Anda di halaman 1dari 12

MPSB Kuala Berang

Prosedur Kerja Selamat Pengendalian Bahan Kimia


1. Bila mengendalikan bahan-bahan kimia, pekerja dikehendaki memakai PPE(Personal Protective Equipment) yang diluluskan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(DOSH). PPE tersebut adalah : (i) Sarung Tangan (ii) Mask Bahan kimia yang tertumpah diatas lantai hendaklah diserap dengan penyerap lengai atau atau bendung dengan cara sebaik yang mungkin. Bahan kimia yang tertumpah juga boleh menyebabkan kegelinciran Pekerja hendaklah mencegah bahan-bahan kimia yang digunakan daripada memasuki longkang, pembentung dan jalan air. Elakkan dari bersentuh secara terus atau terkena pada pekerja secara berulang-ulang atau berpanjangan dengan bahan yang digunakan. Piawai kebersihan peribadi perlu dijaga sentiasa. Elakkan dari terkena kulit dan mata. Sekiranya terkena tangan, mata dan juga pakaian, hendaklah pekerja membersihkan diri ditempat-tempat yang disediakan(safety shower) yang berdekatan. Tukar pakaian atau cuci sebelum dipakai semula. Elakkan dari menghidu secara langsung ataupun tidak keatas bahan kimia yang digunakan. Dilarang sama sekali pekerja menelan atau meminum bahan kimia yang digunakan. Simpan bahan kimia yang hendak digunakan dalam bekas tertutup dengan ketat. Bahan kimia yang di alihkan dari bekas asal hendaklah dibuat pemlabelan semula keatas bekas yang baru. Dilarang memanaskan dan letak berdekatan dengan api, bunga api untuk bahan-bahan kimia yang digunakan. Bekas kosong isian bahan kimia yang telah digunakan tidak boleh digunakan semula untuk mengisi bahan-bahan lain. Bagi tempat-tempat yang diletakkan tanda amaran Bahan Kimia, pekerja-pekrja yang tidak terlibat hendaklah mengambil langkah-langkah pemerhatian termasuk penggunaan PPE ketika melewati tempat tersbut. CSDS hendaklah ditempatkan di tempat kerja dimana penggunaan bahan-bahan kimia dilakukan.

2. 3. 4. 5. 6.

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

14.

MPSB Kuala Berang


Prosedur Kerja Selamat Penggunaan Peralatan Elektrik
1. 2. 3. Semua sambungan wayar sementara untuk operasi peralatan elektrik atau pengimpalan mestilah pada saiz yang sesuai dan dilengkapi isolator(MCCB/fius/ELCB). Semua barangan berkuasa elektrik dan set pengimpalan mesti menggunakan 3 wayar utama. Penggunaan wayar yang selain darinya adalah dilarang. Sistem pendawaian tidak dibenar dilakukan dikawasan yang basah.

Penggunaan PPE
1. 2. 3. 4. Kesemua PPE(personal Protective Equipment) yang digunakan mestilah dari jenis yang mendapat kelulusan dari DOSH. Senarai PPE yang diluluskan oleh pihak DOSH hendaklah di semak dan di kemaskini(boleh didapati dari halaman web DOSH). Anda dimestikan memakai PPE sepanjang masa anda bekerja ditempat-tempat yang telah ditentukan oleh mandor atau penyelia. Jenis-jenis PPE yang disediakan oleh majikan untuk kegunaan pekerja mengikut kawasan dan keadaan kerja anda adalah: (i) Sarung Tangan (ii) Mask (iii) Head Gear (iv) Topi Keselamatan Tali pinggang keselamatan, topi keselamatan, cermin mata keselamatan, sarung tangan dan dan peralatan keselamatan mestilah digunakan. Sebelum memulakan kerja, dapatkan semua perkakas keselamatan daripada ketua atau mandur. Pastikan peralatan keselamatan didalam keadaan yang baik sebelum digunakan.

5. 2. 3.

Penggunaan Tangga
1. 2. 3. 4. Jangan gunakan tangga yang tidak kukuh strukturmya. Pastikan bahagian bawah tangga disandarkan pada tempat yang kukuh. Jika bahagian bawah tangga kurang stabil, dapatkan bantuan seseorang untuk memegangnya bagi pihak anda. Jangan sandarkan tangga pada benda yang licin atau mudah pecah. Tangga tidak sepatutnya digunakan bagi ketinggian melebihi 1 meter(3 kaki) dari dasarnya.

Peti Kecemasan
1. 2. 3. 4. Guna peti kecemasan dipejabat bila terdapat luka atau kemalangan kecil. Peringatan, luka yang kecil boleh menjadi luka yang lebih teruk. Semua luka mesti diubati dengan segera. Minta pertolongan jika anda didalam kebimbangan. Ketahui tempat peri kecemasan diletakkan. Pastikan ubat-ubatan tertentu berada di dalam peti kecemasan.

