Anda di halaman 1dari 22

Terbitan: Institut Imam asy-Syafie

(INTIS)

[ Buku Ini Di Berikan Secara Percuma. Tidak Boleh di jadikan bahan komersial. Sebarang
penyebaran dan cetakan untuk tujuan dakwah adalah dibenarkan]
Muqaddimah

، ‫ ومن سيئات أعمالنا‬، ‫ ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا‬، ‫إن الحمد هلل نحمده ونستعينه ونستغفره‬
، ‫ وأشهد أن ال إله إال هللا وحده ال شريك له‬، ‫ ومن يضلل فال هادي له‬، ‫من يهده هللا فال مضل له‬
..‫ أما بعد‬. ‫وأشهد أن محمداً عبده ورسوله‬

Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah  dan sunnah Baginda  perlu disematkan dijiwa hamba-
hamba yang inginkan keredhaan Allah. Sunnah yang semakin pupus ditelan zaman, menyebabkan manusia
menjadikan akal sebagai tuhan dalam kehidupan, manakala sunnah yang tercetak hanya menjadi perhiasan di
perpustakan dan rak-rak buku. Ditelaah apabila terpaksa menulis bahas-bahas yang dipertanggungjawabkan
oleh pensyarah-pensyarah, sebagai bahan bukti dalam penulisan. Tetapi dalam beramal, kitab-kitab ini
diketepikan, bukti-bukti tidak diperlukan, akal diutamakan, adat dijulang. Apakah yang akan kita lafazkan
apabila Allah meminta bukti-bukti amalan kita di akhirat nanti? Sedangkan di dalam kelas, kita berjaya
memberi bukti-bukti tersebut kepada pensyarah? Fikirkan!!

Nabi  bersabda :

[ ‫ كتاب اهلل وسنة نبيه‬: ‫] تركت فيكم ما إن اعتصمتم به فلن تضلوا أبدا‬

Maksudnya : " Aku telah meninggalkan kepada kamu perkara yang mana selagi mana kamu berpegang
dengannya, kamu tidak akan sesat selamanya : Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya "1

Atas dasar ini penyusun mengambil inisiatif untuk membicarakan tentang "Petunjuk Nabi  dalam
berpuasa" di bawah rangkaian Silsilah Hadyun Nabi  . Sebenarnya risalah ini secara umumnya diterjemahkan
dari kitab Sifat Shaum Nabi karangan Syeikh Salim 'Eid Al-Hilali dan Syeikh Ali Hasan Al-Halabi Al-Athari.
Percetakan Dar Ibni Hazm dan Al-Maktabah Al-Islamiah, cetakan ke-2, 1426H - 2005M. Manhaj penyusun
dalam menterjemahkan kitab Sifat Shaum Nabi , adalah seperti berikut :

1. Tidak menterjemahkan keseluruhan perkataan dari kitab Sifat Shaum Nabi .


2. Olahan semula ayat-ayat di dalam kitab Sifat Shaum Nabi , supaya mudah difahami pembaca.
3. Menyusun semula tajuk-tajuk berdasarkan kehidupan harian yang dilalui bagi sesiapa yang berpuasa :
a. Kelebihan berpuasa
b. Kelebihan bulan Ramadhan
c. Kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan
d. Waktu berpuasa
e. Niat
f. Bersuhur
g. Perkara yang wajib ditinggalkan oleh orang yang berpuasa
h. Perkara yang boleh dilakukan oleh orang yang berpuasa
i. Berbuka puasa
4. Tidak mengambil kesemua hadis-hadis yang dinyatakan dalam kitab Sifat Shaum Nabi .
5. Mengulas masalah-masalah yang dirasakan penting oleh penyusun walaupun tidak dinyatakan di
dalam kitab Sifat Shaum Nabi .
6. Melakukan penambahan dalam olahan.
7. Mentakhrij semula sebahagian hadis-hadis di dalam kitab Sifat Shaum Nabi .

Apa yang dinyatakan di dalam risalah kecil ini sebenarnya telah diketahui ramai. Dan risalah ini bukan
bertujuan untuk membicarakan secara terperinci hukam-hakam yang berkaitan dengan puasa. Tetapi, apa yang
1
Shahih, lihat Shahih Attarghib Wa Attarhib, oleh Syeikh Al-Albani : 40.
menjadi fokus penyusun, adalah ingin mengembalikan penuntut-penuntut ilmu kepada manhaj beristidlal dalam
sesuatu perkara. Zaman bermadah tanpa dalil ibarat tin kosong, sudah lapuk dan harus dihapuskan dari penuntut
ilmu bahkan masyarakat umumnya. Sebagaimana kata Imam Assyafie'1 :

[ ‫و ما سوى ذلك وسواس الشياطني‬ ‫] العلم ما كان فيه حدثنا‬

Maksudnya : Ilmu itu adalah apa yang ada padanya " telah memberitahu kepada kami", dan apa yang selain dari
itu hanyalah was-was dari syaitan-syaitan ".

Yang dimaksudkan oleh Imam Assyafie' adalah ; Setiap ilmu perlu kepada sandaran serta dalil. Sesiapa yang
mengakui ada ilmu tetapi tidak mempunyai dalil, maka itu hanyalah was-was syaitan. Jadi, sandaran yang
terbaik adalah Nabi .

Moga-moga, risalah ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua dalam menghayati amalan yang telah
diamalkan oleh Rasulullah , sekaligus dapat menghidupkan kembali sunnah Baginda  yang kini dilupakan.

Akhir kata, penyusun mengucapkan " Jazakumullahu Khairal Jaza' " kepada sesiapa yang terlibat dalam
mengeluarkan risalah ini. Moga Allah menerima amalan kebaikan yang kita lakukan. Amin.Wallahua'lam.

Penyusun,

Abu Harith dan Ummu Harith,


hubbu_sunnah@yahoo.com.

1
Lihat Al-bidayah Wa annihayah, oleh Ibnu Kathir : 10/254
A. KELEBIHAN BERPUASA

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara
umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :

Allah berfirman :

﴾ ‫ت أَ َع َّد هَّللا ُ لَ ُه ْم َم ْغفِ َرةً َوأَ ْج ًرا َع ِظي ًما‬ َّ ‫الذا ِك ِرينَ هَّللا َ َكثِي ًرا َو‬
ِ ‫الذا ِك َرا‬ َّ ‫ت َو‬ َ ‫ت َوا ْل َحافِ ِظينَ فُ ُر‬
ِ ‫وج ُه ْم َوا ْل َحافِظَا‬ ِ ‫صائِ َما‬ َّ ‫﴿ َوال‬
َّ ‫صائِ ِمينَ َوال‬

Maksudnya : " Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga
kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan
bagi mereka keampunan dan pahala yang besar " [Al-Ahzab : 35]

Allah berfirman :

ُ َ‫﴿ ﴾ َوأَنْ ت‬
َ‫صو ُموا َخ ْي ٌر لَ ُك ْم إِنْ ُك ْنتُ ْم تَ ْعلَ ُمون‬

Maksudnya : " Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui " [Al-Baqarah : 184]

2. Puasa mengawal syahawat :

Nabi  bersabda :

[ ‫ ومن مل يستطع ؛ فعليه بالصوم ؛ فإنه له وجاء‬، ‫ وأحصن للفرج‬، ‫] يا معشر الشباب !من استطاع منكم الباءة فليتزوج ؛ فإنه أغض للبصر‬
Maksudnya : " Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka
berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang
sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan
syahawat) " [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :

Nabi  bersabda :

[ ‫ إال باعد اهلل بذلك وجهه عن النار سبعني خريفا‬، ‫] ما من عبد يصوم يوما يف سبيل اهلل‬

Maksudnya : " Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan
dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun " [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim :
1153]
Nabi  bersabda :

[ ‫يستَ َج ُّن هبا العبد من النار‬


ْ ٌ‫] الصيام جنة‬
Maksudnya : " Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka "
[HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]

4. Puasa menjanjikan syurga :

Dari Abi Umamah, beliau berkata :

