Anda di halaman 1dari 17

SOALAN KERTAS 2 – SHO EXAMINATION NIOSH (MODUL 3)

1. Nyatakan definisi kesihatan pekerjaan


Kesihatan pekerjaan merqngkumi satu aspek yang luas menerangkan pelbagai aktiviti promosi dan
perlindungan kesihatan. Ia ditafsirkan sebagai satu bidang di dalam perubatan kesihatan masyarakat dan
cabang utama di dalam perkhidmatan di tempat kerja.

2. Terangkan fokus kesihatan pekerjaan


Jawatankuasa ILO yang bersidang pada sesi ke 12 tahun 1995 menfokuskan 3 objek utama:
1) Promosi kesihatan pekerjaan
2) Memperbaiki tahap persekitaran kerja dan menjadikannya lebih sesuai kepada pekerja
3) Membangunkan oeganisasi dan budaya kerja yang sokong program keselamatan dan
kesihatan

3. Nyatakan pelbagai disiplin kesihatan pekerjaan


Terdapat pelbagai disiplin di dalam kesihatan pekerjaan. Ianya meliputi:
1) Perubatan Pekerjaan
2) Higien Pekerjaan
3) Toksikologi
4) Epidemiologi

4. Terangkan konsep pencegahan kesihatan pekerjaan


1) Pencegahan Primer – Langkah-langkah yang dilakukan untuk melindungi kesihatan sebelum
penyakit berlaku
2) Pencegahan Skunder – Aktiviti menjurus kepada pengesahan dan rawatan awal
3) Pencegahan Tertier – Langkah-langkah dibuat bagi mengurang kesan penyakit yang sudah
dihadapi dan menghalang daripada menjadi lebih teruk seperti kecacatan

5. Terangkan aplikasi epidemiologi dalam kesihatan pekerjaan


1) Penaksiran bahan toksik yang berpotensi
2) Sumber kepada had pendedahan yang dibenarkan (PEL)
3) Merancang program keselamatan dan kesihatan pekerjaan
4) Menerangkan magnitud penyakit dan kemalangan

6. Nyatakan definisi standard kesihatan pekerjaan


Standard kesihatan pekerjaan digunakan untuk member perlindungan kesihatan kepada mereka yang berada
ditempat kerja. Selain itu standard ini turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi majikan, profesional
dalam bidang keselamatan dan kesihatan, pengamal perubatan dan jurutera.

7. Terangkan kategori Nilai Had Ambang (TLV)


1) Nilai Had Ambang – Purata Berpemberat Masa (TLV – TWA)
-Nilai purata berpemberat masa lapan jam dan 40 jam waktu bekerja seminggu dimana pekerja
terdedah setiap ahari tanpa menunjukkan kesan kesihatan berbalik.

2) Nilai Has Ambang – Has Pendedahan jangka Pendek (TLV – STEL)


-Adalah nilai hand ambang pendedahan bagi masa singkat (15 minit) dimana pekerja terdedah secara
berterusan dalam satu jangkamasa tertentu tanpa mengalami masalah rengsaan.

3) Nilai Had Ambang – Seling (TLV – C)


-Nilai kepekatan tertinggi yang tidak boleh dilampaui dalam tempoh waktu bekerja

8. Terangkan batasan (limitation) standard kesihatan pekerjaan


Terdapat beberapa dalam standard udara yang menghadkan penggunaannya untuk semua situasi
1) Data yang berdasarkan TLV terhad
2) Perbezaan Individu
3) Kesukaran dalam mengukur pendedahan sedia ada
4) Kesukaran memperolehan sampel yang benar-benar mewakili zon pernafasan
5) Ketidakpastian tentang jumlah sebenar yang disedut

Page 1
9. Nyatakan definisi toksikologi
Toksikologi adalah kajian terhadap bahan kimia yang berinteraksi dengan sistem biologi dan menghasilkan
kesan sampingan. Toksikologi pekerjaan memfokuskan penilaian kesan berbahaya akibat pendedahan bahan
kimia berbahaya ditempat kerja. Pengetahuan toksikologi digunakan melindungi pekerja dari kesan yang
berbahaya.

10. Terangkan konsep asas toksikologi


1) Hubungan diantara Dos dan Kesan
2) Toksikokinetik

11. Terangkan hubungan dos dan kesan


Hubungan diantara Dos dan Kesan adalah dibahagi kepada 2 iaitu Dos adalah kuantiti bahan, toksik yang
diambil dan kesan terhadap toksik mengikut jumlah dos yang banyak atau sedikit.

12. Terangkan konsep toksikokinetik


Kajian yang dibuat terhadap pergerakan bahan kimia sebaik ia masuk ke dalam tubuh iaitu
1) Penyerapan -proses bahan toksik masuk ke dalam badan
2) Kulit -bahan toksik yang menyerap melalui kulit
3) Penyebaran -bahan toksik menyebar ke dalam badan
4) Metabolisme -proses penukaran bahan kimia yang diserap kepada bahan lain
5) Perkumuhan -proses pengeluaran bahan yang diserap

13. Terangkan secara ringkas sejarah perkembangan higien pekerjaan di Malaysia


Aktiviti higien pekerjaan di Malaysia bermula pada tahun 1970an apabila Jabatan Kilang dan Jentera (dikenali
sekarang JKKP) mula memeriksa kilang untuk mengenalpasti hazard kesihatan. 4 peraturan berkaitan
diwartakan ialah :
1) Peraturan-peraturan (Timah Hitam) Kilang dan Jentera 1984
2) Peraturan-peraturan (Asbestos) Kilang dan Jentera 1986
3) Peraturan-peraturan (Habuk Galian) Kilang dan Jentera 1989
4) Peraturan-peraturan (Pendedahan Bising) Kilang dan Jentera 1994

Pada tahun 1994, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) yang mempunyai skop yang luas
daripada AKJ 1967 diluluskan oleh Parlimen dan peraturan yang ada didalam OSHA 1994:
1) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan
dan Pelebalan Bahan Kimia Berbahaya) 1997
2) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard
Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 (USECHH 2000)

14. Nyatakan 2 peranan pengamal higien pekerjaan


1) Menumpukan perhatian pencegahan pendedahan/sentuhan keapda hazard kesihatan dan
pengawalan risiko dalam persekitaran kerja
2) Melihat punca masalah, iaitu hazard, laluan atau cara pendedahan pekerja dan cara-cara
mencegah/minima sentuhan atau akibat pendedahan