Pelantar, Titi dan Anak Tangga


1. 2. 3. Simpan semua pelantar dan titi dari kawasan sampah sarap, tempat-tempat berhalangan dan kawasan bahaya. Jangan simpan lain-lain perkakas diatas pelantar dan titi. Pastikan pelantar dan titi mempunyai papan rel yang kukuh untuk dipijak.

MPSB Kuala Berang

MPSB Kuala Berang


Prosedur Kerja Selamat Senarai Semak Untuk Keselamatan Pekerja
1. 2. 3. 4. Maklumat lengkap pekerja mestilah direkod dan salinan hendaklah disimpan di pos kawalan keselamatan untuk tujuan pengawasan dan kawalan. Semua pekerja dikehendaki menandatangani buku keluar masuk bila membuat kerja luar dari kawasan tempat kerja mereka. Semua pekerja mesti berpakaian lengkap sebelum memulakan kerja. Semua pekerja dikehendaki berada di kawasan mereka bekerja dan tidak membuang masa dengan berada di kawasan yang tidak sepatutnya.

Peraturan Am
1. 2. Berfikir sejenak tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sebelum melakukan kerja. Jangan meneka. Jika anda didalam keraguan mengenai cara yang selamat dan teratur untuk melakukan sesuatu kerja atau menggunakan peralatan, sila dapatkan nasihat orang atasan atau mandor. Jika anda tidak memahami arahan yang diberi, jangan ambil mudah. Bertanya. Ikut arahan. Lihat tanda-tanda amaran dan notis bahaya. Lapor semua keadaan yang tidak selamat kepada pihak atasan atau mandor. Bantu pelihara kekemasan kawasan bekerja. Kawasan yang bersih mencegah kemalangan. Alihkan semua paku yang menjulur atau tajam dari kawasan laluan. Jangan biarkan lubang terbuka dan boleh menyebabkan seseorang jatuh ke dalamnya. Buat laporan kepada penyelia atau mandor mengenai perkara ini. Minta bantuan jika sesuatu kerja itu terlalu berat untuk dilakukan. Tidak bermain atau membuat gurauan ketika bekerja. Jangan bekerja ditempat yang tinggi jika anda berasa lemah atau pening kepala. Api itu merbahaya. Jika anda menghisap rokok, berhati-hati. Dilarang merokok dikawasan yang bertanda "DILARANG MEROKOK". Jangan buat sesuatu yang boleh membahayakan diri anda dan orang lain. Pindahkan mesin yang tidak digunakan ke kawasan yang sesuai. Lebih berhati-hati jika bekerja dikawasan yang basah. Jangan membuang sampah sarap dari kawasan yang tinggi. Pastikan sampah sarap dibuang melalui saluran membuang barangan.

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

MPSB Kuala Berang

MPSB Kuala Berang


Prosedur Kerja Selamat Penyimpanan Bahan Mentah
1. 2. 3. 4. Simpan semua bahan mentah didalam satu tempat dan pastikan tempat tersebut di kawasan yang mendatar dan disusun kemas. Jangan simpan bahan mentah ditepi bangunan atau berhampiran pintu atau tempat terbuka lain yang terdedah kepada kemungkinan jatuh. Sekiranya sesuatu barang perlu dialih ke kawasn yang agak bahaya, pastikan tali keselamatan diletakkan ditempat tersebut dan jangan lupa gunakan tali pinggang keselamatan. Bila membawa sesuatu bahan mentah yang berukuran panjang pastikan tiada orang yang berdiri berhampiran.

MPSB Kuala Berang

MPSB Kuala Berang


Prosedur Penyenggaraan Daftar Bahan Kimia
1. Pihak kilang hendaklah mengenal pasti kesemua jenis-jenis bahan kimia yang digunakan didalam proses, lab, maintenance serta lain-lain jenis kerja di tempat kerja masing-masing dan merekodkan bahan-bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Rekod-rekod ini hendaklah disimpan dan disenggarakan dengan baik dalam keadaan teratur serta dikemas kini dari semasa ke semasa bila terdapatnya perubahan-perubahan. Semua bahan kimia yang digunakan hendaklah didaftarkan di dalam borang "Register of Chemicals Hazardous To Health". Borang ini hendaklah mudah didapatkan oleh semua pekerja di tempat kerja yang terdedah kepada bahaya bahan-bahan kimia ini. Satu master file untuk kesemua daftar bahan kimia ini hendaklah disimpan di office.

2. 3. 4. 5.

MPSB Kuala Berang

Prosedur Mendapatkan Daftar Bahan Kimia


1. 2. Semua bahan-bahan kimia yang digunakan didaftarkan di dalam borang "Register of Chemicals Hazardous To Health". Daftar-daftar bahan kimia ini disimpan dan boleh didapati di : (i) Untuk pekerja maintenance dan production - di bilik supervisor. (ii) Untuk pekerja lab - di bilik lab.