] ‫ ال مثل له‬، [‫ [ عليك بالصوم‬:‫ قال صلى اهلل عليه وسلم‬، ‫يا رسول اهلل ! دلين على عمل أدخل به اجلنة‬

Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga,
Nabi bersabda : " Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya " [HR Annasa'i : 2220,
Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]

B. KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul  telah
menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya :

1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :

Allah berfirman :

ُ َ‫ش ْه َر فَ ْلي‬
‫ص ْمه‬ َ ْ‫ان فَ َمن‬
َّ ‫ش ِه َد ِم ْن ُك ُم ال‬ ِ َ‫ت ِمنَ ا ْل ُهدَى َوا ْلفُ ْرق‬ ِ ‫ضانَ الَّ ِذي أُ ْن ِز َل فِي ِه ا ْلقُ ْرآَنُ ُهدًى لِلنَّا‬
ٍ ‫س َوبَيِّنَا‬ َ ﴾﴿
َ ‫ش ْه ُر َر َم‬

Maksudnya : " Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan
batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah
dia berpuasa pada bulan itu.." [Al-Baqarah : 185]

2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr :

Allah berfirman :

‫ش ْه ٍر‬ ِ ‫) لَ ْيلَةُ ا ْلقَ ْد ِر َخ ْي ٌر ِمنْ أَ ْل‬2( ‫) َو َما أَد َْرا َك َما لَ ْيلَةُ ا ْلقَ ْد ِر‬1( ‫﴿ ﴾ إِنَّا أَ ْن َز ْلنَاهُ فِي لَ ْيلَ ِة ا ْلقَ ْد ِر‬
َ ‫ف‬

Maksudnya : " Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah
kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan " [Al-Qadr : 1-3]

3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka

Nabi  bersabda :

[ ‫ وصفدت الشياطني‬،‫ وغلقت أبواب النريان‬،‫] إذا جاء رمضان[ ؛ فتحت أبواب اجلنة‬

Maksudnya : " Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka
dan dibelenggu syaitan-syaitan " [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]
C. KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :

Nabi bersabda :

[ ‫ غفر له ما تقدم من ذنبه‬،‫] من صام رمضان إميانا و احتسابا‬

Maksudnya : " Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan
mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu " [HR Al-Bukhari :
38, Muslim : 175]

2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :

Nabi  bersabda :

[ ‫] من آمن باهلل وبرسوله وأقام الصالة وصام رمضان[ كان حقا على اهلل أن يدخله اجلنة‬

Maksudnya : " Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan
berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga "
[HR Al-Bukhari : 2637]

D. WAKTU BERPUASA

1. Bilakah bermulanya waktu puasa ?

Allah berfirman :

ِّ ‫س َو ِد ِمنَ ا ْلفَ ْجر ثُ َّم أَتِ ُّموا‬


﴿ ‫الصيَا َم إِلَى اللَّ ْي ِل‬ ْ َ ‫ض ِمنَ ا ْل َخ ْي ِط اأْل‬
ُ َ‫ش َربُوا َحتَّى يَتَبَيَّنَ لَ ُك ُم ا ْل َخ ْيطُ اأْل َ ْبي‬
ْ ‫﴾ َو ُكلُوا َوا‬

Maksudnya : " Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga tibanya malam.." [Al-Baqarah : 187]

- Apakah yang dimaksudkan dengan ﴿‫س َود‬ ُ َ‫? ﴾ِ ا ْل َخ ْيطُ اأْل َ ْبي‬
ْ َ ‫ض ِمنَ ا ْل َخ ْي ِط اأْل‬

Dari 'Adi bin Hatim, beliau berkata :

ْ َ ‫ض ِمنَ ا ْل َخ ْي ِط اأْل‬
،‫ تحت وسادتي‬S‫ فجعلتهما‬،‫س َو ِد﴾ عمدت إلى عقال أسو َد و إل عقال أبيض‬ ُ َ‫ملا نزلت ﴿ َحتَّى يَتَبَيَّنَ لَ ُك ُم ا ْل َخ ْيطُ اأْل َ ْبي‬
‫فجعلت‬
] ‫ [ إنما ذلك سواد الليل و بياض النهار‬:‫ فغدوت على رسول هللا فذكرت له ذلك فقال‬،‫أنظر في الليل فال يستبين لي‬

Maksudnya : " Apabila turun ayat ﴿‫س َو ِد‬ ُ َ‫﴾ َحتَّى يَتَبَيَّنَ لَ ُك ُم ا ْل َخ ْيطُ اأْل َ ْبي‬, lalu aku mengambil iqal
ْ َ ‫ض ِمنَ ا ْل َخ ْي ِط اأْل‬
hitam
digabungkan dengan iqal putih, dan aku meletakkan keduanya dibawah bantalku, apabila malam aku
akan terus melihatnya hingga jelas keduanya bagiku, pada pagi hari aku bertemu Rasulullah, dan aku
mencerikakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan, Baginda bersabda : Maksudnya ,hitam itu
malam dan putih itu siang ". [HR Al-Bukhari : 1817, Muslim : 1090]1
1
Dari zahir hadis ini, kita dapati bahawa 'Adi bin Hatim telah hadir di saat ayat ini diturunkan, dan beliau telah memeluk islam.
Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Puasa telah difardukan tahun ke-2 selepas hijrah, dan 'Adi bin Hatim memeluk
islam pada tahun ke-9 atau ke-10 hijrah seperti mana yang termaktub dalam kitab Al-Ishoobah fi Tamyiizi Asshohaabah (2/468)
Dari Sahl bin Sa'd, beliau berkata :

‫ فكان الرجل إذا أراد الصوم ؛ ربط أحدهم‬: ‫﴿ وكلوا واشربوا حىت يتبني لكم اخليط األبيض من اخليط األسود ﴾ ؛ قال‬: ‫ملا نزلت هذه اآلية‬
‫ فعلموا أمنا يعين‬، ﴾‫ ﴿من الفجر‬: ‫ فأنزل اهلل بعد ذلك‬، ‫ فال يزال يأكل ويشرب حىت يتبني له رؤيتهما‬،‫يف رجليه اخليط األبيض واخليط األسود‬
‫بذلك الليل والنهار‬.

Maksudnya : Apabila turunnya ayat : ﴿ ‫ ﴾ وكلوا واشربوا حىت يتبني لكم اخليط األبيض من اخليط األسود‬, beliau berkata : Ada
seorang lelaki, jika dia ingin berpuasa, dia mengikat benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan
dan minum hingga dia dapat melihat kedua benang tersebut. Maka Allah menurunkan selepas dari itu : ﴿
‫﴾من الفجر‬ , maka mereka tahu bahawa yang dimaksudkan oleh ayat yang awal tadi adalah malam dan
siang. [HR Al-Bukhari : 1917, Muslim : 1091]

Kesimpulannya, puasa bermula ketika naik fajar.

- Fajar apakah yang dimaksudkan ?

