor risiko ergonomik iaitu pergerakkan yang berulang, tenaga


manusia yang di gunakan, postur badan, stress tekanan pada anggota badan yang
tertentu, kerja yang statik, tekanan produksi dan pesekitaran yang merangkumi 4 elemen
iaitu getaran, suhu melampau, bunyi dan pencahayaan. Setiap daripada faktor-faktor
yang di nyatakan boleh memberi kesan yang buruk dan penyakit terhadap pada badan
manusia terutamanya pada sistem muskuloskletal manusia. Kesan yang buruk terhadap
badan manusia akan mempengaruhi kesihatan manusia dan seterusnya akan
menyebabkan kualiti dan produktiviti kerja jadi semakin merosot dan memberi kerugian
terhadap organisasi.

1.1 Penyataan Masalah.

Klinik Kesihatan Tanjung Sepat merupakan salah sebuah klinik kerajaan yang
terletak di dalam daerah Kuala Langat, Selangor. Klinik ini beroperasi selama 8 jam
sehari dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan mempunyai rehat selama 1 jam dari
1.00 petang sehingga 2.00 petang. Klinik ini mempunyai lebih kurang 50 orang staf yang
terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pegawai
Farmasi, Pembantu Tadbir dan lain-lain yang mana masing-masing mempunyai skop
tugas yang berbeza.

Pada 1 April 2016, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengarahkan
Klinik Kesihatan Tanjong Sepat sebagai klinik kesihatan pertama di daerah Kuala Langat
untuk menjalankan program Konsep Doktor Keluarga di klinik kesihatan. Secara
ringkasnya, Konsep Doktor Keluarga merupakan konsep yang menyediakan
perkhidmatan satu doktor satu keluarga yang mana semua kawasan di sekitar Tanjong
Sepat akan di zonkan kepada Zon A, Zon B dan Zon C. Setiap zon akan di sediakan
doktor masing-masing dan penduduk yang berada di dalam zon masing-masing hanya
akan berjumpa dengan doktor masing-masing sahaja. Jadi, penduduk akan lebih selesa
dan lebih mengenali doktor yang merawat mereka kerana mereka hanya perlu berjumpa
doktor yang sama sahaja setiap kali lawatan.

Sehubungan dengan itu, program baru yang di jalankan ini telah menarik lebih
ramai orang untuk datang ke klinik untuk mendapatkan perkhidmatan terbaru ini dan
menyebabkan jumlah kedatangan pesakit ke klinik semakin bertambah. Hal ini
mencetuskan banyak aduan dan laporan yang di buat oleh para pekerja mengenai beban
kerja yang semakin meningkat yang mana melebihi keupayaan pekerja di tempat kerja
akibat daripada jumlah pesakit yang semakin ramai.

Tambahan lagi, sejak daripada 10 tahun yang lepas, tidak pernah ada sebarang
rekod atau laporan mengenai Penilaian Risiko Ergonomik (ERA) yang di jalankan di
mana-mana klinik di dalam daerah Kuala Langat termasuk Klinik Kesihatan Tanjong
Sepat. Hal ini menunjukkan bahawa ergonomik di tempat kerja untuk para pekerja di
klinik-klinik di sini tidak pernah di titik beratkan dan berada dalam keadaan yang
merungsingkan.

1.2 Objektif Penilaian Risiko Ergonomik (ERA).


Bagi memastikan penilaian ini dapat di jalankan dengan lancar dan sempurna,
beberapa objektif di tentukan dan untuk di capai sepanjang penilaian ini di jalankan.
Objektif yang pertama adalah untuk mengenalpasti teknik yang di gunakan dalam
penilaian ini adalah sesuai dan boleh di gunakan pada penilaian yang akan datang.
Objektif yang kedua adalah untuk mengenalpasti tugasan-tugasan atau aktiviti-aktiviti
rutin yang di jalankan oleh para pekerja di Klinik Kesihatan Tanjong Sepat. Objektif ketiga
adalah susulan daripada pengenalpastian tugasan-tugasan dan aktiviti-aktiviti tersebut
iaitu untuk mengenalpasti setiap risiko ergonomik yang mungkin terdedah terhadap para
pekerja di Klinik Kesihatan Tanjong Sepat. Seterusnya, objektif yang keempat adalah
yang paling penting iaitu untuk menilai setiap faktor risiko yang di alami oleh para pekerja
di klinik ini. Objektif yang akhir sekali adalah untuk membincangkan beberapa cadangan
atau jalan penyelesaian jangka masa pendek dan jangka masa panjang berkaitan dengan
faktor risiko yang di alami oleh para pekerja di Klinik Kesihatan Tanjong Sepat.