MPSB Kuala Berang

Prosedur Kajian Semula Penaksiran kepada Pekerja


1. Pihak kilang akan membuat penaksiran risiko kepada kesihatan pekerja sebelum menjalankan apa-apa kerja yang boleh mendedahkan mana-mana pekerja kepada apa-apa bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Penaksiran keatas risiko kepada kesihatan pekerja yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya hendaklah dilakukan oleh mana-mana orang yang dilantik(disebut pengapit) oleh pihak yang mendapat kelulusan dari pihak DOSH. Penaksiran keatas risiko kepada kesihatan pekerja yang terdedah kepada bahan kimia hendaklah dikaji semula (i) jika terdapat perubahan keatas bahan kimia yang digunakan. (ii) atas arahan pihak DOSH (iii) setiap 5 tahun sekali.

2.

3.

MPSB Kuala Berang


Prosedur Penyenggaraan Laporan Penaksiran

1.

2.

Pihak kilang akan memastikan bahawa laporan penaksiran yang dibuat (i) bila terdapat perubahan keatas bahan kimia yang digunakan (ii) atas arahan pihak DOSH (iii) setiap 5 tahun sekali akan direkodkan dan disimpan dengan baik untuk selaman tempoh 30 tahun. Laporan-laporan penaksiran ini untuk tempoh 30 tahun hendaklah disimpan didalam kabinet dan mudah didapati atau ditunjukkan apabila diminta oleh pihak penguatkuasa DOSH.

MPSB Kuala Berang


Prosedur Pemakluman Laporan Penaksiran Kepada Pekerja

1.

2.

Pihak kilang setelah meneliti dan mendapati laporan penaksiran daripada mana-mana pengapit yang dilantik oleh pihak kilang hendaklah memaklumkan hasil laporan penaksiran ini kepada pekerja. Satu meeting atau briefing dimana kesemua pekerja-pekerja yang terlibat atau terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan hendaklah diadakan dan rekod kedatangan serta bukti pemakluman hendaklah disimpan.

1/2

MPSB Kuala Berang


Prosedur Pembelian dan Penerimaan Bahan Kimia Berbahaya
1. Storekeeper hendaklah memastikan bahan-bahan kimia berbahaya kepada kesihatan

2. 3.

4. 5.

yang dibeli dan digunakan didalam kilang semasa penerimaan bahan-bahan kimia ini mempunyai label-label dan label-label ini tidak tertanggal, rosak atau diubah-suaikan. Sekiranya bahan-bahan kimia berbahaya ini tidak mempunyai label-label tersebut, maka storekeeper hendaklah memulangkan bahan-bahan kimia ini kepada pembekal. Sekiranya bahan-bahan kimia berbahaya ini tidak mempunyai label-label tersebu, namun diperlukan dengan segera di dalam kilang, maka storekeeper hendaklah melabel semula bahan-bahan kimia ini. Bahan-bahan kimia yang dibekalkan ke kilang juga mestilah mempunyai CSDS atau MSDS dalam dwi-bahasa untuk rujukan para pekerja. Store-keeper juga hendaklah memastikan bahawa pembungkusan bahan-bahan kimia berbahaya yang diterima oleh pihak kilang dalam keadaan baik, tidak rosak, kukuh dan padu serta tidak bocor. Contoh-contoh pemlabelan bahan-bahan kimia berdasarkan kepada sifat fisiokimia dan juga kesan kesihatan adalah seperi berikut: Tanda Bahaya Lambang

MPSB Kuala Berang


Prosedur Pelabelan dan Pelabelan Semula
1. Jika bahan-bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dipindahkan ke suatu bekas lain, maka storekeeper dan juga penyelia kilang hendaklah memastikan bahawa bekas-bekas ini

2. 3. 4.

di label semula. Jika label pada bahan-bahan kimia berbahaya didapati tertanggal, rosak atau diubahsuai maka storekeeper hendaklah melabel semula bahan-bahan kimia ini. Bagi bahan-bahan kimia yang digunakan dengan segera, maka label yang terdapat pada bekas bahan-bahan kimia ini tidak perlu dilabel semula. Ukiran label hendaklah seperti berikut : Muatan Bungkusan (i) bungkusan < 3 liter (ii) 3 liter < bungkusan < 50 liter (iii) 50 liter < bungkusan < 500 liter (iv) bungkusan > 500 liter Ukuran [mm] 52 * 74 74 * 105 105 * 148 148 * 210

Lambang bahaya hendaklah melitupi sekurang-kurangnya 1/10 daripada keluasan permukaan label tetapi tidak boleh kurang dari 1 cm2.

MPSB Kuala Berang


Prosedur Penyebaran Maklumat

Anda mungkin juga menyukai