Anda di halaman 1dari 7

Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha

Berikut panduan lengkap cara mengerjakan solat sunat Dhuha dan cara
bacaan doa Dhuha yang ringkas mengikut sunnah.

Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut dilakukan
oleh setiap umat Islam.

Solat Sunat yang sering disebut sebagai ‘amalan pembuka rezeki’ ini
mempunyai pelbagai kelebihan.

Ia juga dikenali dengan nama solat al-Awwabin.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Solat Sunat Dhuha beserta


panduan doa Dhuha yang lengkap.

Waktu Solat Dhuha


Waktu Solat Sunat Dhuha bermula daripada terbitnya matahari (selepas
waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari.

Waktu terbaik untuk Solat Sunat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas
disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik.

Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat
Awwabin.

Ini berdasarkan hadis


‫صَ اَل ُة األَ َّو ِابينَ ِحينَ تَرْ مِضُ ال ِفصَ ا ُل‬

Maksudnya: Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di
tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).

Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha


Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian
seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.

1
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bilangan rakaat paling
afdhal bagi Solat Sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ bin Abi Thalib R.Anha
beliau berkata :

ِ ‫ِل رَ ْك َعتَي‬KLِّ ‫ ُم ِمنْ ُك‬KL‫س ِِّل‬


‫ْن‬ ٍ ‫ي رَ َكع‬
َ ُ‫َات ي‬ َ ‫ض َحى ثَمَا ِن‬ ُ ‫َأنَّ رَ سُو َل اللَّ ِه صلى هللا عليه وسلم يَوْ َم ا ْل َف ْت ِح صَ لَّى‬
ُّ ‫سب َْح َة ال‬

Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha


pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan
rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.
Riwayat Abu Daud (1290)
Imam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama
berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan)
melakukan Solat Sunat Dhuha sebanyak lapan rakaat.

Cara Solat Beserta Doa Dhuha


Berikut adalah cara mengerjakan Solat Sunat Dhuha yang dirujuk
melalui Kisah Zakat Malaysia dan beberapa lagi sumber lain.

1. Lafaz Niat
َ ‫هلل تَعَال‬
‫ي‬ ُ ‫ي‬LK‫أُصَ ِِّل‬
ِ ِ ‫سنَّ َة الضُّ َحي رَ ْك َعتَين‬

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

2. Membaca Surah Al-Fatihah


Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.

3. Membaca Surah
Ringkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam
semua solat sunat.

Namun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha


ialah:

2
 Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua)
atau;
 As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua)
atau;
 Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).
Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.

4. Bacaan Semasa Sujud Akhir


Pada sujud akhir sebelum tahiyat akhir, boleh dibacakan zikir berikut:

Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli


Musahala

3
Ertinya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan
ilmu dan hikmah. Dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang
Maha Pemberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.

5. Zikir & Doa Dhuha


Akhir sekali, selepas memberi salam dan melengkapkan bilangan rakaat
yang diingini, ucapkanlah istighfar.

Ini menurut hadis sahih dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata


bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha,
baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,

َ ‫ ِإنَّكَ َأ ْن‬،َّ‫ وَ تُبْ عَ لَي‬،‫اغ ِفرْ ِلي‬


‫ت التَّ َّوابُ ال َّر ِحي ِْم‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم‬

“Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”

Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya


Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda
membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani
mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)

Kita juga boleh membacakan doa dhuha ini:

َ‫ض َحاءُك‬ ُ ‫ َالل ُه َّم اِنَّ الضُّ َحآ َء‬،


َ‫وَ ا ْلبَ َها َء بَ َهاءُك‬،
َ‫ة ُقوَّ تُك‬Kَ َّ‫ وَ ا ْل ُقو‬، َ‫وَ ا ْل َجمَا َل َجمَالُك‬،
َ‫وَ ا ْل ُقدْرَ َة ُقدْرَ تُك‬،
َ‫وَ ا ْل ِعصْ َم َة ِعصْ َمتُك‬.
‫سمَآ ِء َف َأ ْن ِز ْل ُه‬ َّ ‫َالل ُه َّم ِانْ َكانَ ِرزْ َقى ِفى ال‬
‫ض َف َأخْ ِر ْج ُه‬ ِ ْ‫وَ ِانْ َكانَ ِفى ْاالَر‬
‫ِسرْ ُه‬ KLِّ َ‫وَ ِانْ َكانَ ُم َعسَّرً ا َفي‬
‫ِهرْ ُه‬KLِّ َ ‫وَ ِانْ َكانَ َحرَ امًا َفط‬
‫ِر ْب ُه‬KLِّ ‫وَ ِانْ َكانَ بَ ِع ْيدًا َف َق‬