1.3 Metodologi Penilaian.

Terdapat dua kaedah yang di gunakan di dalam penilaian iaitu Pemerhatian


Secara Langsung dan Borang Soal Selidik. Pemerhatian di buat dengan cara berjalan-
jalan melalui kawasan tempat kerja sambil memerhati dan mengambil gambar cara
pekerja di klinik kesihatan bekerja. Hasilnya, di dalam penilaian ini, tiga orang wakil
daripada tiga jawatan yang berbeza akan di pilih untuk di jadikan responden penilaian
dan di kehendaki untuk menjawab Borang Soal Selidik. Borang soal selidik merangkumi
soalan soal selidik Nordic yang mana lebih tertumpu kepada masalah gangguan
muskuloskletal yang di alami oleh para responden.

2.0 Tugasan atau Aktiviti Yang Di Kenalpasti di Klinik


Kesihatan Tanjong Sepat.
Berdasarkan kehendak penilaian, tiga tugasan atau aktiviti yang terdapat di klinik
ini akan di kenalpasti terlebih sebelum pengenalpastian faktor risiko dan penilaian risiko
di buat. Berikut adalah tiga tugasan atau aktiviti yang di kenalpasti dan di lakukan oleh
para pekerja di Klinik Kesihatan Tanjong Sepat.

2.1 Mencari Buku Rekod Kesihatan Pesakit.

Aktiviti ini di lakukan di bahagian kaunter pendaftaran yang mana bilik ini terletak
di belakang kaunter pendaftaran. Setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan
perkhidmatan di Klinik Kesihatan Tanjong Sepat di kehendaki untuk mendaftar di kaunter
pendaftaran terlebih dahulu untuk mendapatkan Buku Rekod Kesihatan. Bagi pesakit
yang pertama kali datang ke klinik ini mungkin tidak mempunyai banyak masalah kerana
para pekerja hanya perlu mewujudkan buku rekod baru tanpa perlu mencarinya. Tetapi,
bagi pesakit yang pernah datang ke klinik ini, pekerja perlu mencari buku rekod yang
pernah di wujudkan untuk pesakit tersebut pada lawatan pertama mereka. Pesakit di
kehendaki untuk meletakkan kad pengenalan diri di dalam bekas yang di sediakan dan
kemudian para pekerja yang terlibat akan mencari buku rekod tersebut di rak-rak yang
terletak di bahagian belakang kaunter pendaftaran. Gambar 1, Gambar 2 dan Gambar 3
menunjukkan salah seorang staff klinik ini yang mana di tugaskan untuk mencari rekod
kesihatan pesakit yang datang ke klinik ini.

Gambar 1 Gambar 2
Gambar 3

2.2 Pemeriksaan Tanda-tanda Vital Pesakit.

Sebelum para pesakit mendapatkan sebarang rawatan atau perkhidmatan di klinik


ini, para pesakit perlulah di saring terlebih dahulu dan di antara saringan yang wajib di
lakukan untuk setiap pesakit adalah pemeriksaan tanda-tanda vital pesakit. Pemeriksaan
tanda-tanda vital pesakit adalah satu aktiviti yang di lakukan untuk mengetahui tekanan
darah, kadar nadi, suhu, kadar pernafasan dan kadar oksigen pesakit. Aktiviti ini di
lakukan di kaunter saringan yang telah di sediakan.

Gambar 4 Gambar 5
2.3 Melakukan Prosedur.