Dari Ibnu Abbas, berkata : Telah bersabda Nabi  :

[ ‫ وحيل الصالة‬، ‫ وأما الثاين ؛ فإنه حيرم الطعام‬، ‫ فأما األول ؛ فإنه ال حيرم الطعام وال حيل الصالة‬: ‫] الفجر فجران‬

Maksudnya : " Fajar itu ada dua : Yang pertama ; sesungguhnya ia tidak mengharamkan makanan dan
tidak menghalalkan solat, adapun yang kedua ; sesungguhnya ia mengharamkan makanan dan
menghalalkan solat " [HR Ibnu Khuzaimah : 3/210, Al-Hakim : 1/191 & 495, Addaruqutni : 2/165, dan
Albaihaqi : 4/261 dari jalan Sufian, dari Ibnu Juraij, dari 'Atha, dari Ibnu Abbas]1

Dari hadis di atas, ulama telah membahagikan fajar kepada dua iaitu :

1. Fajar kaazib2 : Masih dibolehkan makan dan belum tiba waktu solat subuh.
2. Fajar shodiq 3 : Diharamkan makan dan telah masuk waktu subuh.4

2. Bilakah waktu berbuka puasa ?

Waktu berbuka puasa adalah apabila malam iaitu setelah tenggelamnya matahari :

Allah berfirman :

ِّ ‫س َو ِد ِمنَ ا ْلفَ ْجر ثُ َّم أَتِ ُّموا‬


﴿ ‫الصيَا َم إِلَى اللَّ ْي ِل‬ ْ َ ‫ض ِمنَ ا ْل َخ ْي ِط اأْل‬
ُ َ‫ش َربُوا َحتَّى يَتَبَيَّنَ لَ ُك ُم ا ْل َخ ْيطُ اأْل َ ْبي‬
ْ ‫﴾ َو ُكلُوا َوا‬

Maksudnya : " Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang
hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga tibanya malam.." [Al-Baqarah : 187]

ِّ ‫ ﴿ ثُ َّم أَتِ ُّموا ال‬, sebagai terbenamnya matahari sebagaimana


Dan Baginda  telah menafsirkan ﴾ ‫صيَا َم إِلَى اللَّ ْي ِل‬
hadis yang diriwayatkan dari Umar, berkata : Telah bersabda Nabi :
karangan Ibn Hajar Al-'Asqalaani Jadi, bagaimana mungkin wujudnya 'Adi dikala ayat ini diturunkan. Adapun cara penafsiran kita
terhadap kata-kata 'Adi iaitu (apabila turun ayat….) adalah : Aku telah memeluk islam dan telah dibacakan ayat ini kepadaku,
seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (4/377). Wallahu'alam.
1
Sanadnya shahih. Lihat Sifat Shaum Nabi, oleh Syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi, mks : 37.
2
Warna putih yang panjang memancar serta menjulang tinggi, seolah-olah binatang.
3
Warna kemerah-merahan dikaki langit yang menandakan masuknya waktu solat subuh.
4
Lihat Sifat Shaum Nabi : mks 37.
[ ‫ وغربت الشمس ؛ فقد أفطر الصائم‬،‫ وأدبر النهار من هاهنا‬، ‫] إذا أقبل الليل من هاهنا‬

Maksudnya : " Sekiranya malam datang dari sini, dan siang menghilang dari sini, dan terbenam
matahari, maka telah berbukalah orang yang berpuasa " [HR Al-Bukhari : 1954, Muslim : 1100]

E. NIAT

Apabila telah dipastikan tibanya bulan ramadhan, maka merupakan kewajipan bagi seorang muslim itu berniat
di waktu malam untuk berpuasa keesokan harinya. Waktu akhir untuk berniat adalah sebelum fajar.

Nabi  bersabda :

[ ‫] من مل يبيت الصيام من الليل فال صيام له‬

Maksudnya : " Barang siapa yang tidak menanamkan niat untuk berpuasa pada malam hari, maka tiadalah puasa
baginya " [HR Annasa'i : 2334]

Nabi  bersabda :

[ ‫] من مل يبيت الصيام قبل الفجر فال صيام له‬


Maksudnya : " Barang siapa yang tidak menanamkan niat untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa
baginya " [HR Annasa'i : 2331]

F. BERSUHUR1

1. Hikmah difardukan suhur

Allah berfirman :

ِّ ‫يَا أَيُّ َها الَّ ِذينَ آَ َمنُوا ُكتِ َب َعلَ ْي ُك ُم ال‬


َ‫صيَا ُم َك َما ُكتِ َب َعلَى الَّ ِذينَ ِمنْ قَ ْبلِ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم تَتَّقُون‬
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan puasa ke atas kamu, sepertimana difardukan
ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa " [Al-Baqarah : 183]

Sesungguhnya telah difardukan ke atas muslimin ibadah puasa sepertimana difardukan ke atas ahli kitab dari
segi hukum dan juga waktu ; jika seseorang itu tidur dan terjaga sebelum tibanya waktu subuh, dia tidak
dibenarkan makan, minum serta mendatangi isteri hingga keesokan malam. Apabila perintah ini telah
dinasakhkan, Rasulullah  telah memerintahkan kaum muslimin bersahur untuk membezakan antara puasa
muslimin dan puasa ahli kitab.

Dari 'Amru bin Al-'As, sesungguhnya Rasulullah  bersabda :

[ ‫] فصل ما بني صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر‬

Maksudnya : " Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur ". [HR Muslim : 1096]

1
Di sana ada perbezaan sebutan dan makna antara (‫ بضم السني‬: ‫السحور‬
ُ ) yang membawa makna ; perbuatan dan waktu, manakala ( : ‫السحور‬
َ
‫ ) بفتح السني‬membawa makna : makanan yang dimakan ketika bersuhur. Oleh kerana itu, penyusun menggunakan lafaz : SUHUR, bagi
perbuatan makan, dan SAHUR, bagi apa yang dimakan ketika bersuhur, kerana lebih tepat penggunaannya dari sudut bahasa arab.
Sila lihat perkataan (‫ )سحر‬dalam Lisaanul 'Arab : 1/194. Wallahu'alam.
2. Kelebihan bersuhur

a. Keberkatan pada makanan suhur

- Nabi  bersabda :

[ ‫] تسحروا فإن يف السَحور بركة‬

Maksudnya : " Bersuhurlah, sesungguhnya, pada makanan sahur itu ada keberkatan " [Al-
Bukhari : 1923, Muslim : 1095]

b. Allah dan para malaikat mendoakan orang yang bersuhur

- Nabi  bersabda :

[ ‫ فإن اهلل ومالئكته يصلون[ على املتسحرين‬،‫ ولو أن جيرع أحدكم جرعة من ماء‬، ‫] السَحور أكلة بركة فال تدعوه‬

Maksudnya : " Makanan suhur itu berkat, maka jangan sekali-kali kamu meninggalkannya,
walaupun kamu meneguk seteguk air, sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan
mereka-mereka yang bersuhur ". [HR Ahmad : 3/12 & 441, Ibnu Hibban : 3476]

3. Makanan yang terbaik untuk bersuhur

Nabi  bersabda :

[ ‫] نعم َسحور املؤمن التمر‬

Maksudnya : " Sebaik-baik makanan suhur mukmin itu adalah tamar " [HR Abu Daud : 2345]2

- Sekiranya tiada ada makanan, sudah kenyang atau tidak ingin makan, maka minumlah sekurang-
kurangnya seteguk air. Apakah kita tidak ingin keberkatan serta doa dari Allah serta para
malaikatnya? Ini berdasarkan hadis yang lalu di mana Nabi bersabda :

[ ‫] ولو أن جيرع أحدكم جرعة من ماء‬

Maksudnya : " Walaupun dengan meneguk seteguk air ". [HR Ahmad : 3/12 & 44, Ibnu Hibban :
3476]

4. Melewatkan bersuhur

- Dari Anas, beliau meriwayatkan dari Zaid bin Thabit, telah berkata :

[ ‫ قدر مخسني آية‬: ‫ قال‬. ‫ كم كان بني األذان والسحور[ ؟‬: ‫ قلت‬.‫] تسحرنا مع النيب صلى اهلل عليه وسلم مث قام إىل الصالة‬

Maksudnya : " Kami telah bersuhur bersama dengan Nabi , kemudian bangun untuk bersolat. Aku
telah berkata (Anas) : Berapa lama tempoh antara azan dan bersuhur ? Dia (Zaid) menjawab : Dengan
kadar 50 ayat3 (bacaan Al-Quran) " [HR Al-Bukhari : 1821, Muslim : 1097]
1
Kata Muhaqqiq Musnad Ahmad, Sheikh Syuaib Al-Arnauth : Hadis ini adalah hadis shahih. Lihat Musnad Ahmad : 3/12 & 44.
2
Sheikh Al-Albani menshahihkan hadis ini di dalam Shahih Sunan Abi Daud, no : 2055.
3
Ibn Hajar dalam Fathul Bari :4/199, membawa kata-kata Anas dalam menafsirkan maksud "kadar 50 ayat" : iaitu bacaan yang
sederhana, tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
- Al-Hafiz Ibnu Abdil Barr telah berkata : " Hadis-hadis yang berkaitan dengan mempercepatkan
berbuka puasa dan melewatkan bersuhur adalah mutawatir….. "1

- Sekiranya telah dikumandangkan azan, sedangkan minuman masih ditangan kita, apa yang perlu
dilakukan ?