15. Nyatakan definisi Higien Pekerjaan.


“Disiplin dalam penjangkaan, pengenalpastian, penaksiran dan pengamalan hazard-hazard kesihatan dalam
persekitaran dengan objektif untuk melindungi kesihatan dan kebajikan pekerja serta menjaga kepentingan
masyarakat umum”

16. Terangkan prinsip-prinsip Hygien Pekerjaan


1) Jangkaan risiko-risiko kesihatan yang berpotensi
2) Pengenalpastian hazard kesihatan sedia ada ditempat kerja
3) Penaksiran risiko
4) Pengawalan keadaan risiko yang tidak boleh diterima

Page 2
17. Terangkan sekurang-kurangnya 2 ciri spesifik bagi asbestos, habuk galian dan timah hitam (lead)
1) Asbestos
- 2 kumpulan serpentine dan amphibole
- Penebat yang baik
2) Habuk Galian
- Silika
- Arang Batu
3) Timah Hitam (Lead)
- Plumbum bukan organic
- Plumbum organic

18. Terangkan cara kemasukan asbentos, habik galian, timah hitam dan pelarut organik
1) Asbestos -Penyedutan (inhalation)
-Pengigesan (ingestion)
2) Habuk Galian -Penyedutan (inhalation)
3) Timah Hitam -Penyedutan (inhalation)
-Pengigesan (ingestion)
-Penyerapan kulit (skin absorption)
4) Pelarut Organik -Penyerapan kulit (skin absorption)

19. Huraikan kesan mudarat bagi Asbestos, habuk galian , timah hitam dan pelarut organic
1) Asbestos
-Kesan mudarat terhadap paru-paru
-Kesan mudarat terhadap organ lain

2) Habuk Galian
-Kesan mudarat terhadap paru-paru

3) Timah Hitam (Lead)


-Kurang sel darah merah (anemia)
-Mandul, keguguran, janin tidak cukup berat dan lahir awal
-Kebas tangan dan jatuh pergelangan tangan, psikologi (cepat marah, kurang tumpuan
kerja, lambat berfikir dan beraksi)
-Sakit perut bersangatan dan loya
-Kerosakan otak

4) Pelarut Organik
-Kesan akut pelarut organik
-Kesan kronik pelarut organik

20. Berikan rujukan peruntukan perundangan bagi asbestos, habuk galian, timah hitam dan pelarut
organik
1) Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Timah Hitam) 1984
2) Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Proses Asbestos) 1986
3) Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Habuk Galian) 1989
4) Akta Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994)
-Seksyen 21 OSHA 1994
-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Kawalan terhadap bahaya kemalangan besar dalam
perindustrian 1996). (CIMAH 1996)
-Peraturan keselamatan dan kesihatan (Pengelasan, pembungkusan dan pelebalan bahan
kimia 1997)
-Perintah keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Larangan penggunaan bahan 1999)
-Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Penggunaan standard
pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan) 2000 (USECHH 2000)

Page 3
21. Terangkan langkah kawalan bagi asbestos, habuk galian, timah hitam dan pelarut organik
Pengawalan hazard kimia berbahaya dapat dilakukan dengan cara berikut:
1) Penghapusan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan ditempat kerja
2) Penggantian bahan kimia kurang berbahaya kepada bahan kimia yang berbahaya bagi
kesihatan
3) Pengurungan menyeluruh proses dan sistem pengendalian
4) Pengasingan kerja untuk mengawal/pengeluaran bahan kimia berbahaya kepada kesihatan
5) Pengubahsuaian proses parameter
6) Pemakaian kelengkapan kawalan kejuruteraan
7) Penerimaan sistem dan amalan kerja selamat yang menghapuskan atau mengurangkan
risiko kepada kesihatan
8) Mengadakan peruntukan bagi kelengkapan perlindungan diri yang diluluskan

22. Terangkan pengawalan kesihatan bagi asbestos, habuk galian, timah hitam dan pelarut organik
Pengawasan kesihatan melibatkan dua (2) aspek penting iaitu:
1) Pemantauan pendedahan oleh JURUTEKNIK HIGIEN
2) Pengawasan perubatan oleh DOKTOR KESIHATAN PEKERJAAN
-ia dilakukan apabila terdapat risiko yang tinggi setelah penaksiran risiko kesihatan dilakukan oleh
PENGAPIT (ASSESSOR)

23. Nyatakan definisi racun makluk perosak


Racun makluk perosak ialah sebarang sebatian atau campuran untuk mencegah, memusnahkan dan menjauhi
sebarang makluk perosak

24. Terangkan bagaimana racun makluk perosak memasuki tubuh


Racun makluk perosak memasuki tubuh melalui 3 cara iaitu:
1) Pengigesan(ingestion) – Melalui Mulut
- diminum/dimakan untuk tujuan membunuh diri.
-diminum/dimakan secara tidak sengaja atau racun disimpan ditempat yang tidak selamat
2) Penyedutan (Inhalation) – Melalui Pernafasan
-dihidu ketika penyemburan atau dihidu oleh orang lain yang menghampiri
3) Penyerapan Kulit (Skin absorption) – Melalui kulit
-Ketika membasuh, menyembur racun dan terkena kulit serta meresap ke dalam tubuh

25. Terangkan pengelasan racun makluk perosak


1) Pengelasan mengikut kegunaan
a) Racun Serangga
b) Racun Rumpai
c) Racun Tikus

2) Pengelasan mengikut ketoksikan


a) Mengikut angka dan abjad
b) Mengikut Warna

26. Huraikan sekurang-kurangnya 3 langkah pencegahan


1) Sebelum menggunakan racun makluk perosak
-Kelengkapan perlindungan diri dan peralatan semburan mestilah dalam keadaan baik dan selamat
2) Semasa menggunakan racun makluk perosak
-Jangan meracun arah bertentangan angin kerana semburan racun akan memasuki mulut dan
melalui kulit yang terdedah
3) Selepas menggunakan racun makluk perosak

27. Nyatakan prinsip pemantauan dan persempalan


1) Pemantauan (monitoring) ialah memantau tahap pencemaran di persekitaran kerja dengan
cara persempalan
2) Persempalan udara (untuk pencemaran terampai seperti habuk, wasap dan wap) ialah
proses mengukur kuantiti/menentukan identiti sesuatu kontamina dengan menggunakan
peralatan,teknik dan strategi yang standard.