Apabila pesakit selesai di daftar dan di saring, pesakit akan di panggil ke bilik
pemeriksaan untuk berjumpa dengan Doktor atupun Pegawai Perubatan. Sepanjang di
bilik pemeriksaan, doktor akan menentukan prosedur yang perlu di lakukan untuk pesakit
yang mana prosedur tersebut mungkin untuk menyiasat penyakit yang pesakit alami
ataupun prosedur tersebut adalah rawatan untuk pesakit tersebut. Antara prosedur-
prosedur ialah mengambil darah pesakit, Electrocardiogram (ECG), Dressing/Mencuci
Luka dan Toilet & Suturing (T&S). Prosuder yang paling banyak di jalankan di klinik ini
ialah mengambil darah pesakit. Gambar 6 menunjukkan salah seorang staff klinik yang
sedang mengambil darah pesakit

Gambar 6

3.0 Faktor Risiko Ergonomik.

Berdasarkan aktiviti atau tugasan kerja yang di kenalpasti, faktor risiko ergonomik
perlu di kenalpasti. Bagi menentukan faktor risiko tersebut, dua kaedah yang di gunakan
iaitu :
 Pemerhatian secara langsung
 Borang soal selidik.
Pemerhatian secara langsung di jalankan dengan berjalan sambil memerhati cara
pekerja bekerja. Gambar 1 hingga Gambar 6 adalah hasil pemerhatian secara langsung
di klinik ini. Secara jelasnya, faktor risiko pertama yang di kenalpasti ialah postur badan
semasa bekerja. Jika kita lihat, keenam-enam gambar yang di perolehi mempamerkan
pekerja terpaksa membongkok, mencangkung dan sebagainya yang mana tidak
mematuhi mekanik badan manusia.

Kaedah yang kedua ialah borang soal selidik. Borang soal selidik di edarkan
kepada 9 orang sampel yang mewakili tiga orang daripada 3 tugasan atau aktiviti kerja
yang berbeza. Borang soal selidik yang di sediakan merangkumi 3 bahagian. Bahagian
yang pertama lebih menjurus kepada latar belakang dan sejarah penyakit pekerja seperti
berikut :
 Umur
 Jantina
 Jawatan
 Tugas-tugas yang di lakukan di tempat kerja.
 Jumlah jam bekerja.
 Sejarah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sejarah pembedahan dan
lain-lain.

Di bahagian kedua pula ialah soalan yang berpandukan borang selidik Nordic yang
mana soalan-soalan yang terlibat lebih kepada untuk mengetahui jika ada masalah
musculoskeletal (MSD) yang di alami oleh pekerja. Soalan di bahagian ini bertanyakan
kepada pekerja jika ada sakit atau tidak selesa di bahagian-bahagian badan tertentu
seperti berikut:
 Leher
 Bahu
 Siku
 Tangan
 Belakang
 Pinggang
 Lutut
 Kaki
 Masalah mata atau orbit mata.

Di bahagian yang ketiga pula menjurus kepada soalan-soalan tentang persekitaran


tempat kerja dan psikologi atau emosi semasa bekerja. Persekitaran tempat kerja
merangkumi suhu, pencahayaan dan bunyi di tempat kerja. Soalan psikologi atau emosi
pula hanya menanyakan bahawa pekerja stress ataupun tidak semasa bekerja.
Secara keseluruhannya, tiga faktor risiko utama dapat di kenalpasti iaitu:
 Postur badan
 Pergerakan Berulang.
 Persekitaran.

3.1 Postur Badan.

Postur badan merupakan kedudukan atau posisi badan semasa seseorang itu
berjalan, berdiri, duduk dan berbaring. Hamid Ahmad (2009) menyatakan bahawa bentuk
badan atau postur badan yang salah memang berkait rapat dengan masalah sistem otot
dan tulang. Gambar 7 menunjukkan dua kedudukan duduk yang berlainan yang mana
satu kedudukan duduk yang betul dan satu kedudukan duduk yang salah. Jika kita lihat,
kedudukan duduk yang betul memerlukan setiap tiap A hingga D dan titik E hingga F
berada di atas garisan yang lurus bagi memastikan berat di sokong dengan betul.
Gambar 8 pula menunjukkan dua kedudukan berdiri yang berlainan yang mana satu
menunjukkan kedudukan berdiri yang betul dan satu lagi menunjukkan kedudukan berdiri
yang salah. Kedudukan berdiri yang betul memerlukan seseorang itu berdiri dengan
kesemua titik A hingga F berada di atas garisan yang lurus. Apabila seseorang itu berdiri
dengan satu titik atau lebih titik yang tidak menunjukkan seseorang itu berada di postur
yang salah dan jika ia berlaku terlalu kerap dan terlalu lama akan memberi gangguan ke
atas muskuloskletal.
Gambar 7