Nabi  bersabda :

[ ‫ فال يضعه حىت يقضي حاجته‬،‫ و اإلناء يف يده‬،‫] إذا مسع أحدكم النداء‬

Maksudnya : " Apabila salah seorang dari kamu telah mendengar azan, sedangkan minuman masih
ditangannya, maka janganlah dia meletakkan minuman tadi sebelum dia menunaikan hajatnya " [Lihat
Shahih Sunan Abi Daud : 2060]

5. Hukum bersuhur2

- Dari hadis-hadis yang lalu, maka dapatlah kita simpulkan di sini bahawa, hukum bersuhur adalah
sunnah mu'akkadah. Ini berdasar 3 qarinah :

1. Perintah Nabi  supaya bersuhur. [‫]تسحروا فإن يف السَحور بركة‬


2. Suhur membezakan antara puasa muslimin dan ahli kitab.[‫]فصل ما بني صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر‬
3. Larangan Nabi  dari meninggalkan suhur. [‫]السَحور أكلة بركة فال تدعوه‬

G. PERKARA YANG WAJIB DITINGGALKAN OLEH ORANG YANG BERPUASA

1. Perkara yang membatalkan puasa3

Perkara-perkara ini bukan sahaja membatalkan puasa, bahkan akan melipat gandakan dosa si pelakunya,
kecuali wanita-wanita yang datang haidh atau nifas atau orang sakit yang terpaksa menerima suntikan
yang berupa makanan. Kesimpulannya, perbuatan yang disengajakan akan menyebabkan dosa pada si
pelaku.Wallahu'alam.

a. Makan dan minum dengan sengaja4


- Allah berfirman :

ْ َ ‫ض ِمنَ ا ْل َخ ْي ِط اأْل‬
﴿ ‫س َو ِد ِمنَ ا ْلفَ ْجر‬ ُ َ‫ش َربُوا َحتَّى يَتَبَيَّنَ لَ ُك ُم ا ْل َخ ْيطُ اأْل َ ْبي‬
ْ ‫﴾ َو ُكلُوا َوا‬

Maksudnya : " Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang
hitam, iaitu fajar " [Al-Baqarah : 187]

Jadi, sesiapa yang makan dan minum dengan sengaja setelah naiknya fajar shodiq, maka batallah
puasanya.

1
Lihat Fathul Bari, karangan Ibn Hajar Al-'Asqalaani : 4/199
2
Ibn Hajar dalam Fathul Bari : 4/139, menaqalkan ijma' pada sunnahnya bersuhur. Wallahua'lam.
3
Perkara-pekara yang disenaraikan oleh penyusun adalah perkara yang telah disepakati oleh ulama bahawa sesiapa yang
melakukannya, maka batallah puasanya.
4
Dikaitkan "dengan sengaja" kerana sekiranya sesiapa terlupa, tersalah atau dipaksa makan ; puasa mereka tidak batal. Ini
berdasarkan hadis Nabi : [‫ ]إن اهلل وضع عن أميت اخلطأ والنسيان وما استكرهوا عليه‬, maksudnya : "Sesungguhnya Allah mengangkat dari umat aku
kesilapan, terlupa dan apa yang dipaksa ke atasnya" (HR Al-Hakim : 2/198) Sanadnya shahih.
- Sekiranya terlupa atau tersalah…Nabi  bersabda :

[ ‫] إذا نسي فأكل وشرب ؛ فليتم صيامه ؛ فإمنا أطعمه اهلل وسقاه‬

Maksudnya : " Apabila seseorang telah terlupa, maka dia telah makan dan minum (kemudian dia
sedar bahawa dia sedang berpuasa) maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah telah
memberinya makan dan minum " [HR Al-Bukhari : 1933, Muslim : 1155]

b. Muntah dengan sengaja

- Nabi  bersabda :

[ ‫ ومن استقاء فليقض‬، ‫] من ذرعه القيء ؛ فليس عليه قضاء‬

Maksudnya : " Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka dia tidak perlu mengqadha, dan
barangsiapa yang muntah dengan sengaja, maka dia perlu mengqadha " [HR Ibnu Majah : 1676]

c. Haidh dan Nifas

- Nabi  bersabda :

[ ‫ فذلك نقصان دينها‬: ‫ قال‬،‫ بلى‬: ‫] أليس إذا حاضت مل تصل و مل تصم ؟ قلن‬

Maksudnya : " Adakah wanita yang datang haidh tidak perlu solat dan puasa? Kami berkata :
Ya! Maka Rasulullah menjawab : Itulah kekurangan agama mereka. [HR Muslim : 79 & 80]

- Wanita yang haidh dan nifas wajib mengqadha puasa, sebagaimana diriwayatkan dari 'Aisyah :

[ ‫ و ال نؤمر بقضاء الصالة‬،‫] فنؤمر بقضاء الصوم‬

Maksudnya : " Kami diperintah untuk mengqadha puasa, dan tidak perlu mengqadha solat " [HR
Al-Bukhari : 315, Muslim : 335]

d. Jima'

- Allah berfirman :

ْ َ ‫ض ِمنَ ا ْل َخ ْي ِط اأْل‬
﴿ ‫س َو ِد ِمنَ ا ْلفَ ْجر‬ ُ َ‫ش ُروهُنَّ َوا ْبتَ ُغوا• َما َكت ََب هَّللا ُ لَ ُك ْم َو ُكلُوا َواش َْربُوا َحتَّى يَتَبَيَّنَ لَ ُك ُم ا ْل َخ ْيطُ اأْل َ ْبي‬
ِ ‫﴾ فَاآْل َنَ بَا‬

Maksudnya : " Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh
Allah kepada kamu.Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang
hitam, iaitu fajar " [Al-Baqarah : 187]

Dalam ayat di atas, Ibnul Qayyim berkata di dalam Zaadul Ma'ad1 : Sesungguhnya, Al-Quran
telah menunjukkan jima' membatalkan puasa seperti makan dan minum serta tidak ada khilaf
dalam masalah ini.

- Perlu mengqadha puasa serta membayar kafarah bagi sesiapa yang berjima'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi  :


1
Zaadul Ma'ad oleh Ibnul Qayyim : 2/60.
[ ‫ قال‬.‫ ال‬: ‫ هل تستطيع أن تعتق رقبة ؟ قال‬: ‫ قال‬.‫ وقعت على امرأيت يف رمضان‬: ‫ و ما أهلكك ؟ قال‬: ‫ قال‬.! ‫ هلكت‬: ‫ يا رسول اهلل‬: ‫ أتاه رجل فقال‬:
‫ فأيت النيب بعرق فيه متر‬.‫[ فجلس‬،‫ فاجلس‬: ‫ قال‬.‫ ال‬: ‫ هل تستطيع أن تطعم ستني مسكينا ؟ قال‬: ‫ قال‬.‫ ال‬: ‫هل تستطيع أن تصوم شهرين متتابعني ؟ قال‬.
‫ فأطعمه أهلك‬،‫ خذه‬: ‫ قال‬،‫ فضحك النيب حت بدت أنيابه‬: ‫ قال‬،‫ ما بني البتيها أحد أفقر منا‬: ‫ قال‬.‫ فتصدق به‬: ‫] قال‬