Page 4
28. Nyatakan peralatan yang digunakan untuk kerja pemantauan dan persempalan
Terdapat 2 jenis peralatan yang digunakan untuk pemantauan hazard kesihatan:
1) Peralatan bacaan langsung (Direct reading Equipment)
2) Peralatan persempalan udara bersepadu (Integrated Air Sampling)

29. Terangkan strategi pemantauan dan persempalan


Kaedah yang digunakan dalam strategi pemantauan dan persempalan iaitu:
1) Kaedah Gravimetrik
2) Kaedah Spetofatometri serapan atomic
3) Kaedah Krometografi gas
4) Kaedah Spektrofatometrik infra-merah
5) Pengiraan gentian menggunakan mikroskop phase contrast

30. Nyatakan 3 kaedah analisis kimia


1) Kaedah Gravimetrik
2) Kaedah Spetofatometri serapan atomic
3) Kaedah Krometografi gas

31. Nyatakan sekurang-kurangnya 2 tujuan penaksiran


1) Penaksiran dan penilaian risiko dibuat untuk mendapatkan keputusan mengenai langkah-
langkah kawalan yang sesuai
2) Aktiviti-aktiviti pengawasan perlu dibuat untuk melindungi kesihatan pekerja yang mungkin
terdedah kepada bahaya bahan kimia

32. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 objektif penaksiran


1) Untuk mengenalpasti hazard yang disebabkan bahan kimia yang digunakan
2) Untuk menaksir tahap pendedahan kepada bahan kimia berbahaya
3) Untuk menilai kecukupan langkah-langkah kawalan sedia ada

33. Terangkan sekurang-kurangnya 2 konsep penaksiran


1) hazard kesihatan bahan kimia, pendedahan dan risiko
2) nilaian-nilaian hazard, pendedahan dan risiko
3) Kesignifikan risiko
4) Kumpulan risiko serupa dan kumpulan pededahan serupa

34. Bincangkan secara ringkas proses keseluruhan penaksiran


Penaksiran risiko keselamatan kimia adalah mandatori dibawah peraturan-peraturan OSH (Penggunaan dan
Standard pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan (USECHH 2000). Untuk penaksiran yang
berkesan pengapit (assessor) yang kompeten diperlukan bagi mengenalpasti hazard-hazard yang disebabkan
oleh bahan kimia, menaksir tahap pendedahan, menilai, merumus risiko kesihatan dan mencadangkan
langkah-langkah kawalan untuk mencegah atau mengurangkan risiko

35. Nyatakan definisi risalah data keselamatan kimia (CSDS)


Risalah atau kertas maklumat terkini yang memaklumkan kaitan degnan bahan kimia berbahaya atau sediaan
yang penting dalam pengwujudan perkiraan penggunaan kimia di tempat kerja

36. Senaraikan 4 objektif risalah data keselamatan kimia (CSDS)


1) Memahami syor-syor keselamatan dan rasionalnya
2) Sedar akan akibat kegagalan untuk mematuhi syor-syor keselamatannya
3) Mengenalpasti gejala-gejala pendedahan berlebihan
4) Memberi input dalam mewujudkan strategi dan syor-syor untuk keselamatan penggunaan
bahan kimia berbahaya.

37. Terangkan peruntukkan perundangan yang berkaitan dengan risalah data keselamatan kimia
Peraturan 9 (1) dari peraturan-peraturan OSH (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelebalan bahan kimia
berbahaya) 1997 – adalah menjadi tanggungjawab pembekal untuk menyediakan CSDS yang terkini. Pembekal
adalah perumus (A Formulator), pengilang (A Manufacturer), Pengimport (An Importer) dan Pengedar (A
Distributor).

Page 5
Pembekal juga perlu mengkaji dan menyemak CSDS dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini dan CSDS
mestilah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Maklumat sulit tidak perlu
dimasukkan tetapi perlu didedahkan jika diminta secara bertulis kepada:

a) Doktor Kesihatan Pekerjaan


b) Orang yang menggunakan atau mengendalikan bahan kimia itu

Maklumat duperolehi bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja

38. Terangkan sekurang-kurangnya 6 maklumat mandatori dalam risalah data keselamatan kimia (CSDS)
1) Keluaran bahan kimia itu sendiri termasuk nama perniagaan (trade), nama bahan kimia,
pengenalan syarikat dan butiran tentang pembekal
2) Kandungan bahan secara jelas, mengenalpasti penilaian bahaya
3) Mengenalpasti bahaya
4) langkah-langkah pertolongan cemas
5) Langkah-langkah pemadaman kebakaran
6) Langkah-langkah menghadapi pelepasan tidak sengaja
7) Pengendalian dan penyimpanan
8) Kawalan pendedahan dan perlindungan diri
9) Sifat fizik dan kimia
10) Kestabilan dan kereaktifan
11) Maklumat toksikologi
12) Maklumat ekologi
13) Maklumat Pelupusan
14) Maklumat Pengangkutan
15) Tarikh penyediaan risalah data keselamatan kimia

39. Nyatakan 2 tujuan pemgelasan bahan kimia berbahaya


1) Memenuhi kehendak undang-undang - Peraturan 4 (OSHA 94) Pengelasan, pembungkusan
dan pelebalan bahan kimia berbahaya) 1997
2) Mengenalpasti bahaya bahan kimia – langkahkeselamatan untuk melindungi pekerja

40. Huraikan 3 proses pengelasan bahan kimia


1) Menyatakan jenis bahaya – kategori bahay dan kelas bahaya
2) Memberikan gambaran tentang bahaya – dengan memperuntukkan ungkapan risiko
3) Menentukan pengelasan keseluruhan

Huraian
1) Menyatakan jenis bahaya
-Berdasarkan sifat fisikokimia
-Berdasarkan kesan kesihatan
2) Gambaran tentang bahaya
-Ungkapan Risiki dan Ungkapan Keselamatan
3) Pegelsana keseluruhan
-Jika bahan kimia mempunyai kelas bahaya lebih daripda satu, pengelasan bahaya
keseluruhan berdasarkan kelas bahaya dengan darjah bahaya tertinggi dalam setiap bahagian