Gambar 8

Jika kita kembali pada Gambar 6, kita boleh lihat dengan ketara bahawa
kedudukan badan pekerja tersebut berada pada postur yang salah dan bakal memberi
masalah kepadanya.

3.2 Pergerakkan Berulang.

Menurut National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH),


Ppergerakkan berulang merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menjalankan
kerja atau tugasan yang berulangan untuk beberapa jam menggunakan otot yang sama
dan cara yang sama yang mana boleh memberi tekanan ke atas anggota badan
terutamanya pada otot, tendon dan sendi.
Berdasarkan data yang di perolehi daripada Klinik Kesihatan Tanjong Sepat, klinik
ini menerima purata kedatangan pesakit sebanyak 2900 orang dalam sebulan dan kira-
kira 145 orang dalam sehari. Aktiviti seperti mencari rekod kesihatan pesakit, saringan ke
atas pesakit dan melakukan prosedur ke atas pesakit boleh dikatakan di lakukan pada
setiap pesakit setiap hari. Di sini menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti tersebut di lakukan
secara berulang untuk setiap pesakit. Sudah tentu perkara ini memberi kesan ke atas
badan pekerja lebih-lebih lagi jika tidak mengamalkan postur badan yang betul.
Hasil kajian Samuel et.al. (2016) mendapati pergerakkan berulang akan
menyebabkan koyakkan kecil pada tisu-tisu badan. Koyakkan kecil yang belaku secara
berulang-ulang atau berlaku setiap hari akan menyebabkan badan tidak sempat untuk
menyembuhkan koyakkan itu. Lama kelamaan, tisu itu akan menjadi inflamasi dan
membawa kepada rasa sakit. Antara komplikasi daripada inflamasi tersebut adalah boleh
membawa kepada penyakit Gouty Arthritis, Rheumatoid Arthritis dan lain-lain penyakit
yang berkaitan dengan sendi dan otot.

3.3 Persekitaran.
Faktor risiko persekitaran merangkumi 4 elemen utama iaitu getaran, suhu yang
ekstreme, bunyi dan pencahayaan. Di dalam penilaian ini, hanya 2 elemen persekitaran
sahaja yang terlibat iaitu bunyi dan pencahayaan. Bunyi yang terlampau bising atau
gangguan bunyi yang tidak menyenangkan membuatkan pekerja mengalami tekanan
yang mana akan mempengaruhi prestasi kualiti, produktiviti dan keselamatan tugas yang
di lakukan.
Kita berbalik kepada isu jumlah kedatangan pesakit yang ramai ke klinik. Keadaan
klinik yang ramai orang akan mencetuskan gangguan bunyi yang tidak senang yang
terhasil daripada suara percakapan, pekikan atau tangisan kanak-kanak dan lain-lain
pergerakkan yang boleh mencetuskan bunyi. Hal ini akan memberi kesan secara tidak
langsung ke atas pekerja terutama sekali apabila pekerja di dalam keadaan penat dan
stress.
Elemen pencahayaan merujuk kepada cahaya dalam bilik atau dalam tempat kerja
yang tertutup. Pencahayaan memainkan peranan yang penting terutamanya apabila
seseorang itu fokus ke atas sesuatu dengan jangka yang lama dalam sesuatu masa.
Contohnya melihat komputer dengan lama, baca buku dan menulis. Pencahayaan yang
terlalu terang dalam masa yang lama dan kerap boleh menyebabkan mata seseorang itu
boleh rosak atau rabun. Pencahayaan yang terlalu suram atau kurang pencahayaan pula
boleh menyebabkan ketegangan pada otot-otot di sekitar mata dan boleh melibatkan otot
leher dan belakang kerana terlalu memaksa untuk melihat sesuatu benda dalam masa
yang lama.
Jika kita lihat Gambar 1,2 dan 3, ruang yang di gunakan untuk menyimpan rekod
kesihatan pesakit terlalu padat dan terdiri daripada rak yang tinggi. Keadaan ini akan
menyebabkan cahaya terhalang dan kurang pencahayaan untuk pekerja tersebut
mencari dan meneliti nama pada rekod pesakit yang ingin di cari.

