Anda di halaman 1dari 4

SOALAN PAPER 3 : SKILL STATION

Terdapat 10 meja yang di letakkan secara parallel bersebelahan dan peserta diminta
menjawab 5 minit bagi setiap soalan pada setiap meja kecuali soalan di meja 10 peserta di
beri masa 10 minit untuk menjawab.

Station 1

Diberi gambar menunjukkan Lifting Crane sedang mengangkat beban (load)


(a) Nyatakan 4 sebab yang boleh menyebabkan gear pengangkat (lifting gear) boleh rosak
Jawapan :
1. Mengangkat beban melebihi had yang ditetapkan (overload)
2. Kurang atau tiada penyelenggaraan pencegahan dijalan (poor preventive maintenance)
3. Cara pengendalian semasa mengangkat beban yang salah atau tidak selamat
4. Peralatan gear yang digunaq tidak mengikut atau memenuhi standard
5. Peralatan gear telah haus

(b) Nyatakan 4 cara bagaimana mengendali/ mencegah kejadian ini berlaku


Jawapan :
1. Operator Crane yang kompeten dan terlatih
2. Menjalankan preventive maintenance secara berkala
3. Sentiasa menggunakan Load Chart semasa mengangkat beban supaya beban yang
diangkat tidak melebihi had (over Load)
4. Mengamalkan cara angkat beban yang betul dan selamat (Safe method of lifting)

Station 2

Diberi 4 gambar mengenai Electrical Hazard ia itu :


1) Gambar palam lampu yang terkeluar/ terpotong wayarnya
Jawapan : Renjatan elektrik , litar pintas , kebakaran
2) Gambar wayar yang terkepit diantara pintu
Jawapan Kebakaran , renjatan
3) Gambar wiring yang berselerak di atas lantai di tapak pembinaan tiada penebat
Jawapan : renjatan, litar pintas , tersandung(terjatuh)
4) 2 buah plug disambung dalam satu palam
Jawapan : Lebihan beban , kebakaran, litar pintas

Nyatakan hazard / kemungkinan bahaya dialam gambar tersebut (setiap satu)


Station 3
Diberi gambar A hingga K ( 4 helai kertas)
A . Topi keselamatan
B. Pelindung telinga (Ear Muff)
C. Sarung tangan Nitrille
D. Pelindung Pernafasan (Respirator)
E. Face shield F. Pelindung mata (eye protector)
G. Ear plug H. Pelindung pernafasan habuk (dust musk)
I. Pelindung muka kimpalan (welding face shield)
J. Full Body Harness K. Safety belt

Nyatakan PPE yang paling tepat dan bersesuaian dipakai ?


a. Bekerja di kawasan bising lebih 100 dB(A) secara berterusan : Jawapan B
b. Bekerja di kawasan Asid Hidroklorik tinggi : Jawapan C
c. Membuat kerja kimpalan : Jawapan I
d. Bekerja di tempat tinggi : Jawapan J
Station 4

Diberi lembaran CSDS (12 muka surat) yang mengandungi 15 maklumat asas bahan kimia.
Soalan ialah
1) Bagaimana memadam kebakaran berpunca dari bahan kimia ini
2) Peralatan keselamatan apa yang perlu bagi mengendali bahan ini
3) Nyatakan apakah ungkapan risiko bahan ini(risk phrase)
4) Nyatakan apakah ungkapan keselamatan bahan ini (Safety phrase)

Station 5

Gambar scenario kejadian seorang pekerja sedang membawa dulang berisi gelas dan
beliau sedang berjalan turun dari sebuan tangga , kelihatan beliau sedang melihat ke arah
lain dan terdapat permukaan lantai yang rosak dan pekerja itu terjatuh ke bawah (cedera).
a. Nyatakan bagaimana kejadian ini terjadi
Jawapan : Unsafe Act (pakai kasut tidak sesuai , tidak pandang depan, guna peralatan yang
salah (dulang) ; Unsafe Condition ( Tangga, permukaan lantai yang rosak

b. Bagaimana mencegah kejadian ini.


Jawapan : Mengadakan Polisi K &K, SOP , Latihan, program penyelenggaraan tempat kerja,
pemeriksaan tempat kerja, peralatan dan pakaian yang sesuai

Station 6

Diberi 3 buah Akta yang di letak di atas meja untuk di rujuk bagi menjawap soalan ini.
Gambar perancah (scaffolding) dengan 2 orang pekerja bekerja di atasnya tanpa memakai
safety narness, safety shoes, topi keselamatan dan lifelines
a. Nyatakan 2 Akta yang berkaitan di dalam OSH mengenai perkara ini :
Jawapan FMA 67 dan OSH Act 94
b. Nyatakan 2 peraturan yang berkaitan denga perancah :
Jawapan Section 15 OSH Act 94 dan Factories and Machinery (Building Operation and
Works of Engineering Construction ) (safety ) Regulation 1986
c. Nyatakan Peraturan khas mengenai penyeliaan oleh Orang Kompeten bagi mengendali
kerja memasang perancah :
Jawapan Peraturan 74(1) Factories and Machinery (Building Operation and Work of
Engineering Construction) (safety) Regulation 1986

Station 7

Diberi gambar label bahan kimia yang tidak mempunyai maklumat lengkap . Nyatakan 2
maklumat yang tiada didalam label itu . Mengapa kedua dua maklumat itu penting ?