Maksudnya : " Telah datang kepada Nabi  seorang lelaki, maka dia telah berkata : Wahai
Rasulullah, aku telah binasa! Nabi berkata : Apakah yang menyebabkan kamu binasa? Dia
menjawab : Aku telah mencampuri isteriku pada bulan ramadhan. Nabi bersabda : Adakah
engkau mampu memerdekakan seorang hamba ? Katanya : Aku tidak mampu. Nabi bersabda
lagi : Adakah engkau mampu berpuasa dua bulan berturut-turut ? Katanya : Aku tidak mampu.
Nabi bersabda lagi : Adakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin ?. Dia
berkata : Aku tidak mampu. Nabi bersabda : Duduklah. Maka dia pun duduk. Kemudian, telah
didatangkan kepada Nabi sedulang kurma, maka Baginda bersabda : Bersedekahlah dengan ini.
Maka lelaki tadi menjawab : Tidak ada yang lebih miskin dari kami antara dua kampung ini.
Berkata (Abu Hurairah) : Nabi telah ketawa sehingga terlihat gigi serinya. Nabi bersabda :
Ambillah, dan berilah makan keluargamu ". [HR Al-Bukhari : 1834, Muslim : 1111]1

e. Suntikan yang berupa makanan

Iaitu bertujuan memberi makan kepada pesakit. Perkara ini membatalkan puasa kerana diqiaskan
kepada makan serta minum. 2 Dan ini juga merupakan keputusan Majma' Fiqhi.3

2. Perkara yang tidak membatalkan puasa tetapi mengurangkan pahala puasa

Yang dimaksudkan dengan mengurangkan pahala puasa adalah tidak membatalkan puasa, tetapi
puasanya sia-sia sahaja kerana perbuatan yang dilakukannya, bahkan dia akan diazab kerana perbuatannya.
Oleh itu Nabi  telah memberitahu kita dalam sabdanya :

[ ‫] رب صائم ليس له من صيامه إال اجلوع و العطش‬

Maksudnya : " Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan
dan minum". [Lihat Shahih Attarghib : 1076,1077]

Antaranya :

a. Kata-kata dusta

- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi  telah bersabda :

[ ‫] من مل يدع قول الزور و العمل به فليس هلل عز وجل حاجة أن يدع طعامه و شرابه‬

Maksudnya : " Barang sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta, dan tetap
mengamalkannya, maka Allah sekali-kali tidak berhajat (atas amalannya, meskipun) dia
meninggalkan makanannya serta minumannya ". [HR Al-Bukhari : 1804]

b. Perbuatan yang sia-sia dan keji

1
Hadis ini diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza-beza. Juga diriwayatkan oleh : Abu Daud : 2390, Tirmidzi : 724, Ibnu Majah :
1671 dan lain-lain.
2
Lihat perbahasan lanjut dalam Haqiqatus Shiyam, oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah : mks 55. Lihat Majmu' Fatawa Syeikh
Muhammad Soleh Al-Uthaimin : 19/220-221.
3
Lihat Majallah Majma' : 2/464
- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi  telah bersabda :

[ ‫ إين صائم‬،‫ إين صائم‬: ‫ فقل‬،‫ فإن سابّك أحد أو ج ِهل عليك‬،‫ إمنا الصيام من اللغو و الرفث‬،‫ليس الصيام من األكل و الشراب‬
]

Maksudnya : " Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi puasa juga
adalah menahan dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencela kamu, maka katakanlah :
Aku berpuasa, aku berpuasa ". [HR Ibnu Khuzaimah : 1996]1

H. PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BERPUASA

Sesungguhnya, sesiapa yang taat serta faham dengan Al-Quran dan Sunnah, maka sekali-kali dia tidak
akan meragui bahawa Allah menginginkan kemudahan untuk hambanya, bukan kesulitan. Allah telah
membolehkan beberapa perkara bagi orang yang berpuasa dan tidaklah merupakan satu kesalahan bagi sesiapa
yang melakukannya. Di sini, disenaraikan perkara-perkara tersebut beserta dalil-dalilnya.

1. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub

- Dari 'Aisyah dan Ummu Salamah :

[ ‫] أن النيب كان يدركه الفجر وهو جنب من أهله مث يغتسل و يصوم‬

Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima' dengan
isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa ". [HR Al-Bukhari : 1825, Muslim : 1109]

2. Bersiwak

- Nabi  bersabda :

[‫ ألمرهتم بالسواك عند كل صالة‬، ‫ [عند كل وضوء] ]لوال أن أشق على أميت‬: ‫ويف رواية‬

Maksudnya : " Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka
bersiwak setiap kali ingin bersolat ". [HR Al-Bukhari : 887, Muslim : 252] Dan ada riwayat " Setiap kali
wudhu " [HR Al-Bukhari : 2/682]

Hadis di atas adalah umum. Oleh itu, diperbolehkan siwak bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu
samada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Al-Bukhari2 serta Ibnu
Khuzaimah3, Al-Baghawi4 dan jumhur ahli 'ilm.

3. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung tanpa berlebih-lebihan

- Rasulullah  sendiri berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa. Tetapi Baginda
melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan dalam melakukan keduanya, sebagaimana sabda
Baginda  :

[ ... ‫] وبالغ يف االستنشاق إال أن تكون صائما‬

1
Sanadnya Shahih, diriwayatkan juga oleh Al-Hakim : 1/430-431.
2
Lihat Shahih Al-Bukhari : 2/682, dan Fathul Bari : 4/158.
3
Lihat Shahih Ibn Khuzaimah : 3/247.
4
Lihat Syarh Sunnah : 6/298.
Maksudnya : " ..berlebih-lebihanlah dalam memasukkan air ke dalam hidung kecuali ketika kamu
berpuasa ". [HR Abu daud : 2366, At-Tirmidzi : 788, Annasai' : 87]

4. Bermesra dan mencium isteri

- Dari 'Aisyah, telah berkata :

[ ‫ ولكنه كان أملككم إلربه‬،‫ ويباشر وهو صائم‬،‫] كان رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يُقبل وهو صائم‬

Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah  pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan
bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang paling mampu
menahan diri " [HR Al-Bukhari : 1927, Muslim : 1106]

- Perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda dan diperbolehkan bagi yang sudah tua, sebagaimana
diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Amr, telah berkata :

‫ أٌقبل وأنا صائم؟‬: ‫ فقال‬، ‫ فجاء شيخ‬، ‫ ال‬: ‫ يا رسول اهلل ! أُقبل وأنا صائم ؟ قال‬: ‫ فقال‬، ‫ فجاء شاب‬، ‫[ كنا عند النيب صلى اهلل عليه وسلم‬
] ‫ إن الشيخ ميلك نفسه‬... : ‫ قال صلى اهلل عليه وسلم‬، ‫ فنظر بعضنا إىل بعض‬: ‫ قال‬، ‫ نعم‬: ‫قال‬

Maksudnya : " Kami pernah berada di sisi Nabi , datanglah seorang pemuda, lalu berkata : Wahai
Rasulullah ! Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa ? Nabi menjawab : Tidak. Kemudian,
datanglah seorang tua, lalu berkata : Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa ? Nabi
menjawab : Ya. Berkata (Abdullah) : Kami melihat sesame sendiri (kehairanan), Nabi bersabda :
Sesungguhnya orang tua lebih mampu menahan dirinya ". [Lihat Silsilah Asshahihah : 1606]

5. Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan.

- Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh
jumhur ulama' al-mu'ashirin, seperti yang telah ditetapkan oleh Majma' Fiqhul Islami.1

6. Berbekam

- Sesungguhnya berbekam merupakan antara perkara yang membatalkan puasa, kemudian hukum ini
dinasakhkan, sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Abbas :

[ ‫َّيب صلى اهلل عليه وسلم احتجم وهو صائم‬


َّ ‫] أن الن‬

Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi  telah berbekam dalam keadaan berpuasa ". [HR Al-Bukhari :
1939]

7. Merasa makanan

- Dari Ibnu Abbas, beliau telah berkata :

[ ‫ أو الشيء ما مل يدخل حلقه وهو صائم‬، ‫] ال بأس أن يذوق اخلل‬

Maksudnya : " Tidak mengapa merasai cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke
kerongkong dalam keadaan berpuasa ". [HR Al-Bukhari ta'liiqan2, lihat Fathul Bari : 3/154]

1
Lihat Majallah Majma' : 2/464
2
Iaitu, tanpa sanad. Tetapi Ibn Hajar telah menyambungkan sanadnya di dalam Taghliiqut Ta'liiq : 3/151-152.
8. Memakai celak, menitiskan air atau ubat yang masuk ke dalam mata