4
َ‫ِق ضُ َحا ِءكَ وَ بَ َها ِءكَ وَ َجمَا ِلكَ وَ ُق َّو ِتكَ وَ ُقدْرَ ِتك‬KLِّ ‫ِب َح‬
َ‫صا ِل ِحيْن‬
َّ ‫ْت ِعبَادَكَ ال‬ َ ‫آ ِت ِنىْ مَآ َاتَي‬

Ertinya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny


adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam
bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh,
dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha Berdasarkan Hadis Sahih


Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk
dilakukan oleh setiap muslim.

i. Diwasiatkan oleh Nabi SAW


Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak
meninggalkan solat Dhuha ini:

َ‫ وَ َأنْ أُو ِتر‬،‫ وَ رَ ْك َعتَي الضُّ َحى‬،‫ش ْه ٍر‬


َ ‫ِل‬KLِّ ‫صي َِام ثَالَثَ ِة َأي ٍَّام ِمنْ ُك‬ ُ ‫َأوْ صَ ا ِنيْ خَ ِلي ِلي صَ لَّى‬
َ َ‫هللا عَ لَ ْي ِه و‬
ٍ َ‫سلَّ َم ِبثَال‬
ِ :‫ث‬
‫َق ْب َل َأنْ َأنَا َم‬

Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku


supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap
bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan
solat Witir sebelum tidur.”  [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]

ii. Menyamai Sedekah Terhadap 360 Sendi


Antara kelebihan solat Dhuha yang lain adalah dua rakaat solat Dhuha
menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam
badan kita.

5
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

،‫ة صَ َد َق ٌة‬Kٍ َ‫ وَ ُك ُّل تَ ْه ِليل‬،‫ وَ ُك ُّل تَ ْح ِمي َد ٍة صَ َد َق ٌة‬،‫يح ٍة صَ َد َق ٌة‬ َ ‫ َف ُك ُّل تَس ِْب‬،‫ساَل مَى ِمنْ َأ َح ِد ُك ْم صَ َد َق ٌة‬
ُ ‫ِل‬KLِّ ‫يُصْ ِب ُح عَ لَى ُك‬
‫ان يَرْ َك ُع ُهمَا‬
ِ َ‫ئ ِمنْ َذ ِلكَ رَ ْك َعت‬ ُ ‫ وَ ي ُْج ِز‬،‫ي عَ ِن ا ْل ُم ْن َك ِر صَ َد َق ٌة‬ ِ ‫ وَ َأمْ رٌ ِبا ْل َم ْعر‬،‫وَ ُك ُّل تَ ْك ِبيرَ ٍة صَ َد َق ٌة‬
ٌ ‫ وَ نَ ْه‬،‫ُوف صَ َد َق ٌة‬
‫ض َحى‬ ُّ ‫ِمنَ ال‬

Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu
memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu
adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap
takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang
baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah
sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu)
dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat
Dhuha.”  [Riwayat Muslim (720)]

iii. Diberi Kecukupan


Daripada Nu’aim bin Hammar RA, bahawa Nabi SAW meriwayatkan
daripada Allah SWT, firman Allah SWT:

‫ َأ ْك ِفكَ آ ِخرَ ُه‬، َ‫ارك‬ َ ٍ ‫ اَل تُ ْع ِجزْ ِني ِمنْ َأرْ ب َِع رَ َكع‬،‫يَا ابْنَ آ َد َم‬
ِ ‫َات ِفي أوَّ ِل نَ َه‬

Maksudnya: “Wahai anak Adam! Janganlah kamu tinggalkan untukku 4


rakaat pada awal siangmu. Nescaya aku akan cukupkan bagimu di akhir
siangmu.” 
[Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289)][Hadith ini dinilai hasan
gharib oleh Imam al-Tirmizi. Adapun Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai
hadith ini sebagai sahih kerana perawi-perawinya adalah thiqah]

6
Kesimpulan
Marilah sama-sama kita cuba mengamalkan dan beristiqamah dalam
melaksanakan Solat Sunat beserta doa Dhuha ini di dalam kehidupan
seharian kita walaupun cuma dua rakaat.

Semoga kita sama-sama dapat merebut kelebihan yang telah dijanjikan


oleh Allah dan mengikut sunnah Rasullullah.

Semoga panduan solat Dhuha dan doa Dhuha ini juga dapat
menyelamatkan kita daripada perkara-perkara yang tidak baik serta Allah
SWT akan memelihara kita daripada melakukan dosa kepada-Nya.

Anda mungkin juga menyukai