Jawapan : 1. Maklumat tentang tanda bahaya tidak ada ia itu sepatut nya CORROSIVE

2. Maklumat tentang nama bahan kimia tidak ada dalam label

Jawapan : Kedua dua maklumat ini penting bagi tujuan pengenalian hazard dan
penganalisaan risiko serta mengadakan langkah langkah kawalan yang berkesan bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja
Station 8

Gambar seorang pekerja sedang mengendali sebuah mesin Planer (pengetam kayu)
automatic . Soalannya :
a) Sebutkan 2 faktor utama yang perlu dilakukan sebelum mesen dikendalikan
Jawapan :
1. Faktor Manusia (berpengalaman, kompeten, terlatih, sihat badan dan mental , umur 16
tahun dan keatas) ;
2. Faktor Jentera (Pengadaan pengadang, kestabilan jentera, rekabentuk selamat, butang
kawalan berciri ergonomic)
3. Faktor Persekitaran (pencahayaan, ventilation, tidak terlalu bising, ruang kerja yang
cukup)

b) Sebutkan 2 cara bagaimana memastikan factor factor diatas dapat dilaksanakan


Jawapan :
1. Mengadakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan,
2. Menjalankan latihan,
3. Menjalan penyeliaan
4. Mengadakan SOP ,
5. Pemeriksaan
6. Program penyelenggaraan
7. Papan tanda amaran
8. Menukar kaedah kerja

Station 9
Diberi 2 gambar iatu gambar pertama Local Exhaust Ventilation dan gambar kedua General
Ventilation. Nyatakan definasi peralatan tersebut dan beri kegunaan peralatan tiap
peralatan ini.
Jawapan : General Ventilation atau pengaliran udara pencairan ialah pengaliran udara yang
membekal atau menyedut keluar isipadu udara yang besar bagi tujuan pencairan kontamina
atau mengurang kepekatan kontamina . Kegunaannya sesuai untuk
1. Tempat kerja yang penjanaan kontaminanya rendah
2. Ketoksikan kontamina rendah
3. Lokasi pekerja jauh dari punca penjanaan kontamina
4. Pelepasan kontamina seragam

Local Exhaust Ventilation ialah system pengalihan kontamina dengan cara memerangkap
kontamina pada atau berdekatan punca penjanaan kontamina dan mencegah penyebaran
kontamina keseluruh kawasan kerja.
Kegunaan :
1.Tempat kerja yang menjana kontamina toksik atau sangat toksik
2. Kepekatan kontamina tinggi dan berbahaya
3. Punca (source) pelepasan atau penjanaan kontamina adalah besar
4. Kedudukan pekerja hamper dengan punca penjanaan/ pelepasan kontamina

Station 10
Sehelai kertas yang mengandungi senarai bahan/hazard dan Had Pendedahan Dibenarkan
(PEL) diantaranya ialah:
Bunyi bising 90 dB(A) ; Carbon Monoksida 25 ppm ; Silica dust 0.1 mg/m3 ; Sinaran ion
5 ; Turpentine 100 ppm .
Seorang Juru Perunding telah dilantik untuk membuat Risk Assessment dan daripada
laporan yang dibuat paras pendedahan adalah seperti berikut :
Bunyi bising 87 dB(A) ; Carbon Monoksida 500 ppm ; Silica dust 0.01 ; Sinaran ion 0.5 ;
Turpentine 150 ppm Soalannya :
Kategorikan risiko mengikut keterukan ( 1 – Sangat Tinggi / 2 – Sederhana / 3 – Rendah)
Tandakan X pada petak di bawah
1- Sangat tinggi 2- sederhana 3 - rendah
Bunyi Bising X
Karbon Monoksida X
Silica Dust X
Sinaran ion X
Turpentine X

Jawapan : Cara menjawabnya ialah jika paras pendedahan sama dan lebih dari PEL tanda
x pada ruang
1- SANGAT TINGGI;
2- 2- SEDERHANA jika kurang dari PEL tapi lebih dari Action Level ( Noise 85 dB(A) ;
bahan kimia separuh dari PEL ;
3- 3- RENDAH jika kurang dari Action Level)

Anda mungkin juga menyukai