- Telah berkata Imam Al-Bukhari1 : "Anas bin Malik, Hasan Al-Basri dan Ibrahim Annakhai'
memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa "

- Telah disepakati oleh jumhur ulama' al-mu'ashirin, antaranya Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh
Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Dr. Wahbah Azzuhaili, Dr. Fadhl Hassan Abbas, Dr. Muhyiddin
Masto, dan lain-lain bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa.2

9. Mencucurkan air ke atas kepala serta mandi

- Diriwayatkan dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang3 yang meriwayatkan kepada aku :

[ ‫] لقد رأيت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يصب على رأسه املاء وهو صائم من العطش أو من احلر‬

Maksudnya : " Aku telah melihat Rasulullah  mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan
Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan ". [HR Abu Daud : 2365]4

- Imam Al-Bukhari di dalam Shahihnya, mengadakan satu bab iaitu : (Bab Mandinya orang yang
berpuasa), dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar :

[ ‫وبل ابن عمر ثوبا فألقاه عليه و هو صائم‬


ّ ]
Maksudnya : " Ibnu umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudian beliau memakainya
dalam keadaan berpuasa ". [HR Al-Bukhari, lihat Fathul Bari : 3/154]

I. BERBUKA PUASA

1. Bilakah waktu berbuka ?

- Apabila tenggelam matahari (lihat perbahasan yang lalu, di bawah bab : D.Waktu berpuasa)

2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)

- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata :

[ ‫] كان أصحاب حممد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا‬

Maksudnya : " Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling
lambat bersuhur " [HR Abdurrazzaq : 7591]5

- Mengapakah perlu segera berbuka ?

1
Lihat Fathul Bari : 4/153
2
Lihat Majallah Majma' : 2/378,381,385,392. Lihat perbahasan yang terperinci di dalam (‫ )مفطرات الصيام المعاصرة‬oleh Dr. Ahmad
Muhammad Al-Khalil di laman web : www.saaid.net.
3
Abu Bakr tidak menyebutkan nama sahabat yang melihat Rasulullah. Dalam ilmu hadis, perkara sebegini dikenali sebagai (‫)جهالة‬
ataupun orang yang tidak dikenali. Hadis-hadis yang tidak dikenali perawinya adalah hadis yang dhaif, tetapi sekiranya yang tidak
dikenali itu adalah sahabat, seperti hadis di atas, maka ia terkecuali dari hukum dhaif, kerana sahabat Nabi kesemuanya (‫ )عدول‬dan
tidak dipertikaikan kedudukan mereka. Inilah keistimewaan sahabat Rasulullah. Sila lihat perbahasan ringkas tentang (‫ )عدالة الصحابة‬di
dalam Huqbatun Mina Attarikh oleh Uthman bin Muhammad Al-Khumais : mks 157.
4
Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud oleh Syeikh Al-Albani : 2072.
5
Sanadnya Shahih, lihat Fathul Bari : 4/199.
a. Dapat menghasilkan kebaikan

- Dari Sahl bin Sa'd, Nabi  telah bersabda :

[ ‫] ال يزال الناس خبري ما ععجلوا الفطر‬

Maksudnya : " Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan
berbuka puasa " [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]

b. Ia merupakan sunnah Rasulullah  :

- Dari Sahl bin Sa'd, Nabi  telah bersabda :

[ ‫] ال تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم‬

Maksudnya : " Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak
menunggu bintang untuk berbuka puasa ". [HR Ibnu Hibban : 891]1

c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

- Dari Abu Hurairah, Nabi  bersabda :

[ ‫ ألن اليهود و النصارى يؤخرون‬،‫] ال يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر‬

Maksudnya : " Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan
berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya ". [HR Abu Daud : 2353]2

3. Berbuka sebelum solat maghrib

- Dari Anas bin Malik :

[ ‫] كان النيب صلى اهلل عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي‬

Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi  berbuka sebelum solat ". [HR Abu Daud : 2356]3

4. Dengan apa berbuka ?

- Dari Anas bin Malik :

[ ‫ فإن مل يكن مترات ؛ حسا حسوات من ماء‬، ‫ فإن مل يكن رطبات فتمرات‬، ‫] كان النيب صلى اهلل عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي‬

Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi  berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum
solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar
(kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air ". [HR Abu Daud :
2356]

5. Apakah doa berbuka puasa ?


1
Sanadnya Shahih, lihat (‫ )صفة صوم النبي‬oleh syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi : mks 63.
2
Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2063.
3
Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2065. Penyusun telah meringkaskan hadis ini tanpa
mengubah maknanya. Perkara seperti ini diperbolehkan dalam ilmu hadis selagimana ia tidak mengubah makna serta tujuan hadis.
Lihat perbahasan ini dalam Manhaju Annaqd Fi 'Ulumil Hadis, oleh Dr. Nuruddin 'Itr : mks : 231.
- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah ,
kerana Baginda  tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya
doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana
diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah  :

[ ‫ و دعوة املظلوم‬،‫ و اإلمام العادل‬،‫ الصائم حني يفطر‬: ‫] ثالثة ال ترد دعوهتم‬

Maksudnya : " Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka,
imam yang adil, dan orang yang dizalimi ". [HR At-Tirmidzi : 2526]1

- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi  ketika berbuka adalah :

[ ‫وثَبتَ األجر إن شاء اهلل‬


َ ،‫ت العُروق‬
ِ َّ‫وابتل‬
َ ‫الظَمُأ‬
َ ‫] ذهب‬

Maksudnya : " Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah " [HR
Abu Daud : 2357]2

- Adapun doa :

[ ‫[ وعلى رزقك أفطرت‬،‫] اللهم لك صمت‬

Maksudnya : " Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka".
[HR Abu Daud : 2358]

Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu'az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat
sebaliknya beliau adalah tabi'in (generasi selepas sahabat Nabi ). Tetapi beliau telah meriwayatkan
hadis ini secara langsung dari Nabi . Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal,
kerana tabi'in meriwayatkan dari Nabi sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi . Hadis
mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Syeikh Salim
'Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar3, menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana
3 kecacatan :

a. Mu'az bin Zuhrah tidak dikenali (‫)جمهول‬


b. Hadis ini mursal, kerana Mu'az adalah tabi'i
c. Perawi dari Mu'az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (‫)مبهم‬

Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi  adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika
seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi , maka perkara itu dibolehkan. Tetapi
alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah
.

6. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa

- Nabi  bersabda :

[ ‫] من فطر صائما كان له مثل أجره غري أنه ال ينقص من أجر الصائم شيئا‬

1
Sanadnya Shahih, lihat Silsilah Asshahihah, oleh Syeikh Al-Albani : 1797.
2
Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2066.
3
1/438. Kitab ini bertujuan menilai semula kedudukan hadis-hadis dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Annawawi.
Maksudnya : " Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang
berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya " [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746]1

- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?

Antaranya2 : dari Miqdad, Nabi  bersabda :

[ ‫ و اسق من سقاين‬،‫] اللهم أطعم من أطعمين‬


Maksudnya : " Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada
kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami ". [HR Muslim : 2055].