41. Terangkan tanggungjawab pembekal dalam pembungkusan dan pelabelan bahan kimia berbahaya

PEMBUNGKUSAN
Ciri-ciri pembungkusan dan tanggungjawab pembekal adalah:
1) Direka bentuk dan dibina supaya kandungan tidak boleh terlepas keluar
2) Bahan pembungkus yang digunakan kuat dan tidak bertindak balas
3) Kuat menghadapi tegasan dan terikan pengendalian
4) Perkakas peranti mengancing boleh diganti, boleh diikat berulang kali tanpa isi kandungan terlepas
keluar
5) Dipasang dengan pengendap (seal). Sekali pecah tidak boleh digunakan semula

Page 6
PELEBALAN
Menjadi tanggungjawab pembekal dibawah peraturan 7 (PPPBKB 1997) melebal dengan jelas setiap
bungkusan bahan kimia berbahaya:
1) Nama kimia berbahaya
2) Simbol bahaya dan indikasi bahaya
3) Sifat risiko khusus
4) langkah-langkah keselamatan
5) Butiran lanjut pembekal

42. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 maklumat pada label


1) Nama kimia berbahaya
2) Lambang bahaya dan tanda bahaya
3) Ungkapan risiko
4) Ungkapan keselamatan
5) Butiran Pembekal

43. Terangkan prinsip pengawalan hazard kimia


Terdapat 5 prinsip dalam pengawalan hazard kimia
1) Pembekal perlu tahu hazard bahan kimia
2) Pengguna (majikan dan pekerja) perlu tahu risiko daripada penggunaan kimia
3) Meminimumkan risiko degnan mengelakkan sentuhan atau penghasilan pada tahap yang
tinggi
4) Pemantauan berterusan kesihatan pengendalian kimia dan keadaan persekitaran
5) Megelakkan pelupusan bahan pembuangan berbahaya secara rambang

44. Nyatakan konsep “dari buaian ke liang lahad” (cradle to grave concept)
Untuk melindungi pekerja daripada risiko kimia strategi pencegahan pada tahap-tahap tertentu dalam kitaran
hayat kimia perlu dilaksanakan. Kitaran hayat kimia ini bermula dari Penghasilan, Pengangkutan, Penerimaa,
Peraturan, Pengendalian, Pengurusan dan akhirnya Pelupusan bahan kimia tersebut

45. Terangkan sekurang-kurangnya 3 konsep dari buaian ke liang lahat


1) PENGHASILAN/PENGELUARAN BAHAN KIMIA
-Lebih kurang 1000 bahan kimia memasuki pasaran setiap tahun manakala 100,000 digunakan
diseluruh dunia. Kebanyakan bahan kimi yang dipasarkan adalah campuran kimia dan didaftarkan di
seluruh dunia.
2) PENGANGKUTAN BAHAN KIMIA
-Melalui 3 cara iaitu udara, laut dan darat tertakluk kepada peraturan antarabangsa dan diklasifikasi
barangan berbahaya kepada 9 kelas iaitu:
a) Bahan Letupan
b) Gas
c) Cecair mudah terbakar
d) Pepejal mudah terbakar
e) Bahan Pengoksida/peroksida organik
f) Beracun (Toksik)
-Bahan Toksik
-Bahan Berjangkit
g) Bahan Radioaktif
h) bahan Pengakis
i) Pelbagai bahan berbahaya

Pembungkusan barangan berbahaya pula terbahagi 3 kumpulan


a) Kumpulan pembungkusan 1 – Bahan dan produk yang amat toksik
b) Kumpulan pembungkusan 2 – Bahan dan produk yang sangat toksik
c) Kumpulan pembungkusan 3 – Bahan dan produk yang rendah tahap toksik

Page 7
3) Penerimaan bahan kimia
Apabila menerima bahan kimia, langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan
a) Pengesahan Barangan
b) Periksa label pada bungkusan
c) Periksa maklumat tentang hazard
d) Periksa integriti bungkusan

46. Nyatakan tujuan sistem pengalihudaraan


Tujuan pengalihudaraan ialah:
1) Membekalkan udara segar
2) Mencairkan Kontamina
3) Mewujudkan pergerakan udara
4) Mengawal pencemaran udara

47. Senaraikan peruntukan perundangan yang berkaitan dengan sistem pengaihudaraan


1) Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan)1970
2) Peraturan Kilang dan Jentera (Timah Hitam (Lead)) 1984
3) Peraturan Kilang dan Jentera (Asbestos) 1986
4) Peraruran Kilang dan Jentera (Habuk Galian) 1986

48. Nyatakan kaedah sistem pengalihudaraan


Kaedah sistem pengalihudaraan terbahagi kepada 2 iaitu:
1) Secara Semulajadi
2) Secara Mekanikal

49. Terangkan 2 jenis sistem pengalihudaraan


1) Sistem pengalihudaraan umum (General Ventilation)
-Pengalihudaraan udara dengan membekal dan menyedut udara yang besar ke serata kawasan
melalui kaedah semulajadi atau mekanikal dan dikenali sebagai pengalihudaraan pencairan
2) Sistem pengalihudaraan ekzos setempat (Local exhaust ventilation (LEV)) kontamina dengan
memerangkapnya pada atau berdekatan tempat penjanaan atau pelepaskannya dengan pencegahan
penyebarannya ke seluruh tempat oleh pekerja. Ciri-ciri sistem adalah:
-Tahap kontamina pada zon pernafasan yang dibenarkan
-Pengantungan kepada kaedah mekanikal

50. Terangkan penilaian sistem pengalihudaraan


1) Penilaian sistem pengalihudaraan umum (General Ventilation)
a) Mengukur isipadu udara keluar/masuk
b) Memeriksa aliran udara dan mengesan kawasan yang tiada udara
c) Memeriksa tahap kontamina
d) Memeriksa kawasan udara yang hampir dengan sumber kontamina
2) Penilaian sistem pengalihudaraan ekzos setempat (Local Exhaust Ventilation)
a) Kelajuan terperangkap dari sumber kontamina dengan menggunakan aremometer
b) Sedutan/Tekanan statik didalam saluran diukur dengan menggunakan tiub
U/aremometer
c) Prestasi penapis diperiksa dengan mengukur penurunan tekanan sebelum/selepas
penapisan
d) Kelajuan kipas diperiksa dengan membuat perbandingan berdasarkan spesifikasi.