4.0 Penyelesaian dan Cadangan Praktikal.


Sekiranya pekerja tetap terdedah kepada risiko ergonomik di tempat kerja tanpa
ada penyelesaian dan kawalan pencegahan akan mengakibatkan banyak impak yang
negatif samada kepada pekerja mahupun majikan. Justeru itu, cadangan atau
penyelesaian harus di usahakan bagi mengawal risiko-risiko ergonomik yang terjadi. Di
dalam penilaian ini, penyelesaian dan cadangan praktikal jangka masa pendek dan
jangka masa panjang akan di bincangkan secara terperinci bagi mengawal faktor risiko
postur badan, persekitaran dan pergerakkan berulang.

4.1 Penyelesaian dan Cadangan Praktikal Jangka Masa Pendek.

Faktor Risiko Penyelesaian dan Cadangan Praktikal


 Menyediakan kursus atau latihan yang khusus kepada
pekerja mengenai postur badan semasa bekerja dan
Postur Badan
meningkatkan pengetahuan pekerja mengenai akibat dan
kesan mengamalkan postur badan yang salah.
 Menyediakan peralatan bekerja yang ergonomik untuk
pekerja terutamanya kerusi yang boleh laras supaya pekerja
dapat mengamalkan postur yang betul semasa bekerja.
Dapatkan anthropometry pekerja-pekrja di sesuatu kawasan
bagi menentukan kerusi atau peralatan-peralatan yang
ergonomik untuk pekerja.

 Menyediakan lebih ramai pekerja supaya pekerja boleh


membuat giliran agar pergerakkan berulang itu tidak terjadi
terlalu lama dan kerja yang ingin di lakukan juga akan siap
dengan lebih cepat jika mempunyai ramai pekerja.
 Menggantikan sistem secara manual kepada sistem
Pergerakkan
Berulang komputer atau menggunakan mesin supaya sesuatu kerja itu
dapat mengurangkan tenaga manusia. Contohnya, jika rekod
pesakit di tukarkan kepada sistem komputer, tugas pekerja
yang mencari rekod tersebut akan menjadi ringan dan tidak
ada pergerakkan berulang lagi.
 Untuk elemen bunyi, bunyi yang di hasilkan daripada
percakapan manusia mungkin boleh di kurangkan jika
meletakkan papan tanda jangan bising di dalam kawasan
yang terlibat. Selain itu, boleh juga memasang bunyi yang
berbentuk hiburan seperti lagu yang mana boleh menggaburi

Persekitaran gangguan bunyi dan mengurangkan stress akibat bunyi


tersebut.
 Untuk elemen pencahayaan di dalam masalah ini, mungkin
susunan di dalam bilik perlu di ubah supaya tidak
menghalang pencahayaan ataupun mengubah posisi lampu
supaya ia tidak terlindung.

4.2 Penyelesaian dan Cadangan Jangka Masa Panjang.


Penyelesaian dan cadangan jangka masa panjang boleh meliputi untuk ketiga-tiga
faktor risiko yang terlibat secara umumnya. Berikut adalah penyelesaian dan cadangan
jangka masa panjang yang boleh di praktikan supaya dapat mengawal dan mencegah
risiko yang ada.

 Merujuk dan mengikut Garis Panduan berkaitan ergonomik.


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ada mengeluarkan beberapa
Garis Panduan berkaitan ergonomik di tempat kerja sebagai panduan kepada
majikan dan pekerja. Berikut adalah Garis Panduan tersebut :
i. Garis Panduan Kerja Berdiri di Tempat Kerja 2002.
ii. Garis Panduan Kerja Duduk di Tempat Kerja 2003.
iii. Garis Panduan Bekerja dengan Video Display Unit 2003.
iv. Garis Panduan Getaran di Tempat Kerja 2003.