SOLAT TARAWIH

1. Pensyariatannya :

- Dari 'Aisyah, telah berkata :

[ ‫ فأصبح الناس فتحدثوا فاجتمع‬.‫ فصلى رجال بصالته‬،‫أن رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم خرج ذات ليلة من جوف الليل فصلى يف املسجد‬
‫أكثر منهم فصلوا معه فأصبح الناس فتحدثوا فكثر أهل املسجد من الليلة الثالثة فخرج رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم فصلوا بصالته فلما‬
‫ أما بعد فإنه مل خيف‬: ‫ حىت خرج لصالة الصبح فلما قضى الفجر أقبل على الناس فتشهد مث قال‬،‫كانت الليلة الرابعة عجز املسجد عن أهله‬
‫ فتويف رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم واألمر على ذلك‬.‫] علي مكانكم لكين خشيت أن تفرض عليكم فتعجزوا عنها‬

Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah, pada suatu malam, keluar bersolat di masjid. Orang-orang
(yang berada di situ) ikut serta dalam solat Baginda. Perkara ini menyebabkan, orang ramai
membincangkan hal solat Baginda, sehingga berkumpullah ramai orang bersolat di belakang Baginda.
Kemudian orang-orang ini terus menyebarkan hal ini, hingga bilangan yang bersolat di belakang
Baginda lebih ramai pada malam ketiga. Apabila malam keempat, masjid sudah tidak mampu
menanggung bilangan jamaah yang semakin bertambah, sehingga Baginda hanya keluar menunaikan
solat subuh. Setelah selesai solat, Baginda menghadap manusia dan melafazkan syahadat, kemudian
Baginda bersabda : Amma ba'du, sesungguhnya aku telah mengetahui perbuatan kalian semalam, tetapi
aku bimbang perkara ini akan difardukan ke atas kalian, sehingga akan menyebabkan kalian tidak
mampu melakukannya. Rasulullah wafat dalam keadaan Baginda tidak pernah lagi melakukan solat
tarawih secara berjamaah ". [HR Al-Bukhari : 1908, Muslim : 761]

Seperti yang telah dinyatakan oleh 'Aisyah, terbuktilah bahawa Rasulullah tidak lagi menunaikan solat
tarawih secara berjamaah hingga Baginda wafat. 'Illah (sebab) Baginda meninggalkan solat tarawih
secara berjamaah adalah kerana takut difardukan kepada umatnya. Jadi, apabila Rasulullah wafat, maka
ketakutan ini sudah hilang. Mengapa? Kerana wahyu telah sempurna dan tidak akan ada lagi
penambahan serta pengurangan dalam syariat ini hingga kiamat. Maka, keadaan kembali seperti
sediakala iaitu sunnah solat tarawih secara berjamaah. Wallahu'alam.

- Kemudian sunnah ini dihidupkan semula oleh Umar Al-Khatthab, sebagaimana yang telah
diriwayatkan oleh Abdurrahaman bin Abdil Qari, kata beliau :

[ ‫ ويصلي الرجل‬،‫ يصلي الرجل لنفسه‬،‫ فإذا الناس أوزاع متفرقون‬،‫خرجت مع عمر بن اخلطاب رضي اهلل عنه ليلة يف رمضان[ إىل املسجد‬
‫ مث خرجت‬،‫ مث عزم فجمعهم[ على أيب بن كعب‬.‫ إين أرى لو مجعت هؤالء على قارئ واحد لكان أمثل‬: ‫ فقال عمر‬،‫فيصلي بصالته الرهط‬

1
Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Ibni Majah oleh Syeikh Al-Albani : 1417.
2
Untuk mengetahui selain dari doa di atas,lihat (‫ )حصن المسلم‬oleh Syeikh Said bin Ali Al-Qahthani.
‫ واليت ينامون عنها أفضل من اليت يقومون[ يريد آخر الليل وكان‬.‫ نعم البدعة هذه‬:‫ قال عمر‬.‫ والناس يصلون بصالة قارئهم‬،‫معه ليلة أخرى‬
‫] الناس يقومون[ أوله‬

Maksudnya : " Aku keluar bersama Umar bin Al-Khatthab suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid,
ketika itu manusia berkelompok-kelompok. Ada yang solat sendirian dan ada yang berjama'ah, maka
Umar berkata : Aku berpendapat kalau mereka dikumpulkan dalam satu imam, nescaya akan lebih
baik. Kemudian beliau mengumpulkan mereka dalam satu jama'ah diimami oleh Ubai bin Ka'ab, setelah
itu aku keluar bersamanya pada satu malam, manusia tengah solat bersama imam mereka, Umar pun
berkata : Sebaik-baik bid'ah1 adalah ini, orang yang tidur lebih baik dari yang bangun, ketika itu
manusia solat di awal " [HR Al-Bukhari : 1906]

2. Bilangan rakaatnya

a. Bilangan rakaat solat tarawih Rasulullah

Riwayat 11 rakaat (8 + 3 witir).

- Dari 'Aisyah :

[ ‫] ما كان النيب يزيد يف رمضان[ و ال يف غريه على إحدى عشرة ركعة‬

Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi tidak pernah menambah (bilangan rakat solat malamnya)
pada bulan ramadhan dan bulan lain-lain lebih dari 11 rakaat " [HR Al-Bukhari : 2013, Muslim :
736]

- Sesungguhnya hadis 'Aisyah di atas telah bertepatan dengan hadis riwayat Jabir bin Abdillah :

[ ‫ صلى مثاين ركعات و أوتر‬،‫] أن النيب ملا أحىي بالناس ليلة يف رمضان‬

Maksudnya : " Nabi ketika menghidupkan malam ramadhan dengan orang ramai, Baginda
bersolat lapan rakaat dan berwitir ". [HR Ibnu Hibban : 920]2

Riwayat 13 rakaat

- Diriwayatkan dari Ibnu Abbas :

[ ‫] كانت صالة النيب ثالث عشرة ركعة يعين بالليل‬

Maksudnya : " Sesungguhnya solat Nabi adalah 13 rakaat yakni solat malam ". [HR Al-Bukhari :
1138, Muslim : 764]

Kalau diteliti, hadis Ibnu Abbas bercanggah dengan hadis 'Aisyah yang meriwayatkan 11 rakaat,
sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan 13 rakaat. Jadi bagaimana ?

1
Kalimah (‫ )بدعة‬yang dilafazkan oleh Umar adalah dari sudut bahasa, bukan dari sudut syara', kerana bid'ah dari sudut bahasa adalah :
Setiap perkara yang direka cipta tanpa ada contoh dari perbuatan yang lalu. Dan maksud bid'ah menurut Umar dalam keadaan ini,
adalah kerana manusia tidak pernah berkumpul untuk solat tarawikh berjamaah selepas ditinggalkan oleh Nabi. Dan Umar tidak
bermaksud untuk mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama, sebaliknya, perbuatan solat tarawikh berjama'ah telah
dilakukan oleh Nabi dan Baginda meninggalkannya kerana takut difardukan ke atas umatnya. Bukan erti bid'ah di sini adalah bid'ah
hasanah sebagaimana disangka oleh pihak-pihak tertentu. Untuk lanjutan, sila lihat risalah kecil yang bertajuk (‫ )السنة و البدعة‬karangan
Dr.Yusuf Al-Qaradhawi. Perbahasan yang ringkas, tetapi amat bermanfaat untuk penuntut ilmu, bukan penuntut hawa nafsu.
2
Sanadnya Hasan kerana banyak persaksian ke atasnya, lihat Sifat Shaum Nabi : mks 97.
Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan di dalam Fathul Bari1 : Nabi tidak pernah bersolat lebih dari 11
rakaat, sebaliknya riwayat Ibnu Abbas yang menyatakan 13 rakaat adalah kerana ; samada
Baginda solat sunat isya' dihampirkan dengan solat tarawih, sebagaimana diriwayatkan dari
'Aisyah :

[ ‫ إىل أخ‬..... ‫ و قد أعد سواكه‬،‫يتجوز بركعتني‬


ّ ‫ مث‬،‫] كان يصلي العشاء‬
Maksudnya : " Sesungguhnya Baginda bersolat isya' kemudian meniggalkan 2 rakaat selepas
isya' … (hingga ke akhir hadis)
atau Baginda memulakan solat malam Baginda dengan solat dua rakaat yang ringan,
sebagaimana diriwayatkan dari 'Aisyah :

[ ‫ افتتح صالته بركعتني خفيفتني‬،‫] كان رسول اهلل إذا قام من الليل ليصلي‬

Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah apabila bangun malam untuk bersolat, Baginda
membuka solatnya dengan dua rakaat yang ringan " [HR Muslim : 767]. (Tamat kenyataan Ibnu
Hajar)

Ataupun Baginda solat sunat subuh 2 rakaat sebagaimana hadis 'Aisyah2 :

[ ‫] كانت صالته يف شهر رمضان وغريه ثالث عشرة ركعة بالليل منها ركعتا الفجر‬

Maksudnya : " Sesungguhnya solat Baginda pada Ramadhan dan bulan-bulan lain, 13 rakaat
waktu malam dan antaranya dua rakaat solat sunat subuh " [HR Muslim : 738]

Riwayat 20 rakaat

- Diriwayatkan dari Ibnu Abbas :

[ ‫] كان رسول اهلل يصلي يف رمضان[ عشرين ركعة و الوتر‬

Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah bersolat pada Ramadhan 20 rakaat dan witir " [HR
Ibnu Abi Syaibah : 7692]

Tetapi hadith ini "DHOIF JIDDAN"3. Seperti mana yang dinyatakan oleh Imam Assayuthi di
dalam kitabnya Al-Haawi lil Fatawa4, dan 'illah (sebab dhoif) hadis ini terletak pada seorang
perawi yang bernama Abu Syaibah Ibrahim bin Uthman. Ibn Hajar5 telah menghukum perawi ini
sebagai : Matrukul Hadis6.