51. Senaraikan sekurang-kurangnya 4 tanda kualiti udara dalaman yang tidak baik.
1) Suhu
2) Kelembapan
3) Kurang Pengalihudaraan
4) Bauan
5) Gejala Fizikal

Page 8
52. Nyatakan masalah kualiti udara dalaman
Pecemaran mikro organisma di dalam sesuatu sistem HVAC (Heating, Ventilating and Air Conditioning) dapat
menyebabkan bauan, penyekit atau tindakbalas alahan. Masalah ini timbul apabila bilangan bakteeria, kulat
atau virus bertambah akibat pertumbuhan mereka. Masalah lain juga mempengaruhi seperti mamalia kecil
(burung dan tikus) membuat sarang dan mati menyebabkan maslah kualiti udara tercemar

53. Nyatakan cara-cara untuk mengatasi maslaah kualiti udara dalaman


Kualiti udara yang tidak baik berkaitan rapat dengan operasi dan penyelenggaraan sistem pendinginan udara
kurang sempurna untuk mengatasi sila rujuk kepada standard kualiti udara dalaman:
1) Sistem pendinginan udara direkabentuk mengikut standard kualiti udara dalaman (ASHRAE
62. 1989 dan ASHRAE 55. 1992)
2) Pengujian peralatan mencuci udara (ASHRAE 52. 1992)
3) Pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem berkala
4) Pemantauan penunjuk kualiti udara dalaman

54. Terangkan sekurang-kurangnya 3 kajian udara dalaman


1) Peralatan untuk kajian udara dalaman
a) Termometer
b) Aremometer
c) Pengesan Gas
d) Phychometer
e) Tiup Asap
f) Alat pelbagai fungsi kualiti udara dalaman

Kaedah menilai kualiti udara dalaman


2) Ukur kepekatan gas karbon dioksida
a) Udara luar bangunan
b) Dalam ruang masuk dan keluar
3) Ukur suhu udara
a) udara luar bangunan
b) Dalam ruang masuk dan keluar

55. Nyatakan perbezaan diantara pendingin udara dan pengalihudaraan


a) Pendingin Udara
-Fungsi pendingin udara ialah menyediakan suatu persekitaran tiruan dalam bangunan untuk
keselesaan dan kebajikan pendudukannya

b) Pengalihudaraan
-Fungsi pengalihudaraan adalah satu sistem suhu, kelembapan dan kelajuan udara dikawal oleh unit
pengendalian udara dan jarang sekali penghuni bangunan parameter-parameter tersebut.

56. Nyatakan fungsi pendingin udara


1) Pembekalan Udara Segar
2) Pelembapan (Humidifikasi) atau penyah-lembapan (Dehumidifikasi)
3) Pengedaran Udara
4) Pengedaran Semula

57. Huraikan 3 faktor keselesaan


1) Bekalan Oksigen – 20 hingga 21%
2) Suhu – Suhu Udara (60 – 68 F) – Suhu Radian (62 – 68 F)
3) Kelembapan relative – 30% hingga 70%
4) Pergerakan Udara - 150mm/s atau 30 kaki/min
5) Amaun pakaian
6) Aktiviti Fizikal

58. Nyatakan definisi pengawasan kesihatan dan pemantauan biologi


1) Pengawasan kesihatan ialah pemantauan ke atas individu untuk mengenalpasti perubahan
kesihatan disebabkan oleh pendedahan unsur-unsur bahaya dan ia boleh merangkumi pemantauan
secara biologi serta bukan sebagai ganti kawalan keberkesanan, ianya Cuma maklumat

Page 9
tambahan mengenai sesuatu penyerapan dos dan kesan-kesan biologi
2) Pemantauan biologi ialah satu pengukuran unsur bahaya di dalam tisu-tisu badan, cecair
atau udara yang dihembus.

59. Senaraikan 5 jenis pengawasan kesihatan


1) Pemantauan Biologi
2) Ujian perubatan
3) Pemeriksaan Perubatan/sejarah
4) Kajian ke atas rekod/perubatan
5) Semakan ke atas rekod perubatan dan pendedahan akibat pekerjaan

60. Terangkan sekurang-kurangnya 3 liputan pengawasan kesihatan


1) Keadaan semulajadi unsure, had dan juga jangkamasa pendedahan
2) Perubahan yang dihasilkan akibat pendedahan ke atas pekerja
3) Kekerapan yang membolehkan perubahan-perubahan berlaku
4) Penilaian ke atas maklumat epidemiologi yang sedia ada
5) Kepekatan, keperincian dan ketepatan dalam mengenalpasti/mengukur tahap perubahan
6) Tindakan pemulihan untuk mengubah/menghalang perubahan tersebut
7) Sumber-sumber dan tahap kompetensi yang diperlukan untuk tugas-tugas pengesanan atau
ukuran yang penting

61. Nyatakan 2 ciri pekerja yang memerlukan pengawasan kesihatan


1) Penyakit atau masalah kesihatan yang dikenalpasti berpunca daripada pendedahan sesuatu
unsur
2) Terdapat kemungkinan bahawa penyakit dan kesan kesihatan boleh berlaku di dalam situasi
tertentu ditempat kerja
3) Terdapat teknik-teknik yang diperakui boleh mengenalpasti tanda-tanda penyakit atau
kesannya
4) Dimana terdapat prosedur pemantauan biologi diperakui bahawa nilai-nilai unsur tersebut
telah melebihi had

62. Nyatakan 4 peranan pemantauan biologi


1) Penaksiran kepekatan udara ditempat kerja
2) Penaksiran risiko ke atas individu
3) Mengenalpasti pendedahan bahan-bahan berbahaya
4) Menjalankan ujian-ujian yang melibatkan secara pengumpulan, pengawetan sampel dan
penterjemahan hasil keputusan.