 Melaksanakan Pengenalpastian Hazad Ergonomik, Penilaian Hazad Ergonomik


dan Kawalan Hazad Ergonomik Secara Berkala Di Tempat Kerja.
Lakukan program ini setahun dua kali atau bila perlu bagi menjamin keselamatan
ergonomik pekerjaan pekerja di tempat kerja.

 Melaksanakan pengukuran prestasi ergonomik bagi mengukur tahap penilaian


risiko dan kawalan risiko yang telah di jalankan.

 Mewujudkan prosedur kerja yang selamat dari segi ergonomik dengan


menjalankan Analisis Keselamatan Pekerjaan(JSA).

6.0 Kesimpulan.
Secara keseluruhannya, keselamatan dan kesihatan pekerjaan ergonomik sering
di pinggirkan samada di pihak majikan mahupun di pihak pekerja. Pihak majikan sering
memandang keselamatan ergonomik perkara yang kecil dan tidak terlalu penting. Hal ini
berlaku samada pihak majikan sendiri tidak tahu akan kepentingan ergonomik di tempat
kerja ataupun kerana ingin menjimatkan kos kerana menguruskan keselamatan
ergonomic di tempat kerja memerlukan kos yang sangat mahal. Menurut Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Seksyen 15 – Kewajipan am majikan dan
orang yang bekerja sendiri :
“ Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri
untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa
semua pekerjanya.”

Kebanyakkan pekerja masih tidak tahu kepentingan ergonomik di tempat kerja dan
tidak mengetahui tentang kesan-kesan negative yang mereka sedang alami akibat
bekerja dalam suasana atau keadaan yang tidak ergonomik. Oleh itu, setiap pekerja perlu
mempunyai kesedaran yang tinggi tentang hazad dan faktor risiko ergonomik di tempat
kerja yang mana berkemungkinan boleh membawa kepada penyakit-penyakit yang tidak
di ingini. Dalam penilaian ini, faktor risiko di tempat kerja adalah postur badan,
pergerakkan berulang dan persekitran yang bising dan pencahayaan yang tidak sesuai
boleh membawa kepada penyakit-penyakit terutamanya penyakit muskuloskletal.

Justeru itu, segala faktor risiko dan hazad ergonomik perlu di cegah atau di kawal
supaya semua orang dapat pergi bekerja dalam keadaan sihat, bekerja dalam keadaan
sihat dan kemudiannya dapat pulang dari tempat kerja dalam keadaan yang sihat tanpa
membawa balik penyakit-penyakit akibat daripada kerja yang tidak selamat.

Rujukan.
Ahmad, O. H. (n.d.). Kenali postur badan anda. Retrieved July 23, 2017, from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0811&pub=utusan_malaysia&sec=kes
ihatan&pg=kn_01.htm .
01. Garis Panduan bagi Pekerjaan Melibatkan Getaran, 2003. (n.d.). Retrieved July 20, 2017,
from http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/garispanduan/ergonomik .

01. Akta Kilang dan Jentera (Pindaan) 2006 (Akta A1268). (n.d.). Retrieved July 23, 2017, from
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/akta .

Repetitive Motion Injuries: Carpal Tunnel & Others. (n.d.). Retrieved July 20, 2017, from
http://www.emedicinehealth.com/repetitive_motion_injuries/article_em.htm .

Ergonomik Di Pejabat. (2015, July 26). Retrieved July 20, 2017, from
http://pptm.umt.edu.my/?p=385 .

Postur Badan. (n.d.). Retrieved July 20, 2017, from


http://www.angelfire.com/ultra/postur/index3.htm

An Ergonomics Study on Posture-Related Discomfort and Occupational-Related Disorders


Among Stonecutters of West Bengal, India. (n.d.). Retrieved July 20, 2017, from
http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/10803548.2010.11076830 .

Standardised Nordic questionnaires for the analysis of musculoskeletal symptoms. (n.d.).


Retrieved July 20, 2017, from
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/000368708790010X .

Anda mungkin juga menyukai