Kesimpulan :

Oleh itu, hanya 2 riwayat sahaja yang shohih lagi thabit dari Nabi iaitu :
1
Penyusun tidak menterjemahkan setiap perkataan Ibn Hajar, sebaliknya, penyusun mengolah semula apa yang dinyatakan oleh Ibn
Hajar agar pembaca mudah memahaminya. Lihat Fathul Bari : 3/21.
2
Lihat perbincangan yang lebih terperinci di dalam Solat Tarawih oleh Syeikh Nasiruddin Al-Albani : mks 99-101.
3
Seperti yang telah dinyatakan oleh Ibnu Hajar Al-Haithami dalam Al-Fatawa Kubra, 1/195 : Ini adalah hadis yang bersangatan
dhoifnya.
4
2/73
5
Lihat Taqrib Attahzib : no 217.
6
Iaitu seorang perawi yang mana tiada seorangpun dari ulama'-ulama' Al-Jarhu Wa Atta'dil mengatakan beliau thiqah, sebaliknya
beliau dilemahkan dengan kecatatan tertentu. Lihat Taqrib Attahzib : mks 81. Selain itu ramai lagi tokoh-tokoh hadith dari kalangan
mutaqaddimin telah menilai lemah perawi ini. Antaranya : Yahya Ibnu Ma'iin berkata : Tidak thiqah. Al-Baihaqi menyebut di dalam
sunannya : Dhoif, 2/496. Begitu juga Ibn Hajar Al-Haithami di dalam Majma' Azzawaid, 3/172 : Dhoif. Dan lain-lain. Wallahua'lam.
1. Riwayat 11 rakaat
2. Riwayat 13 rakaat

Adapun riwayat 20 rakaat adalah riwayat yang lemah dan tidak boleh digunapakai. Sebagaimana
yang dijelaskan oleh Ibnu Hajar Al-'Asqalani bahawa mana-mana riwayat yang menyatakan 20
rakaat, maka riwayat tersebut adalah lemah1. Jadi, Nabi tidak pernah bersolat tarawih lebih dari
11 rakaat. Adapun riwayat 13 rakaat telah dijelaskan dalam bab yang lalu.Wallahua'lam.

b. Solat tarawih di zaman 'Umar Al-Khatthab

Para ulama dari kalangan muhaddithin dan fuqaha berselisih pendapat dalam menentukan
bilangan rakaat tarawikh yang dilakukan pada zaman 'Umar. Jadi, marilah kita teliti status atsar-atsar
yang diriwayatkan dari 'Umar melalui kaedah-kaedah 'ilmu mustholah hadis.

Riwayat 11 rakaat

- Diriwayatkan dari Imam Malik dengan sanad yang shahih dari jalan Muhammad bin Yusuf ,
dari Assa'ib bin Yazid dia telah berkata :

[ ‫ وقد كان القارئ يقرأ باملئني حىت‬: ‫ قال‬.‫أمر عمر بن اخلطاب أيب بن كعب ومتيما الداري أن يقوما للناس بإحدى عشرة ركعة‬
‫] كنا نعتمد على العصي من طول القيام وما كنا ننصرف إال يف فروع الفجر‬

Maksudnya : " 'Umar telah memerintah Ubai bin Ka'ab dan Tamim Addari untuk mengimami
manusia dengan 11 rakaat. Ia berkata : Pada ketika itu Imam membaca dua ratus ayat,
sehingga kami bersandar pada tongkat kerana terlalu lama berdiri, dan kami tidak pulang (ke
rumah) melainkan di awal waktu terbit fajar ". [HR Malik : 251] Hadis ini shahih kerana
kesemua perawinya thiqah lagi terpercaya.

Riwayat 13 rakaat

Kesemua perawi yang meriwayatkan dari Muhammad bin Yusof menyatakan 11 rakaat, kecuali
Muhammad bin Ishaq. Beliau menyatakan 13 rakaat2. Dari segi zhohir, hadis ini bertentangan
dengan riwayat 11 rakaat. Tetapi sebagaimana dalam bab yang lalu, telah dinyatakan beberapa
kemungkinan antaranya, solat sunat isya 2 rakaat, atau, solat ringan 2 rakaat atau solat sunat
subuh 2 rakaat. Segala kemungkinan ini telah dinyatakan dalil-dalil-nya dalam bab lalu.
Wallahu'alam.

Riwayat 20 rakaat

- Diriwayatkan dengan lafaz yang sama seperti hadis di atas, dari Yazid bin Khushoifah, dari
Assa'ib bin Yazid, tetapi dengan bilangan : " 20 rakaat ".

Riwayat 20 rakaat adalah riwayat yang SHAAZ3. Ini adalah kerana Muhammad bin
Yusof yang meriwayatkan "11 rakaat" lebih dipercayai (Aushaq) syakhsiahnya dari Yazid bin
Khushoifah, walaupun dia juga dipercayai (thiqah). Akan tetapi ada sesetengah pihak mendakwa
bahawa hadith Yazid bin Khushoifah "20 rakaat" boleh dijadikan sebagai ziyadah thiqah. Tetapi
dakwaan ini tertolak sama sekali kerana syarat dalam ziyadatu thiqah adalah tidak berlaku
1
Lihat Fathul Bari : 4/254
2
Lihat Qiyamul Lail oleh Ibn Nasr : mks 91.
3
Shaaz adalah hadis yang mana seorang perawi yang dipercayai syakhsiahnya, telah meriwayatkan sesuatu hadith yang bercanggah
dengan perawi yang lebih dipercayai darinya. Lihat Atta'liiqatul Athariyyah 'alal Manthumah Al-Baiquniyyah, oleh Syeikh Ali Al-
Halabi Al-athari : mks 53.
percanggahan dalam kedua-dua riwayat. Seperti yang dinyatakan oleh ulama'-ulama' hadith
antaranya Imam Al-Khatib Al-Baghdadi1 dan Assakhawi2 dan lain-lain. Kalau dilihat dikedua-
dua hadith iaitu hadith Muhammad bin Yusof "20 rakaat" dan Yazid bin Khushoifah "11
rakaat", apakah tidak berlaku sebarang percanggahan? Sungguh ganjil bagi sesiapa yang
mengatakan tidak berlaku percanggahan. Wallahu'alam.

PENUTUP

Demikianlah amalan harian orang yang berpuasa berdasarkan petunjuk Baginda. Ini tidak bermakna,
orang yang tidak mengikut tatacara puasa Baginda, tidak sah puasanya! Perlu diingatkan, di sana ada jurang
perbezaan antara sahnya sesuatu ibadat dan sempurnanya sesuatu ibadat… Jadi, untuk menggapai
kesempurnaan dalam ibadah ini, maka marilah sama-sama kita mencontohi sunnah serta petunjuk Rasulullah.
Jadikan ia sebagai matlamat hidup ini.. Wallahu'alam.

1
Lihat Al-Kifayah fi 'Ilmi Arriwayah, oleh Al-Khatib Al-Baghdadi : mks 424-425
2
Lihat Fathul Mughith, oleh Imam Assakhawi : 1/199

Anda mungkin juga menyukai