63. Nyatakan 3 kerahsiaan perubatan


1) Maklumat Perubatan adalah Sulit
2) Maklumat Perubatan boleh digunakan sebagai tindakan pengawalan
3) Pihak pengurusan perlu mengadakan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif

64. Nyatakan definisi agen biologi


Agen biologi meliputi mikro organisma hidup seperti virus, bakteria yang berkeupayaan mengeluarkan bahan
toksik dan pendedahannya boleh menyebabkan kejadian penyakit atau kematian kepada manusia, haiwan
dan tumbuhan

65. Terangkan interaksi diantara agen, hos dan persekitaran


1) Agen -Entiti fizikal, radiological, kimia ataupun biologikal boleh menyebabkan
kesan akibat pendedahan

2) Hos -Perumah dimana agen tinggal (contohnya manusia)

3) Persekitaran -Terdiri daripada benda hidup dan bukan hidup (meliputi biosfera,
atmosfera, litosfera, hidrosfera)

Page 10
66. Nyatakan 6 elemen rantaian infeksi
1) Potongan Pengawalan infeksi = memutuskan mana-mana
2) Takungan sambungan diantara rantaian
3) Pelepasan dari takungan
4) Tranmisi melalui persekitaran 1
5) Tapak kemasukan 2
6) Hos rentan
3
4
5
67. Terangkan klasifikasi kabinet keselamatan biologi 6

Potensi
Diskripsi Agen Contoh Kawalan
Bio-Hazard
Keselamatan Risiko rendah tidak diketahui Bakteria -Amalan mikrobiologi biasa
Bio-Hazard 1 Bacillus -Penggunaan yang bersesuaian
Sublilis
E-coli K 12
Keselamatan Boleh menyebabkan penyakit Bakteria -Tanda/label bio-hazard Autoklat
Bio-Hazard 2 kepada manusia Salmonella -Pengawalan Perubatan
Shigella
Staph – aureus

Virus
Hepititis A,B, C dan E

Fungus
Crytococ
Keselamatan Agen adalah indigerus Virus -Rekabentuk khas
Bio-Hazard 3 HIV -Sinki Siku/Kaki dipintu masuk
Rabies makmal
TB -LEV khas
Keselamatan Agen adalah merbahaya Virus -Rekabentuk khas
Bio-Hazard 4 pendedahan tinggi Ebola
menyebabkan risiko kepada
nyawa

68. Terangkan keselamatan bekerja dengan agen biologi


1) Pengurusan Program Keselamatan – Bio
a) Jelaskan skop program berdasarkan risiko
b) Bangunkan dasar dan prosedur
c) Latihan kepada pekerja, lakukan penyeliaan dan latihan ulangan secara berkala
d) Berikan kemudahan yang sesuai

2) Kawalan Pentadbiran
a) Tubuhkan institusi jawatkuasa keselamtan –Bio
b) Lantik pegawai keselamatan – Bio (Bio safety officer – BSO) – Keselamatan Bio
tahap 3 dan 4
c) Kenalpasti keperluan pengawasan perubatan

3) Pengurungan Fizikal
a) Pengurungan primer (kabinet bio-keselamatan) ataupun sekunder (kombinasi
rekabentuk kabinet bio-keselamatan) mengikut tahap bahaya keselamatan

4) Disinfeksi Sterilisasi
a) Penggunaan bahan kimia (sodium, hipoklorat, formaldehyde ataupun fizikal
b) Sterilisasi membasmi organisma secara total termasuk spora bakteria

Page 11
5) Kemalangan, tumpahan dan perancangan kecemasan
a) Memerlukan latihan yang khusus
b) Bantuan HAZMAT dan penubuhan ‘Biological Emergency Respon and Assitent Plan’
(BERAP)

6) Pengangkutan Agen Biologi


a) Pengangkutan agen biologi perlu dilihat dari sudut jangkaan dan pencegahan
kemalangan
b) Piawaian pengangkutan perkapalan ataupun penerbangan hendaklah dipatuhi
(International Air Transport Association (LATA) Dangerous Goods Regulations)

7) Komunikasi Risiko Biologikal


a) Strategi komunikasi biological perlu dibangunkan
b) Selain daripada pekerja, komunikasi juga perlu melibatkan orang awam

69. Nyatakan definisi Ergonomik


Ergonomik merupakan satu disiplin di dalam bidang keselamatan dan kesihatan kemanusiaan yang
mengkaji hubungan manusia dengan peralatan, jentera dan prosidur dan persekitaran kerja.

70. Nyatakan 2 objektif ergonomik


1) Meningkatkan tahap efektif dan efisien kerja ataupun apa-apa aktiviti yang dilaksanakan
seperti mengurangkan kesalahan, meningkatkan produktiviti dan memudahkan kerja
2) Meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan yang positif seperti meningkatkan keselamatan,
mengurangkan kepenatan dan tekanan, meningkatkan keselesaan kerja, kualiti kerja dan kehidupan.

71. Nyatakan peruntukan yang berkaitan dengan ergonomic dalam AKKP 94 (OSHA 94)
Perlaksanaan dan salah satu daripada 4 objektif OSHA 94 memberi tumpuan khusus kepada bidang ergonomik
untuk meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui kenyataan “Untuyk menggalakkan
persekitaran untuk pekerja yang sesuaikan kepada keperluan fisiologikal dan psikologikal mereka”

72. Senaraikan 5 faktor dalam teori keseimbangan


1) Faktor manusia/pendidikan
2) Faktor kerja
3) Faktor teknologi
4) Faktor persekitaran
5) Faktor organisasi

73. Nyatakan 4 cabang ergonomik


1) Antropometri
2) Bionekanik
3) Fisiologi
4) Psikologi industri

74. Terangkan sekurang-kurangnya 3 risiko ergonomik


1) Melakukan kerja berulang kali (repetition)
2) Penggunaan daya yang banyak (force)
3) Postur badan yang tidak sesuai atau statik
4) Kerja yang dilakukan dalam jangkamasa yang panjang (duration)
5) Gegaran akibat penggunaan peralatan tangan (vibration)
6) Pemicitan keapda salur darah, otot-otot dan tendon akibat daripada penggunaan peralatan
tangan (contast stress)

75. Nyatakan faktor-faktor penyumbang penyakit MSDs (Muscukoskeletal Disorders)


Tiga (3) faktor yang menyumbang kepada MSDs
1) Pendedahan secara berterusan kepada faktor-faktor risiko ergonomik
2) Tenaga kerja yang berusia
3) Gaya hidup pekerja tersebut

Page 12
76. Terangkan sekurang-kurangnya 3 jenis aktiviti kerja dan faktor-faktor risiko ergonomik
1) Melakukan pergerakkan yang sama berulang kali – Berulang kali, daya, postur, suhu sejuk
2) Duduk terlampau lama – Postur, pemicitan
3) Permukaan kerja, jentera atau gegaran, daya kenderaan yang bergegar

77. Terangkan sekurang-kurangnya 3 penyakit MSDs dengan anggota yang terbabit

Anggota badan Pekerja yang


Gejala Punca-punca sakit Nama penyakit
yang terlibat terlibat
Ibu Jari Kesakitan pada Memusing dan Penyembelih Penyakit de
pengkal ibu jari menggegam Pembantu rumah Quewainis (de
Pembungkus Quewin’s disense)
barang
Jari Jemari Kesusahan untuk Berulangkali Pembungkus daging Jari pemetik
menggerakkan jari mengerakkan jari Pekerja ternakan (Trigger finger)
pergerakan kelengking Ayam, operator,
tersekat-sekat elektronik
Bahu Kesakitan sengal- Bekerja dengan Juru kimpal, Rotator cut
sengal tangan berada pengecat. Pekerja tendinitis
diatas paras bahu pemasangan,
operator peralatan
automatic yang
berkuasa

78. Huraikan pendekatan sistem untuk menguruskan penyakit MSDs


Pendekatan sistem melibatkan kawalan khusus pada 3 peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas
pembentukan masalah penyakit MSDs ditempat kerja. Satu penyemakan komprehensif dilaksanakan bagi
aktiviti yang wujud pada peringkat 1, teknik yang digunakan ialah analisa tugas untuk mengenalpasti faktor
risiko ergonomik. Berdasarkan hasil yang perolehi faktor risiko ergonomik kritikal diutamakan bagi
penyelesaian

79. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 pengesanan awal dan gejala-gejala


1) Kesakitan yang berterusan setelah beberapa minggu terlibat dengan kerja baru
2) Kesakitan yang wujud secara tiba-tiba kepada pekerja yang agak lama melakukan kerja yang
sama
3) Kesakitanyang semakin teruk
4) Kesakitan yang tertumpu kepada otot yang khusus
5) Tanda-tanda kekebasan dan sengal
6) Tanda-tanda Kemerahan, bengkak

80. Nyatakan definisi tekanan pekerjaan


Tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu dan reaksi yang dihasilkan oleh individu terhadap tekanan
tersebut

81. Terangkan punca-punca tekanan ditempat kerja


Punca tekanan tempat kerja boileh diringkaskan dengan perkataan STRESSOR
S -(Support) Sokongan
T -(Task) Tugas
R -(Roles) Peranan
E -(Environment and Equipment) Persekitarana dan Peralatan
S -(Security and Change) Keselamatan/Keselesaan dan tambahan
S -(Shif Work) Kerja Shif
O -(Organisation) Organisasi
R -(Rules and Regulation) Peraturan

82. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kesan tekanan pekerjaan

Page 13
1) Hubungan yang tidak mesra dan harmoni di dalam organisasi
2) Motivasi kerja yang rendah
3) Kadar kesilapan yang tinggi
4) Kualiti produk yang rendah
5) Kadar ponteng kerja dan kelewatan kerja yang tinggi
6) kadar kemalangan meningkat
7) Kadar berhenti kerja yang tinggi
8) Kadar permintaan bersara awal yang lebih tinggi
9) Kualiti perkhidmatan pelanggan merosot
10) Mendatangkan bahaya

83. Terangkan kaedah praktikal bagi mengurangkan tekanan ditempat kerja


1) Kenalpasti punca tekanan ditempat kerja. Rawat punca tekanan dan bukannya genjala
tekanan
2) Terima hakikat bahwa tekanan adalah masalah bersama di dalam organisasi dan bukan
maslah individu pekerja
3) Tangani pandangan-pandangan negatif berkenaan tekanan secara bijaksana
4) Libatkan kerjasama semua peringkatan perjawatan
5) Pastikan tindakan yang diambil adalah realistic dan berpijak dibumi yang nyata

84. Nyatakan definisi kerja shif


Kerja shif adalah merupakan apa-apa jenis pekerjaan yang dilakukan diluar waktu kerja pada siang hari. Di
Malaysia umumnya diantra pukul 7 pagi hingga 7 malam.

85. Terangkan sekurang-kurangnya 2 kesan ketegangan daripada kerja syif


1) Ketegangan Ritma Sirkadian
2) Ketegangan dari masalah tidur
3) Ketegangan dari kegiatan sosial dan domestik

86. Huraikan sekurang-kurangnya 2 strategi pengurangan kesan kerja syif


1) Ketegangan Ritma Sirkadian – menentukan ritma sirkadian dengan ukuran suhu badan
diambil dan satu corak perubahan suhu badan boleh diperhatikan.

2) Ketegangan dari masalah tidur boleh dibuat sekiranya ritma sirkadian diserasikan dengan
baik masalah tidar dapat diselesaikan

87. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 garis panduan bagi kerja malam


1) Pekerja dipilih dari umur 25 tahun hingga 50 tahun
2) Pekerja tidak punya masalah sakit perut dan usus, masalah emosi dan senang mendapat
gejala-gejala psikosomatik dan insomnia
3) Pekerja yang tidak hidup sendirian, jauh daripada tempat kerja atau kawasan bising

88. Nyatakan 4 keadaan yang meletakan bebanan mental kepada pekerja


1) Tanggungjawab untuk mengekalkan tahap waspada yang tinggi bagi jangkamasa panjang
2) Keperluan membuat keputusan berkaitan kualiti produk yang dihasilkan dan keselamatan
para pekerja
3) Hilang tumpuan dari masa ke semasa akibat kerja yang sama dan membosankan
4) Kurang hubungan dengan pekerja lain atau tempat kerja terpisah dari yang lain

89. Nyatakan definisi bebanan mental


Bebanan mental boleh ditakrifkan sebagai perbezaan kepada kemampuan individu untuk memproses
maklumat yang diperolehi dengan keperluan tempat kerja itu

90. Terangkan satu strategi pengurangan bebanan mental


Terdapat 3 jenis keserasian bagi strategi pengurangan bebanan mental iaitu
1) Keserasian yang berkonsep
2) Keserasian pergerakan
3) Keserasian ruang
91. Nyatakan definisi 5 hazard fizikal

Page 14
1) Bising – dihasilkan oelh getaran mekanikal yang dapat dikesan oleh telinga merupakan
sejenis tenaga gelombang dan dipindahkan melalui medium penghantaran seperti udara, air dan
bahan pepejal.

2) Sinaran (Radiation) – ialah pergerakan kuantum tenaga dalam bentuk zarah ataupun
sinaran electromagnet dimana tenaga tersebut dipindahkan kepada media dan penyerapan tenaga
tersebut mengalami perubahan

3) Getaran – menunjukkan pergerakan objek pepejal (solid). Amplitud dan frekuansi yang
dihasilkan mendatangkan kemudaratan kepada orang yang terdedah kepadanya

4) Tekanan (Pressure) – Laut dan tempat tinggi adalah tidak sesuai bagi manusia kerana
masalah perubatan bagi penyelam dan pendaki berpunca dari perubahan tekanan persekitaran

5) Tegasan Haba – Suhu badan asas adalah 37.2 oC dengan julat fisiologiperubahan suhu yang
rendah iaitu di antara 35.0oC dan 41.0oC. Kebiasaannya, suhu badan berubah sedikit mengikut siang
dan malam dengan variasi 0.5oC hingga 1.0oC

92. Nyatakan sekurang-kurangnya 2 ciri spesifik bagi setiap hazard fizikal


1) Bising
-Bising yang berterusan
-Bising yang berubah-ubah

2) Sinaran
-Sinaran ter-ion (lebih memudaratkan jika terdedah)
-Sinaran tak ter-ion

3) Getaran
-Getaran keseluruhan badan
-Getaran tangan-lengan

4) Tekanan
-TeoriBoyle
-Teori Henry

5) Tegasan Haba
S =(M – W) ± C ± R – E

S =perubahan suhu badan


(M – W) =Jumlah metabolism – jumlah tenaga kerja dihasilkan
C =Perubahan haba sevara konveksi
R =perubahan haba secara radiasi
E =haba yang hilang melalui perpeluhan

93. Nyatakan keperluan perundangan berkaitan setiap hazard fizikal


1) Bising – Peraturan-peraturan Kilang dan Jentara (Pendedahan Bising) 1989
2) Sinaran – Peraturan-peraturan tertera Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
3) Getaran – Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) (Objektif Ketiga)
4) Tekanan – Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) (Obektif Pertama)
5) Tegasan Haba - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) (Objektif Ketiga)

94. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 kesan hazard fizikal terhadap kesihatan


1) Kecacatan dan kehilangan pendengaran
-Konduksi
-Sensori-neural
-Tekanan

2) Sinaran

Page 15
-Intensiti
-Jenis Sinaran
-Sensitive

3) Getaran
-Tempoh masa dan frekuensi sentuhan
-Suhu persekitaran
-Kedudukan postur

95. Terangkan kaedah pengawalan bagi setiap hazard fizikal


1) Bising
-Kawalan Pentadbiran
a) Penaksiran risiko
b) Pengurangan pendedahan bising
c) Latihan dan ceramah
d) Dasar (Polisi)
e) Pemantauan pendedahan

-Kawalan Kejuruteraan
a) Penggantian
b) Pengurungan atau pengasingan

2) Sinaran
-Kawalan Pentadbiran
a) Penaksiran risiko
b) SOP
c) Latihan untuk juru sinaran-X
d) Penyelenggaraan dan pemerhatian
e) Pelan kecemasan
f) Komunikasi

-Kawalan Kejuruteraan
a) Pengurangan pendedahan yang optima

3) Getaran
-Kawalan Pentadbiran
a) Penaksiran risiko
b) Pengurangan pendedahan getaran
c) Latihan dan ceramah

-Kawalan Kejurutearaan
a) Gantikan alat yang bergetar kepada anti getaran

4) Tekanan
-Kawalan Pentadbiran
a) Latihan, maklumat dan arahan
b) SOP
c) Peralatan

5) Tegasan Haba
-Kawalan Pentadbiran
a) Dasar (polisi) dan SOP
-Pengurangan pendedahan
-Program aklimitisasi
-Rehat dan hidrasi yang cukup
-jadual waktu kerja pada cuaca panas
-Amalan sistem buddy
-Bekalan air sejuk
b) Latihan Prosedur pertolongan cemas dan pendidikan hazard tekanan haba

Page 16
gejala dan tanda-tanda awal tekanan

-Kawalan Kejuruteran
a) Pengalihudaraan yang sempurna
b) Hadangan/Pengasingan
c) Pengurungan mesin-mesin yang mengeluarkan haba

-Kelengkapan Perlindungan Diri – gunakan pakaian ayau peralatan melindungi badan dari
haba yang kuat

96. Terangkan pengawasan kesihatan bagi setiap hazard fizikal


1) Bising – Pemeriksaan kesihatan dilakukan untuk mengetahui sejarah, pemeriksaan telinga
dan ujian audiometri. Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989 adalah:
a) Setahun sekali
-Pendedahan bising ≥ PEL
-Ujian audiometri kecacatan pendengaran
-Ujian audiometri tahunan

b) Sekali setiap 2 tahun untuk pendedahan bunyi bising antara 85 – 90 dBA

2) Sinaran – Pengawasan kesihatan


a) Audit keselamatan sinaran
b) Pemantauan pendedahan
-Individu oleh lencana filem
-Tempatoelh kebuk pengionan
c) Pemeriksaan kesihatan

3) Getaran – Pengawasan kesihatan


a) Pemantauan pendedahan dengan pengukuran magnitude getaran (accelerometer)
b) Pemeriksaan Perubatan

4) Tekanan – Pengawasan perubatan adalah perlu pada dua peringkat:


a) Pemilihan pekerja
b) Pemeriksaan perubatan berkala

Penilaian klinikal dalam pemilihan pekerja dan pemeriksaan perubatan berkala:


a) Ujian Kecerdasan
b) Ujian audiometri
c) Ujian fungsi paru-paru
d) Ujian neuro-tingkahlaku

5) Tegasan Haba – Pengawasan kesihatan


a) Pemantauan pendedahan haba
b) Pemantauan perubatan
c) Pengekalan rekod mengesan kesan kesihatan terhadap tegasan haba

Page 17

Anda mungkin juga menyukai